|
Teluk Sepanggar pusat kapal selam berlabuh
Oleh Hassan Omar
[email protected]
SHAZIMAN (kiri) mendengar taklimat mengenai projek pembangunan pangkalan kapal selam Tentera laut diraja Mala ...
guyfawke Post at 26-6-2009 04:00 AM ![](http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif)
Bagaimana cerita dengan kapal selam kita dari jenis Agosta Quessant 70 yang digunakan untuk berlatih tu? Tak bawak balik ke? It is quite good kalau kita tambah 2 biji lagi dengan Agosta 90B seperti yang Pakistan pernah offer at kita. Pakistan boleh buat sub jenis ni.. ada license. |
|
|
|
|
|
|
|
aku tak tahu le pakistan tu ade license ke tak..... tp klu ade pun, dia tak leh buat dah pun sbb bukan semua benda dia boleh buat, beribu2 parts dlm subs tu banyak company yg buat, dan skarang france dah tak buat dah......... even Ouessant tu pun, part dia kena canibalise drp adik-beradik dia yg dah decomm tu....... |
|
|
|
|
|
|
|
1119# jofizo
Apsal Apam nie join training Paskau bukan Paskal?
wahhh..sure best jd pioneer STAR |
|
|
|
|
|
|
|
Kapal penyerang masih mantap
LUMUT: Misil Anti-Udara Aspide yang terdapat pada kapal penyerang Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), iaitu Kapal Diraja (KD) Laksamana Hang Nadim membuktikan ia masih mantap sebagai peluru berpandu permukaan ke udara walaupun digunakan sejak 1987.
Ini terbukti hasil kejayaan penembakan misil Aspide dari KD Laksamana Hang Nadim yang dilancarkan tepat mengenai serta memusnahkan sasaran udara yang ditunda sebuah pesawat jenis LearJet di perairan Selat Melaka pada 2 Julai lalu.
Latihan penembakan yang disaksikan Panglima Armada TLDM, Laksamana Madya Datuk Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin itu turut membuktikan kesiagaan dan keupayaan armada TLDM sejak penubuhannya 75 tahun lalu dalam aspek peperangan anti-udara. |
|
|
|
|
|
|
|
Kelengkapan perlu dinaik taraf
Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
[email protected]
Ahmad Zahid Hamidi (kanan) memperkatakan sesuatu kepada Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mengenai kereta kebal Pendekar 125MM sambil diperhatikan oleh Panglima Tentera Darat, Tan Sri Jeneral Muhammad Ismail Jamaluddin selepas majlis 'Demonstrasi Kuasa Tembakan' di Kem Syed Sirajuddin, Gemas semalam. - UTUSAN/Abd. Razak Aid
TAMPIN 9 Julai - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) perlu memperbaharui dan menaiktaraf aset serta persenjataannya walaupun negara kini berdepan dengan krisis kegawatan ekonomi global.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kelengkapan persenjataan dan aset pasukan itu masih tidak mencukupi bahkan ada yang dilihat sudah terlalu lama untuk digunakan bagi menjaga keselamatan negara.
Sehubungan itu katanya, pemilikan senjata baru wajar diambil kira bagi memastikan semua aset ATM sentiasa memenuhi tuntutan semasa.
"Sebagai contoh ada kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang telah berusia 32 tahun dan kebanyakannya berusia 25 tahun tetapi ia terus digunakan bagi menjaga perairan negara.
"Bagi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pula, walaupun sudah menerima aset terkini, ia tidak mencukupi apabila beberapa aset terdahulu sudah tidak relevan lagi daripada segi teknologi,'' ujarnya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri 'Demonstrasi Kuasa Tembakan' di Kem Syed Sirajuddin, Gemas di sini hari ini.
Turut berangkat pada demonstrasi berkenaan ialah Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang juga Kolonel Yang Dipertua Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).
Dalam pada itu Ahmad Zahid berkata, kementerian kini meletakkan dua syarat terbaru dalam perolehan aset dan senjata iaitu kesediaan syarikat pengeluar menjalinkan perkongsian pintar serta memindahkan teknologi peralatan ketenteraan ke negara ini. |
|
|
|
|
|
|
|
KD Perak kawal Pantai Timur
Oleh YUSRI SAHAT
[email protected]
MOHD. Som Ibrahim (duduk) diiringi Pegawai Memerintah KD Perak, Komander Ismail Othman (kanan) melawat bilik operasi kapal ronda KD Perak di Pangkalan TLDM, Tanjung Gelang, semalam.
KUANTAN 17 Julai - Kapal ronda KD Perak serba canggih milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berpangkalan di Markas Wilayah Laut 1 TLDM, Tanjung Gelang dekat sini berupaya mengawal keselamatan perairan Pantai Timur Semenanjung dengan lebih berkesan.
