CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

ANAK CIKGU ZUL (SAMBUNGAN)... TAMAT 31/5/11

  [Copy link]
Post time 30-5-2011 04:21 PM | Show all posts
semua cakap romantik..
i pun x mau ketinggalan
romantiknya depa....
tiap2 bulan kaaa...
huhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2011 04:57 PM | Show all posts
Reply  mijot

Tu lah pasal....tapi realitynya nak cari somi gini satu dalam seribu kot...
allamanda Post at 30-5-2011 15:41



btul tue...
somi sy pom kalu nka ckp love u, miss u..
kne tunggu mood dia ok...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2011 07:31 PM | Show all posts
Fuh romantiki di'amor tullah best best best
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2011 08:22 PM | Show all posts
lama sungguh Cik PAi Ayam candle light dinner sampai x balik umah...
padanla senyap sonyi je.... bilela nk update berita romantika de amour kat kmi disini...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2011 10:52 PM | Show all posts
sambung smiley.... sambung....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2011 11:12 PM | Show all posts
Reply  norim


kak, yang masih single semua berharap dapat cari suami mcm cikgu amir :loveliness ...
mijot Post at 29-5-2011 16:54



hero dlm cerita mestilah menarik

namapun cerita kan

khayalan semata mata
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-5-2011 11:13 PM | Show all posts
Reply 1095# midar


DA mesti lagi terror... cuma dia terlupa kot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2011 11:19 PM | Show all posts
Reply 1094# clatiniey79


kalau tiap tiap malam pokai lah cikgu amir

lagipun kalau sekali sekala baru lah syok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2011 11:20 PM | Show all posts
kak juna.... malam ni takan tak der n3... nak gak tau apa jadi pada MJ sarah gatal tuh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2011 11:22 PM | Show all posts
Kandungannya sudah masuk minggu ke 38. Detik yang di tunggu sudah semakin hampir. Perasaan Dahlia bercampur baur. Biasalah, baru kali pertama nak  jadi ibu. Teruja, takut, risau, tapi tak sabar nak tunggu kelahiran bayi ini. Begitu juga Amir. Doa tak pernah putus di pohon agar bayinya sihat dan selamat.

Sampai di muka pintu Desa Bumbu, Dahlia meninjau mencari kelibat kawannya. Sudah lama mereka tak berjumpa sebab kekangan masa. Ellisya segera melambai bila terpandang Dahlia yang nampak manis dengan jubah dan bertudung ala Yuna. Restoran yang popular di kalangan pengunjung KLCC itu masih kosong memandangkan belum waktu makan bagi pekerja ofis.

“ Oi, mak buyung. Jalan perlahan lahan.” Dahlia cuma senyum. Dia menarik kerusi dan melabuh punggung yang sudah melebar dari saiz asal. Berat badannya naik hampir 10 kilo. Tapi syukurlah, dia tak punya masaalah sakit belakang mahupun kaki bengkak.  Semua aktiviti berjalan seperti biasa cuma dia sukar memandu sendiri sebab perut sudah hampir sampai ke stereng.

“ Bila kau nak bersalin? Baby dah turun lah. Kalau perut macam ni, dah tak lama lagi”

“ Pandai lah kau. Sejak bila kau belajar ilmu perbidanan ni? Dr Seri kata dalam dua minggu lagi. Tapi lagi cepat lagi bagus. Aku tak sabar lah nak tengok baby ni” Perutnya di usap. Tindakbalas gerakan bayi membuat dia senyum. Boleh tahan lasak baby aku ni. Ke hulu ke hilir dia buat pergerakan gimnastik dalam perut aku. Dia dengan Amir tekad tidak akan bertanya seks bayi. Biarlah surprise.

“ Kau tak takut kah? Mesti sakit gila”

“ Choyyy sangat kau! Nanti kau pun akan rasa juga tau. Dr Seri kata sekarang ramai guna epidural. Jadi rasa sakit kurang sikit. Eh, aku dah lapar. Bila nak order?” Dahlia mencari pelayan.

“ I dah order  siap siap. Dendeng daging, sambal tumis udang dengan sayur lodeh. Okay?”

