|
ok korang... tunggu punye tunggu, SEPET akan berada di pawagam 24 Feb nanti....
kalo ada masa aku pon nak pegi nengok... jom!!
:pompom: |
|
|
|
|
|
|
loukas This user has been deleted
|
" Cheap publicity stunt, typical melayu kena cuit sikit nak merajuk (sebenarnya bukan merajuk tapi nak meraih simpati).
Pleaselah. "
Agreed.
I'm not a fan of Yasmin's work, her ads, what more her movie... |
|
|
|
|
|
|
|
sepet: tayangan
so bila sepet akan ditayang kan? 22 or 24?? aku mmg plan nak tgk movie ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ashna at 15-2-2005 01:10 PM:
so bila sepet akan ditayang kan? 22 or 24?? aku mmg plan nak tgk movie ni.
24 |
|
|
|
|
|
|
lollipop This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
|
minggu depan dah nak mula tayang, tapi promosi apa pun tak nampak lagi! iklan? tv trailer? banner kat panggung? artikel2 dlm paper? cover story majalah? the making of? tour promosi?
sedih juga la dgn filem yg bagus tapi takde bajet utk promo ni! masalahnya bila filem ni ada isu dgn LPF, sponsor semua takut nak involve. aku memang tak setuju kisah Sepet vs LPF ni digembar-gemburkan. lebih baik senyap, dan fokus pada promosi tayangan saja. kalau nak lawan LPF, buat secara umum, jgn babitkan satu filem saja. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by loukas at 14-2-2005 03:41 PM:
" Cheap publicity stunt, typical melayu kena cuit sikit nak merajuk (sebenarnya bukan merajuk tapi nak meraih simpati).
Pleaselah. "
Agreed.
I'm not a fan of Yasmin's work, her a ...
bitch, please!!
now continue watching those usop selam and mohaideen's movies until u vomit!! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by khys at 16-2-2005 09:17 AM:
minggu depan dah nak mula tayang, tapi promosi apa pun tak nampak lagi! iklan? tv trailer? banner kat panggung? artikel2 dlm paper? cover story majalah? the making of? tour promosi?
sedih juga l ...
mmg.. promo kureng..
aku pon sedar sepet ni nak ditayangkan sbb dah ada kat kaunter tiket ERA.. |
|
|
|
|
|
|
|
nampak gaya macam best... alamak teringat pulak zaman sekolah aku pun pernah syok kat seorang chinese guy.. cute betul.. !
haha... |
|
|
|
|
|
|
Gemini82 This user has been deleted
|
Originally posted by kEk_KeL@d| at 16-2-2005 11:26 AM:
mmg.. promo kureng..
aku pon sedar sepet ni nak ditayangkan sbb dah ada kat kaunter tiket ERA..
samalah....
baru pg td dgr kat era..... |
|
|
|
|
|
|
|
tak tahu dah ada kerr tidak info ni...
from my mail...
Yasmin Ahmad's award-winning film, SEPET, opens to an exclusive premiere
on Tuesday 22nd February at TGV, Suria KLCC at 9pm.
Official website http://www.sepet.com.my
Limited complimentary passes to the premiere are being given away by BATA
in conjunction with the launch of BATA Gift Cards, available at all BATA
stores in the Klang Valley.
The BATA Gift Cards cost RM50 with a redeemable value of RM55. You get one
complimentary pass to the Premiere on the 22nd with every card bought.
This means that in one fell swoop you do ALL this:
1. Save RM15 (which is RM5 price-off on your next shoes from BATA + 1
movie ticket)
2. Tell Yasmin how much you love her by your presence at her beloved
SEPET's premiere
3. Be the first in the country to watch a GREAT homegrown, courageous
new movie, and
4. Send a message to BATA that you appreciate their maiden effort in the
support for brave and honest Malaysian voices.
FYI Yasmin Ahmad is responsible for the many heart-warming television
commercials for PETRONAS corporate that have always reminded Malaysians
we are comprised of a truly diverse and lovable lot.
BATA stores running the BGC/SEPET promotion are at:
Mid Valley Megamall
Jalan Tuanku Abdul Rahman
Suria KLCC
Alpha Angle, Wangsa Maju
Jalan Taman, Klang
Sunway Pyramid
Ampang Point
Sungai Wang Plaza
1Utama
Carrefoure Wangsa Maju
SEPET opens to the public in cinemas from 24 February
Official website: http://www.sepet.com.my
Read about her encounters with the Malaysian Censorship Board at Yasmin's
blog at http://yasminthestoryteller.blogspot.com
--
"Metaphors be with you."
VERNON ADRIAN EMUANG
Multimediator - Defiant Laboratories Sdn Bhd |
|
|
|
|
|
|
loukas This user has been deleted
|
"bitch, please!!
now continue watching those usop selam and mohaideen's movies until u vomit!!"
Don;t be stupid.
If I don't like Yasmin's work, doesn't mean I like prof's work...
Respect people's tastes and opinions, please!
