CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Novel: PHANTASMAGORIA

[Copy link]
 Author| Post time 19-4-2015 07:59 AM | Show all posts
Ipo replied at 19-4-2015 07:25 AM
wah...Qi nak luahkan perasaan tu..
scene ni aku teringat citer seniman bujang lapuk...

Cit! Motippp?

Tergelak-gelak aku membayangkan Qi dengan Syakilla joget2 bawah pokok pisang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-4-2015 08:08 AM | Show all posts
Qi terasa pipinya pedih. Hujung anak panah itu tergores lalu menyebabkan luka kecil. Kali pertama memanah, dia tampak cemerkap.

“Qi...” Syakilla menerpa. “Maaf, aku tidak patut membiarkan kau bermain dengan panah dan busur ini. Maafkan aku.” Tampak jelas wajahnya bimbang dan sesal.

“Aku okay. Sikit je ni.” Balas Qi.

“Maaf. Aku...” Syakilla menyentuh pipi Qi, membuatkan Qi terkaku seketika. Ini adalah kali kedua gadis itu berbuat begitu secara tiba-tiba.

“Aku okay.” Tutur Qi, beberapa saat kemudiannya. Tangan Syakilla ditarik dari pipi lalu dilepaskan. “Jangan risau.” Nafas dihela panjang.

“Aku mahu cuba lagi.” Ujar Qi, membuang rasa tak keruan yang mula menjalar dalam hati. Tindakan Syakill yang diluar jangkaan itu membuatkan hatinya tidak kekal diam setempat.

“Tapi..Qi, aku bimbang kalau...”

“Jangan risau.” Qi pantas memotong kata Syakilla. Dia lalu berjalan ke depan untuk mengambil anak panah yang terjatuh, langsung tidak terkena pada sasaran. Tidaklah jauh pun perginya. Hanya sekangkang kera. Anak panah dikutip lalu dia kembali menghampiri Syakilla.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2015 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Nicki_Meow replied at 19-4-2015 06:58 AM
Salam Zam. Good morning.

Nah, I belanja kopi ...

Waalaikumussalam @Nicki_Meow... Thanks for the coffee...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2015 08:48 AM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 20-4-2015 09:19 AM



Saja berangan nak letak sountrack
------------------------------------------------

“Aku cuba lagi, ya?” Qi berkata sambil tersenyum. Goresan pada pipi yang mengakibatkan rasa pedih tidak dihiraukan.

“Baiklah.” Walaupun berat hati, Syakilla memberikan persetujuan.

Qi memulakan semula. Cara-cara memanah seperti yang diterangkan oleh Syakilla tadi masih dapat diingati dengan jelas. Busur diangkat lalu dia fokus memandang ke arah pohon besar yang menjadi sasaran.

“Rendahkan sedikit tanganmu.”

Suara itu kedengaran dekat di telinga. Serentak dengan itu, ada tangan yang merendahkan kedudukan tangannya. Hampir-hampir Qi terlepaskan tali panah. Syakilla berdiri benar-benar dekat di belakang.

“Pastikan jarimu berada di bawah dagu.”

Dalam tak keruan, Qi menurut juga. Membiarkan Syakilla memperbetulkan kedudukan tangannya sekali lagi.

“Perhatikan sasaran.”

Mata Qi memandang ke depan.

“Lepaskan bila kau sudah bersedia.”

Juga dengan kiraan tiga, anak panah dilepaskan. Kali ini, ianya meluncur laju. Qi tidak tahu sama ada dia memang bernasib baik ataupun kerana tunjuk-ajar Syakilla yang membuatkan bidikannya tepat terkena sasaran. Namun ketika ini, dia tidak memikirkan sangat tentang itu. Segera, dia berpaling ke belakang. Syakilla yang hanya berdiri selangkah darinya itu sedang turut memandang ke arahnya.

Mereka saling merenung tanpa kata.  

“Syakilla.”

Syakilla kekal merenung Qi tanpa suara.

“Sekiranya aku....”

Belum sempat Qi menghabiskan ayat, telinganya menangkap bunyi dengungan. Dan ianya berterusan. Qi tahu, masanya untuk berada di Amariya sudah berakhir.

“Syakilla, aku perlu pergi.” Tutur Qi lagi. Terasa dengungan itu semakin kuat. Matanya mula berpinar-pinar.

Syakilla menganggukan kepala. Tindak-tanduk Qi itu sudah difahami. Sebentar lagi, pemuda asing itu akan hilang perlahan-lahan, seperti embun apabila terkena pancaran mentari.

“Adakah kita akan berjumpa lagi?” Soal Syakilla.

“Sudah tentu.” Qi tersenyum.

“Syakilla.”

“Iya?”

“I love you.”