Kecur airliur Dahlia. Dia mengangkat ibu jari kanan. “ Memang okay sangat. Eh apa cerita kawan kita Najwa? Lama benar dia nak dapat internet” Selepas berkahwin Najwa mengikut suaminya ke Miri. Trio Charlie’s Angel terpaksalah berpisah jasad.

“ Nasib baik kau ada lagi di KL. Kalau tak, sunyilah aku. Bila masing masing dah kahwin , susah kita nak jumpa kan? Kadang kadang aku rindu zaman kita bujang dulu.” Wajah Dahlia beriak sayu sejenak tapi terus bertukar ceria bila nasi dan lauk di hidang. Fuhh… kalau mak mertua lalu pun tak nampak. Tapi kalau Mummy lalu disini memang matilah aku. Mesti kebas telinga kena leter sebab keluar rumah seorang diri. Takut sangat cucu dia lahir di tengah jalan.


“ Relaks lah. Ada dua bulan lagi sebelum aku kahwin. Lepas ni kita pergi cari kasut dan beg untuk hantaran aku ya. Sekarang tengah banyak sale. Rugi kalau tak beli. Kau larat tak?” Dahlia menelan nasi sebelum menjawab.

“ Kalau setakat dalam KLCC aku okay jer. Dr Seri pun galakkan aku banyak berjalan. Biar otot kuat dan ada stamina, senang nak bersalin nanti. Eh, tarikh kahwin kau dah confirm tak? Jangan lah kau buat masa aku dalam pantang”

“ Of course lah. Mana boleh kau dengan Wawa tak ada  masa aku kahwin? Lepas tok kadi dan pengantin lelaki, korang berdua lah orang paling penting. VVIP tau” Meledak tawa Dahlia

“ Tak baik lah kau ni Sya. Kecil hati mak bapak dengan mertua kau kalau dia orang dengar. Anyways, aku terlupa pula. Tadi lepas aku check website, ada order untuk 10 helai tudung. Dahsyat business kita sekarang sejak  Kak Jue tolong promote.”

Sejak Najwa berpindah mengikut suaminya, Ellisya tinggal di Setiawangsa bersama sepupunya Julia, seorang pegawai bank. Jaringan pembeli mereka semakin meluas di kalangan pekerja bank. Kadang kadang tak menang tangan di buatnya. Syukur Alhamdulillah. Sementelahan dia punya masa terluang, Dahlia mengambil alih tugas Najwa di Tudung NaSya.

“Aku terfikir juga nak buat business full time lepas kahwin nanti. Abang Jim pun tak suka sangat kerja aku sekarang. Selalu sangat balik lambat. “ Dahlia menyembunyikan senyum bila mendengar nama manja Nazim. Baru bertunang dah ber-abang abang.

“ Kalau macam tu berhenti sajalah. Tak baik lawan cakap suami tau” Dahlia sengih melihat mata Ellisya yang terjegil. Dia meneguk air untuk hilangkan kepedasan. Kaw gila sambal tumis udang di sini. Bukan aku tak boleh buat sendiri tapi sekali sekala nak juga rasa air tangan tukang masak professional.

“ Amboi..amboi. Dulu siapa yang asyik kompelin sebab Amir tak bagi kerja? Sekarang bukan main lagi nak kenakan aku. Kau tu tak apalah, laki kau kencang. Nazim cuma peguam syarikat. Aku takut kalau miss syoru nanti”

“ Insyaallah rezeki ada di mana mana. Sekarang untung kita dah lebih RM 1 ribu sebulan. Nanti kalau kau dah berhenti kerja, kita go all out.  Aku ingat nak  tambah produk. Apa kata kita beli kain di Jakarta, pastu jual di sini. Kain di sana murah.” Dahlia makin teruja. Seronok kalau Ellisya berhenti kerja, aku ada kawan. Nia pun sudah berhenti kerja tapi banyak masa di luangkan untuk menjaga ibunya yang mengidap sakit buah pinggang. Lagipun mood Nia kebelakangan ini tak begitu baik kerana Datuk Azmi sering ke London untuk menjenguk anak anak dan Datin Elly. Itulah padahnya berkongsi suami.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2011 11:26 PM | Show all posts
“ Amir apa khabar? Busy lagi kah dia?”

