CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: yipun78

BERITA AKHBAR MENGENAI ATM & PDRM

[Copy link]
Post time 19-6-2009 10:21 PM | Show all posts
when muslim are killed,international communities just take it easily.but when one of them is killed,one country will be punished.....:@


Originally posted by Debmey at 19-9-2005 01:41
The terrorists have been murdering people in /southern Thailand.
The least you ppl could have done is to investigate all claims first.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2009 03:06 PM | Show all posts
Pengkalan Kapal Selam TLDM 97 Peratus Siap

SEPANGGAR, 22 Jun (Bernama) -- Projek pembinaan pengkalan kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Teluk Sepanggar di sini kini sudah 97 peratus siap.

Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor berkata projek nasional bernilai RM420 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-sembilan itu dijangka siap sepenuhnya sebelum 31 Julai ini.

Beliau berkata pengkalan itu akan diserahkan kepada klien iaitu TLDM di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia pada akhir bulan Ogos.

"Ia kini di peringkat terakhir yang begitu penting, iaitu peringkat 'testing dan commissioning'. Luas keseluruhan pengkalan ialah 320 ekar (128 hektar), termasuk kemudahan tempat tinggal, pejabat, 'shooting range' dan lain-lain," katanya kepada pemberita selepas melawat pengkalan itu di sini hari ini.

Projek yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) itu bermula pada Februari 2007, bertujuan untuk menyediakan fasiliti dan infrastruktur buat dua buah kapal selam jenis Scorpene.

Pengkalan itu juga memuatkan satu pelantar terapung sepanjang 18 meter yang mesra alam dan tidak mengganggu hidupan laut, dimana menurut Shaziman ketika ini hanya terdapat satu atau dua pelantar terapung sedemikian di dunia.

"Yang membanggakan juga projek ini dilaksanakan dengan majoriti pekerja iaitu lebih kurang 70 peratus adalah rakyat Malaysia, dan pada waktu puncak, jumlah pekerja mencecah 900 hingga 1,000 orang.

"Ini menunjukkan warga Malaysia mampu membuat kerja yang memerlukan kemahiran. Lebih membanggakan, projek ini banyak menggunakan sistem binaan industri (IBS) sebagaimana yang dicadangkan oleh pihak Kementerian," katanya.

Shaziman yang tiba di Sabah kelmarin, turut melawat pejabat Skim Pengurusan Trafik Jalan Kepayan di Kota Kinabalu.

-- BERNAMA


97.. 98.. 99.. 100%... macam download file plak!
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2009 03:35 PM | Show all posts
Post Last Edit by mmc at 22-6-2009 15:45

Post Last Edit by mmc at 22-6-2009 15:38

wah..interface baru pun cepat aja antu nenen bertenggek.. aiik ni lagi best..tulis standupper post kat sini, tapi lansung tak ada ni

emmm ini 3rd edit aku..baru sekarang posting si stand keluar..power tul antu nenen nyorok ni..stand sure dah lemas punyer ekekekkekek
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2009 07:21 PM | Show all posts
Macam reduced scale Armidale-class Royal Australian Navy punya bot peronda...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2009 10:57 AM | Show all posts
Kapal Auxiliary Bunga Mas 5 awasi keselamatan kapal dagang Malaysia

KUALA LUMPUR: Pelayaran Kapal Auxiliary Bunga Mas 5 (BM5) ke Teluk Aden semalam membuktikan kerjasama dan perkongsian strategik antara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC).

Panglima Armada TLDM, Laksamana Madya Datuk Ahmad Kamarulzaman Badaruddin berkata perkongsian strategik itu turut menggabungkan kekuatan pasukan tetap Angkatan Tentera Malaysia termasuk TLDM dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang diserap ke dalam Pasukan Simpanan Sukarela TLDM (PSSTLDM) bagi menjaga keselamatan kapalkapal dagang Malaysia di Teluk Aden.

"Kapal BM 5 telah melakar sejarah tersendiri apabila buat julung kalinya menjadi kapal dagang pertama yang ditranformasikan menjadi sebuah kapal Auxiliary TLDM.