“Apa?” Syakilla terpinga-pinga. Belum sempat dia mendapatkan penjelasan, jasad Qi mula bertukar menjadi seperti bayang-bayang sebelum perlahan-lahan, hilang.

“Syakilla!” Namanya dipanggil lagi tetapi kali ini oleh suara yang berlainan. Lantas, Syakilla berpaling ke belakang.

“Dariz...”

***
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2015 08:55 AM | Show all posts
Mata Qi terbuka. Mengambil masa seketika sebelum pandangannya benar-benar jelas. Dia kini telah berada dalam biliknya sendiri. Bunyi telefon bimbit Nokia 3310 yang bertindak sebagai alarm segera dimatikan. Barulah terasa telinganya bebas dari bunyi bingit.

Terasa sunyi. Jam telah menunjukkan lima setengah pagi.

Ada rasa pedih pada pipi namun tidak dipedulikan. Telinganya masih sayup-sayup terdengar perkataan terakhir yang disebut Syakilla tadi.

Dariz...

Hatinya merasa kurang senang dengan pemilik nama itu. Terasa mahu kembali semula ke Amariya namun dia tahu, tak mungkin dia dapat berbuat begitu pada waktu ini. Laman sesawang misteri itu tak akan muncul dua kali berturut-turut.

Satu keluhan berat terlepas dari mulut.

Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2015 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Omak aiiii.. bertepek2 sekali datang..
Qi.. takkan 3310 je kot? Koman2 tapau la samseng ke epal ke.. oppo pon bolehhh..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2015 06:39 PM | Show all posts

Mati arr idung kena sumbat...

achooooo  korek idung dulu
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2015 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Apakah?... Tak kot TT...  Takkan Qi kot penyelamat syakilla...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2015 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Nicki_Meow replied at 19-4-2015 08:48 AM
“Aku cuba lagi, ya?” Qi berkata sambil tersenyum. Goresan pada pipi yang mengakibatkan rasa pedih  ...

Amboi daringnya ko Qi...syakila paham ke bahasa mat salleh tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2015 09:12 AM | Show all posts
cmf_conan replied at 19-4-2015 11:56 AM
Omak aiiii.. bertepek2 sekali datang..
Qi.. takkan 3310 je kot? Koman2 tapau la samseng ke ep ...

3310 tu sebagai alarm je....

'Henpon cerdik' simpan tepi....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2015 09:13 AM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 19-4-2015 08:01 PM
Apakah?... Tak kot TT...  Takkan Qi kot penyelamat syakilla...

Mungkin.........................................  tidak




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2015 09:16 AM | Show all posts
cindelira replied at 19-4-2015 10:45 PM
Amboi daringnya ko Qi...syakila paham ke bahasa mat salleh tu?

Sebab tak faham ler dia daring.

Kalau Syakilla faham, fikir 2,3 kali gak nak sebut. Kena panah kang naya jer.....

Thanks for reading, Cin.

"Cepat sikit sambung citer Shahril boleh? Ai dah melting gila kat dia." Ujar LOFA sambil menggesel manja di kaki.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2015 12:10 PM | Show all posts
BAB 39

“Syakilla!” Namanya dipanggil lagi tetapi kali ini oleh suara yang berlainan. Lantas, Syakilla berpaling ke belakang.

“Dariz...” Tergendala seketika nafasnya. Terkejut melihat Dariz muncul secara tiba-tiba. Untuk seketika, Syakilla tak mampu bersuara.

Qi…

Syakilla berpaling semula ke tempat terakhir Qi berdiri. Sudah tiada. Pemuda asing itu sudah ghaib. Lega rasa hatinya.

“Apa khabar, Dariz?” Setelah lama terdiam, Syakilla bersuara. Sengaja memaniskan muka dan bertanya khabar seolah-olah, tiada apa-apa yang berlaku.

“Baik.”

“Tempat ini masih tidak berubah, bukan? Masih sama seperti waktu kita kecil-kecil dahulu.” Tutur Syakilla lalu tunduk, mengutip busur dan anak panah yang terhampar di atas rumput. Sedaya-upaya, dia menyembunyikan debaran di hati. Kehadiran Dariz di sini mengejutkannya. Hati mula dipaut risau. Adakah Dariz ternampak dia bersama dengan Qi tadi?

Perlahan-lahan kemudian, Syakilla berdiri tegak. Memandang Dariz lalu tersenyum lagi.

“Kau berseorangan saja?” Soal Syakilla lagi.

“Iya.” Seperti tadi, Dariz menjawab ringkas. Matanya masih tidak lepas dari memandang Syakilla. Riak wajahnya tegang.

“Kau tidak bertani hari ini?”

Dariz geleng sebagai jawapan.

“Apa khabar bapa dan ibu?”

