CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Abstrak Cinta Aku & Dia ~ (Forever Alone) : by Ilham Pena - February 2015

[Copy link]
 Author| Post time 11-4-2014 01:04 PM | Show all posts
@Ipo CerPAN . Thanks for reading

Tak tau lagi sapa heroin . Awek vios putih itu...mungkin....


@lina21  Thanks for reading Okay, iols masukkan Amy dalam undi.

@cmf_conan  Itu baru betul Forever Alone chuolss....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-4-2014 01:11 PM | Show all posts
Zack berjalan melewati beberapa kawasan sambil tangannya kekal memegang kamera. Maklumlah, hari ni dia telah ditugaskan sebagai jurugambar. Namun tidaklah dia menjadi jurugambar sepenuhnya. Tetap juga dia bersama-sama pekerja hotel Mayang Sari yang lain bergotong-royong di sini.

Sambil berjalan, gambar di dalam kamera diperhati satu-persatu. Gambar Tan Sri Yusuf bersama-sama dengan beberapa ahli lembaga Pengarah YUSHAR Group sudah ada. Gambar Encik Khalid, Pengurus Besar Hotel Mayang Sari juga ada. Gambar Datin Seri Hajah Wan Adillah, penaung Rumah Amal Sri Cahaya juga ada. Pendek kata, kebanyakan gambar orang-orang penting untuk dimuatkan dalam Newsletter nanti sudah ada. Kini, dia mahu memburu gambar lain pula. Gambar para pekerja Hotel Mayang Sari sedang melakukan aktiviti di cari. Juga gambar penghuni rumah amal ini.

Berada di rumah anak yatim ini, memberi pelbagai rasa pada Zack. Dia sendiri yatim ketika berusia tiga tahun. Sedikit sebanyak, dia memahami perasaan penghuni-penghuni di sini. Keinsafan terbit dalam diri.

Rasanya, dia jauh lebih bertuah dari para penghuni Rumah Amal Sri Cahaya.

Bertuah kerana dia masih dikelilingi keluarga. Masih mampu menumpang kasih dengan saudara-mara yang tinggal berdekatan. Rumah Pak Lang Karim di seberang jalan. Rumah arwah Tok Ahmadnya hanya selang dua buah rumah. Pendek kata, perhatian dan kasih sayang tidak pernah kurang walau ketiadaan ayah.

Memori dengan arwah Encik Iskandar tenggelam-timbul di fikiran. Hilang ayah seawal usia tiga tahun, tidak banyak yang dapat dia ingati tentang arwah bapanya itu. Rupa wajah arwah juga hanya dapat dikenang pada gambar-gambar lama.

Tetapi, memori melihat tubuh arwah si ayah buat kali terakhir kekal dalam minda Zack.

Apa yang dia ingat, pada hari itu, rumahnya dikunjungi oleh ramai orang. Jiran dan saudara-mara. Ada yang menangis, ada yang sugul. Yang nyata, semuanya berwajah muram belaka. Sungguh pada tika itu, dia tidak memahami kenapa tubuh ayah terkujur kaku di ruang tamu. Sangkanya, ayah sedang tidur. Juga tidak memahami kenapa Puan Mariah menangis sambil mengusap lembut rambutnya. Otaknya tidak dapat mencerna, mengapa ramai orang mengelilingi tubuh ayahnya sambil membaca kitab kecil.

Di saat ayahnya dimasukkan ke liang lahat, sel-sel otaknya masih tak mampu memproses segala perkara yang berlaku. Soalan yang diajukan kepada para dewasa juga tidak dijawab. Ibunya lagilah, hanya menangis lesu. Akhirnya, dia menangis dan mengamuk di kuburan kerana tiada siapa mahu menjawab dengan tepat kenapa ayahnya ditimbus tanah.

Hari-hari berlalu tanpa ayah. Persoalan dalam otak kecilnya juga semakin berbelit. Kenapa ayah tak balik rumah? Ayah pergi mana? Ayah ada rumah lain ke? Dan pelbagai lagi soalan yang lebih kurang sama saja maksudnya. Soalan itulah yang diajukan kepada Puan Mariah sehari-hari.

Jawab Puan Mariah, ayah tak akan balik lagi kerana sudah masuk syurga.   

