|
Post Last Edit by Goldkey at 12-12-2010 15:48

Mencari erti
Awan gemawan berarak tenang
kumulunimbus kelabu mengumpul titis
lewat petang mencurah gerimis
disulam guruh parau petir memekik
membasahi padang data kekeringan
rumput bertafakur syukur
dingin menyelubungi menelan terik mentari
pelangi petang menyeri
indah alam pada yang mengerti
sebuah aturan alam
perlukah mencari?
pada setiap titis tersembunyi
petanda kekuasaan Ilahi
lembut namun keras di aturannya
pada yang ada mata hati
bisa mengerti
apa yang tersembunyi
di mata nurani.
~Goldkey~
|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 12-12-2010 21:39

Biar ada pendirian
Kita makhluk Tuhan
dijadikan sebaik-baik kejadian
mengapa harus pertikaikan
sifat dan bentuk badan
syukuri anugerah ketentuan
jangan kita dibolak balik dek syaitan
tidak berpuas hati dengan ciptaan Tuhan
tetapkan pendirian
kita punya kelebihan
atasi kelemahan
ada asas dan pedoman
telah ditinggalkan
pesan Rasulullah relevan
sepanjang zaman
tingkatkan ketakwaan
teguhkan iman.
~Goldkey~
|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 12-12-2010 21:52

Tak kuatkah kita?
Ubi kayu
jambu batu
pucuk paku
belimbing besi
selar papan
ikan parang
ikan cermin
ikan duri
semua kita makan..
~Goldkey~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 13-12-2010 17:30
Cinta Sejati ?
Zaman sekarang ni masih wujud ker cinta sejati
Pernah ke terjumpa atau terserempak cinta yang masih tulus suci
Rasanya susah nak cari cinta macam tu lagi
Kebanyakan sekarang cinta kerana body dan harta yang dimiliki
Rasa cinta tu senang je datang dan bila-bila masa saja boleh pergi
Kerana mereka anggap cinta itu boleh dijual beli.
Geram tengok bila cinta disalah erti dan terlalu menguasai diri
Mereka guna kata cinta untuk kepentingan diri sendiri
"Habis madu sepah dibuang" itu ayat cinta yang telah dikhianati
Mangsanya wanita yang tidak pandai jaga kehormatan diri
Dibiar mahkota dimiliki oleh lelaki yang bukan bergelar suami
Padah diterima seorang diri, akibat janji yang tidak ditepati.
Wahai wanita, jangan biarkan diri anda dinodai
Jagalah kehormatan diri anda dengan sepenuh hati
Jangan sekali-kali lemah dengan rayuan lelaki
Andai benar mereka cintai anda sepenuh hati
Hantarkan rombongan membawa adat rasmi
Biar hubungan yang terjalin lebih bererti dan diberkati
Dan pasti kalian berdua saling memiliki cinta suci.
07.12.2010 - 9.10 pm
comic_comot
~GRP Ex-Student~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 13-12-2010 00:10

Kenapa mesti ada dia?
Sebab dalam dia ada kamu
degup jantung kamu nadi hidupnya
hela nafas kamu lagu jiwanya
naluri kamu deria rasanya
mimpi kamu realiti hidupnya
igauan kamu mimpi bahagianya
kata-kata kamu buah fikirannya
tingkahlaku kamu gerak asksinya.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|

Alhamdulillah
Hingga saat ini masih diberi kesempatan
menjenguk ruang perkongsian
bicara kata buat pedoman
dalam mencari keredhaan Tuhan
sama-sama kita bersyukur diberi kesihatan
anugerah yang tak ternilai yang diimpikan
gunakan ruang sebelum kesempitan
menyampaikan syariat dan perintah Tuhan
moga tidak tergolong dalam kalangan
orang-orang yang kerugian
yang demikian
berpesan dengan kebenaran
berpesan dengan kesabaran.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|