“Sihat.”

“Teja?”

“Baik juga.”

Syakilla angguk beberapa kali. Senyum nipis masih kekal di bibir walau debaran dalam hati belum berkurangan. Tidak, dia bukan takutkan Dariz. Dia cuma bimbang akan rahsia pertemuannya dengan Qi, pemuda asing dari Keramat itu akan terbongkar.

Untuk mengelakkan dari bersoal-jawab lebih banyak dengan Dariz, Syakilla membuat keputusan untuk meninggalkan sahaja tempat. Berhadapan dengan Dariz, membuatkan dia merengsa dan rasa bersalah dalam masa yang sama. Apatah lagi, Dariz merenungnya dengan wajah beriak seribu tanda tanya.

“Aku pulang dahulu.” Syakilla meminta diri. Perlahan-lahan, dia berjalan meninggalkan Dariz.

“Tunggu!”

Lengannya dicengkam. Syakilla memandang Dariz, tajam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2015 12:26 PM | Show all posts
“Lepaskan aku, Dariz.” Tegas Syakilla berkata.

“Maaf.” Ucap Dariz, apabila menyedari yang dia terlepas laku. Lengan Syakilla dilepaskan.

“Aku pergi dulu.” Syakilla segera melangkah.

“Tunggu dulu, Syakilla.”

Dariz cuba menahan namun tidak dihiraukan. Syakilla semakin pantas berjalan.

“Syakilla.”

Dariz berdiri di hadapan Syakilla, menyebabkan langkah gadis itu terhenti.

“Syakilla. Aku mahu berbicara denganmu.” Nada suara Dariz lebih lembut kali ini. Syakilla menarik nafas panjang. Wajah Dariz ditatap seketika.

“Syakilla. Aku tidak bermaksud apa-apa. Cuma mahu berbual-bual sahaja. Lagipun, kita sudah lama tidak bertemu.” Dariz memujuk lagi.

“Baiklah.” Syakilla memberikan persetujuan setelah berkira-kira. Senyuman nipis terukir di bibir Dariz.

“Kau mahu ke tasik? Tempat kita selalu bermain masa kecil dulu…” Ajak Dariz. Syakilla tersenyum lalu mengangguk.

“Marilah.”

Syakilla berjalan seiring dengan Dariz menuju ke tasik kecil.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Kebetulan yg hampir membongkar rahsia mereka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2015 01:50 PM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 20-4-2015 01:52 PM

Di tepi tasik itu, masing-masing melabuh duduk. Memerhatikan seketika suasana indah Lata Desa Atari. Tiada bicara terbit antara mereka. Syakilla memandang ke hadapan, pura-pura tidak menghiraukan Dariz yang kerapkali merenungnya.

“Sayang sekali, Moneira sudah habis berbunga. Jika tidak, pasti tempat ini akan lebih berseri.” Dariz memecah sunyi. Moneira, bunga liar yang tumbuh melata itu adalah bunga kegemaran Syakilla.

“Usah gusar. Moneira pasti berbunga lagi.” Balas Syakilla, merenung jauh ke hadapan.

“Apa yang menyebabkan kau ke mari, Dariz?” Soal Syakilla, tanpa memandang pemuda di sebelahnya.

“Kerana kau, Syakilla.”

Kali ini, Syakilla menoleh ke kiri. Dariz masih lagi merenungnya.

“Terangkan saja, apa yang berada dalam fikiranmu itu.”

Dariz menarik nafas panjang.

“Awal siang, aku nampak kau dan Ishan pergi ke arah ini. Aku terfikir untuk mengikut jejakmu. Maklumlah, sejak kebelakangan ini, peluang untuk aku bertemu denganmu hampir tiada.”  Nafas ditarik seketika.

“Aku sangkakan, kau hadir ke sini bersendirian seperti selalu. Tapi….” Dariz menghentikan kata-kata.  Satu keluhan terlepas dari mulutnya. Dia pernah dan masih menyintai gadis itu. Dan dia tahu, Syakilla mengerti akan hati dan perasaannya. Namun, gadis itu pura-pura tidak mengambil tahu. Hati gadis itu dingin bagaikan salju.

Mungkin saja, hati keras Syakilla sudah pun cair. Gerak tubuh Syakilla ketika bersama pemuda itu tadi menggambarkan sesuatu. Mudah dia menelah, hati Syakilla telah dicuri. Sayangnya, pencuri hati itu bukan dia.

“Siapa pemuda itu tadi?” Sengaja Dariz bertanya soalan itu.

Syakilla diam. Soalan itu yang dia tidak mahu dengar, apatah lagi menjawab.

“Sepertinya kau sudah jatuh hati pada dia.”

“Adakah kau cemburu, Dariz?”

