CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CARI-HBZ

Pesakit Hilang Sabar, Dakwa Petugas Klinik Kesihatan Lembab Buat Kerja

[Copy link]
Post time 8-4-2017 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni aku tepek kt sini kopipes dri pages "the Dressar" kt fb..

Amaran! Teks ini panjang, tapi berbaloi untuk dibaca oleh mereka yang tidak malas.

Klinik Kesihatan Selambau. Nama klinik yang hampir kita semua tak pernah dengar. Tapi kini hampir semua sudah kenal. Kecoh isu seorang brader yang asyik "noh noh noh" tu rakam video seorang Dressar dan membuat viralisasi (aku belasah je perkataan viralisasi ni), dengan niat untuk menjatuhkan maruah dan reputasi seorang Dressar ataupun seorang penjawat awam. Melalui kenyataannya di dalam video yang dirakam, dia mendakwa Dressar tersebut masuk kerja lambat dan dia terpaksa menunggu lama.

Hingga kini tiada jawapan balas dari pihak klinik. Jadi sebagai salah satu page yang mewakili Dressar, kami rasa terpanggil untuk sama-sama berdiri memberi sedikit kefahaman kepada masyarakat tentang isu ini.

Okay la, disebabkan aku pun pernah kerja di KK sekitar KL yang super busy, jadi aku nak share pengalaman sikit la. Apa yang berlaku di KK Selambau tu memang kita tak tahu secara tepat apa yang berlaku, tapi melihat kepada video tu, kita dapat rungkaikan beberapa kemungkinan dan jalan cerita.

1 - Brader Noh cakap dia menunggu 49 minit. Padahal apabila disiasat, dari waktu dia mendaftar hingga 02:49pm tu, Brader Noh rupanya baru menunggu 23 minit.

2 - Bila dia TERJAH masuk ke bilik konsultasi tersebut, kelihatan Dressar baru keluar dari sebuah bilik. Dia terus ambil cop dan cop kad kuning. Maknanya apa? Dia baru selesai memerika seorang pesakit dan menulis. Cop adalah benda terakhir yang akan kami buat apabila memeriksa dan menulis di kad kuning tu. Jadi takde isu Dressar tu baru muncul. Tambahan pula kad kuning yang dicop adalah muka belakang, bermakna dia dah banyak menulis sebelum Brader Noh masuk bilik dia.

3 - Brader Noh cakap dia masuk dah bilik konsultasi tu sebelumnya tapi takde orang. Ya memang la takde orang sebab Dressar tu sibuk kat bilik sebelah. Bilik sebelah tu nampaknya macam sebuah bilik prosedur atau kecemasan. Biasanya bilik ni akan ada katil dan tempat untuk buat prosedur. Pesakit yang tak sesuai nak diperiksa atas kerusi akan disuruh baring kat katil tu. Boleh jadi juga pesakit yang Dressar tu tengah tengok ada masalah lain contohnya sakit dada. Bila sakit dada, perkara paling penting adalah kena buat ECG. Boleh jadi jugak pesakit kat dalam tu sedang kena asthma yang teruk. Jadi, sekali lagi ini point solid dan jelas yang Dressar tadi sedang sibuk melayan pesakit di bilik sebelah. Bukannya baru masuk kerja pada jam 02:49pm tu.

4 - Hampir semua klinik kesihatan sekarang masih beroperasi waktu lunch hour (1pm-2pm). Sebab apa? Sebab nak merawat pesakit yang daftar pukul 12pm lebih tu. Kalau diorang rehat jugak waktu lunch hour, pesakit yang daftar pukul 12 lebih terpaksa menunggu tambahan sejam lagi. Bila dia tak rehat waktu lunch hour, besar kemungkinan dia akan curi-curi rehat bila pesakit dah reda. Boleh jadi pukul 1:45pm baru dia start rehat. Boleh jadi pukul 2pm baru dia start rehat. Tanya la pada mana-mana staf klinik kesihatan, waktu rehat yang tak tentu begini memang dah biasa bagi mereka. Bila dia keluar lambat, logik la dia masuk lambat sikit.

5 - Yang Brader Noh pegi marah orang kaunter tu buat apa? Siap suruh diorang bagi penjelasan pulak tu. Merek takde kaitan, mereka cuma register pesakit. Brader Noh, jangan ingat sebab kau pesakit, kau ada hak nak publish muka penjawat awam kepada public sesuka hati. Kau sedang menempah kertas saman dari mangsa yang kau aibkan dengan membabi buta. Kau seolah-olah telah menghukum tanpa bicara, membuka ruang seluas-luasnya orang awam untuk bagi kejian, cacian dah fitnah terhadap Dressar tersebut sedangkan dia belum tentu bersalah lagi. Sekali lagi diulang, kau sedang memasang jerat untuk diri sendiri.

