|
Naz Rahman Tak Puas Hati Dengan Pengetua Tahfiz
[Copy link]
|
|
ok thanks u...i baru masuk thread psl ni tadi...eheheh....
|
|
|
|
|
|
|
|
Naz Mohon Maaf Isu Mati Syahid Pelajar Tahfiz
Diterbitkan: Ahad, 17 September 2017 6:30 AM
Naz berharap luahannya di Twitter mampu membuka mata pihak berwajib mengenai keselamatan di pusat pengajian.
PENGACARA Nazrudin Habibur Rahman atau Naz memohon maaf andai ada perkataan yang diluahkan di laman Twitter miliknya mengenai isu mati syahid menimbulkan perasaan kurang senang netizen.
Menurut Naz, 39, apa yang diluahkannya itu bukan untuk mempertikaikan kenyataan 'mati syahid' tersebut.
Sebaliknya, dia mahu pihak yang menguruskan pusat pendidikan mengutamakan keselamatan pelajar dan tidak terlalu mudah memberi alasan bagi menutup sesuatu kejadian.
"Ini bukan kali pertama berlaku, sudah banyak kes kebakaran asrama yang membabitkan kematian kanak-kanak.
"Saya bukan menafikan tentang hal mati syahid tetapi saya mempertikaikan tentang keselamatan yang sepatutnya dititikberatkan.
Luahan hatinya di laman Twitter mendapat pelbagai reaksi dan komen daripada pengguna laman tersebut.
"Sampai bila kita mahu menerima alasan yang sama apabila ia membabitkan kematian," katanya ketika dihubungi mStar Online.
Menerusi akaun Twitter @nazrudinrahman, dia ada menulis 'Mati syahid? What a bangsat cop out answer. Tell me something I don't know'.
Postingnya itu mendapat hampir 6,000 retweet dan ratusan komen daripada pengikut.
Ia memetik laporan sebuah portal berita tempatan yang melaporkan Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Iftifaqiyyah Muhammad Zahid Mahmod menganggap 21 orang pelajar dan dua warden mereka mati syahid dalam kebakaran asrama di Kuala Lumpur pada 14 September lalu.
Dalam pada itu, Naz berharap kenyataannya itu mampu membuka mata ramai pihak terutama pihak berkuasa mengenai keselamatan pusat pendidikan.
"Niat saya untuk membuka mata pihak berwajib mengenai kepentingan keselamatan.
"Tidak kiralah pusat pendidikan apa sekalipun, soal keselamatan harus menjadi keutamaan dan bayangkan jika berlaku kecemasan, mereka ini tidak dapat menyelamatkan diri.
Kejadian kebakaran di pusat tahfiz yang meragut nyawa 23 orang ini membuka mata ramai pihak mengenai aspek keselamatan.
"Dalam kejadian baru-baru ini, saya yakin pengetua tersebut akan bertanggungjawab dengan apa yang berlaku," katanya.
Sementara itu, Naz berkata apa yang dikongsi itu secara tidak langsung turut menyedarkan masyarakat mengenai isu keselamatan.
Malah pengacara program Jalan-Jalan Cari Makan ini tidak berkecil hati dengan komen netizen yang menghentam kenyataannya itu.
"Mungkin mereka yang baca tweet tersebut tidak faham maksud saya kerana tidak membaca catatan yang berikutnya.
"Tidak apa lah, sekurang-kurangnya ada yang menyokong dan memahami apa mesej yang ingin saya sampaikan dalam tulisan tersebut," katanya yang aktif dengan badan kebajikan sejak beberapa tahun yang lalu.
Dalam kejadian 14 September lalu, seramai 23 orang maut selepas pusat tahfiz berkenaan terbakar dipercayai akibat perbuatan khianat.
