CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: blastoff

khurafat - guna garam untuk halau hantu dalam bangunan .

  [Copy link]
Post time 7-11-2010 04:30 PM | Show all posts
Post Last Edit by ussopp at 7-11-2010 16:42

Reply 1140# kupia


sesungguhnya,

ini adalah sebab2 utama daripada banyak sebab2 utama lain dlm kategori yg sama, jikalau lah anda semua tahu, ia yg menyebabkan AKU SANGGUP DIPANGGIL WAHABI! walopun dulu aku menentang wahabi.

kerana aku takut betapa ajaran2 begini bukan milik muslim, malahan seolah-olah milik semua. seolah2 ada perangkap menuju ke pluralism, perangkap menuju ke  humanity, perangkap menuju ke bahaism, perangkap menuju ke alam minda atau alam ghaib.
alam minda dan alam ghaib itu sendiri, jika siapa yg suka sgt nak advance dlm bab ini, anda akan dapati kaitan antara keduanya ialah tiada boundary /sempadan yg jelas yg memisahkan keduanya.....

sebab tu dlm wahabi yg dikutuk2 itu, falsafah(mainan minda) dan alam tarekat/tasauf yg berkait sedikit sebanyak tentang alam ghaib adalah dilarang keras. dan dianggap bidaah.

masakan kita boleh nampak hal ini jika kita mendengar wahabi kata falsafah dan tarikat adalah bidaah. kita tidak akan nampak.

tp selepas memahami dgn kajian2 mendalam, anda akan nampak, kenyataan wahabi yg dibenci itu adalah sgt2 berguna.

sebab tu bila bab agama, biarlah apa yg nabi cakap cukup.

jika tidak, sesiapa yg bermain dgn ajaran2 begini, diakui, ia sgt2 make sense yakni nampak benar.
kerana itu pernah satu ketika sebelum sy enter wahabi itew, aku hampir2 tidak ada hujah utk menyalahkan ayah pin yg disukai semua pemimpin agama lain, kerana ajarannya adalah berasaskan pemahaman melebihi nabi.

sesiapa yg melebihi nabi dlm agama, walaupun dia niat kebaikan, tahap terakhir pemahaman mereka adalah lebih kurang sama. cuma istilah saja berbeza....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2010 10:53 AM | Show all posts
Salam...

Dalam setiap kumpulan/fahaman, selalunya memang ada yang berlebih-lebihan.

Bukan semua Wahabi aqidah MUJASSIM, tapi ada. Yang beraqidah mujassim tu yang sesat.

Tarekat pun memang ada yang terseleweng dan sesat. TAPI BUKAN SEMUA tarekat tu sesat.

Dalam Al-Quran diperintahkan kita bertasbih, berzikir sebanyak-banyaknya. Hadith Sahih pun perintah berzikir sebanyak-banyaknya. Ada hadith perintah zikir sampai ORANG MUNAFIQ panggil orang yang berzikir tu GILA. Siapa yang dok kata Tarekat yang zikir banyak-banyak tu gila, sedangkan orang tarekat itu berada di jalan yang lurus, maka orang yang kutuk tu lah MUNAFIQ!

Dan, harap janganlah label diri dengan kemuliaan contohnya geng-geng SALAF. Siapa yang SALAF di sini? TIADA

Yang ada saya nampak adalah condong kepada ALIRAN ZAHIRI. Mereka baca secara zahir Al-Quran dan Hadith Sahih TANPA rujukan/kefahaman SALAF. Kemudian keluarkan hukum sewenang-wenangnya sesatkan orang lain.

Nasihat ikhlas dari saya termasuk untuk diri saya sendiri, waspadalah..... kelak dikhuatiri akan jadi PAPA KEDANA di akhirat kelak BILA banyak mengeluarkan hukum menyesatkan orang lain TANPA ILMU yang sewajarnya sedangkan diri sendiri banyak melakukan kesalahan dan kesilapan.......

Kenapa boleh muflis di akhirat??? Carilah hadith yang berkaitan.....anda akan dapat jawapannya.....

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2010 01:48 PM | Show all posts
Post Last Edit by kupia at 8-11-2010 13:50
Salam...
Salam...

Dalam setiap kumpulan/fahaman, selalunya memang ada yang berlebih-lebihan.

Bukan semua Wahabi aqidah MUJASSIM, tapi ada. Yang beraqidah mujassim tu yang sesat.


tapi ada? siapa? minta tolong spesifik sikit... adakah merujuk kepada "Allah istiwa di atas 'arashNya"....

Tarekat pun memang ada yang terseleweng dan sesat. TAPI BUKAN SEMUA tarekat tu sesat.

Dalam Al-Quran diperintahkan kita bertasbih, berzikir sebanyak-banyaknya. Hadith Sahih pun perintah berzikir sebanyak-banyaknya. Ada hadith perintah zikir sampai ORANG MUNAFIQ panggil orang yang berzikir tu GILA. Siapa yang dok kata Tarekat yang zikir banyak-banyak tu gila, sedangkan orang tarekat itu berada di jalan yang lurus, maka orang yang kutuk tu lah MUNAFIQ!


Beri contoh satu nama jemaah tariqat/sufi yang tidak sesat....
tasbih dan zikir sebanyak-sebanyaknya? berapa banyak yang pernah diunjur oleh Rasulullah saw kerana dalam alQuran tidak dinyatakan bilangannya? bertasbih dan berzikir juga mesti mengikut petunjuk sunnah....

tidak semua maksud zikir yang disebut dalam alQuran itu seperti yang anda jangkakan... anda juga yang mengunjurkan supaya memeriksa tafsir yang layak dipercayai...

seseorang yang disahkan GILA lagi SASAU itu memang layak dipanggil gila.... dan jika dia memang benar-benar gila orang yang menuduh itu bukan MUNAFIQ...