Pohon Malam III
Gelita memudar lambaian dedaun
angin meniup dingin mengerak jejari ranting
desus suara sayup-sayup memecah sunyi
pohon tegak berdiri jadi petanda
pada makhluk malam yang bertebaran
di celah-celah kelupasan kulitnya
berbayang tanda tercalit cerita
jadi catatan sejarah perjalanan hamba-hamba
jalan berseligi penuh duga
jalan lurus bertangga-tangga
semua terlindung
pada bayangan pohon malam
entah terlihat insan
cuma bermata dua.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 13-12-2010 14:50
Lelaki handsome vs Lelaki tak handsome
Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap: woow, cool giler…
Kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus…
Kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody’s perfect
Kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
Perempuan akan cakap: memang…. muka pun macam pecah rumah!
Kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
Perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
Kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia…
Kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: sepadan sangat…
Kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!
Kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
Kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata:…(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)…
Kalau lelaki handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: perasaannya halus…penuh kasih sayang
Kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi…
Kalau lelaki handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: matching… hebat luar dalam
Kalau lelaki tak handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?…
Kalau lelaki handsome tak mau bergambar
Perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
Kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
Perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?…
Kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
Kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu….
Kalau lelaki handsome bersedih hati
Perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
Kalau lelaki tak handsome bersedih hati
Perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?
~GRP Former Student~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 14-12-2010 14:20

Jangan pandang pada rupa
Itu hanya luaran saja
banyak ciri lain kena ambil kira
jika rupa jadi perkara utama
dibimbangi akhirnya akan mengecewa
lumrah manusia sukakan yang ada rupa
namun apa guna rupa jika tiada budi bahasa
hiasi diri dengan ajaran agama
itulah semoleknya tindakan yang cakna.
Pujuk jiwa terima seadanya
jangan dihina pada yang tiada rupa
ada kelebihan setiap insan yang dicipta
kitalah kena menilai dan cungkil sifat istimewa
jadikan mereka rasa dibangga
tidak memecilkan diri hidup sengsara
sering diuliti rasa kecewa
tiada orang mempeduli dek kerana rupa.
Hati-hati bila berbicara
kita mungkin menguris rasa
insan-insan yang tiada rupa
sensitif dan mudah terasa
walau orang tak bermaksud meluka
dirinya sendiri rasa terhina
bila ada yang menjeling hujung mata
timbul syak wasangka
dirinya diperkata.
~Goldkey~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 14-12-2010 14:22

Petanda titis air
Suara dari langit
berdentuman memecah sunyi
desus angin membadai ke jendela
kilatan cahaya memancar di balik awan
hujan gerimis menerjah bumbung gersang
titik hujan mengetuk celoran curam
mengalir laju arus air ke mulut longkang
bersatu mengumpul upaya menghanyut segala
apa yang ada di bawa ke alur mega
memasuki sistem yang utama
menuju ke laut entah bila
dipanas mentari
menguap ke udara
ditiup angin naik ke angkasa
tertarik sesama membentuk awan mega
berkumpul jadi tepu
lalu terjun jadi manik-manik air
menimpa dengan sengaja
memberi harapan pada yang melata
hilang dahaga semusim
dek bakaran mentari
silih berganti.
~Goldkey~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 14-12-2010 14:18

Katanya
Pergilah
jangan pedulikan aku
biarkan aku dengan cara hidupku
di sini halamanku
tempat aku mengais rezeki
pagi petang siang malam
bukan mengemis di jalanan
mengharap simpati belas ehsan.
Tidak!, tidak sesekali
aku ada harga diri
maruah aku masih tegak berdiri
bukan kamu yang memberi rezeki
aku ada Tuhan yang mengerti
dari-Nya aku harapkan sesuap nasi
jana kudrat upayakan diri
mengerakkan tangan dan kaki
cari rezeki halal diredhai.
Biarkan aku
aku insan punya kekuatan diri
kebahagiaan bukan pada banyaknya gaji
kebahagiaan ada pada tenangnya hati
bebas dari masalah duniawi
bebas beribadat kepada Ilahi
ada kesihatan diri
itu semua buat aku mensyukuri
anugerah Ilahi
kamu! kamu!
kamu ada?
~Goldkey~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|

Katanya II
Biarkan aku terus di sini
hidup jerih tak kupeduli
janji aku tidak menyusahkan
tidak menganggu
apa yang aku tahu
pendirian kugenggam membatu.
Tidak kukisah kata cerca
kupekakkan telinga
sifat insan suka mengata
sedarlah! kamu di mana?
berpijak di bumi yang sama
tiada istimewa sama merahnya
mengalir ia kerana-Nya.
Akan kujaga diri
patuhi syariat Ilahi
biarlah umpat keji
sudahku lali
tak menjadi daki
janji
hidup aku diberkati
tiada resah menyelubungi
hidup pernuh bererti
kamu! Kamu!
kamu mengerti?
~Goldkey~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|

