Berikutan keputusan mahkamah mengenai pembunuhan pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan, terbongkarnya cerita yang kurang sedap didengar.
Tragedi arwah Zulfarhan adalah yang paling teruk setakat ini, namun rupa-rupanya ada cerita lain di sebalik peristiwa itu. Dakwaan seorang warganet bahawa UPNM membiarkan isu buli dan pukul dengan alasan ia adalah latihan ketenteraan sangat mengejutkan.
Sebuah video tular di Twitter menyaksikan hampir 10 pelajar dipercayai berpangkat senior sedang membelasah seorang pelajar baru. Dengan aksi mencekik leher dengan tali, memukul dan menendang pelajar itu, ia dianggap perkara biasa. Di akhir video pula, kelihatan dua pelajar sedang bergolek di atas jalan tar.
Timbul persoalan, bolehkah taraf universiti membenarkan perkara sebegini?
Menyaksikan video yang dikatakan simpanan peribadi ini membangkitkan kemarahan warganet. Ramai yang mengutuk sekeras-kerasnya aksi yang dikatakan boleh membunuh pelajar baru. Ini kerana UPNM adalah sebuah universiti tetapi perbuatan buli dan dera dijadikan satu tradisi oleh pelajar 'senior' kepada pelajar baru. Malahan, dia juga mendakwa pihak berkuasa berlepas tangan mengenai hal ini.
Twitter
Biarpun begitu, masih ada yang membela tradisi sebegini kerana ia membabitkan ketahanan fizikal. Cuma katanya tidaklah seteruk arwah Zulfarhan.
Dipercayai tradisi 'ragging' ini sudah lama berlaku hingga pernah berlakunya kematian sebelum Farhan tetapi ianya disenyapkan kerana isu politik.
"Tradisi askar memang keras. Kau kena kuat mental fizikal. Cuma takdalah sampai menganiayai anggota badan. Kalau nak tengok 'training' askar yang betul, boleh tengok filem Prebet Badul, macam tu lah. "
- Google
Bagi warganet, status pelajar tidak seharusnya dilayan seperti dalam latihan askar. Tradisi ini harus dihentikan. Atau jika sukar, tutup sahaja UPNM. Apa gunanya hingga mengakibatkan salah guna kuasa hingga ada yang mati.
Jadi, apa kata anda? - CARI
|