|
Himpunan Tarbiah dari Abuya (merged shah05)
[Copy link]
|
|
Originally posted by nahzaluz at 11-1-2006 11:41 PM
sajer mencelah:
yg betulnya begini: setiap pandangan boleh diterima atau ditolak melainkan pandangan rasul sa.w shj.
wassalam.
Thanks ustaz......betul tu hanya pandangan rasul saw shj yg tidak boleh ditolak kerana para rasul dan nabi shj yg maksum. Manakala pendapat sahabat masih boleh diterima atau ditolak kerana mereka tidak maksum. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by serihartatie at 12-1-2006 10:23 AM
adi_sg,
tolong letak dlm thread baru, tk berkaitan dgn tajuk thread ini..kesian kat foumners lain yg ndak tahu berita dan maklumat terkini ustaz Ashaari Muhammad....
jgnlah tunjukkan s ...
Nampak sangat sikap tatie yg cuba mengelak.
Artikel yg dipostkan oleh sdr adi_sg tentang sikap keras kepala puak qadiyani adalah sinonim dgn sikap taksub pengikut rufaqa kepada asaari. Amat releven sekali dan tak perlu pindah ke thread lain. Kita lihat dan akan lihat sikap pengikut2 fahaman yg menyeleweng ini sama shj. Mereka tetap membutakan mata dan memekakkan telinga terhadap teguran yg disampaikan oleh ulama2 dizaman mereka.
Kepada Allah swt jualah kita berdoa agar dibukakan hati2 hambanya dan dilorongkanNya kejalan yg benar spt Dia membuka hati2 yg hampir tertutup sebelum ini.
Kerana Dia shjlah yg Maha Pembuka Hati. |
|
|
|
|
|
|
|
JEMPUTAN UTK FORUMNERS
Undangan perkahwinan pada 14/01/06
(Majlis perkahwinan anak perempuan Ustaz Haji Ashaari Muhammad & Puan Khatijah Aam)
akan diadakan di Dataran Celebration Mall, BANDAR COUNTRY HOMES RAWANG.
Waktunya adalah dari 11 pagi hingga 4 petang.
Sekiranya ada sebarang pertanyaan, sila hubungi Dr. Nor 'Aini 019-3141074
WADUH WADUH WADUH...!!!
Nampaknya usaha seorang pak arab yg digelar syeikh Mahmud yg beria-ia benar membodek asaari (tengok post tatie)akhirnya membuahkan kejayaan. Asaari yg merasa teramat seronok sangat dgn puji-pujian pak arab tsbt akhir telah menghadiahkan anak perempuannya kepada pak syeikh tu.
Jemputan walimatul urus diatas adalah antara anak perempuan asaari(dgn Mak Jah/Khadijah Aam) dengan mahmud dari Jordan.
Aku ucapkan selamat pengantin baru... semoga berbahagia keakhir hayat.
Cuma sepanjang pengetahuan aku...mengikut sejarah arqam yg lepas, mana2 perkahwinan muslimah arqam dgn pak arab ni mempunyai rekod yg mendukacitakan.
Apapun...tahniah kpd asaari dapat bermenantukan pak arab.
Tentang syeikh mahmud ni aku ada sedikit cerita tentangnya dan peranannya dalam membrain washkan pengikut2 rufaqa supaya lebih taksub kpd asaari. Lain kali aku ceritakan. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by serihartatie at 12-1-2006 10:33 AM
Yang mula-mula memanggil pemimpin Al-Arqam untuk menemuinya pada tahun 1979 bukanlah Pengarah Pusat Islam atau para pegawai atasannya, tetapi adalah Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad, merangkap Menteri Dalam Negeri.
