CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

ROMANCINTA (SURATAN ATAU KEBETULAN) : By LNP - June 2015

 Close [Copy link]
Post time 6-9-2012 05:06 PM | Show all posts
Last edited by freddianza on 6-9-2012 05:09 PM
hotmum posted on 6-9-2012 05:05 PM
hjehehehe .. hang kawen dulu .. ahkakk kasi sebagai hadiah kawen nanti ....

Tapi rasanya cheq pernah baca dulu sikit kat forumm ni.tapi pun dah lupaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2012 05:08 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 6-9-2012 05:03 PM
Hahahaha...

Hang tiru le style En. Arman Jazlee. TV1 panggil interbiu pun malu2 kucen. Suh edit ...

idea yg bernas

atau masa sesi ramah mesra chek jadi sumayyah?
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2012 05:12 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 6-9-2012 05:05 PM
lady ngaku kehangatan cerita dia mengcover storyline. Adehhh....

kisah wahi n leha ni mcm ni ka ...

ha ah .. leha kawin dgn wazir dulu .. tapi ada kes.. bercerai .... then kawen dgn wahi .. abg kpd wazir .... duda anak 2 ....
actually dia ada anak jugak dgn wazir ... tapi after few yrs kawen dgn wahi baru dia tahu .....

wahi sgt gentlemen ok .... wadduuuuhhhh

jatuh cinta lagi .... la la la ....   
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2012 07:09 PM | Show all posts
ahhh...terasa2 mcm abg Bernard dok merenung tajam to me longlaiii...

sambung lah nicki!!!
x sabar den nk tunggu nih
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2012 09:51 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 6-9-2012 04:38 PM
“You tak faham” Bella menjawab bersama satu keluhan berat. Perlukah dia memberitahu yang hidupnya  ...

fuhhhh...meremang baca episode nih....makin menarik..good job nicki
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2012 10:18 AM | Show all posts
sambung cepat please..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-9-2012 10:18 AM | Show all posts
haa.. sekali Nicki dah smabung cerita, bertalu2 gituuu... ternganga menghayati watak Jedi aka Edie.. hehehee
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2012 11:29 AM | Show all posts
wasap posted on 7-9-2012 10:18 AM
haa.. sekali Nicki dah smabung cerita, bertalu2 gituuu... ternganga  menghayati watak Jedi a ...

masalah nya si kuchen perasan ni asik dok menyinggah rumah orang lain jek ... rumha sendiri bersemak ...

cik nickii oooooiiii !!! .. balik la .... hapdet apa2 yang perluuuu ....



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-9-2012 08:06 AM | Show all posts
sarizu posted on 6-9-2012 07:09 PM
ahhh...terasa2 mcm abg Bernard dok merenung tajam to me  longlaiii...

sambung lah nicki!!!

Abang Bernardddddd kauuuuu... kellassss cik sari...

Takpelah.. walaupun Abang Bernard bukan chinese + kokesen, cheq terima ajelah pilihan hang....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2012 08:56 AM | Show all posts
Salam readers... sambung lagi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2012 08:58 AM | Show all posts
Episode 55

Perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke selatan sudah berlalu hampir tiga jam. Lebih kurang empat puluh minit lagi akan sampai ke destinasi. Setelah tertangguh beberapa kali, akhirnya rancangan Fandi untuk pulang ke kampung halamannya menjadi realiti. Dahulu, paling tidak sebulan sekali Fandi akan balik ke Kluang menjengah orang tuanya. Tapi sejak berkahwin, baru kali ini dia berpeluang. Sedikit sebanyak, Fandi berasa bersalah kepada emak dan abah walau berkali-kali mereka menegaskan yang mereka memahami situasinya. Nazirah juga sudah berkali-kali mengingatkan supaya dia pulang menjengah. Kakaknya kalau sudah membebel, bagai mahu tercabut telinga.

Sesekali Fandi menjeling Fifi di sebelahnya. Awal-awal perjalanan tadi, ada juga mereka berbual. Tapi mungkin sebab sudah tiada modal, maka suasana menjadi senyap sunyi. Hanya lagu di radio menjadi penghibur. Fifi hanya membuang pandang ke luar tingkap. Melihat pemandangan di lebuhraya utara-selatan ini. Tiada apa pun yang menarik. Kebanyakkannya ladang, kebun dan bukit bukau di kiri kanan jalan.