Dan dia akan menangis meraung kerana ayahnya masuk syurga tanpa dia. Last edited by Nicki_Meow on 12-4-2014 03:07 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2014 01:25 PM | Show all posts
Rasa sedih akibat kehilangan arwah Encik Iskandar tidak lama. Hidupnya terus berjalan seperti biasa walau tanpa ayah. Dia sudah dapat menerima yang ayah sudah masuk syurga.

Dan hadirnya Encik Alwi sebagai ayah diterima dengan hati rela - walaupun kala itu, tak berapa rela menerima Amylea sebagai saudara.   

Nafas dihela. Mengenangkan arwah ayah yang sudah dijemput Ilahi, hatinya diusik sayu.

Daripada Abu Hurairah - Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila seseorang itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara. Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh mendoakan untuknya.

Dia yakin, ayahnya seorang yang baik. Dia yakin ayahnya seorang yang berilmu. Dan Zack juga tahu, Puan Mariah dan juga Encik Alwi telah mendidiknya menjadi manusia sebaik mungkin dengan segala kemampuan yang ada.

Cuma, dia sebagai manusia biasa, adakalanya lalai dan leka. Anak soleh? Jauh panggang dari api. Segan mahu mengakui diri sebagai soleh sedangkan amalnya tak seberapa.

Namun, doanya akan sentiasa ada buat arwah Encik Iskandar. Selagi hayatnya masih ada, selagi itulah tak akan putus doanya untuk arwah.
Last edited by Nicki_Meow on 11-4-2014 01:27 PM

Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2014 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Nicki_Meow posted on 11-4-2014 09:05 AM
Kate dah balik kampung kat Birmingham.

Jumpa jodoh kat spital? Yelah kan...Mungkin Zack b ...

wakakaa.... khenn... okay wat tetiba lak terjumpa kat spital
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2014 01:59 PM | Show all posts
sedihnya Zack... huhuhu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2014 04:09 PM | Show all posts
Kura-kura…kura-kura. Kesian aku tengok kau. Jalan pun lambat. Bila agaknya nak sampai? Ejek arnab.”

Telinga Zack menangkap suara yang cukup dikenali. Walaupun suara itu dinyaringkan - mungkin mengikut watak arnab yang diceritakan, dia tahu suara itu milik Zareen.

Kakinya melangkah senyap ke arah kanak-kanak yang sedang duduk berkumpulan, tidak jauh dari tempat dia berdiri. Teka Zack, mereka semua dalam lingkungan empat hingga enam tahun. Zareen berada bersama mereka. Di sebelah Zareen, terdapat beberapa buku cerita kanak-kanak tersusun bertindih.

“Jahatlah arnab tu.” Satu suara menyahut. Zareen senyum. Zack pantas mengangkat kamera.

Klik.

“Lepas tu, aunty?” Seorang lagi bertanya.

“Lepas tu, kura-kura pun jawab...tak apalah arnab. Tuhan dah jadikan aku macam ni. Arnab tak puas hati. Dia pun, ajak kura-kura lumba lari….”

“Macam mana kura-kura nak lari?” Si tudung biru menyoal. “Kura-kura boleh merangkak je...”

Zareen ketawa. Wajah keibuannnya lembut terserlah.

Zack menarik nafas. Rasa itu hadir lagi. Rasa yang sama setiap kali terlihat Zareen tertawa seperti itu.

Klik.

“Dalam cerita ni, kura-kura boleh lari.” Zareen sekadar memberi penjelasan mudah.

“Kura-kura pun setuju. Esoknya, kura-kura dan arnab pun pergi berlumba.” Sambung Zareen. “Arnab lari laaaajuuuuuu sangat. Kura-kura tertinggal kat belakang. Bila sampai dekat satu pokok ni. Arnab pun cakap, Eh…lambat betullah kuar-kura ni. Aku rehat dululah. Arnab pun duduk berehat tepi pokok. Lepas tu, arnab tertidur.” Zareen berhenti sebentar mengambil nafas.

Klik.

“Masa arnab tidur, kura-kura pun sampai depan pokok. Kura-kura tengok arnab tidur, dia pun cepat-cepat berjalan sampai garisan penamat. Masa kura-kura nak sampai ke garisan penamat tu, tiba-tiba…arnab…terjaga dari tidur. Mata dia, terbukak. Arnab nampak, kura-kura dah nak sampai ke garisan. Terus arnab bangun.”

Klik.

