CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nanie

✤ ~ ✤ 1KLANG - JJCM ~ V16 ✤ ~ ✤

[Copy link]
Post time 21-1-2013 02:52 AM | Show all posts
dr.R posted on 20-1-2013 10:24 AM
Ye aku pun suka makan nasi itik, tapi aku tak pasti di cawangan Klang ada ke tidak menu tu? sebab  ...

Ayam lemon -

Waa...steamboat antarabangsa ada kamben cincang??!!
- RM23 kna try tu, lum lg.

p/s: Cita-cita nk mkn kt Windmill AEON bkt tinggi, sdap ke?



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2013 12:34 PM | Show all posts
eiman posted on 20-1-2013 12:24 PM
hooorey..bantuan banjir 2nd round akan dapat senin depan.

Kawasan mana ye kat area Klang yang terjejas banjir?

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2013 12:39 PM | Show all posts
Dzunnun posted on 21-1-2013 02:52 AM
Ayam lemon -

Waa...steamboat antarabangsa ada kamben cincang??!!

Ye kat Steamboat Antarabangsa ada kambing cincang yang siap untuk di bakar sendiri, boleh tahan juga perapannya tapi untuk steambot kuah tomyamnya tak berapa kaw dan pilihan makanan steamboat juga limited. Apa pun sangat berbaloi dengan harganya, cubalah sebab aku perhatikan diorang rajin top up makanan.

Windmill Bukit Tinggi aku tak pernah cuba lagi, tapi kalau di Plaza Shah Alam pernah tapi itu pun ambil set lunch. Boleh tahan juga lah tapi aku ni tak berapa gemar makanan barat, tapi tengok selalu ada function besar-besar kat restoren tu maksudnya sedap lah kan?

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2013 12:44 PM | Show all posts
Malam tadi pusing-pusing di Kota Kemuning, ternampak restoren Mohd Chan di blok kedai baru. Pernah makan sebelum ni di cawangan lain di Shah Alam, kat sini mungkin harga sedikit mahal kot tapi kedainya lebih selesa dan parking banyak. Semalam sebab berdua je dengan rakan serumah jadi ambil set nasi berlauk je, ambil nasi daging kam hiong dan tak silap harganya rm8 sepinggan. Pada pendapat aku kat sini masakkan kam hiong dia kurang berbanding Sharin Low, tapi lebih sedap di bandingkan dengan Munawarah dan 2 restoren cina muslim di Giant Port Klang tu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2013 12:39 AM | Show all posts
dr.R posted on 21-1-2013 12:39 PM
Ye kat Steamboat Antarabangsa ada kambing cincang yang siap untuk di bakar sendiri, boleh tahan ju ...

Aku klo bab makan x minat gk bufet
sbb byk sgt menu yg nk kna hadam.
Tp kalo RM23 utk mkn kamben sepuasnya, baloi gk.

Windmill ni jz nampak 'ada²' je kn
kalo bole nk oder sepinggan utk dua org
or shared² nk merasa semua yg plg mahal gtu
Sbb klo nk rasa western yg murah tu biasa kt kg baru je.

Pernah terai ke kt shah alam restoran sifud kt pulau tu, kelas jgk gtu?

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2013 12:20 PM | Show all posts
Dzunnun posted on 22-1-2013 12:39 AM
Aku klo bab makan x minat gk bufet
sbb byk sgt menu yg nk kna hadam.
Tp kalo RM23 utk mkn kamben ...

Aku pun tak minat sangat konsep buffet ni sebab aku tak makan banyak, kadang tu rasa rugi bayar mahal-mahal terutama kalau restoren tu hanya hidang steamboat dengan bebola bentuk pelik-pelik yang rasanya tepung semata. Tapi kalau ada menu kambing aku rasa berbaloi sangat sebab aku akan hentam makan kambing tu je sampai kenyang, biasanya makan kambing 1 keping di restoren pun dah rm15 paling murah kan? (merujuk pada lamb chop).

Bila aku google cari info pasal lunch set kat Windmill tu terjumpa blog ni http://alialisakreatif.blogspot. ... -massalam-shah.html dan aku masa tu order set lamb soulder dengan nasi mentega tu, berbaloi lah nak cuba sebab harganya pun murah beserta mushroom soup, 1 skop ais krim dan air lemon tea.



Restoren seafood kat pulau? Shah Alam? boleh perincikan tak info restoren tu, apakah restoren di tasik Shah Alam?

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-1-2013 04:47 PM | Show all posts
lapar tgk gamba
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2013 12:25 AM | Show all posts
dr.R posted on 22-1-2013 12:20 PM
Aku pun tak minat sangat konsep buffet ni sebab aku tak makan banyak, kadang tu rasa rugi bayar ma ...

dh jd benang makan2 jalan2 plk...
Tp xpe, skadar menaikkan selera utk penghuni 1KLANG.

Windmill, x mahal sgt pn ye...tu le nk lgkah masuk pn segan.
Wknd ni jgk kna torai ni...