Panglima Wilayah Laut 1, Laksamana Pertama Datuk Pahlawan Mohd. Som Ibrahim berkata, kapal ronda berkelajuan maksimum 22 knots itu mampu melaksanakan tugas rondaan di perairan tersebut yang berkeluasan 144,000 batu nautika persegi.
''Selain digunakan untuk berperang, kapal itu juga digunakan sebagai tempat latihan dan melakukan rondaan bagi mencegah segala anasir negatif seperti pengeboman ikan dan pencerobohan nelayan serta lanun.
''Kami berharap kapal ini dapat menjalankan tugas dengan berkesan sekali gus mengikis kebimbangan masyarakat dan pelabur asing dengan tahap keselamatan mereka," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis menyambut kapal ronda KD Perak di Markas Wilayah Laut 1 TLDM, Tanjung Gelang hari ini.
Mohd. Som berkata, kapal berukuran 91.1 meter panjang dan 12.85 meter lebar yang dibina sepenuhnya di Lumut, Perak itu merupakan kapal ronda generasi baru yang ketiga selepas KD Kedah dan KD Pahang.
Kedua-duanya kini berpangkalan di Teluk Sepanggar dekat Kota Kinabalu, Sabah.
Menurut beliau, kapal ronda seberat 1,650 tan itu mempunyai 70 anak kapal iaitu 12 pegawai dan selebihnya anggota lain-lain pangkat.
Dalam pada itu, tambahnya, Markas Wilayah Laut 1 akan menerima kapal ronda keempat yang diberi nama KD Terengganu tidak lama lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Segera pemodenan aset ATM
HASBAIYA, Lebanon 20 Julai - Langkah memodenkan perolehan aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mesti segera dilaksanakan bagi membolehkan pasukan keselamatan negara meneruskan misi di peringkat antarabangsa.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana keadaan muka bumi di negara-negara yang membabitkan penugasan ATM di luar, berbeza dengan keperluan tempatan.
Untuk itu katanya, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta Jemaah Menteri dalam masa terdekat bagi memohon peruntukan tambahan.
''Kita dapati negara-negara lain yang bertugas dengan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lebanon (Unifil) menggunakan aset yang lebih moden.
''Walaupun negara-negara itu lebih kecil, aset mereka lebih moden. Ini boleh mewujudkan rasa rendah diri di kalangan anggota-anggota ATM di sini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Kem kontinjen Malaysia (Malcon) East 4 di Koukaba, dekat sini hari ini.
Ahmad Zahid bagaimanapun menegaskan, warga ATM yang bertugas di sini tetap mempamerkan tahap kecekapan tinggi, namun ia perlu diselarikan dengan pembangunan aset.
Katanya, penambahan aset juga berupaya memastikan warga ATM dapat melaksanakan tugas dengan lebih baik, di samping lebih dihormati oleh pasukan-pasukan tentera negara sahabat.
Sementara itu dalam lawatan berkenaan, Ahmad Zahid turut mencuba sejenis teropong jarak jauh yang baru diperoleh kontinjen Malaysia untuk tujuan peninjauan di sekitar kem berkenaan.
Difahamkan, teropong buatan Iran itu berupaya melihat objek sehingga dari jarak 20 kilometer dengan jelas.
+++++++++++++++
Wah...menteri dah mula berkata2 ni...gamaknya ada can la barang baru....silap2 LPD ke apc ke ..yelah nak pegi misi UN ni kena ada "sistem angkut" yg sesuai.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kuasa ledakan pamer kehebatan TDM
Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
FORMASI yang dipamerkan oleh anggota-anggota TDM ketika menggerakkan senjata berat ketika berhadapan dengan musuh.
DENTUMAN kuat demi dentuman ibarat halilintar, memecah keheningan pagi sekitar kawasan Gemas, Negeri Sembilan, baru-baru ini sememangnya mengejutkan penduduk.
Letupan-letupan itu bersilih ganti menggegarkan bumi, tembakan tanpa henti dilepaskan bagi memastikan pasukan musuh yang kini melarikan diri, benar-benar dapat dilumpuhkan sepenuhnya.
Apa yang berlaku sebenarnya ialah sebahagian daripada pertunjukan dipamerkan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) semasa Demonstrasi Kuasa Tembakan 2009 di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan.
Nyata demonstrasi yang diadakan itu memperlihatkan kehebatan dan juga ketangkasan Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam mempamerkan persenjataan yang cukup digeruni oleh lawan.
Boleh dikatakan pada hari berkenaan, TDM menunjukkan hampir kesemua aset tempur miliknya dalam demonstrasi selama setengah hari itu.