“ Macam biasa . Tapi sekarang dia asyik ulang alik ke Tanjung Malim. Suka sangat dia bila Perkasa dah beli kolej. Nama kolej itu  pun dia yang pilih, Kolej Imtiaz. Kalau bukan pasal mak mertua aku, rasanya dia ajak aku pindah ke sana kot.” Dia tumpang gembira. Hajat Amir untuk mendidik anak bangsa tercapai juga. Walaupun tidak menjadi guru tapi dia di lantik menjadi ahli lembaga pengarah. Banyak tenaga Amir di curahkan untuk menaikkan prestasi kolej itu.

Ellisya tiba tiba merendahkan suara “ Lia, ada perempuan asyik dok pandang kau. Aku dah perasan dari tadi. Kau jangan toleh sekarang. Dia duduk selang dua meja dari kita.”

Dahlia di landa gusar. Siapa pula yang  tengah usha aku? Tak mungkin Sarah, dia sudah di tukarkan ke Iskandar Development di Johor . Samada dia yang minta di tukarkan atau secara kebetulan, aku tak tahu.Tapi tak kisahlah janji rumahtangga aku aman tenteram.

“ Macam mana rupa dia? “ Tanya Dahlia.

“ Pakai tudung, kulit cerah. Cantik jugalah. Badan sedang sedang. Tua dari kita. Muka dia serius.  “ jawab Ellisya dengan wajah selamba. Dahlia tak sedap hati. Sebiji macam Sarah.

“ Kau dah habis makan? Jomlah kita pergi shopping”  Pelayan segera datang bila di gamit. Lima minit kemudian mereka beredar. Dahlia sempat menjeling ke meja yang di maksudkan. Sah! Memang itu Sarah. Perutnya mula rasa tak sedap. Sama ada penangan sambal tumis udang atau kehadiran Sarah, dia tidak pasti.

Mereka menghabiskan dua jam membeli belah. Ellisya membeli beg dan kasut jenama Furla untuk hantaran. Sepanjang berada di situ Dahlia di pagut rasa kurang enak, seolah dirinya di perhatikan. Aaah... jangan paranoid lah.Takkan Sarah nak apa apakan aku di khalayak ramai. Bodohlah kalau dia buat macam tu.

“ Sya, aku nak pergi toilet. Nanti aku cari kau kat sini”  Ellisya yang kusyuk membelek alat kosmetik mengangguk. Dahlia keluar dari Parkson menuju bilik air. Setelah mengeluarkan sisa toksik, dia membetulkan tudung depan cermin.

“ Hi Dahlia. Lama tak jumpa” Sarah keluar dari kamar tandas belakangnya dengan senyuman. Entah kenapa, Dahlia rasa senyumannya “ terlebih gula”.

“ Eh, Sarah. Apa khabar?” Tudungnya di pin cepat cepat. Tandas perempuan itu kosong kecuali mereka berdua. Bulu romanya berdiri. Seriau.

“ Tunggu lah kejap. Are you in a hurry?” Ramah pula akak ni.

“ A’ah. I temankan kawan I beli barang hantaran. Dia tunggu kat Parkson.” Perutnya mula memulas walaupun dia baru melalui proses “ nyahtoksik”.  Sakitnya menjalar hingga ke tulang sum sum. Kenapa ni? Takkan aku allergi dengan Sarah sampai badan aku bertindak balas begini. Dahlia tersandar di dinding.

“ Are you okay?”

“ Okay.. okay..I’m ok. Tak ada apa apa” Dahlia menarik nafas bila rasa sakit tadi berkurangan. Dia mempercepatkan langkah mencari Ellisya.

“ Boleh tak bagi I handphone number you?” Tanya Sarah sambil mengeluarkan telefon bimbit. Dahlia terkejut. Apahal akak ni ? Bahaya bagi  maklumat peribadi kat bekas kekasih suami aku. Entah apa apa dia buat nanti.

“ Er .. sebenarnya I nak tukar service provider. Maxis mahal lah” Alasan yang agak lame, kata orang putih.Wajah Sarah mempamerkan riak tak percaya.