Dan, harap janganlah label diri dengan kemuliaan contohnya geng-geng SALAF. Siapa yang SALAF di sini? TIADA


sila jelaskan dahulu apa sebenarnya erti "SALAF" yang anda faham...

Yang ada saya nampak adalah condong kepada ALIRAN ZAHIRI. Mereka baca secara zahir Al-Quran dan Hadith Sahih TANPA rujukan/kefahaman SALAF. Kemudian keluarkan hukum sewenang-wenangnya sesatkan orang lain.

Nasihat ikhlas dari saya termasuk untuk diri saya sendiri, waspadalah..... kelak dikhuatiri akan jadi PAPA KEDANA di akhirat kelak BILA banyak mengeluarkan hukum menyesatkan orang lain TANPA ILMU yang sewajarnya sedangkan diri sendiri banyak melakukan kesalahan dan kesilapan.......

Kenapa boleh muflis di akhirat??? Carilah hadith yang berkaitan.....anda akan dapat jawapannya.....

WAllahu a'lam
mnm77 Post at 8-11-2010 10:53


terima kasih atas nasihat yang baik ini...

1.  akhirnya anda juga tidak boleh lari terpaksa juga mengikut jejak "memberi label" aliran zahiri....

2.  sepatutnya di berikan contoh-contoh makna zahir ayat2 Quran dan Hadis yang tidak mengikut kefahaman salaf itu.... adakah anda juga lebih mengimani makna bathin ayat2 yang direkacipta oleh geng-geng syiah/sufi...

3.  apakah anda maksudkan panel aqidah majlis fatwa kebangsaan juga akan PAPA KEDANA dan BANGKRUP di akhirat kelak, kerana sebenarnya mereka yang mengeluarkan peristiharan SESAT tersebut...
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2010 03:21 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 8-11-2010 15:43
tapi ada? siapa? minta tolong spesifik sikit... adakah merujuk kepada "Allah istiwa di atas 'arashNya"....
kupia Post at 8-11-2010 13:48


Bukan merujuk kepada "Allah istiwa di atas 'arashNya".... sebaliknya yang menafsir Zat Allah secara zahir seperti Tangan Kaki dan sebagainya. Tiada pengakuan di thread ni, seperti juga tiada pengakuan Harun Din sebagai pengikut Tareqat Naqsyabandi Nazim Haqqani. Cukup untuk saya kata ada yang beraqidah mujassim, bukan untuk cakap spesifik untuk menyesatkan sepertimana anda menyesatkan Harun Din.

Ohh ya... dulu anda pernah berjanji kepada saya tentang beberapa rujukan, tetapi janji anda tu dah lama dan saya pun dah kira malas untuk selak balik thread lama-lama dulu. Saya berharap kalini anda bawa SUMBER hadith yang ini:
daun bidara ini terdapat di dalam hadis ditumbuk lumat dicampur dengan air untuk sapu dan untuk mandi - ini tidak pernah dipertikaikan.


Tolong bawakan sumber tersebut. Saya nak lihat adakah ia rawatan berkaitan JIN/SIHIR. Terima kasih.

Beri contoh satu nama jemaah tariqat/sufi yang tidak sesat....


Secara spesifik, saya tidak mahu menyebut nama kerana ada pertikaian dan juga serpihan yang mengaku asal dari tarekat tesebut tetapi telah terpesong. Umum diketahui ada 4 aliran tareqat yang haqq. Ini saya percaya sebab dari sumber Ulama yang saya percaya. Kalau berjumpa dengan para masyaikh tarikat lihatlah jika mereka mengutamakan Sunnah dengan TEGAS dan mengajarkan Sunnah kepada pengikut-pengikut, itu adalah petanda awal yang mereka berpegang kepada Sunnah.

tasbih dan zikir sebanyak-sebanyaknya? berapa banyak yang pernah diunjur oleh Rasulullah saw kerana dalam alQuran tidak dinyatakan bilangannya? bertasbih dan berzikir juga mesti mengikut petunjuk sunnah....


Zikir dalam hati tiada batasan bilangannya. Zikir sebutan pula, siapa yang menentukan batasannya? Ada pernah Nabi hadkan? Maksudnya TAK BOLEH BANYAK? Zikir yang kebiasaan tentulah tidak membebankan, seperti tasbih Fatimah dan zikir lepas Solat Fardhu.

Cukup banyak ayat Al-Quran berkaitan zikir, antaranya:

ـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱذۡكُرُواْ ٱللَّهَ ذِكۡرً۬ا كَثِيرً۬ا
Wahai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. (Al-Ahzab, 41)

Dan sesungguhnya zikrullah adalah lebih besar (Al-Ankabut, 45)

Adakah anda ni anti orang zikir banyak? Abu Hurairah adalah antara sahabat masyhur yang meriwayatkan hadith. Dia ada tali/benang yang mempunyai simpulan sebanyak 2000 ikatan untuk berzikir (Fadhaail Zikr). Boleh fikirkan sendiri berapa banyak dia berzikir.
   
seseorang yang disahkan GILA lagi SASAU itu memang layak dipanggil gila.... dan jika dia memang benar-benar gila orang yang menuduh itu bukan MUNAFIQ...


Kalau orang GILA SASAU, dia dah tak mampu berzikir. Kalau kerana berzikir dikatakan GILA, biar Allah saja yang tentukan tuduhan itu betul atau tidak. Nabi pun pernah dituduh gila. Ingat Nabi tak berzikir kah? Ingat Nabi tak menyampaikan peringatan kah?