Demonstrasi
Demonstrasi yang bermula pukul 8.30 pagi itu turut diserikan dengan keberangkatan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang juga Kolonel Yang Dipertua Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).
Antara aset dan persenjataan yang mendapat perhatian sepanjang demonstrasi itu termasuklah peluru berpandu jenis Eryx buatan Eropah yang digunakan sebagai peledak anti kereta kebal dan digunakan dalam jarak 600 meter, selain Metis M, Bakhtar Shikan untuk menunjukkan kuasa tembakan.
Turut dipamerkan kehebatan termasuklah kereta kebal pengangkut jenis Condor 20mm Oelikon yang mampu membawa lapan anggota pada satu-satu masa ketika operasi.
Aset Kor Armor Diraja itu juga pernah mendapat pengiktirafan besar ketika berkhidmat di Lebanon di bawah panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Selain itu, turut menghangatkan suasana pagi itu termasuklah kemunculan kereta kebal Pendekar (PT-91M) buatan Poland dengan mempamerkan aksi membedil sasaran.
Diterima sepenuhnya pada 16 April lalu, PT-91M ini dilengkapkan dengan kuasa tembakan, daya mobiliti dan perlindungan terbaik kepada krew, selain direka bentuk dengan kadar graviti dan 'silhouette' yang rendah bagi mengurangkan pengesanan pihak musuh.
Turut mengambil tempat pada demonstrasi berkenaan ialah dua pesawat pejuang jenis Sukhoi SU-30MKM dan juga empat pesawat Hawk yang berlegar-legar di ruang angkasa dengan pelbagai formasi sebelum membedil kawasan sasaran.
Diperbaharui
Sungguhpun ada kekurangan dari aspek persenjataan dan aset yang perlu dinaik taraf, namun ia tidak melemahkan semangat semua batalion anggota TDM dalam mempamerkan aset mereka untuk dipertontonkan.
Perkara itu mendapat perhatian dari Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mahu semua aset dan juga persenjataan sedia ada perlu dinaik taraf, sungguhpun negara kini terus merasai tempias kegawatan ekonomi global.
Tambahnya, dalam soal seperti ini, ketiga-tiga sayap ATM perlu diberi perhatian oleh kerana kebanyakan aset serta persenjataan dilihat telah terlalu tua untuk berkhidmat bagi mempertahankan negara.
Lantaran itu, beliau menjelaskan, pemilikan persenjataan baru itu wajar diambil kira bagi memastikan semua aset milik ATM sentiasa memenuhi tuntutan semasa bagi ketiga-tiga pasukan tersebut.
"Sebagai contoh ada kapal-kapal dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang telah berusia 32 tahun dan kebanyakan berusia 25 tahun tetapi ia terus digunakan bagi menjaga perairan negara.
"Manakala Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pula, walaupun mereka menerima aset terkini tetapi ia tak mencukupi apabila beberapa aset terdahulu dari segi teknologinya tidak relevan maka perlu ada penggantian," katanya.
Hasil demonstrasi
Melihatkan aset dan persenjataan itu, Ahmad Zahid juga menjelaskan demonstrasi ini mampu menunjukkan ATM mampu bersaing selain merancang dengan baik serta diuji keberkesanannya.
"Menerusi demonstrasi ini, kita mahu tunjukkan bahawa persenjataan ATM jika dirancang dan digunakan dengan betul, mampu menghasilkan kuasa pemusnah yang dikehendaki dan menghalang sebarang ancaman musuh pada negara.
"Saya percaya demonstrasi ini berjalan dengan lancar dan berharap agar keadaan sama juga berlaku jika kita berdepan dengan ancaman atau situasi cemas," tegasnya.
Secara keseluruhannya, ATM dilihat berjaya membuktikan bahawa angkatan itu merupakan sebuah pasukan yang berupaya mempertahankan Malaysia dan membuatkan musuh berfikir dua kali sebelum berhasrat menyerang negara ini.
*****************************************************
sejak bile kite ada metis m? |
|
|
|
|
|
|
|
1129# guyfawke
err..old and published story ler..tempur pun ada review.. |
|
|
|
|
|
|
|
1130# innocentti
alamak..sori...salah wa always pikir metis sama ngan kornet... |
|
|
|
|
|
|
|
1131# guyfawke
its ok..tp mcm ada sesuatu yang baru..
Turut mengambil tempat pada demonstrasi berkenaan ialah dua pesawatpejuang jenis Sukhoi SU-30MKM dan juga empat pesawat Hawk yangberlegar-legar di ruang angkasa dengan pelbagai formasi sebelummembedil kawasan sasaran.
ciksu dah demo air to ground capabilities:pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
Kenangan serangan Geng Komando
Oleh AMRAN AHMAD
[email protected]
Ghazali Nawi
KEPERITAN ketika menahan sakit setelah tiga butir peluru dari rifel M-16 menembusi leher hingga ke tulang bahu masih segar terpahat dalam ingatan Sarjan Ghazali Nawi yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan.
