Reply 1141# ixaraalya
Biasalah org Johor terkenal dgn Asam Pedasnya...!
Ikan yang best: Ikan Kaci, ikan merah, ikan pari, ikan mayong dsb... BAHAN Ikan (dipotong nipis2) - dibersihkan & diperap dgn garam & air asam jawa sebentar - nie petua nak kasik ilang bau hanyir ikan tu 20-30 tangkai lada kering* - nie leh adjust sesedap rase, suke yang masam2 ker, pedas2 ker... lagik best campur ckit lada hidup 2-3 biji bawang besar* 4 ulas bawang putih* 1" halia* 1" kunyit* 1 sb lada hitam* nie boleh letak kalau nak kalau taknak pon takper
1" belacan* nie pon pilihan nak letak or idok 3 sb asam jawa.. nie adjust ikot rase yang dikehendaki garam & gula secukupnya daun kesum, bunga kantan secukupnya... kalau ade lg sedap, kalau xde pon jadik gaks... slaah satu pon ok, due2 pon boleh
CARANYA Semua bahan yang bertanda (*) diblender hancur Panaskan sedikit minyak di dlm periuk Tumiskan bahan2 yg diblender tadi sehingga garing & naik minyak - sambil dikacau rata Masukkan ikan kemudian Perahkan air asam jawa tadi & tambah air lagi agak2 menutupi kesemua ikan tersebut Biarkan sehingga mendidih dan masukkan garam, gula kemudian masukkan daun kesum, bunga kantan & biarkan hingga mendidih & agak pekat sikit.
Siap utk dihidangkan..
Biasanya part kepala & ekor serta sebahagian isi masuk dalam asam pedas sebahagian isi lagi, 2,3 potong tuu law ikan besar wat laa ikan goreng... curlassttt |