|
'Menangis pun merdu' - Video tangisan baby girl Siti raih hampir 1.2 juta tonton
[Copy link]
|
|
tah nye kannnn
|
|
|
|
|
|
|
|
Over nya siti zoners ni... I mean budak tu nangis sja kot bukan nya menyanyim. Tu yg korang kata merdu? Bs |
|
|
|
|
|
|
|
rospinki replied at 23-3-2018 10:44 AM
alahhh...bagilah chance siti merasa syok..baby melalak pun merdu bagi ibu2 yg lama mgidam nk beranak ...
Bagi ibu tu mmg merdu...mmg xde salah apa pun...yg dicerca ni komen2 ott netizens sis |
|
|
|
|
|
|
|
oloh...biasa je pon.
netizen je berdo'oh sgt..over excited barangkali |
|
|
|
|
|
|
|
Berita Harian
LOG MASUK
HIBURANSelebriti
Jumaat, 23 March 2018 | 3:15pm
DATUK Seri Siti Nurhaliza dibenarkan pulang ke rumah hari ini selepas lima hari berada di sebuah pusat perubatan di ibu kota kerana melahirkan anak sulung, Isnin lalu. - Foto Instagram Rozi Abdul Razak
'Selamat berpantang Tok Ti'
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
[email protected]
Share
Tweet
Share
KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza, dibenarkan pulang ke rumah, hari ini, selepas lima hari berada di pusat perubatan kerana melahirkan cahaya mata sulung, Isnin lalu.
Menerusi video dikongsi pengurusnya, Rozi Abdul Razak, di laman sosial Instagram beliau, kira-kira dua jam lalu, penyanyi Comel Pipi Merah itu kelihatan meninggalkan pusat perubatan terbabit bersama suami dan bayi perempuan mereka yang ketika ini digelar Fatimah Az-Zahra.
Dalam rakaman itu juga, bintang kesayangan ramai ini sempat menitipkan ucapan terima kasih kepada seluruh kakitangan pusat terbabit, terutama doktor dan jururawat, yang memberikan layanan baik buatnya sepanjang berada di sana.
"Ya, hari ini Siti sudah dibenarkan pulang. Namun, doktor berpesan supaya beliau berehat dengan sebaiknya.
"Siti ada memberitahu saya, beliau agak sedih juga sebenarnya nak meninggalkan pusat rawatan berkenaan kerana sepanjang beberapa hari di situ, beliau dan bayinya dijaga dengan baik oleh mereka," kata Rozi ketika dihubungi BH Online sebentar tadi.
Perkongsian berkenaan sudah ditonton oleh lebih 145,000 orang dan rata-rata mengucapkan selamat pulang dan berpantang kepada penyanyi berusia 39 tahun itu.
Bahkan, sebahagiannya kagum dengan Siti yang kelihatan berseri, segar dan bertenaga selepas beberapa melahirkan anak pertama.
Rozi sebelum ini menyatakan, Siti akan berehat panjang dan berkemungkinan besar kembali aktif pada penghujung tahun.
"Kalau boleh, kami mahu membiarkan Siti berehat sehingga lepas musim Aidilfitri nanti kerana itulah juga masa sesuai untuk beliau kembali aktif. Bagaimanapun, kami tak nafikan beliau ada perniagaan yang mungkin memerlukannya kembali bekerja lebih awal, iaitu pada Ramadan dan hari raya.
"Begitupun, Siti cuma akan benar-benar aktif bermula pada hujung tahun, sehinggalah 2019. Banyak tawaran mengadakan persembahan yang diterima, selain merakam single baharu," katanya.
Mengenai video muzik rasmi Comel Pipi Merah yang bakal menampilkan permata hati Siti, Rozi berkata, jika tiada aral melintang ia bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Isteri kepada tokoh korporat terkenal, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, itu selamat melahirkan puteri comel seberat 3.55 kilogram secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di ibu negara, jam 8.17 pagi, 19 Mac lalu. |
|
|
|
|
|
|
|
kucen_miang replied at 23-3-2018 10:21 AM
mak budak tu sah2 la puji anak sendiri gedebak gedebuk, ni batak2 yg bunyik budak nangis pun nak ...
