|
Nicki_Meow posted on 4-4-2013 01:04 PM
Si Nicki lepas kena mandul, demam gaklah sehari dua. Tak banyak gerak, makan pun takmoh. Tapi takd ...
oohh..ok ok..noted...
jgn OT..kang kena babap.
lady...sila sambung pls...
|
|
|
|
|
|
|
|
Amboiii! Cerita pasal kucing naa? Bab akan dtg eddie bercerita pasal kucingnya kpd Jiha.
Nicki tu mula lah pasang angan2. |
|
|
|
|
|
|
|
sellie003 posted on 4-4-2013 03:13 PM
Jgnler kutuk my Mujahid....masing2 ada dosanya sendiri....x sempurna mana...mahap kn ler dia ...
Bukan dia pinta lahir begitu...
----
“Mungkinkah Rahul lelaki yang dimaksudkan oleh Eddie? Sebab itukah Jiha menolak lamaran aku?” Puas mindanya memikirkan tentang perhubungan antara Jiha dengan Rahul. Keduanya tampak sudah mengenali antara satu sama lain. Dan sikap Jiha yang bertegas tak mahu dihantar pulang menguatkan lagi syak dan wahamnya.
“Jiha, benarkah kau sudah ada pilihan yang lain? Atau itu cuma lakonanmu supaya aku memilih Dona? Sukarnya aku memahami dirimu, Jiha.”
“Ya Allah, apa benar aku hanya akan membuatkan Jiha menderita? Mungkin kata-kata Eddie ada kebenarannya. Mungkin aku harus melepaskan Jiha.” Wajahnya ditekup lama-lama. Kepalanya bagaikan mahu pecah memikirkan masalah yang dihadapinya. Di saat dia sudah mula membuka pintu hatinya dengan kehadiran wanita di sisi, dia diuji lagi...
**********
|
|
|
|
|
|
|
|
Seperti malam-malam sebelumnya, dahinya tunduk mencecah sejadah sebagai tanda sujud sembah kepada Yang Maha Pencipta.
“Lahaulawala quwwatailla billah. Tiada daya dan upaya ku kecuali dengan pertolongan-Mu Ya Allah!”
Malam ini, sekali lagi dia mengadu kepada Ilahi. Allah lebih mengetahui apa yang tersembunyi. Kerana itu dia akan serahkan segala-galanya atas pengetahuan-Nya. Semuga istikharahnya beroleh keberhasilan. Apa sahaja yang diputuskan Allah, dia akan reda dan terima dengan hati yang terbuka.
Sinar kebahgiaan pasti ada jua untuknya nanti. Kalau bukan di dunia, akhirat sudah tentu pasti. Untuk itu, dia akan memastikan dirinya tidak tenggelam dengan kemahuan hati. Semua yang dilakukan mestilah untuk meraih reda Allah. Dia tak mahu memilih jalan yang menyongsang arah.
“Ya Allah, tunjukilah aku jalan yang lurus dan jalan yang Engkau redai.” Saban waktu seusai solatnya, baik solat lima waktu mahu pun dalam solat malamnya, doa itu akan sentiasa dipanjatkan kepada Ilahi. Dia akan merayu dan terus merayu lagi dan lagi tanpa jemu.
Cacat anggota, manusia masih berupaya tangani. Cacat minda juga manusia mampu perbaiki. Tapi cacat naluri... siapakah yang lebih layak mengubati? Bukan dia pinta dilahirkan begini. Mempunyai naluri terhadap kaum sejenis, amat memalukan. Puas dia mencuba menerima kehadiran hawa di sisi, namun semuanya tak berupaya kekal di hati.
Godaan dari kaum sejenis kadang-kadang amat sukar ditepis. Ada kalanya dia hampir tewas. Setiap kali nalurinya berantakan, kepada Rablah tempat dia meminta perlindungan. Kehadiran Eddie sangat menggugat keimanannya. Lelaki itu sering saja mengusik rasa. Menggoda gelora jiwa. Tujuan asal untuk membawa Eddie kembali kepada Tuhan, tapi dia sendiri yang terperangkap dengan kemelut perasaan yang datang tanpa diundang. |
|
|
|
|
|
|
|
fahmi kenal eddie.. eddie kenal rahul.. tapi rahul dan fahmi tak mengenali tapi sume suka kat jiha.. aiyoo maaaaa
sorang x-syirah.. sorang lagi tu ntah2 pujaan si lili tanpa si lili sedar (cicak kobeng)... aiyo paaaa |
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 4-4-2013 03:21 PM
Bukan dia pinta lahir begitu...
----
Lebih2kn lagi kisah mujahid nih ya...ahaks....