Hendaklah kamu berzikir sebanyak-banyaknya sehingga orang mengatakan kamu gila (HR Ahmad dan lain-lain)
Hendaklah berzikir kepada Allah sebanyak-banyaknya sehingga orang MUNAFIQ mengatakan kamu orang yang riak (HR Tabrani dan lain-lain)

sila jelaskan dahulu apa sebenarnya erti "SALAF" yang anda faham...

TIADA SIAPA YANG SALAF DI SINI. Yang kita dok sebut para salaf as-soleh tu, orang zaman harini kah?

Apa pula yang anda faham dengan erti SALAF? Mengaku SALAFI?


1.  akhirnya anda juga tidak boleh lari terpaksa juga mengikut jejak "memberi label" aliran zahiri....


Saya tidak memberi label SESAT dan tidak menyebut nama sebenar orang yang berbuat demikian secara SPESIFIK. Harap JELAS. Sekurang-kurangnya, pihak yang condong kepada aliran zahiri boleh berhujjah balik jika tidak berpuas hati. Namun, dalam isu penolakan SANAD itu bertambah JELAS menunjukkan golongan tu condong kaedah ZAHIRI yang guna akal semata-mata, tanpa merujuk penjelasan Ulama atau Salaf.

2.  sepatutnya di berikan contoh-contoh makna zahir ayat2 Quran dan Hadis yang tidak mengikut kefahaman salaf itu.... adakah anda juga lebih mengimani makna bathin ayat2 yang direkacipta oleh geng-geng syiah/sufi...


Dalam thread ni ada Hadith Bukhari dan Muslim yang DITAFSIR guna AKAL. Isu makanan Jin tu. Rajin-rajin belek di belakang. Asma Al-Husna pun disyirikkan!

Saya tak sentuh pun makna batin ayat-ayat Al-Quran dari Syiah atau Sufi. Anda ni nak borong semua sufi tu Syiah kah? Nak label sesat kah? (Ni tanya, belum tuduh selagi anda tak menyatakan pendirian)

3.  apakah anda maksudkan panel aqidah majlis fatwa kebangsaan juga akan PAPA KEDANA dan BANGKRUP di akhirat kelak, kerana sebenarnya mereka yang mengeluarkan peristiharan SESAT tersebut...


Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa berdasarkan maklumat dan ilmu yang mereka ketahui. Saya percaya tujuan mereka murni.

Namun, anda masih tak dapat tangkap apa yang cuba saya sampaikan sebelum ini. Saya pernah tanya anda, boleh anda ambil ilmu dari Ustaz Zaharuddin, yang mana dia sendiri juga ambil ilmu dari Ustaz harun Din?

Adakah semua ilmu Harun Din itu sesat belaka? Berkaitan Tareqat Naqsyabandi Haqqani tu, adakah SEMUA ajaran/amalan mereka sesat belaka? Bila ada zikir yang sama, semua label sesat. Macam tu kaedah anda menyesatkan orang? Kalau macam tu anda juga tersesat lah.

Adakah Majlis Fatwa Kebangsaan keluarkan kenyataan sesat terhadap Harun Din? Takkan mereka tahu segala amalan tarekat yang luar negara tapi tak kenal amalan Harun Din yang dalam negara?

Cuba jelaskan bahagian mana yang sesat dari amalan Tarekat tu, kemudian baru kita kaji adakah bahagian yang sesat tu diamalkan oleh Harun Din.

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2010 07:03 PM | Show all posts
Ohh ya... dulu anda pernah berjanji kepada saya tentang beberapa rujukan, tetapi janji anda tu dah lama dan saya pun dah kira malas untuk selak balik thread lama-lama dulu. Saya berharap kalini anda bawa SUMBER hadith yang ini:
mnm77 Post at 8-11-2010 15:21

daun bidara ini terdapat di dalam hadis ditumbuk lumat dicampur dengan air untuk sapu dan untuk mandi - ini tidak pernah dipertikaikan.


Menunaikan janji dulu jawapan yang lain akan menyusul (menjelang waktu maghrib ni):
“Salah seorang di antara kalian (wanita) mengambil air dan sidrahnya (daun pohon bidara) kemudian dia bersuci dan membaguskan bersucinya, kemudian dia menuangkan air di atas kepalanya lalu menggosok-gosokkannya dengan kuat sehingga air sampai pada kulit kepalanya, kemudian dia menyiramkan air ke seluruh badannya, lalu mengambil sepotong kain atau kapas yang diberi minyak wangi kasturi, kemudian dia bersuci dengannya. Maka Asma’ berkata: “Bagaimana aku bersuci dengannya?” Beliau bersabda: “Maha Suci Allah” maka ‘Aisyah berkata kepada Asma’: “Engkau mengikuti (mengusap) bekas darah (dengan kain/kapas itu).” (Riwayat Muslim)

Imam Nawawi (dalam syarah Sahih Muslim: 4/15-16) menyatakan Aisyah ra meriwayatkan Nabi saw menasihatkan penggunaan daun bidara (Sidrin) ketika mandi janabah kaum wanita. WA
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2010 09:38 PM | Show all posts
Zikir dalam hati tiada batasan bilangannya. Zikir sebutan pula, siapa yang menentukan batasannya? Ada pernah Nabi hadkan? Maksudnya TAK BOLEH BANYAK? Zikir yang kebiasaan tentulah tidak membebankan, seperti tasbih Fatimah dan zikir lepas Solat Fardhu.