Orang-orang di Pusat Islam tidak pernah pun mempelawa mana-mana wakil dari Al-Arqam untuk bertemu muka bermuzakarah tentang perkara-perkara yang diperselisihkan. Tahu-tahu, Al-Arqam sudah dijatuhkan hukuman sesat dan mesti diharamkan segala-galanya, termasuk perkara yang tidak sepatutnya diharamkan. Patutnya Pusat Islamlah yang pertama dan mula-mula ditemui olĕh Ustaz Haji Ashaari memandangkan soal akidah dan Imam Mahdi adalah di dalam bidang kuasa yang ada pada mereka, bukannya pada Timbalan Perdana Menteri.
Anda silap tatie.......nampak sangat awak memang mentah ttg sejarah arqam dulu. Pihak berkuasa agama pernah beberapa kali memanggil asaari utk penjelasan. Nanti saya akan postkan faktanya lain kali. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by serihartatie at 13-1-2006 09:19 AM
snipersnake, tatie tk mahu jawab provokasi anda yg dah basi tu...forumners akses thread ni ndak tahu bgmana munculnya fitnah kepada Arqam. Mereka mahu tahu mengenai KEBENARAN bukan FITNAH. . ...
1. kenapa tanak jawab?
2. kalo fitnah kene la jawab balik.
3. sapa MEREKA tuh? aku tgk kau soang jer terhegeh2 kat sini :lol |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by luluguagua at 13-1-2006 10:37 PM
Anda silap tatie.......nampak sangat awak memang mentah ttg sejarah arqam dulu. Pihak berkuasa agama pernah beberapa kali memanggil asaari utk penjelasan. Nanti saya akan postkan faktan ...
Orang yg mula2 mempersoalkan ttg pegangan meyeleweng asaari ialah seorang pensyarah UTM iaitu Akhbar Anang. Beliau diwaktu itu dlm arqam dilantik memegang jawatan ketua syukbah ekonomi.Oleh kerana tertarik dgn pendekatan dakwah asaari pada awalnya beliau telah mempengaruhi ramai pelajar UTm diwaktu itu utk menyertai arqam.
Namun spt yg saya katakan sebelum ini...bila seseorang itu masuk secara mendalam dlm jemaah asaari barulah nampak segala culprit nya. Akibat dari dari tindakannya yg berani mempersoalkan pegangan asaari dia bersama beberapa orang lagi telah disingkirkan dari arqam.
Berikut dari peristiwa itu bahagian hal ehwal Islam, jabatan perdana menteri(Pusat Islam) bersama dgn Jawi telah memanggil asaari utk memberi penjelasan. Dalam pertemuan itu(19 julai 1979) yg telah dipengerusikan oleh Mufti Wilayah diwaktu itu Tan Sri Syeikh Abdul Mohsin, asaari telah menafikan kepercayaannya bhw syeikh Muhammad b. Abdullah as suhaimi(lebih dikenali sbg saidi syeikh) yg telah mati itu akan hidup kembali sebagai imam mahdi.
Dan asaari bersetuju utk menyiarkan penafiannya dlm akhbar al arqam(pd keluaran disember 1979). Maka dgn itu pihak pusat Islam telah membiarkan mereka utk bergerak bebas. Namun asaari yg suka mengamalkan konsep 'takiyah' itu terus-menerus meneruskan aktivitinya itu serta dgn lebih berani mendakyahkan pegangan karutnya itu.
Untuk menjernihkan suasana pihak Jawi dan pusat Islam telah dua kali memanggil asaari utk berdialog iaitu pada 21/12/1987 dan 11/8/89 namun jemputan itu tidak dilayan.
Sumber: Penyelewengan Arqam dari ajaran Islam, terbitan Bahagian hal ehwal Islam,Jab perdana Menteri, 1994
______________________________________________________________________________
Itulah fakta sejarahnya tatie.......pihak berkuasa agama negara kita(yg awak suka gelarkan wahabi tu) telah memberi banyak peluang kpd asaari utk bermuzakarah.....namun asaari enggan. Sehinggalah asaari ditangkap bawah ISA.