"BM 5 yang bersaiz 132.8 meter panjang dan mempunyai lebar 22.7 meter berupaya beroperasi dalam kelajuan lebih 17 knot. Kapal ini turut dilengkapi dengan 'hangar' bagi menempatkan pesawat Superlynk dan bot tempur milik TLDM untuk melaksanakan operasi defensif mahupun ofensif apabila diperlukan," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Ahmad Kamarulzaman berkata kapal itu telah memulakan pelayaran sulungnya dari Jeti Operasi Pangkalan TLDM Lumut pada pukul 8.10 pagi tadi dengan diketuai Komander Ahmad Zaki Abdullah bersama-sama 59 krew kapal. Katanya, usaha menyerapkan salah sebuah kapal MISC ke dalam inventori TLDM adalah satu langkah yang bijak dan merupakan penyelesaian jangka panjang terhadap keselamatan aset dagangan negara.

"Kapal Auxiliary ini mempunyai keupayaan yang tinggi dan secara tidak langsung ia dapat memastikan kapalkapal dagang Malaysia dan kepentingan aset maritim di Teluk Aden tidak diancam," katanya.

Kapal Auxiliary BM 5 itu dijangka beroperasi di Perairan Teluk Aden dalam tempoh tiga bulan sehingga penghujung September ini.

Siri kejayaan Operasi Fajar atau 'Ops Fajar' yang dilaksanakan TLDM sebelum ini terbukti apabila TLDM berjaya menyelamatkan dua buah kapal MISC iaitu MT Bunga Melati 5 dan Mt Bunga Melati 2 yang ditawan lanun tahun lepas.

MT Bunga Melati 5 bersama 41 anak kapal iaitu 36 rakyat Malaysia dan lima warga Filipina ditawan lanun di perairan Teluk Aden, dalam pelayaran dari Singapura ke Yanbu, Arab Saudi.

Sepuluh hari sebelum itu, MT Bunga Melati 2 yang membawa muatan minyak sawit bersama 39 anak kapal, turut ditawan lanun di perairan yang sama. BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2009 08:52 PM | Show all posts


RMAF And RTAF Conclude Air Thamal Exercise With Symbolic Wings Presentation

BUTTERWORTH, June 25 (Bernama) -- The 19th Air Thamal Exercise, an annual bilateral exercise between the Royal Thai Air Force (RTAF) and Royal Malaysian Air Force (RMAF) concluded with a symbolic wing presentation at the RMAF Butterworth Air Base here Thursday.

Four recipients, two each from their respective forces, received their wings at a brief ceremony at the end of the Air Thamal Exercise.

Recipients from RMAF were Brigadier General Datuk Ansar Ali Majeth and Colonel Sanusi Sameon while RTAF were represented by Air Marshal Srichown Charuang and Air Vice Marshal Songtam Chokhanapitag.

Deputy chief of RMAF, Lieutenant General Datuk Seri Bashir Abu Bakar, who also presented the wings to the RTAF recipients, said the exercise, which involved 208 RMAF officers and 132 RTAF officers and other ranks was aimed at enhancing the interoperability of the two Air Force in conducting combine exercises.

Also present was RTAF Assistant Commander-in-Chief, Air Chief Marshal Dilok Songgalayanawat, who earlier presented wings to the two RMAF officers.

Bashir said the 10-day bilateral exercise which started on June 15, focused on air operation to establish effective air space protection procedures and to enhance closer understanding and friendship between the two forces.

"The exercise successfully covered four scopes of missions which were Air Defence, Counter Air, Air Interdiction and Combat Search and Rescue (CSAR)," he said.

In addition, he said, six types of aircraft were involved in the exercise, namely F/A-18D Hornet, Hawk 108/208, S61A Nuri, CN235, F5E/F and BELL 412.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-6-2009 09:00 PM | Show all posts
sekitar gambar air thamal 19/2009







Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2009 09:02 PM | Show all posts




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2009 09:00 AM | Show all posts
Teluk Sepanggar pusat kapal selam berlabuh
Oleh Hassan Omar
[email protected]

SHAZIMAN (kiri) mendengar taklimat mengenai projek pembangunan pangkalan kapal selam Tentera laut diraja Malaysia (TldM) Teluk sepanggar, Kota Kinabalu, baru-baru ini.

KAPAL selam pertama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) jenis Scorpene, KD Tunku Abdul Rahman bakal berlabuh megah di Pangkalan Kapal Selam TLDM Teluk Sepanggar, dekat Kota Kinabalu, awal September ini.

Kapal selam kedua, KD Tun Razak pula akan menyusuli kehadiran KD Tunku Abdul Rahman di pangkalan berkenaan awal tahun depan, sekali gus melengkapi sistem pertahanan laut negara yang sebelum ini diperkukuh melalui operasi pelbagai jenis kapal perang.