Selain menu kamben2 yg ada
aku jgk suke makan Fish n chips
krn aku peminat salamon, semua jenisnya
drpd yg mentah2 ke garing2an.
memandangkn dh diberi blog tu, ditepekkan yg ini:


Akan kucuba nnt...

Haa...nk tau? Ini dia:
Restoran Tasik Indah
Pernah ke sana ke? Ok kn?

p/s: TT tolong betulkan jika ada yg lbh sedap dr yg dikisahkan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-1-2013 10:11 AM | Show all posts
restoran tasik ni dah pernah try. ok la not bad. sedap gak. malam minggu je full house
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2013 07:12 PM | Show all posts
nanie posted on 23-1-2013 10:11 AM
restoran tasik ni dah pernah try. ok la not bad. sedap gak. malam minggu je full house

Ok kn. Klo nk jiwang2 pn ok kn.

p/s: X sempat wknd dah ku bedal Windmill's lamb shoulder td~!
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2013 08:24 AM | Show all posts
Dzunnun posted on 23-1-2013 12:25 AM
dh jd benang makan2 jalan2 plk...
Tp xpe, skadar menaikkan selera utk penghuni 1KLANG.
...

Itulah aku risau juga nak cerita makan di Shah Alam sebab ini kan cerita di Klang, tapi kira halal lah kan sebab dua bandar ni kan berjiran jadi pusing-pusing kita tak boleh elak juga kan. Di Klang pun banyak juga restoren dan tempat makan yang sedap dan menarik, nanti ada masa aku akau kongsikan review.

Semalam aku ada juga turun Aeon Bukit Tinggi tu, tapi sekejap je sebab nak tengok phablet HTC Butterfly terbaru tu tapi tak ada jadi aku terus pergi ke Setia City Mall. Ingat nak juga singgah Windmill tu tapi belum jam 12pm kan dan set lunch pun belum ada lagi jadi aku terus blah, kat sana aku makan Subway je sebab tu je paling lengang dan restoren lain dah kena beratur pula nak makan.

Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2013 08:53 AM | Show all posts
nanie posted on 23-1-2013 10:11 AM
restoran tasik ni dah pernah try. ok la not bad. sedap gak. malam minggu je full house

Restoren ni aku pernah pergi sekali masa fareweell party 2 bulan lepas, pergi 15 orang kan jadinya makanan pun menggunung order. Yang aku ingat masa tu appetizers dia shark fin dengan isi ketam, sedap tu memang sedap tapi jangan hidu sebab baunya sangatlah kuat dan aku rasa terus kurang berselera lepas terhidu baunya.

Special menu kat sini adalah lobster, aku dah tak ingat masak apa lobster tu sebab ada order 2 jenis masakkan lobster size sederhana tapi aku sempat rasa sikit je sebab jauh kan dari gapaian aku maklumlah meja dia jenis 4 segi di sambung-sambung dan aku duduk di tengah dan lobster kat hujung kiri dan kanan. Tak pe lah ada masa nanti aku pun ingat nak pergi sendiri, tapi kat depan mata aku soft shell ketam telur masin boleh tahan sedap, boleh tahan la tapi pendapat aku Sharin Low dan Pak Ya lagi sedap.

Menu lain yang aku masih ingat dan sedap ialah jenahak stim limau, kerapu dengan sos mangga, kecuali siakap masak thai tu pelik sikit rasanya mungkin ikan siakap kot yang tak sedap sebab ikan jenis tu ada rasa tanah-tanah sikit. Tapi paling sedap dan sampai order sekali lagi masa dessert dia punya crispy pencake dan kelapa laut dengan laici kot tu, tapi harganya terlampau mahal lah sebab lebih lebih rm1200+ untuk 15 orang. Aku ingat sebab seorang kena bayar rm100, maklumlah yang nak berhenti dan 2 non executive staff tak perlu bayar kan. Tapi logiklah sebab ada 2 ekor lobster kan walaupun aku dapat rasa cekau sikit je, kalau tak ada lobster aku rasa boleh tolak harga rm300 ke rm400 kot.

Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2013 09:01 AM | Show all posts
Bukan tak ada meja bulat tapi sebab kitorang nak semua staff dalam 1 meja tu yang terpaksa sambung-sambung meja 4 segi tu, karang ada pula marah bukan ke meja dia pun ada jenis meja bulat. Ialah kena duduk semua semeja sebab nak dengar HOD sampaikan amanat dia dan semua kena angguk-angguk dengar konon paham lah tu, padahal semua tak sabar-sabar nak melahap maklumlah HOD nak membebel panjang-panjang pun tak guna sebab dah awal-awal pesan yang department tak de peruntukkan untuk farewell party kali ni sebab dah guna masa berbuka puasa lepas.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2013 05:50 PM | Show all posts
dr.R posted on 25-1-2013 08:53 AM
Restoren ni aku pernah pergi sekali masa fareweell party 2 bulan lepas, pergi 15 orang kan jadinya ...