“Sofea” Fandi memanggil. Fifi hanya menoleh, tersenyum sedikit tetapi tidak menyahut.

“Kenapa?”

“Kenapa apa?”

“Kenapa termenung?” Tiada jawapan

“Apa yang awak fikir?” Fifi diam lagi. Tidak menjawab.

“Awak risau nak jumpa keluarga saya?” Fifi angguk perlahan.

“Apa yang awak risaukan?” Fandi bertanya lagi.

Fifi teragak-agak untuk menjawab. Memang dia risau. Seharusnyalah dia risau memikirkan penerimaan keluarga Fandi kepadanya. Resah juga dia memikirkan ibu dan bapa mertuanya. Bagaimana rupa mereka, dia pun tidak ingat. Sejak berkahwin, dia tidak pernah langsung mengambil tahu hal keluarga Fandi. Bertanya khabar melalui telefon pun tak pernah. Berjumpa pun baru sekali, di hari pernikahannya. Itupun setelah usai majlis dan bersalam, dia terus mengurungkan diri dalam bilik. Itu baru ibu bapa mertuanya. Belum lagi saudara-mara Fandi. Apakah mereka juga tahu yang dia mengandung anak luar nikah?

Sungguh, hinggalah saat ini, Fifi langsung tidak ambil tahu tentang makna sebenar ikatan sebuah perkahwinan. Apatah lagi perkahwinannya di lakukan dengan tergesa-gesa. Tahu-tahu, semuanya sudah di aturkan oleh papa. Kursus kahwin pun dia tidak pergi. Dia tidak pernah memikirkan tanggungjawabnya sebagai isteri kepada Fandi. Dia lebih banyak melayan perasaannya sendiri. Apabila Fandi mengatakan yang dia boleh menganggap Fandi sebagai abang, kata-kata Fandi di telan bulat-bulat.

“Sofea” Sekali lagi Fandi memanggil.

“Saya…” Fifi tidak meneruskan kata-kata. Kelu pula lidahnya hendak meluahkan rasa.

“Awak risau kalau mak dengan abah saya tak boleh terima awak?” Fifi angguk.

“Kalau dia orang tak restu, saya takkan kahwin dengan awak” Fifi terdiam lagi.

“Saya ni macam bukan isteri awak je…” Fifi berkata perlahan tetapi bukan kepada Fandi. Kata-kata itu lebih ditujukan kepada dirinya sendiri.

“Isteri?” Fifi menggigit bibir.

“Kalau macam tu, belajarlah…” Kening Fifi berkerut.

“Belajar apa?”

“Jadi isteri saya…” Fandi langsung tidak menoleh ke arah Fifi setelah berkata begitu. Tapi dia menyembunyikan senyum. Fifi pula memandang ke luar tingkap. Segan mahu memandang Fandi.

“Sofea”

“Ya?”

“Awak jangan risau eh…”

“Betul?” Fandi menganggukan kepala beberapa kali.

“Tapi awak, saya ni…” Ayat Fifi mati di situ. Wajahnya mendung tiba-tiba. Tangan kirinya mengusap perutnya perlahan-lahan.

“Saya tak layak pun jadi isteri awak” Ayatnya di habiskan dalam hati.

Fandi menjeling pandang ke arah Fifi yang tiba-tiba mendiamkan diri. Dari air muka Fifi, Fandi tahu yang Fifi masih memikirkan sesuatu. Fandi menarik nafas.

Hmmpp..

Fifi seperti tersentak apabila Fandi menggenggam tangan kanannya lalu di kucup perlahan. Fifi memandang Fandi, ingin berkata sesuatu tetapi ayatnya seperti tidak mahu keluar. Fandi pula terus memandang ke hadapan, namun tangan Fifi tetap kemas dalam genggamannya, seperti tidak mahu di lepaskan lagi.

*********************************************************
Last edited by Nicki_Meow on 10-9-2012 10:20 AM

Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2012 09:05 AM | Show all posts
yey.. ade morning n3....
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2012 09:08 AM | Show all posts
YESSS! Kurang2nya 3 bab Nicki bebeh yaaa!

Hang lama sgt dah peram n3. Sila NEXT! Jgn malu malu

Ku tahu sentuhan nurani tlh mengilhamkan pelbagai cerita...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2012 09:16 AM | Show all posts
wasap posted on 10-9-2012 09:05 AM
yey.. ade morning n3....

