CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: transporter

UMRAH & HAJI X, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

   Close [Copy link]
Post time 12-8-2011 01:56 PM | Show all posts
Reply 1093# zamnie


    sy kat sana lagi dah tanam niat nak datang lagi coz memang rasa tak puas.. tp sy tetap bersyukur sy dapat buat umrah dengan ibu sy wpun banyak cabarannya... coz kita tak tau esok lusa camna kan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2011 02:00 PM | Show all posts
Reply 1096# jellybee


    terimakasih... sy sebenarnya masih dlm mood sana lagi...asyik teringat2 jer suasana sana... ni pun selalu tengok kat tv9 solat terawih... dok bayangkan kalau la masa tu kita kat situ... tentu seronok..
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 02:02 PM | Show all posts
Reply 1099# irbudan


    t.kasih... mudah2an...  doa2 sy dimakbulkan...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 02:47 PM | Show all posts
Reply 1099# irbudan

Betul tu. Amalan berdoa merupakan suatu tuntutan yang amat digalakkan oleh Allah SWT dan RasulNya. Banyak ayat-ayat Al-Quran mahupun hadis ada menyebut tentang berdoa. Antaranya: “dan Tuhanmu berfirman : berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku-perkenankan bagimu.” (al-Mu’min: 60) dan “berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendahkan diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas (tentang apa yang diminta dan cara meminta).” (al-A’raf : 55).

Rasulullah SAW bersabda “Doa itu ialah ibadat.” (Riwayat Bukhari). Rasulullah SAW mengamalkan pelbagai doa seharian bermula dari baginda bangun daripada tidur sehinggalah waktu untuk tidur semula. Begitu juga bacaan doa dalam menghadapi apa jua dugaan dalam kehidupannya. Semoga setiap doa yang dipanjatkan akan dapat mengatasi segala permasalahan hidup dihadapi oleh setiap manusia.


Sesungguhnya doa seorang anak yang soleh kepada arwah ibu bapanya yang telah meninggal dunia adalah satu amalan yang boleh menjadi penyambung pahala mereka di alam barzakh. Sabda Rasulullah SAW: “Apabila mati seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan daripadanya dan doa dari anaknya yang soleh.” (Riwayat Muslim).
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2011 12:50 AM | Show all posts
Reply  frangipani

Alhamdulillah... slmt kembali!!!
zamnie Post at 12-8-2011 09:27



   terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2011 12:56 AM | Show all posts
Reply 1101# serimelur


   samalah kita.. saya pun berdoa jgk, ingin kembali lagi ke sana sbb tak puas....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-8-2011 06:37 AM | Show all posts
Assalamualaikum..
ada sesiapa tahu maklumat terkini mengenai kuota tambahan haji untuk tahun 2011 tak?
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2011 12:34 AM | Show all posts
Assalamualaikum..
ada sesiapa tahu maklumat terkini mengenai kuota tambahan haji untuk tahun 2011 t ...
osaia1 Post at 13-8-2011 06:37



    saya baru pergi khamis lepas ke aras 30, TH. Dia orang cakap masih belum ada, ntah2 tak ada.. Tu yg dia org cakap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2011 07:41 AM | Show all posts
siapa ada senarai blog pengalaman beribadah haji, untuk saya jadikan panduan..terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2011 01:58 PM | Show all posts
Tuan boleh join facebook 'Pengalaman Haji dan Umrah'.

http://www.facebook.com/groups/110005285699553/
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2011 02:21 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2011 06:00 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 08:40 AM | Show all posts
Post Last Edit by Cattleya at 16-8-2011 12:49

Kawan bagitau kena bawak Al Quran dari sini kerana katanya dari Mashaf/Resm yg lain.  Tetapi yang saya ingat Al QUran berbagai Resm  banyak disediakan di Masjidil Haram.  Apa cadangan ustaz.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 09:32 AM | Show all posts
Al-Quran yang selalu kita baca sekarang ada mengikut resam Uthmani yang juga resam yg paling luas di gunakan di merata negara.  Bezaannya dengan resam lain adalah Qiraatnya yang berbeza, hanya beberapa perbezaan kecil dari sudut baris, tanda2 hukum tajwidnya serta beberapa tanda khusus lain.

