|
Melankolik Cinta
SHEILA HUSAIN
RM 19.90
ISBN: 978-967-0184-88-3
~524 hlm
Bahasa Melayu
Membesar tanpa kasih sayang ibu bapa tidak menghalang Ayu Alenda mencapai impian untuk menggenggam segulung ijazah. Kehadiran Imran Qaiser yang memujanya sejak dari sekolah menyimpan seribu satu rahsia cinta yang belum terungkai. Kemunculan ayah, ibu dan adiknya, membuatkan Ayu Alenda membawa diri ke bumi asing.
Lantaran kecewa dengan pemergian ibunya dan rasa terasing tatkala dikecualikan daripada menerima harta pusaka ayahnya, Ayu Alenda terus menyepi kerana tidak mahu maruah lelaki yang disayanginya tercalar dek kerana status dirinya yang dilahirkan tanpa ikatan yang sah. Dapatkah Ayu Alenda mengubah persepsi masyarakat sekeliling bahawa insan sepertinya juga berhak mengecapi bahagia seperti insan lain? |
|
|
|
|
|
|
|
Takkan Melupakanmu
ROSA NUR IMANI
RM 25.90
ISBN: 978-967-0184-77-7
~624 hlm
Bahasa Melayu
Anita dan penderitaan bagaikan sudah menjadi satu. Ibunya sudah lama bergelar arwah sementara ayahnya pula menghilang entah ke mana. Hidupnya di kampung bagaikan melukut di tepi gantang. Dia akhirnya terlontar di kota yang penuh cabaran. Di sana dia bertemu dengan Adrus Hakimi, Badrul dan Khaled. Adrus Hakimi sudah ada Manisah. Badrul sudah ada Rozana dan Khaled sudah punya Ellyana. Kalau Adrus Hakimi jatuh hati padanya kerana kenangan semalam yang dibawanya bersama, Badrul pula ingin memilikinya untuk melengkapkan egonya sebagai lelaki.
Sementara itu, rasa simpati yang membuak-buak membuatkan Khaled jatuh cinta padanya lalu tega menggores hati teman wanitanya. Namun, dendam yang membara di sudut hatinya membuat dia tega bermain api tanpa mengira kalau suatu hari nanti api itu akan membakar dirinya sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
buku baru..
jumpa kt page BP...
ni pun forumer CARI : amandaatika
pes novel : lara hati (buku prima)
Betulkah? ~ Amanda Aniqah
RM 18.90
ISBN: 978-967-0184-97-5
~448 hlm
Kahwin susah, tak kahwin pun susah. Dilemanya. Tak nak kahwin sebab rasa hati masih belum mahu kahwin. Tapi orang sekeliling dah sibuk tanya siapa pasangan. Bengangnya dunia seorang wanita bila dah cukup umur. Betulkah sekarang masanya yang sesuai untuk berkahwin? Betulkah sudah muncul calon yang telah dipasangkan sejak Luh Mahfuz? Betulkah pemilik tulang rusuk sudah menjelma? Cinta sangat kompleks. Cinta memang sukar dijangka. Maka sampai sekarang berat nak terima cinta. Tapi bila si dia berkata I love U, terus lari sebatu jauhnya. Bolehkah terima cinta dari seorang teman?
Tarikh Terbit: 15 Ogos 2011
|
|
|
|
|
|
|
|
buku baru bulan ogos
Penulis: Eina Afrina
Harga: RM19.90
Halaman: 464 m/s
ISBN: 978-967-0184-98-2
Sinopsis: Bukan keinginan Maizatul menerima Shahril, tapi itulah bukti pengorbanan seorang anak. Perkahwinan tanpa rela itu membebaskannya dari cengkaman ibu tiri yang kejam. Maizatul pasrah menyerahkan takdirnya pada Shahril biarpun lelaki itu tidak pernah mencintainya. Pun begitu, tiada permusuhan, tiada juga rasa benci membelenggu perkahwinan mereka. Mereka lebih selesa menjalani hidup sebagai teman tapi mesra. Memang kecoh bila suami isteri itu menjadi housemate dan berpura-pura bahagia di hadapan keluarga masing-masing. Bagi Shahril, terlalu sukar meluah cinta di saat jiwa begitu egoistik. Dan Maizatul semakin jauh, jauh dan jauh menanti ungkapan cinta yang tak pasti.