Entrynya di waktu morning saje.. petang takde = satu episode.... huhuhuhu



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2012 09:17 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 10-9-2012 09:08 AM
YESSS! Kurang2nya 3 bab Nicki bebeh yaaa!

Hang lama sgt dah peram n3. Sila NEXT! Jgn malu malu ...

Cet! Sempat satu episode je ni.... wiken ku amat busy...

Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2012 09:23 AM | Show all posts
yes! nak lagi n3 blh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-9-2012 09:26 AM | Show all posts
“Sofea” Fandi mengejutkan Fifi yang tertidur.  

“Sofea…”

“Sweetheart…” Sengaja Fandi berkata begitu. Dia tahu, Fifi tak mungkin terjaga. Fandi keluar dari kereta, enjinnya di biarkan hidup. Dia menggeliat, menghilangkan lenguh di badan. Hampir empat jam memandu, harus tegang segala urat sarafnya. Bertolak selepas asar, hanya sekali mereka berhenti di hentian lebuhraya untuk menunaikan solat maghrib. Sekarang, jam menunjukkan hampir pukul sembilan malam. Lampu di luar rumah ibu bapanya kelihatan terang.

“Assalamualaikum” Fandi memberi salam.

“Waalaikummusalam” Terdengar suara menjawab. Suara emaknya, Puan Sairah. Pintu rumah di buka.

“Emak” Fandi menyapa. Tangannya di hulurkan untuk bersalam. Kedua belah pipi emaknya di cium.

“Sihat mak?”

“Alhamdulillah” Sepatah di jawab oleh Puan Sairah namun tersenyum. Wajah Fandi di renung lama, menghilangkan rasa rindu pada anak.

“Amboi! Bila pulak kamu potong rambut?” Puan Sairah menegur. Dalam tersenyum, keningnya terangkat.

“Baru lagi mak” Fandi menjawab sambil tersengih. Sudah di jangka soalan tersebut akan keluar dari mulut emaknya. Rambutnya di gosok-gosok.

“Nak pulak kamu potong rambut? Dulu, sampai berbuih mulut mak ni suruh kamu potong, punyalah keras kepala. Rock konon!”

“Handsome tak mak?” Sengaja Fandi mengusik emaknya. Niatnya hendak mematikan teka-teki tentang rambut. Rambutnya yang panjang sudah pun pendek. Perlukah menjadi misteri lagi? Puan Sairah hanya mencebik.

“Abah mana?”

“Belum balik dari surau” Fandi terangguk-angguk.

“Pergi ngeteh dengan pak Samadlah tu” Puan Sairah mengiyakan.

“Mana…Piah?”  

“Piah?” Kening Fandi berkerut.

“Sofealah mak” Fandi membetulkan.

“Ala..lebih kuranglah tu…” Fandi tak tahu nak ketawa atau pun tidak.

Piah? Muncunglah mulut budak tu nanti…

“Dalam kereta mak. Tertidur…” Puan Sairah memanjangkan leher.

“Bila kamu tukar kereta?” Berkerut lagi kening Puan Sairah bertanyakan soalan. Yang dia tahu, kereta Fandi jenis Proton Wira berwarna hitam. Tapi yang terpacak di halaman, masih berwarna hitam tapi macam besar pula. Tidaklah pula Puan Sairah tahu kereta jenis apa.

“Bukan kereta orang. Kereta..papa…Datuk Yusuf” Fandi menerangkan. Dengan emak dan abahnya, mulutnya sedikit berat hendak membahasakan papa dan mama kepada Datuk Yusuf dan Datin Haryati.

“Pergilah kejut. Kesian dia tertidur macam tu” Fandi angguk.

“Dah berapa bulan?” Sempat Puan Sairah bertanya soalan, dengan nada perlahan.

“Nak masuk tujuh mak” Fandi menjawab, juga dengan nada perlahan. Puan Sairah mengangguk, memerhatikan saja menantunya yang tertidur di dalam kereta.

“Kak Chah, saya nak minta maaf kalau nanti Sofea menyusahkan Kak Chah. Kak Chah pun tahulah, anak saya tu, banyak yang ‘kurang’ ” Perbualannya di telefon dengan Datin Haryati petang tadi terngiang-ngiang di telinga.

“Emak, kenapa ni?” Fandi menegur apabila melihat Puan Sairah seperti mengelamun.