Cukup banyak ayat Al-Quran berkaitan zikir, antaranya:

ـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱذۡكُرُواْ ٱللَّهَ ذِكۡرً۬ا كَثِيرً۬ا
Wahai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. (Al-Ahzab, 41)

Dan sesungguhnya zikrullah adalah lebih besar (Al-Ankabut, 45)

Adakah anda ni anti orang zikir banyak? Abu Hurairah adalah antara sahabat masyhur yang meriwayatkan hadith. Dia ada tali/benang yang mempunyai simpulan sebanyak 2000 ikatan untuk berzikir (Fadhaail Zikr). Boleh fikirkan sendiri berapa banyak dia berzikir.
mnm77 Post at 8-11-2010 15:21


Saya tidak anti dengan orang yang banyak berzikir.... tetapi saya sangat anti dengan orang yang berzikir dengan zikir rekaan guru-guru tarikat yang langsung tidak ada sumbernya dari petunjuk sunnah.... jumlah bilangannya direka-reka, adabnya jauh dari apa yang dituntut, yang lebih signifikan lagi menetapkan kaifiat dan ganjaran yang bukan-bukan...

cuba tanyakan amalan suluk tariqat naqsyabandi bagaimana acara zikirnya?

mengurung dan mengasingkan diri dalam bilik gelap, ada juga yang pakai kelambu, tidak dibenarkan keluar kecuali untuk makan dan qada hajat, berpuasa dengan menetapkan bilangan hari-hari tertentu, tidak boleh makan binatang yang berdarah, tak boleh bercakap perkara yang tidak perlu, duduk seperti duduk tahayat solat tetapi diterbalikkan duduk atas kaki kir, sambil berzikir lidah menungkat atas lelangit, rabitah membayangkan wajah gurunya semasa berzikir,  bilangan zikirnya dan ditentukan oleh guru mursidnya,  zikir yang disebut entah dari mana asal usulnya.... adakah semua ini benar-benar dari ajaran Islam?  Allah, hu, haq...

lihat sendiri bagaimana majlis zikir hadrah mereka yang telah banyak divideokan.... lihat sendiri dalam youtube bagaimana cara majlis zikir nizam haqqani....

kemudian dengan bangganya mereka mendabik dada bahawa orang2 tariqat sufi memiliki karamah yang hebat2 belaka, orang2 tariqat/sufi kasyaf dan terbuka hijab boleh melihat perkara yang ghaib, boleh berkomunikasi dengan malaikat, malah boleh mengarahkan malaikat buat kerja untuk dia.... orang-orang tariqat sufi itu ada laduni mendapat ilmu secara langsung dari Allah...  maqam makrifat mereka tinggi tidak perlu kepada syariat yang dibawa oleh Muhammad saw... biarkan siluncai terjun dengan labu-labunya....

kalimah alzikr dalam Quran ada banyak maknanya mengikut ayat yang mana, ada yang merujuk kepada alQuran sendiri, ada yang merujuk kepada solat, ada yang merujuk kepada ahli ilmu, ada yang merujuk kepada amalan hari jumaat, banyak maknanya.... bukan semata-mata mengingat dengan lisan...

nanti sambung lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-11-2010 11:51 PM | Show all posts
Reply 1134# kupia
mendatangkan maslahat yang sangat besar kepada aqidah umat Islam dunia....
sila rujuk peristiharan rasmi majlis fatwa kebangsaan ke atas ketiga-tiga falsampah di atas....  kalau tak jumpa akan dikemukakan dalam masa terdekat....


Memang akan jadi masalah besaq kalu takdak ilmu tentang Tuhan...maka ulama sufi sgt menitik beratkan hal ini, namun ada 13 puak sufi yg sesat dlm aqidah..jadi hati2 sikit menuduh, takut tuduhan tu jadi fitnah...

Boleh kita kongsi fatwa kebangsaan tuh?
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2010 12:12 AM | Show all posts
Reply 1139# kupia

Hang masuk cerita Ibnu Arabi ngan Abu Yazid Bustami..sekarang aku nak confirm pernyataan hang tuh, depa tu sesat ke tidak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2010 01:07 AM | Show all posts
Reply 1139# kupia

incik kopiah nih tak paham soklan ker? kalo tak paham takpe

Konsep IKTIQAD WAHDATUL WUJUD menyalahi syarak, akidah dan akhlaq kerana Zat Allah menjelma pada mana-mana tempat di dalam diri dan bersatu dalam roh sehingga dikala itu boleh mengaku sebagai TUHAN yakni (ALLAH) maka individu yang berfahaman ini akan meninggalkan syariat,menghalalkan yang haram dan terlepas dari taklif syarak.Umpamanya,nikah batin,sembahyang hanya dengan niat sahaja dan lain-lain.

Itu sbb ulama sunni mewajibkan belajaq sifat 20 supaya tak terjebak dlm iktiqad wahdatu wujud nih...dalil Quran "laysa kamitslihi syay-un wahuwa alssamii'u albashiiru" maksud ayat ni "Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah yang Maha Mendengar dan Melihat." (asy syuura 11) incik kopiah dh jelas... itu sbb kita kata incik kopiah buat pitnah incik tak caya....

konsep nur muhammad? pejelasannya bagaimana silalah jgn malu2...
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2010 01:46 AM | Show all posts
Reply 1140# kupia


dah lupa di mana jumpa satu kajian barat...


Al Quran dan sunnah sebagai petunjuk bukannya barat.... kalo dah lupa itu maknanya pekara nih tak shahih ler...cubaan meng'pitnah' ler tuh

jika seseorang itu berzikir atau menyebut sesuatu kalimah secara berulang-ulang dengan bilangan yang banyak sampai ratusan ribu umpamanya (tak kira apa kepercayaan agama), dengan mengasingkan diri dan menghadirkan satu pusat tumpuan.... dia akan sampai pada satu tahap rasa yang sukar untuk diceritikan.... tak kiralah kalimah apa yang disebut, "hu" ke "haq" ke "yahoo" ke "ohm" ke apa-apa...