Hakcipta Terpelihara 2017 Star Media Group Berhad (ROC 10894D)
Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/09/17/nazrudin-luahan-twitter/#uL7G0gBHpRDsjx3y.99 |
|
|
|
|
|
|
|
everybody gets ur point, naz. no denying security and safety aspects were lacking but how u express ur point was tactless when it was coupled with the words mati syahid and bangsat.
|
|
|
|
|
|
|
|
sepitsiput replied at 17-9-2017 08:26 AM
if you say so, sure ke chuols tahu Naz tak pernah menyumbang kpd sekolah tahfiz. Ni meols nk bg fi ...
Dari segi keselamatan yes, pusat tahfiz tu still salah sbb tk de pintu exit yg ke dua & alat pemadam api etc.. dari segi bahasa dgn mengbangsat kan org totally wrong.. ini bkn kes dgn sengaja ie cth kes rogol, liwat etc. Kita yg tk de kena mengena pun terkesan, apatah lg la org yg hari2 bersama sama ngan anak2 tu.. dan dari segi sumbangan I refer specifically kpd pusat tahfiz tersebut. Lain institusi, lain kekangan masing2.. mungkin die menyumbang juga.. wallahualam... bangsat tu perkataan yg sgt kejam... |
|
|
|
|
|
|
|
sepitsiput replied at 17-9-2017 08:26 AM
if you say so, sure ke chuols tahu Naz tak pernah menyumbang kpd sekolah tahfiz. Ni meols nk bg fi ...
Dari segi keselamatan yes, pusat tahfiz tu still salah sbb tk de pintu exit yg ke dua & alat pemadam api etc.. dari segi bahasa dgn mengbangsat kan org totally wrong.. ini bkn kes dgn sengaja ie cth kes rogol, liwat etc. Kita yg tk de kena mengena pun terkesan, apatah lg la org yg hari2 bersama sama ngan anak2 tu.. dan dari segi sumbangan I refer specifically kpd pusat tahfiz tersebut. Lain institusi, lain kekangan masing2.. mungkin die menyumbang juga.. wallahualam... bangsat tu perkataan yg sgt kejam... |
|
|
|
|
|
|
|
underground replied at 17-9-2017 08:31 AM
so kalau 'pernah' menyumbang, halal la untuk dia mengecam, downgrade dan membangsatkan sesiapa?
...
Betul... mind our language... bukan nak kata die tk salah.. in term of safety tetap salah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Naz rahman ni Jenis cetek agama. Mohon mengucap dua kalimah syahadah semula. Ko pertikaikan hukum agam org nati syahid? Kau nak marah eekolah tahfiz tapi kau campur gaul semua sekali. Jadilah kau manusia takde akidah |
|
|
|
|
|
|
|
Takut tengok muka kau naz. Jambang misai kau macam watak jahat dlm batman tu si joker. Mcm syaitan kau huat muka cam tu. Apa kau ingat kau handsome |
|
|
|
|
|
|
|
bungarose replied at 16-9-2017 09:11 PM
Kes khianat berniat utk membakar. Bdk2 dadah tu dh sekat pintu keluar dan bakar dr luar.
Naz ni pu ...
betul tu. memang dah nekad nak bakar, kalau ada dua pintu sekalipun tentunya budak2 dadah tu angkut 4 tong gas dan 2 tilam dan kunci grill jugak.bercakap membangsatkan orang macam org takde agama.
|
|
|
|
|
|
|
|
red_rose replied at 16-9-2017 10:59 PM
Naz, Masa HSA trbakar hr tu kau ada membangsatkan sesape x ? tny jer...
berani ke dengan johor? harusla kena ketuk pintu. Hsa tahap kawalan tinggi pun masih terbakar dan melibatkan kematian. |
|
|
|
|
|
|
|
chazey replied at 17-9-2017 12:50 AM
Memang khianat tapi masih bersangkut paut dengan isu safety - selain takda laluan kecemasan, macam ...
potong pakar, panjat tembok,pecah masuk. org jahat ni dia ada macam2 ikhtiar..lebih2 lagi di bawah pengaruh dadah |
|
|
|
|
|
|
|
KukuNeeng replied at 17-9-2017 02:08 AM
Yg naz ni pon sumpah BIADAP
yg pengetua tu tgh dlm kesusahan ditimpa bencana kau sedap2 mulut puaka ...