Memang kita ada dengar beberapa kes jemaah haji kita membaca Al-Quran yang mereka sangka ‘salah cetak’ atau ‘palsu’ di Masjidil Haram. Ini adalah kerana di sana banyak Al-Quran diwakafkan.

Jadi tidak perlu membawa Al Quran sendiri, kerana terdapat banyak Al Quran resam Uthmani di sana. Saya lebih menggalakkan kalau kalau kita beli Quran di kedai di sana, bacanya dan kemudian kita letakkan di rak Al Quran sebagai wakaf. Bayangkan kalau setiap hari kita wakafkan sebuah Al Quran, dan orang lain dapat membaca wakaf kita itu... bukankah itu lebih mulia?
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 10:18 AM | Show all posts
Terima kasih ustaz atas pandangan & cadangan tersebut. Kami amat menghargainya.

Semoga Allah akan mempermudahkan ibadah dan diterima olehNya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 11:23 PM | Show all posts
Alhamdulillah...Kak Ros dah balik dari Umrah...
Sekejap aje masa berlalu..18 hari..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2011 07:56 AM | Show all posts
dah balik dah? Alhamdulillah... sihat ke dia?
Tak sabar nak dengar cerita ceriti dia...
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 12:59 PM | Show all posts
Reply 1117# ustaz


Alhamdulillah Kak Ros sihat..Dengar suara dia pun dah tau..ceria dan bersemangat..
Alhamdulillah dalam umur yg menghampiri 60..Kak Ros kelihatan cergas..
Suka tengok Kak Ros..
Dapat ole ole Mekah yg dibeli di Mekah..
Bukan Ole Ole Mekah yg di beli di Indonesia..
Perasan masa pi Jakarta hari tu..Ada kedai namanya Ole Ole Mekah..
Siap kawan tu cakap..kalau tak sempat nak beli kat Mekah beli saja di sini..nanti dibilang beli di Mekah..
Masyallah..bohong pulak awal awal balik dari Tanah suci..ishh issh..   
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 02:20 PM | Show all posts
Post Last Edit by Rosputih at 17-8-2011 14:21

Assalamualaikum semua,

Alhamdullilah, rombongan kami telah selamat sampai ke tanahair awal pagi semalam.  Terima kasih juga atas doa rakan-rakan semua.

Bersyukur sangat dengan nikmat kurniaan Allah SWT yang tiada berpenghujungnya....
cuma kita hamba-hambanNya  khususnya diri ini yang sering lalai dan alpa...
Semoga kita semua sentiasa mendapat keampunanNya, dirahmati dan berada di dalam keberkatanNya..

Beribadat di tanah suci selalunya kita tidak terasa keletihan atau kepenatannya dan sentiasa saja aktif, walaupun setiap waktu dipenuhi dengan jadual yang padat, dan tidur  hanya beberapa jam sahaja.  Tapi bila kembali ke tanah air, barulah kita akan terasa keletihannya dan lenguh-lenguh seluruh badan dan selalunya kena  menqada' tidur dalam sehari dua .....

Insyaallah saya akan cuba paparkan nanti gambar terbaru tanah suci Makkah dan Madinah untuk mengubat kerinduan rakan-rakan semua....
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 04:33 PM | Show all posts
dah selamat kembali ye kak ros? alhamdulillah dpt jugak kak ros menunaikan ibadah puasa di sana.

x sabar nk tengok gambar yg kak ros ambil di sana.. terubat jugak rindu bila tengok gambar2 tu nanti.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 04:42 AM GMT+8 , Processed in 0.097718 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list