'HU'        = DIA
'HAQ'      = BENAQ
'YAHOO'  = selain yahoo incik bole gak google
'OHM'      = PAKCIK/PAMAN

Ertinya: " Hai orang-orang yang beriman, berzdikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepada-Nya diwaktu pagi dan petang."(Surah Al-Ahzab :41 & 42)
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2010 09:12 AM | Show all posts
Boleh kita kongsi fatwa kebangsaan tuh?
baghal Post at 8-11-2010 23:51


takpelah saya luang sedikit masa mencari semula untuk makluman semua, tak simpan pun alamat URLnya.....

wahdatulwujud - http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/wahdatul-wujud
martabat tujuh - http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa- ... leh-hamzah-bin-embi
nur muhammad - tak sempat cari kemudian....

wahdatulwujud ni bahaya - fatwanya kata MURTAD, isterinya tertalak, anaknya luar nikah, hartanya serahkan pada baitulmal...
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2010 09:17 AM | Show all posts
kepada yang belum baca disertakan semula CnP kenapa harun din dituduh pengamal tariqat naqsyabandi:

Benarkah Dr. Harun Din Pengamal Tarikat Diharamkan?        

baru ini saya membaca artikel dari blog http://an-nawawi.blogspot.com pada artikel "Kesalahan Dan Kebatilan Selawat Syifa' Yang boleh Membawa Syirik" dan pada komennya ada jawapan c yang diberi oleh Abu Muhammad dengan pautan (link) ke web Darul Syifa' yang merupakan pertubuhan kebajikan dan pengubatan Islam.

Setelah membaca jawapan yang diberikan oleh Dr. Harun Din tersebut, kemudian saya pergi ke pautan Sejarah Darussyifa'. Antara yang saya terbaca dalam Sejarah tersebut ialah:

"Kuliah-kuliah yang biasanya dijalankan setiap Selasa malam Rabu akhirnya ditukar ke Isnin malam Selasa atas nasihat seorang guru tariqat yang bernama Tuan Syeikh Nazim al-Qubrusiy. Beliau sering berkunjung ke Malaysia dan hadir bersama dalam kumpulan usrah ini untuk manyampaikan tazkirah. Menurut beliau, majlls berzikir dan ilmu seperti itu elok dilakukan pada malam Selasa ataupun malam Jumaat.Sejak itu ia diamalkan secara beramai-ramai selepas majlis membaca Yaasin." - http://www.darussyifa.org/sejarah.php

Dahulu, semasa saya belajar di Perlis, rakan saya yang juga pengikut tariqat Naqsyabandi Al-Khalidiyah berkata yang Dr. Harun Din juga seorang penganut Tariqat Naqsyabandi sebagaimana mereka. Mereka juga sering melakukan "tawajuh" di Changlun pada hujung minggu dan terkadang bersuluk selama 40 hari atau kurang dari itu, ketika cuti panjang.

Ramai orang masih tidak mengetahui lagi apakah sebenarnya Tariqat Naqsyabandi ini. Dalam Kitab Al-Hadiqah An-Nadiyah fi At-Tariqah An-Naqsyabandiah ada tertulis:

Maksudnya: “dan berjaga-jagalah engkau dari berkata bahawa Tariqat Sufi tiada dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Sesungguhnya (perkataan) itu adalah Kufur”.

Mereka dengan tanpa segannya berkata orang yang tidak mengambil Tariqat adalah kafir. Sedangkan sudah terbukti yang tariqat sememangnya tidak ada dalam al-Quran dan Sunnah. Sila lihat artikel saya Hakikat Sufi Yang Perlu Diketahui, dan Wahabi bukanlah Sufi dan Hakikat Tasawwuf.

Antara amalan mereka yang utama yang bertentangan dengan syari'at Islam ialah Rabithah. Rabithah ialah Menghadirkan rupa guru atau syeikh ketika hendak berzikir. - Lihat: H.A. Fuad Said, Hakikat Tariqat Naqsyabandiah,Pustaka Al-Husna Baru,Jakarta,2003.Hlm 71.

Di dalam buku Hakikat Tariqat Naqsyabandiah oleh H.A Fuad Said berkata berkenaan fadilat Rabithah: "Barangsiapa berhubungan terus-menerus dengan rabitah niscaya terjadilah atas dirinya peristiwa-peristiwa tariqat dan kesempurnaan hakikat. Tetapi sebaliknya barangsiapa tidak ber-rabithah niscaya terputus limpahannya dan tidak akan muncul rahsia kebesaran Allah kepadanya." - Lihat: Hakikat Tariqat Naqsyabandiah, hlm 73.

Ini bertentangan dengan amalan-amalan yang diajar kepada kita bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah. Firman Allah:

Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kepada Allah dan carilah Yang boleh menyampaikan kepadanya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan. - Al-Maidah: 35.

Pada ayat yang dihitamkan itu,” dan carilah jalan yamg boleh menyampaikan kamu padaNya” bukanlah bermakna rabithah tetapi ‘amalan-amalan soleh yang telah diajar Rasulullah S.A.W.

Abu Ja’far At-Thobari dalam tafsir nya menyatakan pendapat ulama’ tafsir akan makna ayat ini:

Daripada As-Suddiy: "Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kepada Allah dan carilah Yang boleh menyampaikan kepadanya": ia adalah do’a dan amalan soleh."


Daripada Mujahid: "Carilah Yang boleh menyampaikan kepadanya" Amalan taqarrub pada Allah S.W.T.