Masakan boleh dilupakan peristiwa serangan kumpulan penjenayah amat ditakuti, Geng Komando, di Taman Seri Bahtera, pada 1992 itu kerana ia hampir meragut nyawanya.
Peristiwa itu juga mengakibatkan rakannya, Konstabel Abdul Rahim Manan dari Paroi, Negeri Sembilan, menemui ajal.
Kata Ghazali, 49, yang kini menjawat jawatan Ketua Polis Balai Komuniti Alam Damai di Cheras, peristiwa itu benar-benar menyedarkan dirinya bahawa ajal dan maut itu di tangan Allah.
Malah amat bertepatan dengan kata pepatah Melayu - 'berpantang maut sebelum ajal' yang dipegangnya sehingga kini.
Mengingatkan kembali peristiwa itu, dia bukan sahaja ditembak di leher malah terjatuh betul-betul di hadapan kereta dinaiki oleh tiga penyerang Geng Komando tersebut.
"Jika mereka memilih untuk melenyek saya (melanggar dengan kereta) untuk melarikan diri, sudah tentu saya dah meninggal dunia pada malam itu," ujarnya.
Beliau berkata, mujurlah kumpulan itu berundur beberapa meter sebelum memecut laju dari tempat kejadian.
"Mungkin takut tersangkut jika melenyek saya," katanya yang kelihatan kurus berbanding berat badannya ketika kejadian berkenaan 17 tahun lalu.
Diminta menceritakan lebih lanjut, Ghazali berkata, serangan itu sebenarnya ditujukan kepada Ketua Polis Balai Cheras dan anggota Cawangan Jenayah Berat (D9), Bahadon Baharum.
Geng Komando, kumpulan penjenayah amat dikehendaki polis pernah bertindak nekad melarikan dua laras rifel M-16 dari sebuah kem tentera di Port Dickson, awal tahun 90-an.
Mereka melakukan rompakan bersenjata tetapi beberapa ahli kumpulan itu berjaya ditumpaskan oleh Bahadon yang dikenali, 'Malaikat Maut' dan rakan-rakannya.
"Maka sebab itu, kumpulan tersebut menyimpan dendam kepada Bahadon dan anggota polis amnya," katanya.
Ghazali berkata, pada hari kejadian, dia bersama dua anggota sedang berkawal di Pondok Polis Cheras sebelum ternampak sebuah kereta jenis Ford Laser dinaiki oleh tiga lelaki dalam keadaan mencurigakan.
Melihatkan keadaan mereka yang berlegar-legar di kawasan perumahan berkenaan pada pukul 12 tengah malam, dia mengambil keputusan untuk menahan kereta itu.
Setelah kereta itu berhenti di persimpangan jalan, Ghazali dan Abdul Rahim menghampiri ketiga-tiga lelaki itu dan mengarahkan mereka keluar dari kereta.
Pada masa sama, Abdul Rahim mengarahkan salah seorang mereka membuka bonet belakang kereta itu dan tanpa disedari seorang suspek melepaskan tembakan ke arah mereka berdua.
"Akibat tembakan itu, Abdul Rahim meninggal dunia di tempat kejadian manakala saya yang juga terkena peluru terjatuh di hadapan kereta tersebut.
"Seorang lagi anggota polis bertindak berlindung di dalam longkang besar dan melepaskan tembakan yang mengenai salah seorang penjenayah terbabit," katanya.
Apa menyedihkan beliau ialah apabila Bahadon yang tiba di tempat kejadian tidak lama selepas itu, mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada dirinya.
"Bahadon kata, sepatutnya dia yang mati pada hari itu dan bukannya Abdul Rahim," ujarnya sebak apabila mengingati semula peristiwa tersebut.
Ghazali kemudian dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan dan terpaksa direhatkan daripada tugas-tugas berat selama tiga tahun.
"Saya bersyukur, beberapa tahun selepas kejadian itu, saya mendapat tahu ahli Geng Komando yang menembak kami dan membunuh arwah Abdul Rahim telah digantung sampai mati," katanya.
Baginya, peristiwa itu adalah satu dalam sejuta kenangan tidak akan dilupakan sejak menyertai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 1 September 1979.
Ditanya komennya terhadap segelintir masyarakat yang lantang mengkritik pasukan itu, dia hanya mampu berdoa agar sumbangan PDRM dihargai oleh negara.
Ghazali turut gembira dengan pencapaian hidupnya meskipun cuma berpendidikan rendah.