6 - Dalam klip video itu, Dressar tersebut kelihatan sedang sibuk, tapi Brader Noh masih bertanya soalan yang sangat annoyying. Siap "Helo Helo Helo" lagi. Orang tengah sibuk attend patient, kau pulak sibuk nak jadi wartawan murahan dengan merakam muka orang. Dah la ceroboh masuk bilik konsultasi sesuka hati, lepas tu ganggu penjawat awam lakukan tugas. Brader Noh, katakan la kalau masa kau masuk tu Dressar tu tengah periksa pesakit, tengah selak kain pelekat seorang pakcik yang bengkak kat kemaluan. Kau main terjah masuk dengan rekod video, kau rasa betul ke tak tindakan kau tu? Kau dayang kat Dressar dengan cara yang biadap, lepas tu kau expect Dressar yang tengah sibuk nak melayan kau? Silap la Brader Noh!

7 - Kau tak puas hati pasal apa benda sekalipun hatta tak suka warna dinding klinik ataupun kau tak suka dengan bau bunga yang ditanam pekebun kat sekitar klinik tu, ikut salurannya untuk suarakan ketidakpuasan hati kau tu. Okay la katakan la kau tak tahan sangat nak tanya, kau nak masuk tanya on the spot time tu jugak, ya silakan. Tapi pastikan dengan cara yang betul. Ketuk pintu, bila Dressar bukak baru tanya dia kenapa lambat? Tadi pegi mana? Kalau kau tanya macam tu aku yakin dia akan jawab dengan baik jugak. Ni dah la rempuh masuk macam tu je, siap merakam video lagi. Memang niat kau dari awal lagi nak cari salah dia, kalau aku jadi dia pun aku akan diam je. Karang kalau dia jawab, lagi banyak benda kau nak tanya. Baik dia diam, siapkan kerja dia.

Buat Dressar yang teraniaya di KK Selambau tu, kami  Dressar Brotherhood SeMalaysia bersama kau. Jangan risau bro, kau atasi Brader Noh dengan baik sekali. Kalau kau perlukan bantuan lawyer untuk saman malu, boleh berhubung dengan kami. Kami sedia membantu.

- Stryker -

#KKSelambau

Ni link video tersebut

https://www.facebook.com/arun.ponan.1/posts/838652139615832
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2017 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
puteraalam02 replied at 7-4-2017 05:56 PM
aku setuju tu memang lambat kat klinik kesihatan, dari pengalaman aku la hari tu aku buat urusan di  ...

I think diorang bukan segaja nak buka kaunter 1-2, tapi kadang-kadang staff tak cukup. Ada AL, ada EL,  ada MC.. benda kadang-kadang beyond control. Cuma nasib tak tak baik kena kat u
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2017 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Klinik kerajaan atau hospital kerajaan tak sesuai untuk golongan kurang sabar, bangun-bangun je berniat nak aib kan orang dan iman senipis kulit bawang. Bawa-bawalah beli insuran dan bayar bulan-bulan so that uols boleh refer kat private yang diorang charge every single thing termasuk masa... hokey!
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2017 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
nufarsa replied at 7-4-2017 05:54 PM
kepada perakam memang sejenis manusia hati mmg tak sabaq. aku pernah duk 4jam kt kkia. org lain pun  ...

Kalu pesakit ramai doktor sibuk lain cerite, ni pesakit 6 org, dah dekat pukul 3pm, doktor takde dlm bilik,doktor pi mane..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2017 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
kelapaparut replied at 8-4-2017 12:36 PM
Kalu pesakit ramai doktor sibuk lain cerite, ni pesakit 6 org, dah dekat pukul 3pm, doktor takde d ...

Kat fb yg da ditepek tu kan da tulis. Zahirnye mmg nmpk sikit tp kat bilik rawatan tu aley ade 2  3 pesakit yg tgh asma ke, accident ke yg prlu kptusan doc. Ni klinik kwasan kg standard doc 2 3 org je.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2017 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysian kalau buat aduan tak puas hati dan sebagainya memang akan dilabel
tak sedar diri,
tak bersyukur,
tak cermin diri,
tak terima qada qadar,
menyusahkan orang,
dengki,
busuk hati,
tabur pasir di rezki orang,


dan sebagainya

sampai kiamat takde pembaharuan, tiada kesedaran dan sebagainya

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-4-2017 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
meya replied at 8-4-2017 05:01 PM
Malaysian kalau buat aduan tak puas hati dan sebagainya memang akan dilabel
tak sedar diri,
tak  ...

Win.

Bile cakap, sentap. Bkn nk improve kecacatan.
Belaja tinggi2, bodoh betingkat2.

Hati tisu
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2017 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
tak payah la sampai nak bodoh2kan orang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2017 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
NBM replied at 7-4-2017 10:24 AM
aku ada experience dgn hospital gomen ni.  Kononnya htr arwah bpk mertua gi Emergency. Ingatkan bila ...

