Putrajaya: Bojan Hodak kini mungkin menjadi sasaran kecaman peminat setia The Red Warriors sebagai antara punca kekalahan teruk kepada Maziya FC dalam saingan Piala AFC, kelmarin.
Hakikat itu makin terpancar selepas apa disuarakan Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, semalam yang mengaitkan antara sebab skuad Negeri Cik Siti Wan Kembang itu menderita kerana tindakan ketua jurulatih itu tidak menurunkan kesebelasan utama.
Sehubungan itu, persatuan negeri itu menubuhkan satu jawatankuasa khas diketuai Datuk Rosmadi Ismail bagi menyiasat punca sebenar kekalahan memalukan 6-1 itu kepada wakil dari Maldives itu di gelanggang lawan.
Annuar berkata walaupun Kelantan tidak memerlukan kemenangan untuk layak ke pusingan seterusnya namun kekalahan besar itu amat memalukan dan tidak harus berlaku.
Peminat TRW marah
Walaupun kami mungkin tidak memerlukan kemenangan kerana sudah layak ke pusingan seterusnya dan jurulatih bertindak merehatkan ramai pemain utama, namun untuk melepaskan lima gol dalam masa 45 minit harus disiasat, katanya dalam satu kenyataan menerusi facebook beliau di sini, semalam.
Antara pemain utama yang tidak diturunkan termasuk Obina Nwaneri, Dikson Nwakene, Faiz Subri dan Indra Putra Mahyuddin manakala Badri Radzi atau Piya hanya dimasukkan Hodak selepas Kelantan ketinggalan 3-1.
Kelantan juga terpaksa bermain 10 orang selepas pemain pertahanan Mohd Zamri Ramli dilayangkan kad kuning kedua kerana mengasari pemain lawan ketika kedudukan terikat satu-satu di babak pertama, katanya.
Kekalahan memalukan itu turut mengundang rasa tidak puas hati dan mencetuskan rasa marah peminat TRW sehingga ada di kalangan mereka mendesak KAFA menggantung atau memecat Hodak selepas prestasi ala yo-yo Kelantan pada musim 2013.
Kuala Lumpur: Bekas jurulatih kebangsaan, B Sathianathan berharap kes Datuk K Rajagobal - yang dibebaskan, semalam - akan menjadi satu peristiwa untuk memberi pengajaran berguna kepada semua jurulatih supaya berhati-hati membuat sebarang komen membabitkan tugasan mereka di peringkat kebangsaan.
Sebagai rakan seperjuangan, ia mengingatkan kami semua supaya berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan terutama kepada media, bimbang ia disalah ertikan, kata Sathia ketika dihubungi, petang semalam.
Saya masih rasa perit
Dia yang pernah dipecat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) daripada jawatan jurulatih kebangsaan pada awal 2009 bagaimana pun menyambut baik keputusan Jawatankuasa Tatatertib tidak mengenakan sebarang hukuman penggantungan terhadap ketua jurulatih Harimau Malaya itu.
Banyak masa, tenaga dan buah fikiran terbuang apabila kita dituduh dan dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib FAM. Saya pernah digantung enam bulan dan tahu betapa peritnya ketika menjalani hukuman itu, jelasnya.
Sathia dipecat FAM kerana mengeluarkan kenyataan Liga-M bukan bola sepak turut pernah digantung enam bulan pada penghujung 2010 ketika menjadi jurulatih Kelantan kerana mempertikai pemilihan gelanggang tuan rumah, Perlis bertemu Terengganu.
Alf_Ramsey posted on 24-4-2013 10:18 AM
apek rasuah, meme betul TSAM suruh siasat
siasat betul2,kalu betul ada unsur sabotaj/rasuah dalam team,kenakan tindakan supaya menjadi pengajaran semua pihak...prestasi pasukan dh la merudum skang,adoila
aku tengok tak ada gol yang di sengajakan . ini salah managment sebab 2nd team tak cukup bagus mana boleh harapkan 1st team aja satu bulan main 10 games kat englan pun tak ada macam ni ROONEY pun boleh rabak kalau macam ni FAM pun tak ada inisintif untuk tolong team yang main banyak games hanya tahu JADUAL jalan kalau macam ni jangan harap team boleh berjaya lebih jauh.
cuba kaji jadual LIGA M main satu bulan rehat satu bulan seminggu maian 2 games pelepasa n untuk national team sampai 3 minggu kat obersea paling lama pun 1 minggu national team macam tu jugak
razzmat posted on 25-4-2013 09:24 AM
aku tengok tak ada gol yang di sengajakan . ini salah managment sebab 2nd team tak cukup bagus mana ...
maybe taktikal bojan yang silap sebab rehatkan ramai player 1st team dan bagi peluang pada pemain simpanan utk main 1st team...dia beranggapan kelab maziya tu lemah kot,mudah diratah or dia harapkan seri jah sudah mencukupi...kalu tewas 1-2 mungkin penyokong boleh terima,tapi 1-6,memang memalukan
Kota Bharu: Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak (gambar) optimis The Red Warriors (TRW) mampu membaiki kedudukan dalam Liga Super selepas menemui semula sentuhan kemenangan dengan menundukkan T-Team 3-1 di Stadium Sultan Muhammad IV, malam kelmarin.
Bagaimanapun, jurulatih berusia 41 tahun dari Crotia itu mengakui tugas sukar buat skuad bimbingannya untuk mengejar pasukan yang berada dalam kelompok teratas liga, tetapi menegaskan anak buahnya tidak akan mudah menyerah kalah.
“Memang saya akui Kelantan menempuh laluan sukar untuk mempertahankan kejuaraan musim ini. Namun saya tetap yakin anak buah saya mampu menggunakan peluang yang ada dalam perlawanan akan datang untuk sekurang-kurangnya berada pada kedudukan tiga teratas.
“Kemenangan malam ini (kelmarin) boleh dikatakan sebagai pembakar semangat kepada mereka untuk terus bangkit mencipta kemenangan.
Nwakaeme cedera
“TRW perlu terus mempamerkan aksi lebih baik dalam perlawanan berikutnya, malah kelemahan yang ada pada masa ini akan dibaiki sebelum menentang pasukan Ayeyawady United dalam saingan Piala AFC, di sini Selasa ini," katanya semalam.
Bojan berkata, masalah keletihan kerana jadual padat masih membelenggu pemain menyebabkan mereka beraksi di bawah kemampuan sebenar dan cedera seperti dialami Dickson Nwakaeme yang terpaksa dikeluarkan sebaik bermula babak kedua.
"Pemain masih belum mempamerkan aksi sebenar dalam beberapa perlawanan sebelum ini kerana tidak mempunyai rehat yang cukup. Nwakaeme mengalami kecederaan dan sebab itu saya gantikan dengan Farhan (Mohd Norfarhan Mohamad) kerana tidak mahu mengambil risiko,” katanya.