Aku mmg pantang org bercerita pasal lobster.
Krn tiada yg kedua kali slps RM100 sepinggan kt Victoria stn.
Bygkn service cas pn dh mcm sepinggan lamb chop tmpt biasa.
Perlu recommendation yg plg murah, jeram murah ke?

Ape2 pn yg nk dikata, ku ingin coba akan se-barrel ketam di Bagan nnt.
Berselerakan slogan 'cheap n quantity'...mcm GM la plk.

p/s: Kt sini dh citer ke lokasi pasar malam, x sure le plk. Jumaat ktne ye?

Yong tau fuu...~!

Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2013 09:27 AM | Show all posts
Dzunnun posted on 25-1-2013 05:50 PM
Aku mmg pantang org bercerita pasal lobster.
Krn tiada yg kedua kali slps RM100 sepinggan k ...

Aku tak berapa suka pasar malam, dalam sebulan hanya sekali saja aku ke pasar malam itu pun sebab dekat dengan rumah sewa. Setiap rabu di pasar malam Pandamaran, tapi kat sana tak ada pilihan sangat sebab lebih kurang saja diorang jual semuanya dah harganya mahal setanding restoran. Sebab tu aku tak berapa suka pasar malam dan lebih suka makan kat restoran tomyam, sebab selepas kira kosnya lebih kurang sama saja.

Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2013 09:38 AM | Show all posts
Dzunnun posted on 25-1-2013 05:50 PM
Aku mmg pantang org bercerita pasal lobster.
Krn tiada yg kedua kali slps RM100 sepinggan k ...

Aku tak pernah lagi makan di Victoria Station tu walaupun aku pernah tinggal di Subang Jaya dan selalu lalu depan restoran tu, aku lebih suka makan di Bubba Gump dan Chilis sebab rakan aku kata portion lebih besar dan sedap. Semalam aku cuti jadi jalan-jalan di Sunway Pyramid, mulanya plan nak makan kat Carls Jr tu tapi bila pusing-pusing tu ternampak ada iklan set hi-tea 3pm-6pm Tony Romas terus aku makan kat situ, murah je untuk 2 orang makan hanya rm32 saja.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2013 03:50 PM | Show all posts
dr.R posted on 26-1-2013 09:27 AM
Aku tak berapa suka pasar malam, dalam sebulan hanya sekali saja aku ke pasar malam itu pun sebab  ...

Aku pn bkn le kerap sgt ke pasor mlm ni
tp membawa misi berjalan smbil cari mknan
Nxt week nk ronda pasar mlm plk
- Rabu: Jln Kastam - kuey teow n taufu fa
- Khamis: Port Garden - apam balik n murtabak
- Ahad: Simpang Empat - laksam n yong tau fuu
...ikut selera mmg cara, tp dh smpi masa xtau le cmne.

Jumaat/Sabtu: Popcorn night...!


Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2013 04:04 PM | Show all posts
dr.R posted on 26-1-2013 09:38 AM
Aku tak pernah lagi makan di Victoria Station tu walaupun aku pernah tinggal di Subang Jaya dan se ...

Yg lobster tu aku mkn kt jln ampg...

Chilis? - ok
Bubba Gump? - pernah try kt piramid, so-so
Carls Jr? - pernah try kt midvaley, ok
Tony Roma's? - belum try dan belum teringin

Kalau yg internacionale ni mebi nk try La Bodega plk...
Kalau yg local plk mebi nk try Kelantan Delights...

Pulau Indah ade port mkn baek x?

Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2013 05:41 PM | Show all posts
Dzunnun posted on 26-1-2013 03:50 PM
Aku pn bkn le kerap sgt ke pasor mlm ni
tp membawa misi berjalan smbil cari mknan
Nxt week nk ro ...

Nak tanya Jalan Kastam tu kat mana?, aku pernah dulu naik KTM dari Port Klang ke Klang dan ada nama hentian tu Jalan Kastam tapi sampai sekarang aku tak tau macam mana nak sampai ke sana. Port Garden & Simpang Empat pun aku tak tau, mungkin lokasinya di Klang Utara sana kot. Aku kalau pergi pasar malam biasanya beli makanan pelik dan susah nak dapat contoh kentang yang twist tu, tongkeng bbq, ayam gunting dan kebab, jarang beli makanan berat selalunya yang layak dipanggil appetizer.

Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2013 05:48 PM | Show all posts
Dzunnun posted on 26-1-2013 04:04 PM
Yg lobster tu aku mkn kt jln ampg...

Chilis? - ok

Aku ni bukan penggemar makanan barat, jadi selalunya kalau nak menjamu selera atau keluar sama aku ikutkan saja selera diorang. Chillis, Bubba Gump, Italianiese, TGI Friday tu dah pernah jejak dan biasanya aku ambil set makanan yang harga bawah rm50 termasuk air minuman.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 07:07 PM GMT+8 , Processed in 0.182920 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list