Ni memang betul. I pun pena sekali eksiden lepas tu dengan hidung bdarah tak henti2 pg emergency ingatkn akan terus dirawat tapi kena tunggu dengan baju penuh darah tu..lepas tu kena suruh xray kena jalan lagi bukannya kena sorong.. bila da confirm btg hidung retak baru admit
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2017 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Gomen customer service haukk... tgh2x layan customer boleh plak bangun pergi kaunter kawan kat hujung..bersembang pasai ape ntah... pas sok sek sok sek..dtg kaunter sendiri semula sambung wat kerje..customer tunggu kat kaunter tahan je sabar.... mentality depa ni kdg2 aku tgk tak bertanggungjawab...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2017 09:47 PM | Show all posts
My sis is a doctor. And she admit mmg ade doktor yg tak competent. Surgeon plak tu. Pegi keje mabuk mlm tadi tak abis lagi . Tp takleh nk wt pe sbb pakar bedah sgtlah kurang.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2017 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
siputsedut replied at 7-4-2017 07:30 PM
Kalu kt tpt aku ni..triage area tu ada kerusi roda...boleh mintak MA xpon ko pinjam kejap tolak g  ...

Kalo kes pregnancy, mmg cpt sis. Takpayah nk daftar2 da, dia sorong masuk dlm terus. Yg i perasan kt ED gov, kalo stroke, excident luka teruk, budak2 sesak nafas, pregnancy bleeding, ni kes2 priority,

Tp kalo ko setakat demam panas, main futsal patah tangan, anak ko muntah2, sila la tunggu berejam ye. Bnyk lg kes priority diorg nk attend
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2017 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
siputsedut replied at 7-4-2017 07:37 PM
Caprut..ada klinik yang ada pc dlm bilik rawatan...klinik kesihatan kt putrajaya ada...

Putrajaya confirm ada, semua guna system
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2017 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
rayray28 replied at 7-4-2017 11:13 PM
Sejak kk dkt rumah ni buka sampai malam..skg ni kalau sape2 sakit jek mmg g situ jek..masuk waktu pu ...

Kk mana tu? Mmg best sgt kk buka smpai mlm, sng aku bw anak aku kalo dia demam lebih 3 hari, trus check darah je. Byr singgit je. Tggu pon tak lama. Sejam da setel
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2017 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
MyNameIsIris replied at 8-4-2017 11:34 AM
Klinik kerajaan atau hospital kerajaan tak sesuai untuk golongan kurang sabar, bangun-bangun je bern ...

Kt private belum tentu cpt sis. Smlm baru bw husband pi columbia jumpa pakar. 2 jam gak menunggu. Tgk org lain lg kesian, budak2 sakit 5-6 org dok dlm dakapan mak diorg atas wheelchair. Tgn da siap drip air, tp dok menunggu kt lobby, tgh tggu bilik kosong. Semua hospital skang ni x kira swasta or kerajaan da terlalu padat.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2017 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
kekgebu replied at 8-4-2017 11:23 PM
Kalo kes pregnancy, mmg cpt sis. Takpayah nk daftar2 da, dia sorong masuk dlm terus. Yg i perasan  ...

Aku aritu still kene daftar..sbb nk tanya gl ada ke x kut...dkt triage ambik vital signs..daftar..duduk kjp dh dpt jumpa doktor..dgn doktor tu dia scan dan nampak ada kantung lg..terus tolak pergi labor room....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2017 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
kekgebu replied at 8-4-2017 11:24 PM
Putrajaya confirm ada, semua guna system

Yuo..kalau klinik ibu dan anak..sedap yg guna komputer ni sbb laju...dlu nurse kene tulis dua buku utk satu ibu..ni aku tgk dia copy paste je template tu ..sambil copy paste sambil bg advice...kejap je dah boleh balik...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2017 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
siputsedut replied at 8-4-2017 11:40 PM
Yuo..kalau klinik ibu dan anak..sedap yg guna komputer ni sbb laju...dlu nurse kene tulis dua buku ...

Omg, ni yg rasa nk pi buka buku pink kt pjaya ni. Hazab fikirkn nk tggu kt dengkil.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2017 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
kekgebu replied at 8-4-2017 11:34 PM
Kt private belum tentu cpt sis. Smlm baru bw husband pi columbia jumpa pakar. 2 jam gak menunggu.  ...

I selalu refer my dotter kat kpj.. memang menunggu berjanggut juga. Tapi taklah sejanggut gomen.. 1/2 dari gomen kiranya
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2017 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
meya replied at 8-4-2017 05:01 PM
Malaysian kalau buat aduan tak puas hati dan sebagainya memang akan dilabel
tak sedar diri,
tak  ...

Buat aduan pada saluran yang betul.. bukan macam ni. Dah berapa banyak viral kan salah spital/klinik gomen tapi hujung-hujung yang memviral tu yang tak sabar...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 05:12 PM GMT+8 , Processed in 0.069566 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list