Beliau menasihatkan agar pegawai polis muda agar lebih berdedikasi dan banyak belajar dalam menjalankan tugas.
"Saya lihat ramai anggota baru tidak mahu belajar bersungguh-sungguh dan terpaksa disuruh baru boleh menjalankan tugas selain tidak memiliki disiplin.
"Mereka seharusnya lebih gigih dan mempunyai inisiatif untuk maju," katanya dan memberitahu ia hanya nasihat ikhlas sebagai 'orang lama' dalam pasukan. |
|
|
|
|
|
|
|
Marin Wilayah 3 pengawal perairan Pantai Timur
Rencana dan Gambar oleh AMIR SARIFUDIN
[email protected]
kOMBINASI BOT TEMPUR 'water cat' dan jet ski berkuasa tinggi mampu meningkatkan lagi keupayaan Pasukan Gerakan Marin Wilayah Tiga.
DARI perairan sempadan Kelantan -Thailand hinggalah ke persekitaran Pulau Tioman, Pahang, ia merupakan sebuah kawasan yang amat luas.
Dengan puluhan pulau serta penempatan penduduk, cabaran menjaga keselamatan bukan sesuatu yang mudah.
Tambahan pula, tugas ini kian mencabar apabila terpaksa mengharungi Laut China Selatan yang terbentang luas.
Sepanjang masa cabaran tetap ada termasuk ketika musim tengkujuh dengan ombak yang sering kali melangkaui bot-bot besar.
Akibatnya, ada sahaja bot atau kapal yang kecundang.
Semua cabaran dan keadaan ini tidak boleh melemahkan pihak berkuasa dalam memastikan perairan negara dan keselamatan negara dapat dijaga.
Pada masa sama, semua ini tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak meneruskan tanggungjawab menjaga kepentingan rakyat negara ini.
Pastinya tanggungjawab sedemikian perlu digalas oleh Pasukan Gerakan Marin Wilayah Tiga (3) di kawasan perairan Pantai Timur Semenanjung.
Itulah antara senario dunia maritim yang bukan sahaja terbentang luas umpama tiada daratan atau sempadan penghujung, malah ia mempunyai cabaran tersendiri.
Cabaran dalam dunia maritim ini bukan sahaja perlu dihadapi oleh Malaysia, juga negara-negara besar seperti Amerika Syarikat, Australia, Kanada, United Kingdom, Jepun dan banyak lagi.
Yang pasti, mana-mana negara yang mempunyai persempadanan dengan laut, akan memikul tanggungjawab besar bagi memastikan keselamatan dan keamanan perairan masing-masing tidak diganggu gugat atau diceroboh musuh.
Memandangkan cabaran dan tanggungjawab mengawal perairan amat besar, secara langsung ia sejajar dengan perkembangan dan pembaharuan yang berlaku dalam pasukan Marin Wilayah Tiga.
Jika dahulu, pasukan itu hanya dilengkapi bot-bot besar, tetapi kini sudah ada jet ski berkuasa tinggi serta bot tempur terbaru iaitu 'water cat.'
Peningkatan logistik ini bagi meningkatkan lagi keupayaan dan keberkesanan operasi Marin Wilayah Tiga.
Ia secara langsung turut meningkatkan keyakinan dan harapan rakyat negara ini terutama mereka yang tinggal di Pantai Timur Semenanjung berhubung kemampuan agensi seperti Marin Wilayah Tiga.
Perolehan jet ski berkenaan turut diguna dalam rondaan di pesisir pantai termasuk di pulau-pulau yang terdapat di kawasan penjagaan.
Dalam keadaan tertentu, jet ski tersebut juga diguna untuk risikan, gerak gempur, operasi dan menyelamat.
Ia boleh digerakkan dalam masa terpantas memandangkan jet ski itu mampu bergerak pada kelajuan kira-kira 60 knot.
Begitu juga bot 'water cat' yang merupakan bot tempur, ia mampu membawa anggota-anggota marin menjalankan operasi-operasi di perairan dalam masa yang singkat.
'Water cat' ini juga berkemampuan diguna untuk tugas-tugas operasi, gerak gempur dan juga rondaan.
Semua kelengkapan ini bagi menambah kemampuan pasukan berkenaan dalam melaksanakan tugas serta menghadapi apa jua bentuk cabaran.
Tambahan pula, kawasan operasi pasukan Marin Wilayah Tiga amat luas dan boleh dicerobohi oleh pihak asing memandangkan perairan negara bersempadankan dengan banyak negara luar.
Selain itu, perkembangan pasukan Marin Wilayah Tiga juga memperlihatkan peningkatan kemahiran anggota-anggotanya termasuk unit selam.
Kewujudan unit selam ini sejajar dengan tanggungjawabnya dalam menjalankan risikan, operasi, mencari dan menyelamat.