“Dahlia, I minta maaf sebab ganggu Amir dulu. Masa itu I betul betul sunyi dan perlukan kawan. Tapi sekarang I dah jumpa someone. I minta handphone number sebab senang nak contact kalau I buat kenduri nanti, bukan sebab nak kacau Amir. Tapi kalau you tak nak bagi, tak apalah.. I hantar email ke ofis Amir” Dahlia di himpit rasa bersalah. Tak pasal pasal dapat dosa kering sebab buruk sangka.

“ You nak kahwin? Congratulations. Dengan siapa?”  Senyuman memekar di bibir Dahlia. Selamat laki aku.

“ Someone I met in JB. Dia subcontractor untuk my company punya project. Nama dia Datuk Hamidi.  Kita plan nak kahwin awal tahun depan. Anyway I have to go, my fiancé is waiting. ”  

“  Bye” Wah, Sarah akan bergelar Datin tak lama lagi. Tiga bulan lagi dah sambut tahun baru.

Ellisya menghantar mesej mengajak Dahlia ke surau untuk solat dulu sebelum sambung shopping. Sebaik menaiki eskalator, kesakitan yang perit melanda semula. Muka Dahlia berkerut.  Cecair  panas mengalir turun ke kakinya. Ini tanda aku nak bersalin kah? Tapi tak mungkin, doctor kata ada dua minggu lagi. Peluh sejuk mula membasahi tubuh. Kepalanya terasa ringan  dan pandangannya berbalam. Tubuhnya terjelopok di tangga escalator dan dia terguling jatuh. Jeritan orang di sekeliling makin sayup.


....................................................................................................................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2011 11:31 PM | Show all posts
Bilik konferens di ketuk semasa mesyuarat rancak di jalankan. Amir sedang membentangkan laporan kewangan Perkasa Holdings pada lembaga pengarah. Meskipun keadaan ekonomi tak menentu, kedudukan Perkasa Holdings masih stabil. Beberapa pelabur asing menunjuk minat untuk membeli saham syarikat dan mereka sekeluarga sudah pun berbincang sama sendiri. Puan Sri Sabihah ingin berehat sepenuhnya. Masa tua sepatutnya di penuhi dengan ibadah, bukan dengan mengatur strategi perniagaan di bilik mesyuarat.

Pintu di buka dan Puan Rahimah mengintai. “ Tuan Amir, ada urgent call”

Amir mendecit. Siapa pula mengacau masa aku tengah sibuk ni? Hilang momentum aku.

“ Dahlia kat hospital” tutur Puan Rahimah. Amir terus meminta diri dan meluru keluar. Jarak antara bilik mesyuarat dan ofisnya yang tak sampai 10 meter dirasakan ber batu jauhnya. Dengan termengah, telefon atas meja PA nya di angkat.

“ Hello, Amir here. What happened to my wife? Dia di mana?” Suaranya tinggi

“ Puan Dahlia di Prince Court. Encik boleh datang sini? Isteri Encik ada masaalah sikit.”

Amir mengelap peluh di dahi. Apa jadi pada Dahlia? Mungkin dia dah nak bersalin. Tapi kalau dia nak bersalin kenapa bukan dia sendiri yang telefon aku. Ya Allah, kau selamatkan lah Dahlia dan anak aku. Hampir setengah jam kemudian dia sampai ke Prince Court dan terus di bawa ke delivery room. Keadaan bilik yang menempatkan Dahlia sibuk dengan jururawat yang keluar masuk. Dahlia kelihatan lemah dan pucat. Dr Seri sedang memerhati alat yang memantau keadaan bayi dalam perut.

“ Macam mana dengan isteri saya?”  Amir mengenggam tangan Dahlia. Sejuk. Bibir Dahlia bergerak tapi tiada suara yang keluar.

“ Dia terjatuh dan berlaku haemorrhage. Dia kehilangan banyak darah sebab uri dia terkoyak. Nadi bayi makin lemah.” Luruh hati Amir. Dia terduduk di katil.

“ Lia, Abang ada sini. Lia kena kuat ya , sayang. “ Ya Allah, selamatkanlah isteri aku dan anak aku.

“ Di mana dia jatuh? Macam mana semua ini berlaku? Is she in danger? Do something, doctor. Tolonglah” rayu Amir. Matanya bening bila Dahlia jari Dahlia bergerak dalam genggamannya.