Berkata pula Ibn Kathir:
“Berkata Sufyan As-Saury, Mengkhabarkan kami bapaku,dari Thalhah dari ‘Atha’ dari Ibn ‘Abbas: Iaitulah Qurbah (amalan soleh) dan demikian pula perkataan Mujahid, Atha’, Abu Wail, Al-Hasan, Qatadah, Abdullah bin Kathir, As-Suddi dan Ibn Zaid”. - Rujuk Tafsir Ibn Katsir.
Lebih lanjuta sila baca (download): www.4shared.com/file/46614021/970ab65b

Berkenaan Tariqat Naqsyabandi ini juga telah difatwakan oleh fatwa Kebangsaan, fatwanya sebagaimana berikut:

"Tariqat Naqsyabandiah Al-'Aliah di bawah pimpinan Syeikh nazim bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menyeleweng daripada ajaran Islam. Pengamal ajaran ini dikehendaki segera bertaubat."

Rujuk: www.e-fatwa.gov.my

Fatwa Negeri Kedah menyatakan:

"Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah D.A. setelah mengkaji bersetuju dengan sebulat suara mengharamkan tareqat ini."

Rujuk: www.e-fatwa.gov.my/mufti

Fatwa Negeri Sarawak menyatakan:

"Ahli mesyuarat telah sebulat suara memutuskan bahawa :

i) Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim berfahaman dengan fahaman-fahaman Wehdatul Ujud, Martabat Tujuh Nur Muhammad yang bertentangan dengan konsep dan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

ii) Tariqat ini berpegang kepada hadis-hadis maudu'

iii) Mereka mengamalkan konsep Yaqazah (dapat berkomunikasi dengan Allah s.w.t dalam mimpi) yang bertentangan dengan fahaman dan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

Menurut Pengerusi Kumpulan Ahli Tarikat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqani pernah melawat Sarawak. Setelah dikaji didapati dalam ajarannya tidak boleh diamalkan oleh orang Islam dan ianya telah diharamkan oleh Kerajaan. Dalam pada itu, Pengerusi walau bagaimanapun ada menyiasat tentang ajaran ini dan hasil dariapda siasatan tersebut beliau berharap agar ianya terus pudar.

Kesimpulannya Ahli Mesyuarat bersetuju bahawa ajaran ini menyeleweng dan diharamkan"

Sumber:
http://al-muwahhidun.blogspot.com/
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2010 10:02 AM | Show all posts
Menunaikan janji dulu jawapan yang lain akan menyusul (menjelang waktu maghrib ni):
“Salah seorang di antara kalian (wanita) mengambil air dan sidrahnya (daun pohon bidara) kemudian dia bersuci dan membaguskan bersucinya, kemudian dia menuangkan air di atas kepalanya lalu menggosok-gosokkannya dengan kuat sehingga air sampai pada kulit kepalanya, kemudian dia menyiramkan air ke seluruh badannya, lalu mengambil sepotong kain atau kapas yang diberi minyak wangi kasturi, kemudian dia bersuci dengannya. Maka Asma’ berkata: “Bagaimana aku bersuci dengannya?” Beliau bersabda: “Maha Suci Allah” maka ‘Aisyah berkata kepada Asma’: “Engkau mengikuti (mengusap) bekas darah (dengan kain/kapas itu).” (Riwayat Muslim)

Imam Nawawi (dalam syarah Sahih Muslim: 4/15-16) menyatakan Aisyah ra meriwayatkan Nabi saw menasihatkan penggunaan daun bidara (Sidrin) ketika mandi janabah kaum wanita. WA
kupia Post at 8-11-2010 19:03


Salam.

Pertama sekali terima kasih atas hadith di atas. Seperti yang dijangkakan, hadith tersebut TIADA kaitan secara LANGSUNG dengan rawatan JIN/SIHIR. Ia sebagai bahan untuk mandi janabah. Kenapa anda mempertahankan hadith tersebut sebagai Sunnah BILA saya bawakan contoh rawatan JIN/SIHIR?

Sedangkan hadith garam pun ada (Tabrani & Ibn Majah), tetapi anda TETAP sesatkan guna garam dalam rawatan Jin/Sihir? INI CUKUP TIDAK ADIL. DOUBLE STANDARD.

Bila Bin Baaz guna daun bidara untuk rawatan Jin/Sihir, anda pertahankan sekadar ada riwayat walaupun TIADA dalam Rawatan Jin/Sihir. Bila Ustaz Harun Din/ Ustaz Sharhan Shafi'i guna garam, anda hentam pula, walaupun ada riwayat kelebihan garam. DOUBLE STANDARD!
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2010 10:10 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 9-11-2010 10:15
Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim berfahaman dengan fahaman-fahaman Wehdatul Ujud, Martabat Tujuh Nur Muhammad yang bertentangan dengan konsep dan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

Mereka mengamalkan konsep Yaqazah (dapat berkomunikasi dengan Allah s.w.t dalam mimpi) yang bertentangan dengan fahaman dan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

Kesimpulannya Ahli Mesyuarat bersetuju bahawa ajaran ini menyeleweng dan diharamkan"
kupia Post at 9-11-2010 09:17


Haa ini baru jelas sikit bahagian mana yang terseleweng. Mana dia zikir rekaan Asma Al-Husna? Fatwa tu ada kata SESAT? Kat MANA?

Sekarang buktikan Harun Din amalkan yang di atas tu, BARU ADIL.
1. Wahdatul Wujud
2. Martabat Tujuh
3. Yaqazah dengan Allah dalam mimpi

Ni penjelasan/biodata Harun Din dari Darussyifa yang korang TAK MASUKKAN, tetapi asyik cari sebab untuk sesatkan saja:
Perubatan Islam adalah berdasarkan syariat. Ilmu ini mempunyai dua cabang iaitu fizikal dan spritual. Penekanan yang menjadi keutamaan Ustaz Haron Din ialah rawatan dengan menggunakan doa-doa yang berdasarkan al-Qur'an, hadith Rasulullah s.a.w. dan doa-doa' lain yang jelas maknanya yang tidak bercanggah dengan syariat Islam.