If you like Yasmin so much, well, then, whatever!
I don't like her work...
I find her work on ads self-absorbed and superficial... but hey, it's only me! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by loukas at 17-2-2005 11:36 PM:
"bitch, please!!
now continue watching those usop selam and mohaideen's movies until u vomit!!"
Don;t be stupid.
If I don't like Yasmin's work, doesn't mean I like prof's work...
...
you are so wrong on many levels.
my opinion is i disagree with your opinion and i cannot accept it. ;) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by GAIA at 25-12-2004 12:29 PM:
rasanya Spinning Gasing masa kena banned tu ada menang award kat Hawaii International Film Festival.....lama lepas tu baru diluluskan utk tayangan wayang kat sini....
itupun setelah puas dipotong... tapi saya tak sempat tengok kat pawagam... saya beli vcd... saya kurang pasti pula yang saya tengok tu, dah kena potong ke full... sebabnya babak sensored ada kat dalam vcd... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by khys at 2005-2-16 09:17 AM:
minggu depan dah nak mula tayang, tapi promosi apa pun tak nampak lagi! iklan? tv trailer? banner kat panggung? artikel2 dlm paper? cover story majalah? the making of? tour promosi?
sedih juga l ...
kat TGV Ipoh ada poster box dari last week lagi tapi tak pasti akan ditayang @ tak kat sini.... ni article pasal sepet kat paper utusan semalam...
Jom, tengok Sepet
FILEM Yasmin Ahmad, Sepet akan membuka tayangan umumnya di beberapa bandar utama seluruh negara mulai Khamis ini.
Wartawan NOOR AZAM SHAIRI yang berpeluang menonton filem itu berkongsi pandangannya yang dikutip bersama-sama pendapat beberapa orang lain mengenai kenapa filem itu harus ditonton.
1. Yasmin ialah tenaga kreatif di belakang iklan-iklan popular di televisyen.
Kita jujur saja; setiap kali tiba musim perayaan kita menunggu-nunggu tayangan iklan Petronas yang panjangnya lebih kurang dua minit itu. Cerita iklan itu kemudiannya menjadi bahan bualan banyak antara kita.
Tiga iklan televisyen yang menjadi bualan dalam tempoh terdekat ini, Yasminlah yang mengarahkannya - iklan Tahun Baru Cina Petronas yang baru lalu, kisah seorang cucu dan neneknya di sebuah kebun sayur; cerita Suparjo dan Raju dengan pantun ``ikan di laut, asam di darat'' dan iklan kempen budi bahasa.
Seorang penulis blog, The Visitor melihat iklan-iklan komersial itu lebih berupa filem pendek dengan cerita dan struktur naratif yang diakui lebih kuat daripada sesetengah filem cereka tempatan.
``Iklan-iklan itu mempunyai pathos dan memberikan kesan emosi yang mendalam. Itulah juga yang boleh kita harapkan daripada Sepet,'' katanya yang juga seorang wartawan yang sebelum ini banyak mengkritik filem.
2. Ini cerita cinta tetapi bukan filem cinta biasa. Ini filem tentang cinta pertama.
Sepet cerita hubungan cinta antara Ah Loong, lelaki Cina penjual VCD dengan Orked, gadis Melayu lepasan SPM. Mereka jatuh cinta pandang pertama, tidak sampai seminit bertentang mata.
Yasmin cukup percaya itulah cinta yang sejati, dan dialog tentang cinta pandang pertama itu adalah ucapan paling romantis dalam filem ini.
Dalam notanya tentang Sepet, Yasmin menulis: ``Saya percaya cinta pertama cinta yang sejati tetapi tidak banyak orang percaya begitu.
``Ini mengingatkan saya baris akhir dalam sebuah puisi yang ditulis oleh penyair dari Poland, Wislawa Szymborska: Biarkan mereka yang tidak pernah menemui cinta sejati percaya bahawa ia tidak wujud. Keyakinan itu akan menolong mereka hidup dan mati dengan tenang.''
3. Semasa ditayangkan di Singapura Oktober lalu, ada orang yang menontonnya berulang-ulang sampai lapan kali di pawagam.
Ini bukan cerita yang direka-reka tetapi pengakuan beberapa orang penonton di Singapura dalam forum di Internet khusus membincangkan tentang hal-hal seputar dunia filem yang ditayangkan di pawagam di negara republik itu.
Perbincangan mengenai Sepet di forum itu - dan filem-filem lain juga - tidak hanya setakat rumusan-rumusan seperti ``gambar cantik'', ``lakonan best'' atau ``lagu sedap''.
Mereka yang menonton berulang-ulang itu mengaku menyukai kisah cinta Ah Loong dan Orked. Selebihnya, mereka mahu `membaca' Sepet, menyelongkar isi dan maknanya lapis demi lapis.