Tak sampai dua bulan...asaari pun buat pengakuan yg dia telah bertaubat dan meninggalkan segala pegangannya sebelum ini. Tapi sebenarnya pengakuan itu hanyalah sebahagian dari cara takiyahnya shj yakni hanya berpura-pura utk melepaskan diri dari pihak berkuasa semata-mata. akan tetapi jelas dgn perkembangan terkini dlm rufaqa, asaari masih lagi kental dgn pegangannya itu. |
|
|
|
|
|
|
adi_sg This user has been deleted
|
jazakallah khair di atas sajian fakta2 tersebut.... dan dapat menilai arqam/rufaqa' dgn lebih tepat.
dan kalau kita rajin kaji mengenai fahaman syiah, memang cara takiyah ni diperbolehkan/dituntut dalam metodologi da'wah mereka.
Fahaman Syi'ah ---> imamnya yang ke-12 yang telah mati akan muncul sebagai imam mahdi
Fahaman Arqam/Rufaqa'---> Syeikh Suhaimi yang telah mati akan muncul sebagai imam mahdi
Fahaman Syi'ah ---> imamnya yang ke-12 dikatakan ghaib, belum mati
Fahaman Arqam/Rufaqa'---> Syeikh Suhaimi dikatakan ghaib, belum mati
Fahaman ASWJ ---> elakkan ta'wil perkara2 yang ghaib yang tidak membawa faedah dan serahkan pada Allah SWT
"Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dialah sahaja dan Dia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Dia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam Kitab (Luh Mahfuz) yang terang nyata." Surah al-An'am, Ayat 59
wallahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
salam
ingatlah wahai saudara-saudaraku
bahawa SESAMA ISLAM BERSAUDARA
dan ingatlah, mungkin hari ini saudara lebih baik dr saudara yg lain
dan mungkin esok saudara yg lain lebih baik dr saudara
adakah saudara percaya sebegini?????????????????
dan bukankan itu KEHENDAK YANG MENCIPTA??????????
adakah saudara yg dapat mengubahnya????????????
MAKA BERILAH PERINGATAN
SESUNGGUHNYA PERINGATAN ITU BERMANFAAT........ |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by luluguagua at 13-1-2006 10:29 PM
Cuma sepanjang pengetahuan aku...mengikut sejarah arqam yg lepas, mana2 perkahwinan muslimah arqam dgn pak arab ni mempunyai rekod yg mendukacitakan.
Tujuan manusia berkahwin itu untuk menambah zuriat. Dan sebaik2 perkahwinan itu ialah untuk mendapatkan keredhaan Illahi.
Samada berjaya atau gagal dalam perkahwinan bergantung kepada niat dan tingkah laku pasangan tersebut seterusnya.
Dan bukan semestinya berkahwin dengan Pak Arab atau Mak Arab akan berakhir dengan kegagalan. Ia bergantung kepada keimanan pasangan tersebut. Dalam pasangan Melayu pun hatta bangsa lain yang beragama Islam ramai juga yang berakhir dengan penceraian.
Punca penceraian bukan kerana bangsa tetapi sejauh mana keimanan dan penyerahan diri kita pada Illahi . Kalau tujuan berkahwin untuk berseronok macam binatang, tak heran kalau ia berakhir dengan perceraian....
Tetapi jika penyerahan pada Illahi ia bukan sahaja akan membawa kebahagian malah akan mengwujudkan sebuah empayar Islam..
:stp::stp::stp:
[ Last edited by syeikhbelalang at 14-1-2006 09:36 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by syeikhbelalang at 14-1-2006 09:35 PM
Tujuan manusia berkahwin itu untuk menambah zuriat. Dan sebaik2 perkahwinan itu ialah untuk mendapatkan keredhaan Illahi.
Samada berjaya atau gagal dalam perkahwinan bergantung kepada niat d ...
Untuk pengetahuan forumners yang lain, Pak Arab yang mengahwini wanita Melayu dalam Al-Arqam dahulu kebanyakkannya adalah penduduk Arab yang terbiar samada dari segi aspek sosial atau ekonomi.