“Arnab pun pecut laaajuuuuu…nak kejar kura-kura.” Zareen menghentikan cerita. Senyum memerhatikan kanak-kanak itu terlongo menantikan pengakhiran cerita.

Klik. Klik

“Agak-agak…siapa menang?” Zareen menduga.

“Arnablah. Dia lari laju.” Si tudung biru menjawab. Memamg dari tadi, dia yang paling rajin bercakap.

“Taklah…kura-kura yang menang. Arnab tak sempat sampai…” Si rambut paras bahu meningkah.

“Siapa yang menang aunty?” Si tocang dua pula bertanya.

“Cuba teka.” Senyuman Zareen masih kekal. “Siapa dapat teka betul, aunty bagi Choki-Choki.” Beberapa batang Coklat Choki-Choki dikeluarkan dari beg tangan.

Klik. Klik. Klik.

“Arnab!” “Kura-kura!” Suara-suara meneka, serentak.

Zareen senyum penuh makna.

“Cepatlah aunty, siapa yang menang?” Soal si tudung biru. Becok sungguh.

“Jawapan dia…” Zareen menghentikan ayat. “Kura-kura!”

“Yeayyy…” Yang meneka dengan tepat, gembira. Yang salah pula, bermuka monyok kerana Choki-choki terlepas dari genggaman.

“Nah…” Zareen menghulurkan Choki-Choki di tangan kepada semua kanak-kanak disekelilingnya. Yang salah, yang betul…semua dapat Choki-Choki.

“Terima kasih, aunty.” Ucapan keluar satu demi satu. Senyuman terukir dibibir.

Klik. Klik.

Kamera dipetik lagi. Banyak gambar Zareen diambil secara senyap-senyap. Zack memandang seketika kepada kamera di tangan dan kemudian, kembali memandang ke arah Zareen.

Alamak….kantoilah pulak…

Zareen sedang merenungnya tajam, dengan kening terangkat. Last edited by Nicki_Meow on 12-4-2014 07:01 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-4-2014 10:26 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 11-4-2014 01:04 PM
@Ipo CerPAN . Thanks for reading  

Tak tau lagi sapa heroin . Awek vi ...

berharap amy leh mengungguli dalam juara carta cinta si zack ni


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2014 04:18 PM | Show all posts
“Uncle…uncle…”

Tautan mata terputus apabila satu suara halus berbunyi. Terasa seluarnya ditarik-tarik. Zack memandang ke bawah.Sarah sedang senyum menyeringai ke arahnya. Empat orang kanak-kanak turut ada bersama Sarah.

“Uncle…nak ambik gambar…” Pinta Sarah. Senyum comel menghias bibirnya. Zack turut tersenyum. Cair hatinya melihat senyuman secomel itu.

“Kawan Sa-grhah pun nak ambik gambar…” Sarah menyambung kata.

“Boleh…” Jawab Zack. “Jom…kita pergi kat taman sana…” Ajak Zack. Sarah dan rakan-rakannya akur. Mereka berjalan berkumpulan menuju ke arah taman. Sarah memegang jari Zack membuatkan hati Zack agak tersentuh. Manja pula Sarah dengan dia walhal baru saja berjumpa.

“Okay…jom ambil gambar.” Tutur Zack. Lima orang kanak-kanak itu diatur dalam barisan mengikut ketinggian. Paling rendah di tengah-tengah manakala yang tinggi, di kiri dan kanan membentuk seolah huruf V.

“Ready…” Zack bersuara. “Senyum…” Lima orang kanak-kanak senyum tunjuk gigi walaupun ada yang kurang penuh.

“Satu…dua…tiga…”

Klik. Klik. Klik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-4-2014 04:19 PM | Show all posts
Banyak gambar di ambil. Seronok sungguh kanak-kanak itu tatkala bergambar. Bermacam gaya. Lebih teruja lagi apabila Zack memberi mereka peluang untuk menggunakan kamera. Walaupun gambar yang diambil entah apa-apa, Zack membiarkan saja. Dia sendiri turut seronok melayan kerenah kanak-kanak itu.

Gelak dan tawa mereka turut mengundang senyuman pada Zack. Sayu berbaur. Mereka sangat ceria walaupun duduk berjauhan dari keluarga. Senyuman mereka sangat jujur seolah-olah tiada masalah yang membebani bahu mereka.

Hakikatnya, anak-anak ini serba kekurangan. Hidup di atas belas ihsan dan kasihan dari insan-insan yang prihatin.