4. Sepet masuk ke sirkit festival antarabangsa.
Sepet akan ke tiga festival antarabangsa. Ia akan ditayangkan di Festival Filem San Francisco dan Festival Filem Asia Barcelona pada April ini. Pertengahan bulan depan, ia bertanding dalam Festival Filem Antarabangsa Wanita Creteil di Perancis.
Ada orang berpendapat terpilih ke festival antarabangsa bukanlah ukuran mutu sesebuah filem. Ini kerana ada ratusan festival filem di serata dunia, dan setiap hari sebenarnya ada saja festival yang dibuka di setiap penjuru benua.
Tetapi tentulah ada sebab kalau sesebuah filem itu terpilih ke festival. Itu membawa kita kepada faktor yang berikut.
5. Sepet menunjukkan perubahan ketara yang sedang berlaku dalam teknik penceritaan filem kontemporari Malaysia.
Dalam banyak interviu mengenai Sepet dan filemnya sebelum ini, Rabun, Yasmin menyebut bahawa dia membuat filem untuk menghiburkan orang tuanya. Kedua-dua filemnya itu agak personal dan agak semiautobiografi. Pak Atan dan Mak Inom dalam Rabun dan Sepet adalah watak ibu bapanya yang sebenar.
Apa yang dikatakan oleh Yasmin itu barangkali ada betulnya. Tetapi kepada pengamat filem, Hassan Muthalib, kenyataan itu adalah untuk mengaburkan maksud lain yang lebih besar.
``Itulah yang dilakukan oleh para pembikin filem yang bijaksana,'' katanya.
Hassan melihat Sepet sebagai sebuah filem yang berjaya menggunakan elemen-elemen sinematik - audio dan visual - untuk menyampaikan ceritanya.
Hassan memberikan contoh adegan pembukaan filem itu untuk menghujahkan alasannya. Sepet dibuka dengan layar gelap yang disingkap dan menunjukkan Ah Loong duduk di lantai membacakan puisi kepada ibunya. Adegan itu ditutup dengan suara Orked membaca ayat penutup surah Yasin.
Dua adegan awal tidak sampai 10 minit itu apabila dikupas dari sudut bahasa filemnya cukup untuk menceritakan semangat, pesanan, kiasan, sindiran dan kebimbangan yang mahu dikongsi oleh Yasmin dalam Sepet.
Dalam erti kata lain, Sepet dibikin oleh seorang pengarah yang memahami bahasa filem, memahami medium penceritaannya.
6. Yasmin mahu membuat filemnya yang ketiga tahun ini.
Ini bukan satu rahsia. Tajuknya Gubra. Rangka ceritanya sudah ada. Yasmin tinggal duduk menulis skrip dan memindahnya ke filem.
Gubra akan dibuka dengan satu adegan yang barangkali akan mencetuskan kontroversi - seorang imam berjalan ke surau menjelang subuh, berselisih dengan dua orang pelacur yang mahu pulang ke rumah.
Apabila adegan itu ditutup kesan yang tinggal kepada penonton ialah betapa si imam dan pelacur kenal antara satu sama lain. Mereka bertegur sapa, atau barangkali mereka berjiran sebenarnya.
``Seluruh filem itu bukanlah tentang mereka tetapi imam dan pelacur itu ada kena-mengena dengan ceritanya,'' kata Yasmin.
Tetapi sebelum dia boleh membuat Gubra, Yasmin harus terlebih dulu membayar pinjaman RM400,000 daripada Finas, pendahuluan untuk pembikinan Sepet. Filem itu menelan belanja hampir RM1 juta, yang bakinya ditampung menggunakan duit persendirian.
Yasmin sendiri mengeluarkan sebahagian besar duit simpanannya untuk menyiapkan Sepet dan beberapa tenaga di belakang tabirnya pula terpaksa menjual kereta.
7. Sepet sebuah filem tentang Malaysia, tentang kita semua.
Menonton Sepet adalah duduk menghadap realiti isu dan suasana persekitaran masyarakat berbilang bangsa yang kita gauli setiap hari.
``Saya mahu orang menonton Sepet kerana ia adalah tentang mereka,'' kata Yasmin.
Seorang pegawai diplomat Eropah yang mengikuti dengan dekat perkembangan sinema tempatan - dia menonton hampir semua filem tempatan termasuk filem-filem anak muda yang terpilih ke festival antarabangsa - selepas menonton Sepet berkata: ``Inilah kali pertama saya menonton filem yang begitu Malaysia sifatnya.''
Penyanyi Pete Teo dalam blognya pula menulis bahawa Sepet adalah sebuah filem yang meraikan kepelbagaian budaya masyarakat berbilang bangsa negara ini.
hmmm... lepas baca article ni bertambah tak sabar nak tengok.... |
|
|
|
|
|
|
|
pada aku.....
adegan pembukaan SEPET adalah momen paling BEST giler dalam keseluruhan filem ini.....ia memberikan satu feel yang tak bolah digambarkan....membuatkan ko terasa nak terus duduk dan mengiukuti kisahnya........ |
|
|
|
|
|
|
| |
|