Bagi memastikan unit selam ini sentiasa bersedia, latihan berterusan dijalankan dalam pelbagai keadaan selain latihan dengan cawangan-cawangan lain dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) sendiri.
Kini yang terbaru, Pasukan Gerakan Marin Wilayah Tiga mempunyai sebuah pasukan elit iaitu Unit Gerakgempur Marin (Ungerin).
Ungerin
Mungkin ramai yang belum mendengar mengenai Ungerin ini.
Kemampuan Ungerin ialah pasukan ini boleh digerakan pada bila-bila masa, mahupun keadaan dan di mana sahaja.
Untuk itu, setiap anggota Ungerin ini haruslah mempunyai pelbagai kemahiran termasuk skuba, gempur, tempur dan persenjataan.
Anggota-anggota Ungerin juga boleh digerakkan untuk membantu pasukan marin lain sama ada di Pantai Barat mahupun Sabah dan Sarawak.
Komander Pasukan Gerakan Marin Wilayah Tiga (3) Asisten Komisioner Mohd. Saleh Mat Jani memberitahu, pihaknya tidak boleh sekali-kali leka terhadap pentingnya keselamatan perairan di Pantai Timur Semenanjung.
Jelasnya, antara tugas utama pasukan Marin Wilayah Timur ialah menjaga keselamatan penduduk tempatan, pelancong, membanteras kegiatan lanun dan penyeludupan.
Sehubungan itu, katanya, pasukan itu juga bertanggungjawab menjalankan siasatan di daratan.
''Adalah penting Marin Wilayah Tiga menunjukkan kehadirannya di kawasan-kawasan tumpuan ramai seperti di pulau-pulau yang dikunjungi pelancong.
''Kehadiran ini secara langsung menyakinkan pelancong bahawa kawasan yang dikunjungi adalah selamat.
''Keadaan ini juga membolehkan rakyat tempatan seperti nelayan menjalankan aktiviti harian mereka tanpa diganggu gugat oleh pihak tidak bertanggungjawab,'' katanya.
Selain itu, kata Mohd. Saleh, tugasan pasukan itu juga meliputi usaha membanteras kegiatan lanun atau jenayah laut.
Menurutnya, kehadiran pasukan marin memperlihatkan bahawa PDRM serius dalam menangani apa jua bentuk jenayah termasuk di perairan negara.
''Kita juga bertanggungjawab mencegah kegiatan penyeludupan memandangkan perairan Pantai Timur bersempadankan dengan negara jiran.
''Apa jua bentuk penyeludupan sama ada dadah, barangan elak cukai mahupun kemasukan pendatang asing, semua ini menjadi tanggungjawab Marin Wilayah Tiga untuk menanganinya.
''Secara langsung kita turut membantu lain-lain agensi penguat kuasa kerajaan,'' kata beliau.
Menjawab pertanyaan, Mohd. Saleh berkata, Marin Wilayah Tiga juga diberi tanggungjawab menjalankan gerakan mencari dan menyelamat.
''Apabila ada insiden seperti orang hilang di lautan, bot karam dan sebagainya, kita akan lakukan usaha mencari dan menyelamat.
''Dengan kelengkapan yang ada seperti jet ski berkuasa tinggi dan bot 'water cat,' kita mampu bergerak lebih pantas ke lokasi kejadian berbanding sebelum ini,'' katanya.
Dalam melaksanakan tugas mengawal keselamatan perairan, beliau berkata, pihaknya sentiasa melakukan rondaan pantai termasuk di pulau-pulau.
Menurutnya, rondaan itu turut menggunakan jeti ski.
''Anggota-anggota kita akan bergerak meronda dan singgah di bot-bot pelancong dan nelayan termasuk kapal-kapal layar yang datang singgah di pulau-pulau yang terdapat di Pantai Timur.
''Kehadiran kita secara langsung boleh bertanyakan khabar selain mengetahui masalah yang mereka hadapi.
''Langkah ini dapat menyakinkan pelancong dan penduduk bahawa kehadiran marin adalah demi menjaga keselamatan mereka,'' katanya.
Di samping itu, beliau berkata, rondaan yang dilakukan itu turut melibatkan malam hari.
''Untuk itu, kita telah melatih anggota-anggota kita cara-cara mengendalikan jet ski pada malam hari dan juga dalam keadaan tertentu,'' katanya.
Jet ski ini turut digunakan dalam tugasan di sungai dan kawasan tasik.
Mohd. Saleh seterusnya membayangkan bahawa kehadiran pasukan itu di pulau-pulau yang sering menjadi tumpuan ramai adalah satu keperluan penting.