Sungguhpun telah lama berkecimpung dalam bidang perubatan Islam, namun Ustaz Haron Din masih lagi mencari ilmu baru dalam merawat pesakit. Beliau sentiasa bertanya mereka yang arif dalam bidang ini di samping membaca pelbagai buku untuk menambahkan pengetahuan. Tidak semua kaedah yang dipelajari itu dipratikkan, hanya yang bertepatan dengan syariat sahaja akan diamalkan
.


http://www.darussyifa.org/biodata.php
   
WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2010 10:19 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 9-11-2010 10:24
Ramai orang masih tidak mengetahui lagi apakah sebenarnya Tariqat Naqsyabandi ini. Dalam Kitab Al-Hadiqah An-Nadiyah fi At-Tariqah An-Naqsyabandiah ada tertulis:

Maksudnya: “dan berjaga-jagalah engkau dari berkata bahawa Tariqat Sufi tiada dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Sesungguhnya (perkataan) itu adalah Kufur”.

Mereka dengan tanpa segannya berkata orang yang tidak mengambil Tariqat adalah kafir. Sedangkan sudah terbukti yang tariqat sememangnya tidak ada dalam al-Quran dan Sunnah. Sila lihat artikel saya Hakikat Sufi Yang Perlu Diketahui, dan Wahabi bukanlah Sufi dan Hakikat Tasawwuf.
kupia Post at 9-11-2010 09:17


Yang Wahabi totok pula tanpa segan silu mengkafirkan ramai umat Islam, tarekat, sufi dan golongan tasawwuf berdasarkan fahaman Wahabi mereka.


Kalau nak ikut ayat di atas, Tarekat tu tak kata pun orang lain kafir kalau TAK IKUT. Depa kata, kalau kata TIADA dalam Sunnah, yakni memfitnah Tarekat itu BATIL, itu kufur (walalupun saya tidak setuju)

Sufi dan Tasawwuf itu ada bahagian dalam Islam, cuma istilahnya saja yang baru. Saya TIDAK mengkafirkan Tarekat mahupun Wahabi, tetapi memang ada golongan yang ekstrim Wahabi suka mengkafirkan orang Islam.

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2010 02:54 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 9-11-2010 15:13
Hang nak nilaikan kata2 orang, ilmu orang dan amalan orang lain melalui internet yg hang baca..hang pernah ka jumpa Harun Din atau Syeikh Nazim tu?  baghal Post at 6-11-2010 01:17
Dah itu caranya mereka promote amalan mereka di laman web agar semua boleh terus baca aje , maknanya harun din dan nazim haqqani sendiri percaya laman web mereka reliable sebab tu mereka gunanya sebagai cara menyebarkan fahaman dan amalan mereka . So a waste of time lah kalau nak pi tanya pada mereka pulak mengenai apa yang dah jelas tertera di laman web mereka tu .  

Dan buat apa nak jumpa mereka pula untuk mengetahui sesat atau tidaknya fahaman dan amalan mereka , siapa nak mengaku amalan nya sesat kalau pi tanya secara berdepan sekali pun.

Kalau kau tak percaya kesahihan sumber dari internet maka kau tak patut menggunakan internetlah untuk menyebarkan pendapat kau ....

... tapi kau sendiri laju aje menjawap di forum ni , sepatutnya kalau kau percaya sesuatu info boleh sahih dengan jumpa face to face aje , maka kau sepatutnya hanya boleh berbincang dengan pi jumpa terus lah kan dengan sesiapa pun baru sahih perbincangan kau tu kan , instead of nak guna forum CARI di internet pulak yang tentunya bukan boleh bincang dengan jumpa face to face pun   . Walk the talk laa instead talk talk talk aje .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-11-2010 03:22 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 9-11-2010 15:28
kepada yang belum baca disertakan semula CnP kenapa harun din dituduh pengamal tariqat naqsyabandi:
...
kupia Post at 9-11-2010 09:17


Thanks kupia , Alhamdulillah,  info yang padat .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2010 03:29 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 9-11-2010 15:31

JAKIM takkan sebut nama pengikut ajaran sesat kerana para pengikut kan ramai jenuh laa nak sebut kesemua nama kan , yang JAKIM fokuskan adalah pada nama pengasas ajaran sesat aje , so di sebabkan harun din cuma pengikut ajaran sesat tu aje maka sebab itu namanya tak di sebut oleh JAKIM , hanya nama Nazim Haqqani aje lah yang tertera di laman web JAKIM tu, para pengamal ajaran tu semua hanya di suruh bertaubat , itu termasuk harun din lah tu walau tak sebut nama sekali pun kerana dia pengamal zikir ajaran tu kan .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2010 03:59 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 9-11-2010 18:20
Sedangkan hadith garam pun ada (Tabrani & Ibn Majah), tetapi anda TETAP sesatkan guna garam dalam rawatan Jin/Sihir? INI CUKUP TIDAK ADIL. DOUBLE STANDARD.

mnm77 Post at 9-11-2010 10:02


Guna garam merawat luka boleh di samakan dengan menghalau jinsyaitan kah ? Perbezaan antara keduanya macam langit dan bumi jauhnya :-

- Luka bukan makhluk yang boleh berfikir dan licik memperdaya manusia macam jinsyaitan .  

