Edited by tension080808 at 21-3-2018 11:05 AM
Perkara ni selalu jadi isu pd artis2 sekarang, sebenarnya ianya benda yg baik, yang mana bukan perkara aib. Artis2 sering upload foto atau info mengharapkan doa2 dari peminat, juga ketika ingin melaksanakan sesuatu impian artis itu.
Semua tahu selain usaha dari artis dalam mencari rezeki, 80% rezeki dtg dari peminat, yang azali dari ALLAH. Tanpa peminat nama mereka pun takan terkenal mahupun kaya. So harap next time redha2 je lah benda2 baik, sikap lebih kurang, kalau nak hidup privasi jgn jadi artis dan jgn upload apa2 perkara dlm ig, wtsp or apa2media. "Hidup pasti tenang dari fitnah kehidupan".
Kadang2 kehidupan manusia sekarang agak pelik, mengundang masalah, punca sifat riak, nak show off and bila something terjadi senang2
menunding jari pada orang lain. Ianya pedoman buat diri dan keluarga. Dalam bab keagamaan, derma, kebanyakkan juga sering menunjukkan sifat2 kealiman, bab show off, masih gagal untuk dikawal. Bukankah kita di ajar agar segala sifat kebaikkan atau amalan yang dilakukkan harus di simpan, hanya Allah sahaja mengetahui, bukan untuk sesama manusia menilai dan mengharapkan sesama kita bagi kredit. Baru bab agama, belum bab kemewahan, kecantikan, kesempurnaan hidup bersama pasangan dan lain2. Ikhlaslah melakukkan sesuatu tanpa mengharapkan sesuatu.
Bersangka baik dengan Allah, dan Bersangka baik sesama manusia, tak perlu tunjukkan kebaikkan, kerana belum tentu kekuatan keimanan kita
bakal utuh melawan godaan kehidupan yang ada pasang surutnya. Amalan pun hilang tak sempat malaikat nak tulis dalam buku catatan.
Sayang cara orang sekarang menilai seseorang itu baik, sekadar melihat kebaikkan yang di tulis atau yang ditonjolkan oleh empunya sendiri terhadap diri dan keluarganya.
"Buat Siti, Alhamdulllah rezeki yg Allahhadiahkan moga memberi seribu kebaikkan, insyallah"
|