Melalui kedatangan mubaligh DArqam, barulah kebanyakkan mereka berjumpa dengan Cahaya Illahi. Itu pun melalui tarbiah dan didikan mubaligh Darul Arqam tersebut.
Kemudian ramai diantara Pak Arab tersebut diajak datang ke Malaysia dan segala perbelanjaan tempat tinggal dan wang saku dibiayai oleh jemaah Darul Arqam. Hatta setelah nampak perubahan dalam penambilan Islam barulah jemaah Darul Arqam berusaha mencari jodoh untuk mereka.
Maknanya sebelum mereka mengenali Islam secara lebih lanjut dalam versi Arqam, akhlak mereka dan persekitaran mereka adalah amat menyedihkan!!
Melalui usaha orang Melayu( Al-Arqam) barulah Pak Arab tersebut dapat memperbaiki diri mereka. Di Sungai Pencala mereka bertugas rata2 mereka bertugas sebagai guru bahasa Arab...
:cak::cak::cak: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by syeikhbelalang at 14-1-2006 09:44 PM
Untuk pengetahuan forumners yang lain, Pak Arab yang mengahwini wanita Melayu dalam Al-Arqam dahulu kebanyakkannya adalah penduduk Arab yang terbiar samada dari segi aspek sosial atau ekonomi.
...
Malangnya perubahan akhlak mereka ini tidak lama... sekejap sahaja. Maklumlah bangsa Arab ini adalah suatu bangsa yang kasar dan sukar untuk dididik..:cak::cak:
Sebab itu tempoh perkahwinan mereka dengan muslimah al-Arqam tidak lama. Pehak Darul Arqam mendidik mereka ibarat melepaskan buaya dari himpitan pokok kayu. Selepas mengangkat pokok kayu tersebut, bukan buaya tersebut nak mengucapkan terima kasih tetapi digigit pula pehak yang menolongnya!!
Begitulah tamsilan nya. Hatta pada waktu pengharaman Darul Arqam ni, ramai diantara Pak Arab tersebut menjadi boneka Pusat Islam. Dengan hanya kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Arab, Pusat Islam menjadikan mereka sebagai batu loncatan untuk memburukkan imej Al-Arqam...
Tetapi usaha tersebut tidak lama. Kerana mereka yang mendengar ceramah tersebut dalam sesi soal balas, mengencam kembali Pak Arab tersebut.Malah Pak Arab tersebut mengangkat punggung sebaik sahaja memberi ceramah memburukkan Arqam!
Takut kena hentam kembali oleh pendengar ceramah!!
:cak::cak::cak::cak::cak::cak: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by syeikhbelalang at 14-1-2006 09:53 PM
Malangnya perubahan akhlak mereka ini tidak lama... sekejap sahaja. Maklumlah bangsa Arab ini adalah suatu bangsa yang kasar dan sukar untuk dididik..:cak::cak:
Sebab itu tempoh perkahwinan ...
Ye le tu...... habis manis sepah dibuang.:kant:
Harap2 pak arab yg baru ni tak akan jadi spt pak arab yg lepas2 tuh.
Sebab semasa kedatangan pak2 arab dulu tu...berbagai pujian dan bermacam2 ceritera yg hebat2 mengiringi mereka. Lebih kurang sama ceritanya dgn pak arab yg baru nih. Cuma yg ini agak special,dia pandai bersilat hingga asaari terpukau dgn gerak tari silat timur tengahnya tuh.
Aku tetap bersangka baik dgn kesudahan pak arab yg baru nih........cuma biarlah masa yg menentukan.:cak: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nahzaluz at 13-1-2006 05:19 PM
kalau boleh biarlah sesuatu bencana yg berlaku kita serahkan kpd Allah. kalau boleh jgnlah kita kaitkan dgn apa2, dgn saper2 samada ahli forum ini atau org di luar sana sebab apa yg berlaku itu ...
setiap yg berlaku memang kita serahkan pada ketentuan Allah SWT..tetapi setiap yg berlaku itu Allah jadikan secara sunnahtullahnya ada SEBAB MUSABAB...hatta sehelai daun yg gugur ke bumipun ada sebab musababnya mengikut sunnatullah....