- Luka tak kafir dan tak akan masuk neraka di akhirat kelak macam jinsyaitan .   

- Luka tak di laknat Allah , tapi jinsyaitan di laknat Allah .

- Luka boleh di lihat mata sepanjang masa, anytime boleh ambik gambar luka dan videokan , tapi jinsyaitan mana boleh kita buat gitu .

- Kita boleh nampak lokasi luka dengan tepat untuk tahu mana mau di taruh garam , tapi mana siapa pun boleh nampak dengan tepat lokasi jinsyaitan di bangunan , so yang di bubuh keliling bangunan garam lada tu kenapa pulak ? Bukan semua mata manusia boleh nampak jinsyaitan ketika dok lempar garam tu keliling bangunan pun macam semua mata manusia yang tak buta boleh nampak luka di badan manusia .  

- Semua makhluk termasuk manusia dan binatang boleh aje melangkah garam lada yang di lempar keliling bangunan tu , so apa yang menyebabkan jinsyaitan pulak boleh terhalang ? Kalau ayam itik pun tak dak masaalah nak melangkah garam lada di atas tanah , inikan pulak jinsyaitan , tak logik sungguh laa hai yang dok kata jinsyaitan boleh terhalang dengan benda statik lagi bersaiz kecil cinonet macam garam lada tu  .

Macam mana kau boleh qiyaskan merawat luka dengan menghalau jinsyaitan kerana dari segi makna , perkataan , dan situasi keduanya tak sama langsung .

Lagipun, mana boleh guna kaedah 'qiyas' apabila telah ada perintah yang di sebut Allah dan RasulNya dalam Quran Sunnah mengenai cara nak memelihara diri dari syaitan merupa dan syaitan ghaib .... kena follow exactly seperti yang tertera dalam Quran Sunnah lah tanpa boleh berqiyas .  

Perkara yang boleh qiyas hanya apabila tidak terdapat langsung dalam Quran Sunnah aje , tapi apabila dah ada cara yang di terangkan dalam Quran Sunnah terpampang maka tak boleh pakai kaedah qiyas dah lah jawabnya  .


So jelas sekali kau menyalahgunakan kaedah qiyas untuk menghalalkan bidaah sesat . Bila masanya sesuai dan dibenarkan Allah untuk manusia guna qiyas dan bila masanya yang tak boleh pun kau tak tau kah lalu kau main radong aje ?
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2010 10:30 PM | Show all posts
Adakah semua ilmu Harun Din itu sesat belaka? Berkaitan Tareqat Naqsyabandi Haqqani tu, adakah SEMUA ajaran/amalan mereka sesat belaka? Bila ada zikir yang sama, semua label sesat. Macam tu kaedah anda menyesatkan orang? Kalau macam tu anda juga tersesat lah.

WAllahu a'lam
mnm77 Post at 8-11-2010 15:21


jika ada diantara zikir-zikir yang tidak sesat yang tidak meyimpang dari petunjuk alQuran dan Sunnah, itu bukan zikir tariqat naqsyabandi... itu zikir yang diajar oleh Muhammad saw.

keputusan majlis fatwa kebangsaan:
"Mengikut pendapat ijma ulama' fahaman Wahdatul Wujud adalah kufur. Sesiapa yang mempercayai dan mengamalkannya adalah murtad. Jika pengamal fahaman tersebut mempunyai isteri, isterinya tertalak dan anaknya adalah anak luar nikah dan hartanya hendaklah diserahkan kepada Baitulmal"


majlisa agama islam sarawak:
Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim berfahaman dengan fahaman-fahaman Wehdatul Ujud, Martabat Tujuh Nur Muhammad yang bertentangan dengan konsep dan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

Setelah membaca jawapan yang diberikan oleh Dr. Harun Din tersebut, kemudian saya pergi ke pautan Sejarah Darussyifa'. Antara yang saya terbaca dalam Sejarah tersebut ialah:

"Kuliah-kuliah yang biasanya dijalankan setiap Selasa malam Rabu akhirnya ditukar ke Isnin malam Selasa atas nasihat seorang guru tariqat yang bernama Tuan Syeikh Nazim al-Qubrusiy. Beliau sering berkunjung ke Malaysia dan hadir bersama dalam kumpulan usrah ini untuk manyampaikan tazkirah. Menurut beliau, majlls berzikir dan ilmu seperti itu elok dilakukan pada malam Selasa ataupun malam Jumaat.Sejak itu ia diamalkan secara beramai-ramai selepas majlis membaca Yaasin." - http://www.darussyifa.org/sejarah.php

Dahulu, semasa saya belajar di Perlis, rakan saya yang juga pengikut tariqat Naqsyabandi Al-Khalidiyah berkata yang Dr. Harun Din juga seorang penganut Tariqat Naqsyabandi sebagaimana mereka. Mereka juga sering melakukan "tawajuh" di Changlun pada hujung minggu dan terkadang bersuluk selama 40 hari atau kurang dari itu, ketika cuti panjang.

Adakah Majlis Fatwa Kebangsaan keluarkan kenyataan sesat terhadap Harun Din? Takkan mereka tahu segala amalan tarekat yang luar negara tapi tak kenal amalan Harun Din yang dalam negara?


harun din hanya pengamal tariqat naqsyabandi, bukan pengasasnya... tidak ada keperluan majlis fatwa menyebut nama beliau.  

Cuba jelaskan bahagian mana yang sesat dari amalan Tarekat tu, kemudian baru kita kaji adakah bahagian yang sesat tu diamalkan oleh Harun Din.


jika aqidah sudah disahkan sesat tak ada bahagian-bahagian lagi, the whole lock stock and barel tidak diterima....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 06:16 PM GMT+8 , Processed in 0.065130 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list