Katanya III
Bila kau kaya jangan dilupa
sebahagiannya hak mereka
keluarkan segera
sebelum kau jadi papa
jangan tanya hak siapa
semuanya anugerah yang Esa
apa salahnya
kalau kongsi sebahagian saja.
Aku bukan nak menjaga
cuma mengingatkan sesama
jadilah kita umat yang ada harga
ikut Sunnah nabi kita
perbanyakkan sedekah kepada yang lara
gembira hati-hati mereka
rezeki pasti berlipat ganda
berkat doa.
Dalam hidup kita
cuba jangan menyusahkan sesiapa
cuba kau membantu semampu yang ada
tentu ada pertolongan yang tak disangka-sangka
kebaikan yang diredha
pasti ada balasan yang berganda
yakini ianya ketetapan yang Esa
kamu! kamu!
kamu yakin?
~Goldkey~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 14-12-2010 14:31
Katanya IV
Kau selalu kata
rakyat didahulukan
kenapa ramai yang bergeladangan?
mana sifat kemanusiaan
mana rasa belas ehsan
berilah mereka peluang
ambil berat soal kebajikan.
Jangan!
jangan!
jangan biarkan
mereka hidup tanpa haluan
bimbinglah mereka cari jalan
berikan mereka latihan kemahiran
agar ada peluang memperoleh pekerjaan
dapat hidup seperti orang kebanyakan.
Kau jangan lupa erti persaudaraan
itu salah satu tuntutan
mengasihi sesama insan
jangan dibuat main
dimurkai Tuhan
hilang keberkatan
datang kesusahan
kau! kau!
kau ada ehsan?
~Goldkey~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|

Aku pelik
Antara manusia ada sikap jelik
ada yang suka mengherdik
padahal dia celik
orang lain boleh dididik
jadi cerdik
cubalah selidik
belajar dari jerit pekik
jangan ingat diri terbaik
sentiasalah ingat jangan dibolak balik
perasaan yang mendaik
kelak rosak iman jadi syirik.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|

Minta tolong
Tuan/Puan yang budiman
saat tuan/puan hadir membaca
jika ada kesalahan dalam puisi saya
tolonglah maklumkan
jangan biar saya dalam kesalahan
kerjasama tuan/puan amat dialukan
nak menggarap pun silakan
sekian
wasalam. |
|
|
|
|
|
|
|

Artis Seni
Pada gebar kertas itu
dicoret corengnya kasar
ditenang kiri-kanan, atas-bawah
terwajah imiginasi dalam lakaran hitam putih
lantas ditukar kepada realiti
jadi modul perintis lagi
mencari kesesuaian dunia kini
cita rasa insan amat tinggi
sentiasa berubah menyusur arus
mengenali kuasa beli
kreativiti menuntut imiginasi
terhasil produk berkualiti
menjamin kepuasan hati
sendiri.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|

Sekali terlalu banyak
Bahaya
kalau tak kena cara
jangan duk cuba-cuba
nanti rosak segala
waspada
sebelum rosak binasa
lebih baik menjauh saja
sekali terlalu banyak kesannya
susah kembali ke asalnya
suci tanpa asap dosa
ramai sudah yang terpedaya
najis dadah tak mengenal siapa
cuma kita
jangan leka
menutup ruang yang sentiasa dibuka
manusia-manusia perosak bangsa, negara dan agama.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 14-12-2010 17:29

Sini Sana
Di sini
kita ada kawan
kita ada lawan
rencah kehidupan
berbagai ragam seharian
destinasi kita, semua faham
bertemu Tuhan yang menjadikan
adakah kita sudah cukup bekalan
atau masing di awan
sedarlah teman.
Di sana
kita sendirian
menempuh bilik gelap keseorangan
hanya amalan jadi teman
moga diterima amalan
menerima suratan menyenangkan
di tangan sebelah kanan
terlepas hukuman
yang dijanjikan
kepada Tuhan
nasib kita ditentukan.
~Goldkey~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|

Umur berganda
Bila umur berganda
penyakit pun mula melanda
jangan kita lupa
tubuh badan kena jaga
kita bukan lagi remaja
pemulihan sudah senja
silap sikit masuk hospital kita
jangan mengada-ngada
buat kerja ikut suka
atau lebih masa
biar betul cara
baru tak tercedera
cuba!!!
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|