Untuk itu, katanya, Marin Wilayah Tiga dalam proses memperolehi penempatan kekal di kawasan tertentu termasuk di Pulau Tioman dan pulau-pulau lain pada masa akan datang.
Sebagai langkah jangka pendek, bot-bot Marin Wilayah Tiga akan ditempatkan sementara di jeti-jeti milik agensi tertentu termasuk Jabatan Taman Laut.
''Penempatan pasukan marin di pulau-pulau ini didapati mampu mengurangkan kadar jenayah.
''Sebelum ini, kita dapati apabila pasukan marin tiada di sesuatu kawasan, ada pihak cuba mengambil kesempatan melakukan jenayah.
''Tetapi setelah kehadiran marin sepanjang masa, masalah ini dapat dikurangkan,'' katanya.
Mohd. Saleh juga berkata, melalui Unit Risikan Marin, pihaknya turut menjalankan siasatan di daratan.
Pada dasarnya tugasan Marin Wilayah Tiga itu begitu meluas bukan sahaja di kawasan perairan, malah di daratan juga.
Ini termasuk siasatan berhubung aktiviti penyeludupan yang menggunakan laluan air dan darat. |
|
|
|
|
|
|
|
Tsunami Acheh gamit kenangan Mohd. Sahar
Oleh MOHD. HAFIZ ABDUL MUTALIB
MOHD. Sahar Mohd. Yunos (kiri) tekun memberi tunjuk ajar kepada anggotanya di kaunter hadapan.
BERAT mata memandang, berat lagi bahu memikul apabila menyaksikan beratus ribu mayat memenuhi ruang legar Banda Acheh ketika bencana tsunami melanda pada 26 Disember 2004.
Bencana yang menggemparkan dunia itu meragut hampir 200,000 nyawa manusia dan menjadi peristiwa yang pasti akan diingati sepanjang zaman.
Bencana itu juga menjadi pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh Cif Inspektor Mohd. Sahar Mohd. Yunus yang sudah 13 tahun menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Beliau merupakan salah seorang pegawai polis yang terlibat dalam operasi menyelamat mangsa tsunami di Acheh ketika berada dalam Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart).
Pada 28 Disember 2004, dua hari selepas tsunami, Mohd. Sahar terpilih menyertai 50 anggota pasukan penyelamat dan dipanggil menyertai misi itu yang tidak pernah dijangkanya.
"Saya dan pasukan bergerak ke sana dan setibanya di Banda Acheh, kami merupakan pasukan pertama yang tiba untuk operasi mencari dan menyelamat mangsa bencana ini.
"Ketika itu, hanya pasukan kami sahaja yang ada untuk memberi bantuan sehinggalah selepas beberapa hari barulah tiba pasukan-pasukan dari negara lain," katanya.
Setibanya di lokasi, mereka dibawa menaiki kereta Pajero untuk operasi mencari dan menyelamat.
"Apa yang saya nampak ialah mayat bertaburan di atas jalan. Kenderaan yang kami naiki terpaksa mengelak mayat-mayat yang memenuhi segenap pelusuk jalan raya Banda Acheh.
"Seumur hidup saya, tidak pernah saya jangka akan menghadapi situasi sebegini. Terkejut, sedih dan simpati berselang-seli dalam benak saya dan rakan-rakan.
Namun Mohd. Sahar dan rakan-rakan menarik nafas panjang, dan berbekalkan semangat yang kuat, dia dan pasukannya mula mengutip setiap mayat yang ada untuk dibungkus dan diletakkan di satu tempat.
"Pelbagai jenis mayat dapat disaksikan semasa menjalankan tugas. Apa yang menginsafkan saya ialah apabila melihat mayat bayi berterabur, malah ada mayat yang sudah bernanah.
"Sepanjang 10 hari berada di sana, pasukan kami menyempurnakan tugas dan mengutip semua mayat-mayat itu bersama agensi penyelamat dari negara lain yang tiba beberapa hari kemudian," katanya.
Beliau memulakan kerjayanya sebagai anggota polis pada April 1995 dan pernah bertugas sebagai di Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu, Sarawak.
Selain itu, anak kelahiran Maran, Pahang ini pernah menjadi pegawai pendakwa di Mahkamah Sesyen Sibu serta bertindak sebagai Seksyen Komander di Smart di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri selama tujuh tahun.
Baginya bertugas bersama pasukan Smart itu banyak memberinya pengalaman yang mungkin tidak diperoleh oleh orang lain.
Meskipun berbangga dengan segala pengalaman yang dilaluinya itu, ia sedikit sebanyak menginsafkan diri Mohd. Sahar.
Tambah Mohd. Sahar, walaupun terharu melihat mayat yang berselerakan itu, hakikatnya, beliau tersentuh apabila melihat manusia yang hidup selepas bencana itu.