i harap rumah dia tak terbakar masa dia dan anak2 dia tengah tidur |
|
|
|
|
|
|
|
Cekla replied at 17-9-2017 04:36 PM
i harap rumah dia tak terbakar masa dia dan anak2 dia tengah tidur
Uishhh chuolss |
|
|
|
|
|
|
|
purpler replied at 17-9-2017 07:20 AM
entah2 pengetua tahfiz tu menjawab dengan nada yang sangat sebak....
senang2 je dia kata bangsat... ...
saya pun rasa begitu..itu sahaja yg mampu terucap masa tu..baca kat ig rizalman, pengetua ada minta maaf |
|
|
|
|
|
|
|
sepitsiput replied at 17-9-2017 08:26 AM
if you say so, sure ke chuols tahu Naz tak pernah menyumbang kpd sekolah tahfiz. Ni meols nk bg fi ...
bukanke beroperasi bawah kelulusan majlis agama islam KL? (MAIKL) |
|
|
|
|
|
|
|
tomaz replied at 17-9-2017 04:42 PM
Uishhh chuolss
i harap tidak berlaku..supaya dia boleh terus berbakti kepada agama khususnya pembangunan sekolah tahfiz..mana tau suatu hari nanti dia antar anak dia dan dia jadi pengetua situ |
|
|
|
|
|
|
|
Minami2013 replied at 17-9-2017 04:02 PM
Dari segi keselamatan yes, pusat tahfiz tu still salah sbb tk de pintu exit yg ke dua & alat pemad ...
ye betul..nak membangsatkan bapa yg rogol dan liwat anak 600kali tu logik la..ini dengan ustaz yg mengajar agama..langsung tak ada common sense of empathy |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by KukuNeeng at 17-9-2017 05:31 PM
ubiwankelubi replied at 17-9-2017 02:39 PM
everybody gets ur point, naz. no denying security and safety aspects were lacking but how u express ...
Seconded u!!
When he say bagsat it show how jerk he is and betapa xsensitifnye diri dia pada musibah yg menimpa org tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku paham jer maksud naz tu
Tp bangsat tu yg x ssuai
Dan tajuk "mereka mati syahid" tu seolah2 xpe la diorg mati, mati syahid
Wp tu angkara khianat tp safety tetap perlu. Bla kita dah usaha pastu tawakal. tp kalau jd gak khianat apa nak kata tu la qada n qadar.
Khianat dan safety dua isu bbeza.
Mcm kes xcident la. Kita tetap perlu pakai seatbelt bagai. Tp kalau da safety 1st tp xcident mati, mati jgk.. |
|
|
|
|
|
|
|
cik kak, kau mempertahankan ustaz mudir tu, tapi dalam masa yg sama kau mendoakan kecelakaan orang? like... serious? ustaz ada ajar kau mendoakan kecelakaan saudara seagama kau ke?
disebabkan khianat, maka dimaafkanlah kecuaian mengabaikan aspek keselamatan tu? Takdir. dah ajal. begitulah bila masanya tiba. gitu? ni ajaran ustaz mana kau dapat ni? khianat, budak2 jahat tu akan sumbatlah semua 100 pintu pun kalau wujud. gitu? jadi berserah je la pada takdir tanpa ada usaha? seriuosly macam tu? serious?
Kita diajar untuk berusaha, berdoa dan akhir sekali baru bertawakal. Apa usaha untuk menyediakan tempat yg selamat? Pelan asal bangunan MAIWP tu asalnya dengan 2 pintu kat tingkat 3. Tapi dorg pergi sekat, bina dinding baru. Dijadikan 2 bilik. 1 bilik 1 pintu. Bomba dan DBKL datang tgk, bangunan dah diubahsuai struktur macam tu, mana boleh lulus CF. Tak blh duduk sebab tak selamat. Faham ke tak?
Naz salah sbb berbahasa kesat. tapi point dia tu sangatlah betul. jangan kau pulak merangkak kat sana nanti cari dia nak minta ampun.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|