“Tak ada apa-apalah. Pergilah kejut Piah. Kamu dah makan? Mak dah masak. Nanti mak siapkan lauk” Puan Sairah menjawab. Fandi hanya mengangguk.

Fandi berjalan kembali ke kereta Porche Cayenne milik Datuk Yusuf. Fandi pun tak tahu berapa banyak kereta yang Datuk Yusuf ada. Pada mulanya, dia enggan memandu kereta Datuk Yusuf pulang ke Kluang. Berkali-kali dia menolak tetapi Datuk Yusuf tetap mendesak. Akhirnya Fandi mengalah. Apatah lagi apabila Fifi sudah mula muncung. Pintu di sebelah tempat duduk pemandu di buka.

“Piah..oooo…Piah” Fandi tersengih sendiri bila berkata. Matilah kalau dia dengar. Harus muncung berdepa-depa.

“Sofea…” Fandi cuba menggerakkan Fifi lagi.

“Sofea…” Nyenyaknya tidur. Fandi terpana seketika memerhatikan Fifi yang terlena. Matanya, hidungnya, pipinya, bibirnya…
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2012 09:33 AM | Show all posts
“Ehem..” Macam ada sesuatu tersekat di kerongkong, segera Fandi membetulkan tekak.

“Sofea..dah sampai”

“Sofea…bangun…………sayang....” Perlahan saja bunyi perkataan yang terakhir.

“Sofea” Tangan Fifi di tepuk perlahan.

Kali ini, Fifi bergerak sedikit sebelum matanya terbuka perlahan-lahan. Kelat rasa biji matanya. Dia terpisat-pisat. Seketika kemudian, baru dia dapat melihat dengan jelas wajah Fandi yang berdiri di sebelah.

“Kita kat mana?” Fifi bertanya, separuh mamai.

“Kluang” Pendek jawapan Fandi. Fifi memerhatikan sekeliling.

“Awak..mana sungainya?”

“Sungai? Sungai apa?”

“Awak kata nak pergi rumah awak kena redah sungailah, naik sampan la…”

“Awak percaya cakap saya?” Fandi tersengih. Fifi hanya memandang Fandi lama sebelum menjeling tajam.

“Aduh, tajamnya jelingan. Luka parah dibuatnya…” Fandi tergelak-gelak apabila berkata. Fifi sudah mula muncung.

“Dahlah. Jom kita masuk. Mak dah tunggu tu…”

Mak? Resah Fifi datang kembali. Macam mana nak mengadap mak mertua?

“Ingat Fifi. Pandai-pandai bawa diri. Jangan malukan mama dengan papa. Hormat mertua Fifi” Kata-kata mama berputar di minda. Isk…boleh ke ni? Macam mana nak jadi menantu mithali ni? Berkerut keningnya.

“Sofea..jom” Sekali lagi Fandi mengajak. Dua buah beg baju sudah berada di kiri dan kanan tangannya. Satu milik Fifi, satu milik Fandi. Sibuk mengelamun, tidak pula dia perasan yang Fandi sudah mengambil beg mereka.

“Jom…” Fifi menurut langkah Fandi.

“Mak” Fandi memanggil Puan Sairah yang berdiri di muka pintu. Fifi yang berdiri di sebelahnya menikus. Seperti ketakutan melihat Puan Sairah.

“Ma…mak” Tangan di hulurkan untuk bersalam, tetapi masih tidak memandang wajah Puan Sairah. Hati Fifi berdebar-debar saja.

“Kamu sihat Piah?” Lembut suara Puan Sairah bertanya. Fifi memangkat muka, sedikit lega melihat senyuman ibu mertuanya. Tapi eh…Piah?

“Sihat mak. Mak sihat?”

“Alhamdulillah” Puan Sairah menjawab, tersenyum lagi. Matanya memandang perut Fifi. Dia menarik nafas.

“Mak..” Fandi segera bersuara apabila mula menyedari riak wajah emaknya berubah sedikit.

“Jom masuk Piah” Tangan Fifi di pimpin masuk. Fifi terkebil-kebil namun mengikut saja tanpa bantahan.

*******************************************************************
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2012 09:36 AM | Show all posts
Piah...oooh...piah.. ade lagi Nicki?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2012 09:41 AM | Show all posts
wasap posted on 10-9-2012 09:36 AM
Piah...oooh...piah.. ade lagi Nicki?

Coming....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 01:22 AM GMT+8 , Processed in 0.181037 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list