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_conan posted on 4-4-2013 03:27 PM
fahmi kenal eddie.. eddie kenal rahul.. tapi rahul dan fahmi tak mengenali tapi sume suka kat jiha.. ...
kan namanya drama rantaian..haruslah ada kaitan....
|
|
|
|
|
|
|
|
Beberapa minggu terdahulu.
"Kau tak cintakan dia, kenapa kau nak teruskan?"
"Aku akan belajar untuk menyintainya. Itu yang terbaik untuk aku."
"Untuk kau, tapi bagaimana dengan dia?"
“Dia tak akan tahu kalau kau tak beritahu dia.”
Eddie meledakkan tawa. “Itu tak jujur namanya. Kau hanya mementingkan diri sendiri, Fahmi.”
"Dia perempuan solehah. Aku memerlukan dia untuk membantu aku mengharungi kehidupan yang lebih sempurna. Aku tak mahu dibelenggu naluri yang salah lagi, Eddie. Aku yakin naluri aku boleh dibentuk. Allah akan membantu aku."
"Bagaimana kalau aku katakan dia sudah ada yang lain?"
"Apa maksud kau?"
"Kau lepaskanlah dia... Lelaki itu lebih layak untuk dia. Kenapa kau nak menganiaya diri kau dan dirinya?"
“Sudah berkali-kali aku beritahu kau, aku bukan mahu menganiaya sesiapa. Eddie, kau yang menganiaya diri kau sendiri. Berubahlah. Allah sentiasa membuka pintu-Nya buat para hamba yang mahu bertaubat dan meraih rahmat-Nya.” |
|
|
|
|
|
|
|
UsuFie posted on 4-4-2013 03:31 PM
kan namanya drama rantaian..haruslah ada kaitan....
kira boleh masuk slot yg sama dgn SAK kalau ditayangkan kat TV3.. slot rantaian...
|
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 4-4-2013 03:32 PM
Salah tu... Rahul x kenal Eddie. Rahul x kenal Fahmi. Tapi Rahul tahu kedua2nya lelaki gayah. D ...
Yiha......spekurama cek betul belaka
|
|
|
|
|
|
|
|
Eddie tertawa geli hati. “Berubah? Kau pasti yang kau benar-benar sudah berubah?” Satu sindiran dilontarkan.
“Insya-Allah. Aku mengharapkan rahmat-Nya.” Fahmi menjawab tenang pertanyaan sahabatnya itu. Eddie tak pernah jemu merayu. Ada kalanya hatinya goyah juga. Namun perasaan takutkan Allah menyelamatkannya dari terjerumus ke kancah kemaksiatan.
“You are in denial Fahmi. Terima sajalah hakikat yang kau tu bukan lelaki hetero.”
“Dan selepas itu apa? Turuti naluri yang songsang ini? Begitu maksud kau?”
Eddie merengus kasar. “Dah Tuhan jadikan kita macam tu.”
“Engkau sebenarnya in denial, Eddie. Allah telah kurniakan seorang hawa tapi kau masih mahu menolak. Engkau turutkan sangat kata hati dan naluri. Eddie, aku dapat merasakan yang Lili benar-benar cintakan kau. Kenapa kau tak beri dia peluang?.”
“Sebab aku langsung tak ada perasaan terhadap hawa. Perasaan aku hanya kepada kau.”
“Kau ingat aku tak tahu yang kau selalu call Jiha? Apa niat kau yang sebenarnya Eddie? Kau sukakan dia?” Eddie terdiam kali ini.
“Aku beri kau amaran, kau jangan ganggu Najiha.”
“Aku lakukan ini demi kau, Fahmi. Aku sayangkan kau dan aku tak boleh lupakan kau.” |
|
|
|
|
|
|
|
nak mencelah jgk ni... saya lebih suka rahul dengan Jiha...
Sepadan.. biar Insyirah menyesal kerana dia tak sabar n bersikap keras dengan rahul dulu...
biar dia sedar sikap dialah yang membuatkan org melabel islam ni pengganas... Eeeeiii... menyampah dengan Insyirah ni
tak suka jgk dengan Eddie tu...
Fahmi yang bermuka2 disebalik watak alim...(org mcm ni memang selalu sgt sy jumpa)
Dona n lili memang perlukan bimbingan.... |
|
|
|
|
|
|
|
sellie003 posted on 4-4-2013 03:42 PM
sesungguhnya dada mujahid yg diusap2 eddie rupanya...nyah ko eddie...(Godaan toy ...
Agak2nya teamEddie muntah ijo tak? Lady dah muntah skit tadi... Jap agi sambung balik cerita. Nak hilangkan loya ni jap..
|
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 4-4-2013 03:47 PM
Agak2nya teamEddie muntah ijo tak? Lady dah muntah skit tadi... Jap agi sambung balik cerita. Nak ...
aku pom nak muntah nih lady oii...uweekkk.... luruh tau jantungku...sian mujahidku...harp2 jiwa dia kental...
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|