“Perlukah aku menjawab soalan itu?” Dariz menyoal kembali. “Sedangkan kau sudah tahu jawapannya.”

Syakilla terdiam.

“Kau tidak sepatutnya berhubungan dengan pemuda itu.”

“Usah masuk campur urusanku!” Tegas Syakilla. Dia lantas bangun dan terus meninggalkan Dariz.

“Apa yang kau buat ini, akan hanya memakan diri, Syakilla! Kau akan kecewa dan menderita. Aku tak sanggup, melihat kau dalam keadaan itu.” Dariz berkata lantang.

Kata-kata Dariz kali ini menyebabkan langkah Syakilla terhenti lagi. Lama dia berdiam kaku sebelum berpaling semula pada Dariz. Ada sesuatu yang ingin diucapkan namun, tidak mampu diluahkan. Perlahan-lahan, dia kembali semula ke sisi Dariz lalu duduk. Keluhan berat terlepas dari mulut.

"Aku tak sanggup melihat kau menderita." Ulang Dariz. Syakilla menghela nafas panjang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-4-2015 05:04 PM | Show all posts
“Pemuda itu adalah pemuda yang sama hadir ketika majlis Puteri Arania dulu. Benar bukan?” Soal Dariz.”

“Yang kau perkenalkan sebagai saudara jauhmu dari Keramat, tempat asalmu...” Dariz menyambung kata apabila Syakilla kekal mendiamkan diri.

“Kau boleh berterusan berdiam diri. Atau terus merahsiakan perkara ini. Itu pilihanmu. Tapi, kau jangan sangka aku tidak tahu apa-apa. Teja telah menceritakan beberapa perkara tentang pemuda itu. Dan aku telah menyaksikan, apa yang telah berlaku tadi.”

Syakilla menoleh ke arah Dariz.

“Kau tidak sepatutnya menaruh harapan pada dia. Pemuda itu tidak boleh tinggal di Amariya, Syakilla. Aku yakin, kau sedar perkara itu. Kau tidak sepatutnya membiarkan pemuda itu muncul lagi. Sekiranya berlaku apa-apa padanya ketika berada di sini, pemuda itu akan…”

“Mati.” Syakilla bersuara sebelum sempat Dariz menghabiskan ayat. Dariz terdiam.

Syakilla menghembuskan nafas berat. Nama dan wajah pemuda itu bermain dalam fikiran. Qi tidak mampu bertahan jika terlalu lama berada di Amariya. Seandainya berlaku sesuatu yang buruk, kemungkinan besar Qi tidak akan dapat kembali semula ke dunia asalnya. Jika itu berlaku, Qi akan mati. Dia tahu dan sedar semua itu. Malah, Raja Amsyar juga tahu. Sebab itu, Raja Amsyar menyuruh dia menjauhkan Qi dari Arania. Agar puteri itu tidak berterusan menaruh harapan pada pemuda asing itu. Kerana Raja Amsyar sedar, Arania tidak akan mampu mengatasi kekecewaan dengan begitu mudah di usia sebegini muda. Arania belum cukup matang. Belum cukup kuat untuk menangani masalah jiwa.

Dia sepatutnya menghalang Qi dari muncul lagi. Menjauhkan Qi dari dunia ini. Tapi, yang sebaliknya pula berlaku. Entah mengapa, pada pemuda itu pula hatinya terpaut sejak pertama kali bertentangan mata. Telah dia cuba untuk mematikan segala rasa tapi dia tidak mampu. Lalu, dia akhirnya turut hanyut dalam perasaan. Rela bertemu secara rahsia semata-mata untuk berbual dan berbicara, melepaskan rasa rindu yang terpendam.

“Sampai bila kau mahu terus begini?”

“Aku tidak tahu.” Syakilla tunduk

“Kau benar-benar jatuh hati pada dia, Syakilla?” Tanya Dariz. Nada suaranya sukar ditafsirkan. Ada kecewa dan cemburu berbaur.

“Perlukah kau mengetahui kebenarannya?” Syakilla menyoal-balas. Tentang hati dan rasa, biarlah dia simpan sendiri.

“Bagaimana dengan aku?”

Syakilla memandang Dariz.

“Tiadakah peluang untuk aku, menjadi penjaga hatimu?”

Mata bertentangan. Lama.  

“Aku minta maaf, Dariz. Aku pulang dahulu.”

Syakilla meminta diri dan terus berlalu.

***
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 05:15 PM | Show all posts
ala...dariz nie, kacau daun...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2015 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Complicated... Complicated...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2015 09:06 AM | Show all posts
mak  aih..
dariz kalau ko  suka syakilla..ko kena ikut syarat syakilla..

nih..nyanyi dulu..


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 09:44 PM GMT+8 , Processed in 0.072629 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list