|
|
[Tempatan]
Cikgu tak masuk kelas 7 bulan Terkini 2 lagi pelajar tampil #172
[Copy link]
|
|
|
woooow
masa aku form 4 dulu pun dapat cikgu makan gaji buta
dia mengajar subjek Sejarah. sepatutnya lah, tapi tak mengajar
dok bising membebel merapu pasal politik. dia orang kuat PAS, maki-maki pasal BN
kadang2 dia tak masuk
bila dia masuk, kalau tak cakap pasal politik, dia buat kerja dia sendiri
cara dia mengajar?
dah dekat exam, bukak buku rujukan yang kita pun boleh beli sendiri tu
"Haa salin!" copy sebijik2, kami pun salin balik
exam, satu kelas fail.. lulus sorang dua je, itupun diorang pegi tuisyen
bila SPM, kami jawab soalan sejarah form 5 je
form 4 jawab mana yang dapat ingat. baca sendiri
memang berbulu je cikgu sejarah form 5 kitorang,
cikgu form 4 punye pasal, kelas dia form 5 rekod teruk. fail ke laut
SPM sejarah aku C weyy 
lepas tu ingatkan aku dah habis sekolah, habis cerita
adik aku pulak form 4 dapat cikgu tu, sama jugak perangai 
kesian dia. tapi cikgu tu silap sikit
one of his student, dalam kelas tu, bapak dia somebody. tak tau la sape
dia mengadu kat bapak dia, dan memang dah kronik kes cikgu ni
akhirnya dipindahkan sekolah. tak tau mengajar mana
tapi bila pegi kedai, kadang2 tersempak dia.
still duduk situ, mengajar tempat lain
makan gaji buta punye cikgu
kalau ada istilah, trick lama cikgu mengugut budak,
"SAYA TAK HALALKAN ILMU YANG SAYA AJAR AWAK!"
ade aku kisah? bukan kau mengajar apa2 pun.
harap kes saman cikgu yang ni jadi pengajaran buat cikgu makan gaji buta kat luar sana tu
tanak mengajar, pemalas. jangan jadikan budak mangsa
ada budak nak belajar. minat belajar. hadoii |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kroit92 replied at 31-10-2018 03:38 PM
aa'hkan
ada sorang cikgu aku ni dulu, gemuk
Haha kurus ada makna rupanyaaaaa
Bertabahlah kawan uols tu
Tapi entah knp cikgu2 skrg mcm kurang passion. Payah nak jumpa yg betul2 komited. Tp makpak zmn skrg pun takleh cuit sgt anaknya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
tanye je diorang
cikgu-cikgi ni kan ada bakat membebel
cucuk je, apesal ramai jadi camtu?
satgi diorang luah segala bebelan mesir macam empangan pecah
itu la, ini la, banyak keje la, masalah pejabat,
cikgu-cikgu ni pun ada faction, macam parti diorang sendiri dalam pejabat guru tu
ada geng. boleh gaduh, macam-macam 
kadang2 bila cikgu lain masuk kelas, diorang bergosip kan
macam la student ni tunggul tak paham 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dengar kata cikgu tu sebenarnya mc sakit |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kroit92 replied at 31-10-2018 03:45 PM
tanye je diorang
cikgu-cikgi ni kan ada bakat membebel
cucuk je, apesal ramai jadi camtu?
Eh apa uols tulis ni sama mcm physician iols bebelkan last week, dia ckp dahlah cuti byk, ada elaun kalau jd panitia, keje separuh hari, fahamlah keje mmg berlambak2 nak key in itu ini, nak fulfill visi lagi, tp eh eh berniaga kat anak murid ada masa pula. Budak2 ni kalau cikgu jual apapun depa beli, sanggup tak makan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Eloklah cikgu tu bunuh diri cepat...
Ada satu cite cikgu yang xdatang skola beberapa.tahun boleh dpt anugerah guru cemerlang..
Nasib ada.dpt anugerah tu..baru tau cikgu.tu mmg xdatang skola sejak beberapa.tahun
Gaji jalan.okeh
Jilaka cikgu cikgu begini..
Elok dibrentikan.aje...
Xyah tukar skola..mengajar pon dh x minat..apatah lagi.nak bertukar skola.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
I dengar pun cikgu tu ada MC sbb depression katanya
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
tobobon replied at 31-10-2018 04:02 PM
I dengar pun cikgu tu ada MC sbb depression katanya
Kalau mc
Sure nama.dia xkan dimasukkan.dalam.senarai.cikgu.pada.tahun tu...
Kenapa.pula.nama.dia ada.tapi mc bertahun kan?
Mcm.peliks.je |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
zaman i sekolah dulu, cikgu-cikgi ni tak pernah yang tak datang sekolah.. hari-hari diorang masuk kelas mengajar..
kalau ada pon yang tak datang sebab emergency, dah ganti dengan cikgu lain siap-siap.. kitorang baru nak mengelinjang dalam kelas seronok sebab cikgu takde pulak yang bengang sebab ada cikgu ganti..
dah la datang mengajar hari-hari, kemain garang pulak tu..
i ingat lagi cikgu maths i.. chinese lady.. sape tak dapat jawab soalan, dia panggil pergi depan lepas tu conteng pinafore student tu dengan kapur.. kalau student melayu pakai baju kurung, nasib la dapat contengan kapur color hijau or merah..
tu belom lagi cikgu bm bantai belakang student dengan buku teks bm tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
tobobon replied at 31-10-2018 04:02 PM
I dengar pun cikgu tu ada MC sbb depression katanya
Owh, tapi helok jah boleh berbowling bagai? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ya mmg tahu akan ada manipulation. At least something la. Create satu mekanisme.