kitalah sebg manusia yg perlu mengambil iktibarnya....setiap bencana itu, sama ada sebg penghapusan dosa atau sebagai pengangkatan taraf kemuliaan...itu kalau diterima secara BERKAT, tetapi kalau secara ISTIDRAJ teentu manusia itu akan jadi semakin jauh dari hidayah dan taufik Allah SWT...seperti kita anggap bencana itu hanya kejadian alam semulajadi tak ada kaitnya dengan hidayah dan taufik Allah SWT...silap-silap kita dah salah beriktikad tanpa kita sedar....
-------
terasa ker ustaz?...hehehe....kami ni yg dah bertahun kena hentam kat forum ni, kalau setakat cakap cam tu, dah tak jadi hal dah...itu ler proses ndak mencanai hati dalam menjadi pejuang ....
takkan ustaz tk perasan hinaan ex arqam/penentang arqam pada bekas tuan gurunya...sampai ada forumners kat luar yg berkecuali pun habaq kat tatie melampau sungguh forum CARI ni, bila bab mengutuk mencaci...patutnya MOD kenaler pantau lebih perihatin lagi...
sebb ada perkataan cam sniper guna tu forumners yg tinggi akhlaknya tk boleh terima...
[ Last edited by serihartatie at 15-1-2006 11:53 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by luluguagua at 14-1-2006 06:05 PM
Orang yg mula2 mempersoalkan ttg pegangan meyeleweng asaari ialah seorang pensyarah UTM iaitu Akhbar Anang. Beliau diwaktu itu dlm arqam dilantik memegang jawatan ketua syukbah ekonomi.Oleh k ...
eleh..sumber dari mereka kan? (PUSAT ISLAM).....memang ler depa ndak tutup muslihat dan kecacatan mereka...itu SEMESTINYA....
Akbar Anang tu kesnya tk besar sgt sebb tu tk disebut namanya.....
[ Last edited by serihartatie at 15-1-2006 11:12 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Menurut Mustaffa Suhaimi, sekurang-kurangnya ada enam faktor besar yang menyebabkan konsep Imam Mahdi di dalam buku berkenaan dianggap terpesong, berserta jawapan dan alasan daripada pihak Al-Arqam sendiri:
1. Andaian Pusat Islam yg pertama ialah bahawa Sayidi Syeikh Muhammad bin Abdullah as-Suhaimi iaitu pengasas Aurad Muhammadiah adalah bakal Imam Mahdi yang akan muncul kelak. Andaian ini dianggap salah kerana tidak ada keterangannya di dalam al-Quran atau hadis Rasulullah SAW. Sudah ramai yang mengaku dirinya sebagai Imam mahdi dan ternyata bahawa mereka itu pendusta. Pengakuan seperti ini adalah ramalan kosong. Selain boleh menjejaskan iman, orang yang mendakwa mempunyai hubungan rapat dengan Imam Mahdi yang masih ghaib, boleh memperalatkannya untuk kepentingan peribadi atau pertubuhan tertentu.
-------------------------------------------
Pihak Al-Arqam pula menjelaskan bahawa menurut kaedah syarak, menentukan seseorang sebagai Imam Mahdi tidak menjejaskan iman dan tidak ada salahnya. Sebabnya konsep Imam Mahdi itu sendiri dipertikaikan oleh para ulama, di samping ada beberapa ulama (terutamanya ulama sufi) dan golongan (antaranya Syiah) yang telah menentukan siapa dia Imam Mahdi itu sendiri.
Ramalan seperti ini bukanlah ramalan kosong tetapi merupakan suatu ijtihad jika tersalah dalam ijtihadnya itu, tidaklah sampai berdosa. Ramai ulama yang mengakui bahawa masalah Imam Mahdi adalah soal khilafiah, soal furuk dan hanya Pusat Islam sahaja yang diketahui (menurut sepanjang sejarah Ahlus Sunnah ini) yang menyatakan bahawa soal Imam Mahdi adalah soal akidah.