“ Encik Amir, please be calm. We are trying our best.” Dr Seri menyelak selimut yang menutup kaki Dahlia. Dari muka nya Amir dapat meneka yang doctor muda itu tengah runsing. Arahan di beri pada jururawat yang segera bergegas keluar.

“ Kami kena bawa Dahlia ke OT. Pendarahan masih belum berhenti. Kita kena bedah dia sekarang. ”

“ Dia dengan baby akan selamat? Please Dr Seri. I tak mahu kehilangan Dahlia” Amir gugup. Dia meraup muka. Dari bahasa tubuh Dr Seri dan suasana tegang dalam bilik, dia dapat meneka yang keadaan Dahlia kritikal. Inilah dugaan paling hebat dalam hidupnya.

“ Berdoalah supaya mereka selamat. Terus terang risiko nya tinggi. Tekanan darah Dahlia sangat rendah.” Dunia Amir jadi gelap. Jantungnya seakan berhenti.

“ A..mir... a..bang” Halus suara Dahlia seakan berbisik.Amir mendekatkan mukanya.

“ Ya, sayang. Abang ada sini. Jangan risau. You will be okay” Dia mengusap rambut Dahlia dan mengucup dahinya. Macam ais.

“ Terimakasih abang. “ Nafasnya di hela dengan payah. “Lia syukur di beri peluang untuk jadi isteri abang dan mengandung zuriat abang.” Amir mengesat airmata yang gugur dari tubir mata Dahlia

“Halalkan makan minum Lia. Ampun semua salah silap Lia. Lia selalu lawan cakap abang.”

“ Kenapa Lia cakap macam ni? Lia akan selamat. Bila Lia buka mata , Lia akan nampak abang. Abang akan tunggu di sini. ”

“ Jangan tunggu lama sangat. Tak elok menduda lama lama. Abang kan hot stuff.”
Untuk sejenak riak nakal terpamir di wajah Dahlia.

“Lia.. jangan cakap macam tu. Abang tak suka. Abang cuma sayang Lia seorang sampai bila bila.” Airmata Amir sudah tidak tertahan lagi. Wajah Dahlia di kucup berkali kali tanpa segan silu.

“ I love you, Cikgu Amir. Redhakan Lia. Lia takut....” Suaranya makin sayup.

“ Jangan takut sayang. Ingat Allah. Mengucap dan baca salawat. Insyaallah Lia selamat” Amir tak mampu menahan sendu.

Bibir Dahlia yang sudah kebiruan kumat kamit mengucap dua kalimah syahadah. Dahlia memejam mata sebaik jururawat menyucuk lengannya dengan ubat penahan sakit.

“ Maaf Encik. Kita kena siap isteri Encik untuk di bedah. Encik kena tunggu diluar.” Jururawat memberi arahan. Amir melangkah pantas ke surau. Cuma Allah tempat aku meminta.

..........................................................................................................................
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2011 11:34 PM | Show all posts
saspennya...
harap dahlia dgn baby selamat...
sarah punya pasal la ni...
tak pasal2 sarah kena
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2011 11:42 PM | Show all posts
eeeiiiiii... jangan ler jadi apa2 kat dahlia n baby... tu ler dahlia ni degil la... duk diam2 kat umah tak leh ker... suka je merayap sana sini... jumpa lak si MJ sengal tuh... kan dah haruu..
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2011 07:49 AM | Show all posts
semoga selamat...
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2011 08:14 AM | Show all posts
saspen...saspen.... sabar jelah si lia ni, siap suh amir jgn menduda lama2...huhuhu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2011 08:25 AM | Show all posts
uish..suspen ni...mintak2la lia ok......
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2011 09:05 AM | Show all posts
jgnlah jdk aper2 kat Dahlia n baby....
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2011 09:22 AM | Show all posts
saspendek betull ah lia ni,,,, jangan2 amir mimpi jerrrrrr..

cepat dr. seri slamatkan cik pai .....
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2011 09:23 AM | Show all posts
Reply 1107# sang_arjuna

sbb terlupa la kena masuk kelas selalu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 12:25 PM GMT+8 , Processed in 0.061761 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list