Ni asyik terlepas je.
Tak semua cikgu yg garang tu nk jadikan kita org, kalau tk tkdelah yg patah riuk budak dibuatnya.
Ada yg gila kuasa bila tkde sapa bleh tegur.
Murid direct client dia, at least suara murid perlu didengar.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dulu cikgu fizik aku masa tingkatan 4 asal masuk kelas cakap pasal diri sendiri lepas tu blah..kadang2 masuk tapi serius cakap, satu bab pun tak lepas.
Makan lah gaji haram kau tu |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kroit92 replied at 31-10-2018 03:34 PM
woooow
masa aku form 4 dulu pun dapat cikgu makan gaji buta
Dia mengajar bukan free. Bergaji kot, ribu2.
cikgu macam ni cikgu dari neraka tak sesuai dengan pepatah bagaikan lilin membakar diri tu. Tak halal kan ilmu konon. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
macam cikgu2 kat cerita kolej mahmud baginda tak??? hahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
oak.balustrade replied at 31-10-2018 03:48 PM
Eh apa uols tulis ni sama mcm physician iols bebelkan last week, dia ckp dahlah cuti byk, ada elau ...
Mana hada elaun jadik ketua panitia. Choi. Mandai jek doktor uol tuh. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
hyie replied at 31-10-2018 12:58 AM
memang wujud pun cikgu yang tak datang langsung ke sekolah. Kawan meols yang pernah mengajar kat ped ...
Kat pedalaman chuols...sapa aja yg nak dtg pantau tu. Kenyanglah heshe makan duit gaji haram tu |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kes saman guru: KPM tunggu laporan JPN Sabah
31 Oktober 2018
SHAH ALAM – Kementerian Pendidikan (KPM) masih menunggu laporan terperinci daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah berhubung kes bekas pelajar sebuah sekolah di Kota Belud yang memfailkan saman terhadap bekas gurunya atas dakwaan tidak masuk kelas selama tujuh bulan.
Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching berkata sekiranya dakwaan remaja perempuan berusia 18 tahun itu benar, ia adalah satu perkara yang sangat mengecewakan.
“Kalau memang aduan telah dibuat tetapi perhatian sewajarnya tidak diberi terhadap aduan tersebut jadi saya rasa kita perlu semak bahagian mana, jika ada kesilapan atau kesalahan,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Wisma Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) Selangor di Seksyen 7 di sini, hari ini.
Turut hadir Presiden NUTP Kebangsaan Kamarozaman Abd. Razak dan Pengerusi NUTP Selangor Abu Bakar Semaat.
Nafirah Siman, 18, bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taun Gusi memfailkan saman itu terhadap Jainal Jamran yang didakwa tidak masuk kelas selama tujuh bulan pada 2015, ketika remaja perempuan itu berada di tingkatan empat.
Saman yang difailkan pada 16 Okt lepas, turut menamakan pengetua sekolah berkenaan, Suid Hanapi, pegawai pendidikan daerah Kota Belud, pengarah Jabatan Pendidikan Sabah, KPM dan kerajaan sebagai defendan-defendan.
Dalam samannya, Nafirah antara lain mendakwa Jainal tidak hadir mengajar dari Februari hingga Oktober 2015, kecuali pada satu minggu ketika pegawai dari KPM melawat sekolah berkenaan.
Remaja perempuan itu turut mendakwa walaupun beberapa aduan telah dibuat tetapi tiada tindakan diambil selain mendakwa pengetua menutup kes tersebut dengan memalsukan kedatangan yang hanya menunjukkan Jainal tidak hadir selama dua bulan.
Dalam pada itu, Teo mengakui bahawa KPM berdepan masalah kekurangan guru di kawasan bandar dan luar bandar, di mana untuk sekolah rendah sahaja kira-kira 4,000 guru diperlukan.
Justeru untuk penyelesaian tempoh masa terdekat ini, katanya, KPM memutuskan bahawa semua bakal guru yang menerima ijazah pada tahun ini akan ditempatkan di sekolah untuk sesi 2019 dan jika masih ada kekosongan, guru interim akan dilantik bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran (PdP) tidak terganggu.
“Cabaran yang kita hadapi adalah untuk satu batch (guru) perlu tunggu lima tahun, maksudnya bakal guru yang graduate pada tahun ini sebenarnya mereka masuk institusi pengajian tinggi lima tahun lepas, jadi kita perlu ada unjuran lebih tepat untuk memastikan bakal guru yang kita latih adalah seiring atau sepadan dengan kekosongan atau guru-guru yang akan bersara.
“Isu kekurangan guru sudah berlaku sejak berpuluh tahun lalu, namun, sehingga kini masih tiada penyelesaian. Oleh sebab itu kita juga berhasrat untuk panggil semua bahagian berkenaan bermesyuarat supaya kita boleh lihat masalah ini daripada semua aspek supaya kita ada pendekatan terbaik untuk tempoh masa panjang bagi atasi isu ini,” katanya. - Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bila baca some of the comments at sabahkini fb page, bnyk la students meluah cgu kami dulu itu ini... Keluar la cerita mcm-mcm Bnyk guru yg baik uolls, but cerita begini mencalarkan professi perguruan.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|