|
|
|
|
|
|
|
|
buku baru bulan ogos
Penulis: Aira Aliff
Harga: RM19.90
Halaman: 464
ISBN: 978-967-0184-95-1
Sinopsis: Benarkah cinta mampu wujud di pertemuan pertama? Hareez Riffqal yang menganggap andaian itu hanya sebuah dongeng, mula merasakan kebenarannya setelah bertentang mata dengan Aira Hanna. Kehadiran gadis itu mula menerbitkan rasa aneh di jiwanya. Bagi Aira Hanna pula, kehadiran Hareez Riffqal perlu dielak. Dia tidak mahu melibatkan diri dengan lelaki kasanova itu. Kenyataannya, mampukah dia berterusan melarikan diri dan membohongi diri sendiri sedangkan kata hatinya semakin nyata? Mampukah cinta itu terus dipertahankan andai curiga yang menjadi racunnya?
|
|
|
|
|
|
|
|
alahai banyak betul novel baru kluar... dah le nak raya nih... duit banyak nak pakai..."pitam' :re: sat... sapa dah baca 'Purnama Merindu' bagi la review sket... banyak yg kata buku ni best... betul ke??? |
|
|
|
|
|
|
|
cover makin lawa
tunggu lepas raya baru dpt beli |
|
|
|
|
|
|
|
buku terbaru anita aruszi
Sayangku Casper
MAZNI AZNITA
RM 25.90
ISBN: 978-967-0184-96-8
~624 hlm
Sinopsis:
Tia Adila gadis yang sering dibuli emak dan kak tirinya. Demi amanat si granny, Tengku Rafique, seorang anak muda sampai ke Kuala Lumpur untuk mencari cucu Madame Marianne yang hilang sejak kecil. Adelia de Casper mahu segera dijejaki untuk menghalang niat jahat daddynya.
Kerana tidak tahan dengan perbuatan emak tirinya, Tia Adilia mengambil keputusan melarikan diri. Bukan dekat tapi ke Paris! Tak disangka-sangka Tengku Rafique juga menaiki penerbangan yang sama ke Paris lalu bermulalah perjalanan Tia Adilia yang penuh dengan kejutan, kebahagiaan dan cinta yang tidak lagi berakhir sepantas angin
|
|
|
|
|
|
|
|
buku baru bulan ogos
mijot Post at 2-8-2011 14:09
baru beli yg neh..dah baca..tp tak baper nak best sngt..mungkin sbb olahan ayat yang tak berapa kene ngan jiwa aku..kesahnyer edisi boleh baca..nak simpan payah skit..tp dah beli ..simpan sajork.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1151# skymania
dah beli n dah bace
okla.... best la jugak |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1152# wymer
aku dah baca..ok lah..not bad.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1153# skymania
skg ni dah byk buku best.... main gamble je beli author baru...
surprisingly byk yg not bad.... |
|
|
|
|
|
|
|
betulkah - amanda aniqah
2.9 bintang
kisah pasal kehidupan erni (marwarni) dr sek hingga ke alam pekerjaan...bila dah kerja mulalah mak bapak sibuk tanya bila nak kawen pulak..ada juga cerita pasal erni bergaduh dgn senior masa sek tapi jumpa balik masa dah berkerja ni...berkawan baik akhirnya kawen...
bg aku, novel kureng skit berbanding novel pertama amanda...pastu rasa ayat dia cam kurang tersusun...tapi bolehlah dibaca untuk mengisi masa lapang |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1156# kaypo
akakkkkkkkkk....
cfm sedap erkk? ap lg nk baca la...
stok dh ader ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
tadik beli buku neh...lum baca..cam lambat lagik je nak baca...sape dah?
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1158# ShaCroft
sha..
sedap.. x rugi beli... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1158# ShaCroft
best tak? berapa bintang? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|