Maka menurut ulama, sebarang pendapat yang berlawanan dalam soal ini tidak boleh dihukumkan sesat, bidaah atau kufur. Selagi ijtihad mereka tidak menyalahi syarak, maka hal itu dibenarkan sahaja oleh Islam. Sungguhpun ramai yang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi dan akhirnya didapati berdusta, ini tidaklah dapat dijadikan sebab untuk kita menafikan terus hadis mutawatir maknawi yang banyak itu. Apabila Imam Mahdi yang.sebenar muncul, semua Mahdi palsu itu akan sirna juga. Imam Mahdi yang sebenar semasa muncul kelak hanya ada satu, tidak ada dua atau tiganya.
Mengenai perbuatan memperalatkan nama Imam Mahdi untuk kepentingan peribadi, itu adalah hal ghaib yang hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Mana kita tahu apa yang dikatakan oleh hati seseorang? Layakkah kita menghukumnya hanya berdasarkan syak wasangka kita sahaja? Pusat Islam sendiri memperalatkan banyak pihak untuk tujuan peribadi dan golongan tertentu, tidakkah itu juga suatu perbuatan yang salah? Kita tidak boleh menghukum seseorang berdasarkan apa yang dia fikirkan tetapi tidak/ belum dilakukannya lagi. Perkara-perkara begitu hanya Allah sahaja yang tahu dan Dia sahaja yang layak menghukumnya.
Konsep Imam Mahdi itu sendiri diragui oleh sesetengah ulama berasaskan rumusan bahawa hadis-hadis mengenai Imam Mahdi adalah lemah. Sebahagian ulama seperti Ibnu Khaldun, Al-Maududi dan Rasyid Ridha menolak terus konsep Imam Mahdi. Ibnu Khaldun menganggap hadis-hadis mengenai Imam Mahdi adalah hadis-hadis dhaif, maka harus ditolak terus konsep Imam Mahdi itu. Al-Maududi pula menyatakan kuasa ajaib yang ada pada Imam Mahdi adalah cerita dongeng yang didatangkan dari pengaruh bukan Islam.
Bagi Al-Arqam pula, memang konsep Imam Mahdi ditolak oleh sebahagian kecil ulama, tetapi diterima oleh sebahagian besar ulama. Sebahagian lagi bersikap pertengahan iaitu tidak menolak dan tidak pula menerima sepenuhnya. Pusat Islam hanya mengemukakan pandangan sebelah pihak sahaja, tanpa mengemukakan pandangan pihak yang satu lagi. Ibnu Khaldun silap dalam rumusannya kerana jumlah tiga puluh buah hadis yang dikajinya itu sebenarnya sudah mencapai taraf mutawatir maknawi, kerana menceritakan tentang tajuk yang sama, walaupun isinya berbeza-beza. Kerana. itulah pandangan Ibnu Khaldun itu ditolak kerana beliau tidak rriendalam ilmu dan kefahamannya terhadap selok-belok ilmu mustalah hadis.
Al-Maududi pula dianggap silap dalam pandangannya kerana beliau tidak mendalami maksud tersirat daripada hadis-hadis berkenaan. Beliau membuat rumusan berdasarkan isi lahir daripada hadis-hadis itu, lalu membuat andaian bahawa cerita itu adalah dongeng, sedangkan yang dikaitkannya dongeng itu sebenarnya adalah hadis-hadis Nabi SAW! Bagaimana orang yang fikirannya setinggi itu boleh melakukan kesilapan yang sebesar ini? Lagi pun beliau tidak mempunyai pendirian yang konsisten dalam hal ini, kerana pada satu ketika beliau menerima dan pada ketika yang lain beliau menolaknya pula tanpa menyatakan sebab-sebab perubahan pendiriannya itu.