“Sarah…” Panggil Zack. Sarah disebelahnya yang sedang ralit membelek kamera menoleh dan senyum.

“Sarah dah lama tinggal sini?”

“Lama…” Jawab Sarah.

“Kenapa Sarah tinggal sini?”

“Atuk dengan nenek suruh.” Sarah menjawab. Jujur kedengarannya.

“Mak Sarah mana?”

“Tak tahu. Nenek cakap, mak dah lari.”

Zack telan air liur. Wajah Sarah langsung tidak menunjukkan apa-apa perasaan. Seolah-olah cerita yang keluar dari mulutnya itu biasa-biasa saja.

“Ayah Sarah, mana?”

“Nenek cakap, ayah Sa-grhah dalam penjara. Polis tangkap, tak bagi keluar…”

Zack terdiam. Runtun jiwa mendengar cerita jujur Sarah. Kepala Sarah digosok perlahan.
Last edited by Nicki_Meow on 13-4-2014 05:34 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2014 04:32 PM | Show all posts
“Atuk dengan nenek tinggal kat mana?” Zack menyoal lagi.

“Kampung.”

“Kampung Sarah kat mana?”

“Jauh…”

Zack senyum lalu menggelengkan kepala. Mungkin Sarah tidak tahu dengan tepat, di mana kampungnya.

“Selalu ke atuk dengan nenek datang jumpa Sarah?”

Sarah kelihatan termangu-mangu, sepertinya memikirkan sesuatu.

“Ada. Tapi nenek cakap, tak boleh datang tengok Sa-grhah selalu. Nenek tak ada duit nak datang sini. Atuk selalu sakit.”

Zack tarik nafas panjang. Rambutnya ditolak ke atas.

“Sarah suka tinggal sini?”

“Suka.” Sarah terangguk-angguk. “Sini ada gha-mai kawan. Cikgu Lina baik. Cikgu Ati baik. Kat sini boleh belajar baca. Boleh lukis…”

“Sarah suka lukis?”

“Suka.”

Zack senyum. Mujur saja ketika ini, tiada pen atau pensil dan kertas bersama. Jika tidak, mahu juga Zack melukis sesuatu untuk Sarah.

“Bila besar, Sarah nak jadi apa?” Soalan klise kalau jumpa kanak-kanak.

“Jadi…Cikgu.”

“Kenapa nak jadi Cikgu?”

“Sebab Sa-grhah nak jadi macam Cikgu Lina. Cikgu Lina baik. Selalu ajar Sa-grhah baca, lukis. Kadang-kadang, Cikgu Lina ajar Sa-grhah nyanyi.”

Zack ketawa. Kanak-kanak, begitulah. Jujur sungguh kala memberi jawapan.

“Boleh tumpang duduk?” Satu suara bertanya. Zack mengangkat muka. Senyuman yang terukir dibibir empunya suara dibalas dengan senyuman juga.   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2014 06:48 PM | Show all posts
“Duduklah.” Pelawa Zack. Zareen senyum lalu mengambil tempat duduk di sebelah Sarah. Sarah yang pada mulanya terpinga-pinga dengan kehadiran Zareen, terus tersenyum apabila diapit di tengah-tengah.

“Ini kawan uncle?” Soal Sarah. Zack senyum.

“Ini…boss uncle.” Jawab Zack.

“Ooooo…” Panjang ‘O’ Sarah. Zack ketawa. Entah Sarah faham, entah tidak akan maksud ‘Boss’ itu apa.

“Macam Cikgu Lina.” Sambung Sarah.

“Macam Cikgu Lina?” Ulang Zack. Siapa Cikgu Lina yang disebut Sarah sejak tadi, tidak pula dia tahu. Rapat benar nampaknya Sarah dengan Cikgu Lina.

“Haah. Cikgu Lina cantik…bos uncle pun cantik….macam Cikgu Lina…”

Zack ketawa lagi. “Iya…boss uncle memang cantik….”

Zareen senyum.

“Pandai awak layan budak-budak….” Zareen memecah sunyi setelah mereka terdiam beberapa saat.

“Pandai?” Kening Zack berkerut. Entah skala apa yang Zareen guna untuk mengkategorikan dia sebagai pandai layan budak.  “Pandai…kot. Saya dah biasa dengan budak-budak. Yelah, sedara-mara ramai. Kalau time raya tu, penuhlah rumah arwah Tok saya dengan budak-budak.”