Lepas upload bunyi nanges, dan batak puji sora nangis merdu...upload lak gambar jari-jemari, batak puji lagi, jari,kuku pun dah comellllll amat katanya...menunggu hari upload pampers busuk lak....musti batak puji tgk gambar pun dah nampak wangi, subhanallah, umpama bau2 sorga...lol |
|
|
|
|
|
|
|
eddysheddy replied at 23-3-2018 05:57 PM
Berita Harian
LOG MASUK
Tokoh korporat terkenal???
berniaga apa dk nih?
setau i dia terkenal setelah kawin dgn ct
abih anak2 pun tumpang glemer |
|
|
|
|
|
|
|
baby nangis biasa je suara... kepam sgt netizen ni mengagungkn sgt artis fav.. |
|
|
|
|
|
|
|
hzln replied at 23-3-2018 06:07 PM
Lepas upload bunyi nanges, dan batak puji sora nangis merdu...upload lak gambar jari-jemari, batak ...
batak2 retis ni kalo boleh tgamak sujud menyembah agaknya |
|
|
|
|
|
|
|
kucen_miang replied at 23-3-2018 07:23 PM
batak2 retis ni kalo boleh tgamak sujud menyembah agaknya
Dan ko pulak gigih jadi anti ct.. aku rasa ko paling tak move on move on.. sooo kesian..
At least kalau sayang org boleh jugak dapat pahala.. kerana mmg digalakkan berkasih sayang sesama insan.. kalau terlalu benci org.. menghabiskan masa utk memikirkan membenci org.. tak tau la dapat apa haha |
|
|
|
|
|
|
|
sebelum kenal ct dah datuk k tu berbisnes.
korek semua sejarah dulu sis... ada je dlm forum ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Ciwi ka...
Semoga baby tok ct sihat dan mnjadi ank yg solehah..gembira tok ct dah ada baby... |
|
|
|
|
|
|
|
Macam macam la netizen ni kalau dah suka sesuatu tu memang semua benda cantik, sedap, merdu eh? |
|
|
|
|
|
|
|
guesswho09 replied at 23-3-2018 06:51 PM
Tokoh korporat terkenal???
berniaga apa dk nih?
setau i dia terkenal setelah kawin dgn ct
Bukan the zone tu DK punya ka |
|
|
|
|
|
|
|
Setakat memuji sore merdu je apa salahnya.... utk lebih membahagiakan siti je... kecoh je korang nak kecam yg memuji... x de keje eh? |
|
|
|
|
|
|
|
Pas dan harakah pun ucap uols.. ingatkan tun M je.. hihi
Retis lain mmg takkan dpt punye ucapan camni hehe
Tahniah Siti Nurhaliza atas kelahiran cahaya mata
NURIDAH MOHD SALLEH 21 MARCH 2018
11 tahun penantian penyanyi terkenal Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza akhirnya terbalas apabila dikurniakan seorang bayi perempuan yang selamat dilahirkan pada 1 Rejab 1439 bersamaan 19 Mac 2018 jam 8.17 pagi.
Bayi comel yang diberi nama sementara sebagai ‘Fatimah Az-Zahra’ menjadi buah mulut seluruh netizen apabila masing-masing berasa sangat teruja, terharu dan syukur atas kelahirannya.
Sudah pasti Datuk Seri Siti atau lebih mesra dengan panggilan ‘Mak Iti’ dan ‘Tok Ti’ sendiri berasa gembira kerana itulah yang diharapkan dalam sebuah perhubungan suami isteri, iaitu zuriat yang soleh selain memperoleh pasangan yang baik dan memahami.
Di kesempatan ini, Dewan Muslimat PAS Malaysia mengucapkan segunung tahniah kepada Datuk Seri Siti dan suami serta keluarga atas kelahiran cahaya mata yang pasti menjadi penyejuk di mata dan penawar di hati.
Kami juga mengajak netizen untuk sama-sama mendoakan bayi yang dilahirkan ini agar menjadi harta yang bernilai buat ibu, ayah khususnya dan pada agama, bangsa dan Negara umumnya insya Allah.
“Semoga Allah memberkati anak yang dianugerahkan kepadamu, semoga kamu bisa mensyukuri Sang Pemberi (Allah), semoga cepat besar dan dewasa, dan engkau mendapatkan baktinya si anak.”
“Semoga Allah menjadikannya anak yang diberkati untukmu dan untuk umat Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam.”
“Semoga Allah memberkati anak ini untukmu dan menjadikannya orang baik yang bertaqwa”
NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
21 Mac 2018 / 3 Rejab 1439 – HARAKAHDAILY 21/3/2018 |
|
|
|
|
|
|
|
memasing menangguk di air keruh..batak2 terkagum2 |
|
|
|
|
|
|
| |
|