bersambung.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by serihartatie at 15-1-2006 11:22 AM
Konsep Imam Mahdi itu sendiri diragui oleh sesetengah ulama berasaskan rumusan bahawa hadis-hadis mengenai Imam Mahdi adalah lemah. Sebahagian ulama seperti Ibnu Khaldun, Al-Maududi dan Rasyid Ridha menolak terus konsep Imam Mahdi. Ibnu Khaldun menganggap hadis-hadis mengenai Imam Mahdi adalah hadis-hadis dhaif, maka harus ditolak terus konsep Imam Mahdi itu. Al-Maududi pula menyatakan kuasa ajaib yang ada pada Imam Mahdi adalah cerita dongeng yang didatangkan dari pengaruh bukan Islam.
Tu diaaa......ramainya ulama silam yang dah berbuat silap dalam mentafsirkan konsep imam Mahdi ini. Rasanya pendapat ulama besar barulah iaitu al-sheikh al-abuaya Imam Tuan Haji Asaari @ Ashaari Muhammad at-Tarmimi yang benar-benar belaka. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gravedigger at 15-1-2006 11:33 AM
Tu diaaa......ramainya ulama silam yang dah berbuat silap dalam mentafsirkan konsep imam Mahdi ini. Rasanya pendapat ulama besar barulah iaitu al-sheikh al-abuaya Imam Tuan Haji ...
Bagi Al-Arqam pula, memang konsep Imam Mahdi ditolak oleh sebahagian kecil ulama, tetapi diterima oleh sebahagian besar ulama.
tak buat kajian ker pasal hal ini pak grave ...???? jgn bercakap tanpa ilmu....atau ikut akal yg tak rasional sebb benci sgt kat ustaz Ashaari..sampai dah taksub dlm kebencian....atau ikut resmi Pusat Islam yg ikut satu fahaman wahabi ajer...syaltut dan albani....
[ Last edited by serihartatie at 15-1-2006 11:44 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by serihartatie at 15-1-2006 11:41 AM
tak buat kajian ker padal hal ini pak grave ...???? jgn bercakap tanpa ilmu....atau ikut akal yg tak rasional sebb benci sgt kat ustaz Ashaari..sampai dah taksub dlm kebencian....
Dah buat dah dan menilai dari sudut pro dan kontranya. Satu lagi tak benci pada ustaz Asaari tu tapi sebenarnya sayang pada beliau. Malang ditakuti bisnes orang Melayu yang sepatutnya boleh berkembang luas lagi tersekat dengan fahaman sempit dan seleweng yang diturut serta. Sekarang ini pun dah lihat kemerosotannya akibat adanya pemboikotan masyarakat yang tak boleh terima fahaman aneh dan ganjil itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gravedigger at 15-1-2006 11:49 AM
Dah buat dah dan menilai dari sudut pro dan kontranya. Satu lagi tak benci pada ustaz Asaari tu tapi sebenarnya sayang pada beliau. Malang ditakuti bisnes orang Melayu yang sepa ...
hehehe....pak grave dah ketinggalan zaman ni...semalam ajer, hampir 9,000 tetamu dtg hadir ke majlis perkahwinan anak Ustaz Ashaari...semua bangsa ada, cina, india, jepun, arab, melayu indon, melayu thai, melayu singapura, dll, tatiepun tak sempat ndak jenguk tetamu lain lagik...sibuk sambut tetamu...
kenapa tk dtg jenguk ke BCH Rawang, tgk sendiri aktiviti bisnes di sana ?...pak grave tk faham, motto bisnses rufaqa adalah BERNIAGA UNTUK BERKHIDMAT...kami tk kisah pasal keuntungan komersial ni, tapi alhamduliilaah semua bisnes tidak ada hutang bank dan bebas juga dari hutang dari individu lain...tang bila yg merosot tu?...hehehe....rufaqa ada 500 cawangan seluruh dunia...kalau pak grave gi australia, kedai makan org sana tutup awal, tapi kalau ndak makan lewat, dtglah kekafe rufaqa.......buka sampai pkl 10 malam... |
|
|
|
|
|
|
| |
|