Zareen senyum.

“Saya tengok, Cik Reen pun suka layan budak-budak.”

“Saya suka layan….anak.” Jawab Zareen dan senyum.

“Oh…” Zack mengangguk.  “Mesti Cik Reen pun ramai anak sedara…”

Zareen sekadar angkat bahu dan senyum lagi.

“Cik Reen percaya tak?”

“Percaya apa?”

“Sebelum ni, saya tak pernah jejak kaki ke rumah anak yatim.” Ujar Zack. “Walaupun saya anak yatim…”

“Dah besar panjang pun, boleh masuk kategori anak yatim ke?” Dalam tergelak, Zareen bertanya.

Zack turut ketawa. “Kira boleh masuk kategorilah tu…”

“Saya bersyukur sebab saya tak perlu pun tinggal di rumah anak yatim, lepas ayah saya meninggal dulu. Emak saya mampu lagi nak jaga saya. Saudara-mara saya ramai, rumah pun dekat-dekat. Saya tak perlu hidup susah macam budak-budak kat sini.” Zack menyambung kata. Matanya terlekat pada wajah Sarah yang masih ralit membelek kameranya. Suka benar Sarah dengan kamera.

“Budak-budak kat sini…pilihan apa yang dia orang ada? Terpaksa tinggal jauh dari keluarga. Hidup pun atas belas ihsan orang lain. Tapi, saya tak dengar walau sekalipun budak-budak ni merungut. Redha dengan takdir walaupun mungkin…budak-budak ni belum tahu apa maksud redha dan takdir.

“Macam Sarah ni…” Zack usap lagi kepala Sarah. Entah kenapa, Zack benar-benar tersentuh dengan Sarah. Cerita Sarah, tutur kata Sarah benar-benar jujur pada pendengarannya. Dan Sarah, masih mampu senyum dan ketawa dalam hidup yang serba kurang.

“Uncle…” Sarah menarik lengan Zack.

“Iya?” Sahut Zack.

“Kenapa aunty sedih?” Tanya Sarah. Matanya mengarah kepada Zareen.

“Errr…Cik Reen.” Panggil Zack. “Saya ada salah cakap ke?” Zack serba salah. Tadi, Zareen senyum dan ketawa. Sekarang, muram pula.

“Cik Reen…” Zack memanggil lagi. “Sorry?”

“Tak ada apalah. Saya cuma teringat pada…” Zareen tarik nafas.

“Pada siapa?”

Zareen senyum tawar. “Somebody.”

Zack angkat bahu. Tak apalah kalau tak mahu beritahu. Tak mahu memaksa.

“Awak ni…lembut hati jugak ya?” Zareen bersuara.

“Ikut situasilah…” Zack ketawa. Zareen kembali senyum.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2014 06:51 PM | Show all posts
lina21 posted on 11-4-2014 10:26 PM
berharap amy leh mengungguli dalam juara carta cinta si zack ni

Humakaihh... Juara carta cinta...  kelllleeessss ayat uols....

@Zamzam2013 Huhuhu. Dah tua bangka. Takdelah sedih bangat...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2014 10:39 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 13-4-2014 06:51 PM
Humakaihh... Juara carta cinta...  kelllleeessss ayat uols....

@Zamzam2013 Huhuhu. Dah tua b ...

iols cikgu lina, harus lah ayat kurlasssss!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2014 11:25 AM | Show all posts
interesting... hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2014 04:26 PM | Show all posts
tinggal jejak dulu ye zack...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2014 04:45 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 13-4-2014 06:48 PM
“Duduklah.” Pelawa Zack. Zareen senyum lalu mengambil tempat duduk di sebelah Sarah. Sarah yang p ...

ntah2 cikgu lina is awek vios putih tu x?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2014 08:50 AM | Show all posts
tak sabar nak tau ending cite ni... can't wait...
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 09:04 AM | Show all posts
sambung lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 10:10 AM | Show all posts
adeh....bila la si Zack ni nak pilih calon yg sesuai...or..memang seperti tajuk tu ke..Forever Alone...huhuhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2014 09:48 AM | Show all posts
lina21 posted on 14-4-2014 10:39 AM
iols cikgu lina, harus lah ayat kurlasssss!!

Ooo...uols lah Cikgu Lina rupanya....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 11:09 AM GMT+8 , Processed in 0.677310 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list