"Mereka merayau-merayau mencari ahli keluarga yang hilang. Anak-anak pula merempat dalam keadaan daif serta hidup sebatang kara akibat kehilangan orang tersayang," katanya.
Ujarnya lagi, begitu banyak pengalaman yang ditempuhinya sewaktu berada di Acheh itu, mungkin tidak cukup untuk diceritakan.
Beliau tetap berpuas hati walaupun agak penat tetapi dapat menyumbang kudrat dalam membantu mangsa tsunami.
"Meskipun banyak pengalaman yang ditempuhi sebelum ini seperti operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh di Pulau Laytee, Filipina, namun operasi di Acheh adalah pengalaman yang saya akan kenang seumur hidup," katanya.
Menyentuh latar belakang pemilik Diploma Perakaunan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat, Johor ini, beliau menyertai pasukan polis disebabkan faktor minat yang mendalam terhadap tugas ini.
Beliau turut memberitahu, kesibukan tugas sebagai anggota polis turut membuatkan masanya untuk bersama keluarga amat terhad.
Katanya, dia beruntung kerana isteri kesayangannya, Iza Mardiyana faham kerjayanya dan sentiasa memberi semangat serta dorongan.
Kini, bapa kepada tiga orang cahaya mata itu bertugas di Balai Polis Sea Park, Petaling Jaya sebagai Ketua Polis Balai. |
|
|
|
|
|
|
|
Profesionalisme ATM tinggi
Oleh LIAU PEI WEN
[email protected]
Abdul Latiff Ahmad bersalaman dengan sebahagian anggota termasuk pegawai ATM dan tujuh dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei pada majlis Penghantaran Malcon West 2 (Kumpulan Induk) ke Lebanon di Pengkalan Udara TUDM, Subang, semalam.- Utusan/MOHD. NOOR AMIN
SUBANG 29 Julai - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menunjukkan tahap profesionalisme yang tinggi dalam menyempurnakan misi yang diamanahkan meskipun peralatan ketenteraan Malaysia tidak secanggih negara luar.
Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, kerajaan mengakui peralatan ketenteraan yang digunakan ATM khususnya anggota Tentera Darat agak ketinggalan berbanding pasukan-pasukan pengaman negara asing.
"Sebagai contoh, kebanyakan pasukan pengaman kini sudah menggunakan kenderaan perisai beroda 8X8 yang lebih canggih sedangkan pasukan kita masih menggunakan kenderaan perisai Condor 4X4.
"Bagaimanapun, saya berasa kagum kerana anggota ATM kita menunjukkan semangat profesionalisme yang tinggi dan begitu komited dalam menyempurnakan misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)," ujarnya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis penghantaran Kumpulan Induk Kontinjen Malaysia West 2 (Malcon West 2) bagi misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lebanon (UNIFIL) di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang hari ini.
Turut hadir ialah Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin; Ketua Staf Markas ATM, Leftenan Jeneral Datuk Shahron Ibrahim dan Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Datuk Allatif Mohd. Noor.
Abdul Latiff berkata, kementerian komited untuk menyediakan peralatan ketenteraan yang lebih moden kepada ATM terutama anggota Tentera Darat pada masa akan datang sejajar dengan perkembangan teknologi canggih.
"Saya akui peralatan canggih adalah satu prasyarat untuk sesebuah pasukan pengaman memberi perkhidmatan yang baik dan tersusun dalam menyempurnakan misi yang diamanahkan oleh PBB.
"Bagaimanapun, faktor pengalaman dan keberanian dilihat sama penting serta tidak boleh digantikan dengan kewujudan peralatan canggih dalam usaha pasukan pengaman kita meneruskan tugas mereka," katanya.
Terdahulu, dalam ucapannya beliau berkata, sejak penyertaan kontinjen Malaysia dalam misi PBB di Lebanon pada tahun 2007, sebanyak tiga kontinjen telah berjaya mengharumkan nama negara.
"Kehadiran kontinjen Malaysia amat disenangi oleh rakan-rakan tentera dari negara lain yang sentiasa bekerjasama rapat dengan kita. Fenomena yang baik dan mesra ini mesti dikekalkan agar pelaksanaan tugas menjadi lebih lancar serta teratur," katanya.
Katanya, kontinjen Malaysia perlu memanfaatkan tempoh sembilan bulan berkhidmat di Lebanon untuk memberi perkhidmatan terbaik di negara itu. |
|
|
|
|
|
|
|
harap2 rmk-10 dapat la kot 8x8......... |
|
|
|
|
|
|
|
1139# jofizo
wa rase dapat...dengar cite minister baru ni sibuk nak replace dan beli barang baru......harap2 termakbul le doa kite semua....Amin |
|
|
|
|
|
|
| |
|