Jeti di pangkalan berkenaan yang menyediakan perairan sedalam 18 meter, mampu menerima kehadiran kedua-dua kapal selam konvensional dengan panjang keseluruhan lebih 67 meter dan boleh beroperasi hingga kedalaman lebih 300 meter itu.

Setakat ini, 96.5 peratus daripada kerja keseluruhan pembinaan pangkalan bernilai RM420 juta itu sudah siap dan bakal disempurnakan menjelang 31 Julai ini bagi membolehkannya menerima kehadiran KD Tunku Abdul Rahman.

Sehubungan itu, KD Tunku Abdul Rahman yang bakal tiba di Pelabuhan Klang pada Julai ini akan ditempatkan di Pangkalan TLDM Teluk Sepanggar di bawah pentadbiran Wilayah Laut 2 TLDM.

Sekarang, kerja akhir menyiapkan pangkalan berkenaan masih dipantau Kementerian Kerja Raya sebelum diserahkan kepada Kementerian Pertahanan, hujung Ogos ini.

Ketika melawat kerja pembinaan berkenaan baru-baru ini, Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor, jelas berpuas hati dengan kualiti kerja syarikat kontraktor utama, Trans Resources Corporation Sdn Bhd (TRC).

Pangkalan di kawasan seluas kira-kira 80 hektar itu mula dibina pada Februari 2007 dengan mengaplikasikan konsep reka dan bina bagi menyiapkan pembinaan jeti pontoon konkrit terapung pertama yang berfungsi sebagai pemecah ombak dan kemudahan kapal selam berlabuh.

Jeti sepanjang kira-kira 300 meter itu mampu menerima dua kapal selam berkenaan dan audit dilaksanakan Jabatan Kerja Raya (JKR) setakat ini tidak menemui masalah besar dalam projek berkenaan.

Mengiringi Shaziman dalam lawatan itu ialah Panglima Wilayah Laut 2 TLDM, Laksamana Pertama Datuk Syed Zahiruddin Syed Osman dan Pengarah Urusan TRC, Datuk Seri Sufri Mohd Zin.

Selain membina pangkalan kapal selam, TRC juga menyiapkan pembinaan kemudahan lain seperti bangunan utama pentadbiran dan asrama skuadron serta `bunker' melalui pendekatan sistem binaan industri (IBS) yang mampu memendekkan tempoh pembinaan, kawalan kualiti binaan, meminimumkan ruang kerja dan mesra alam.

Bagi memastikan pangkalan itu berfungsi dengan sempurna, TRC menggunakan tenaga pakar dari Perancis dan Jerman bagi membolehkan ia turut berfungsi sebagai pusat penyelenggaraan.

Kedua-dua kapal selam menggunakan sistem penjanaan tenaga diesel-elektrik itu dibeli Kementerian Pertahanan melalui peruntukan RM5.29 bilion yang dibina di Perancis dan Sepanyol.

Dari aspek penyelenggaraan, Kementerian Pertahanan bercadang mewujudkan kontrak dengan syarikat Boustead DCNS Naval Corporation Sdn Bhd bagi tempoh enam tahun.

Syarikat itu adalah usaha sama antara syarikat tempatan, iaitu BHIC Defence Technologies Sdn Bhd dengan syarikat dari Perancis, DCNS SA.

Seramai 150 pegawai dan anak kapal TLDM menjalani latihan pengendalian kapal selam di Sekolah Latihan Kapal Selam Malaysia di Pangkalan Laut DCN, di Brest, Perancis sejak 2004 bagi melayakkan mereka belayar pulang ke Malaysia.

Sebahagian daripada mereka menjalani latihan untuk menjadi krew kapal selam manakala sebahagian lagi dilatih sebagai krew simpanan, sokongan dan pengajar.

Latihan berkenaan membabitkan operasi di daratan dan di dalam kapal selam serta penggunaan sistem, senjata, pemerintahan, taktikal dan peperangan biokimia.

KD Tunku Abdul Rahman yang dilancarkan di limbungan DCNS di Cherbourg, Perancis pada Oktober 2007 ditauliahkan pada 25 Januari lalu.

KD Tun Razak pula dilancarkan oleh Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah di Cartagena, Sepanyol pada Oktober 2008 dan bakal ditauliahkan pada 25 Oktober ini. Ia dijangka belayar pulang ke Malaysia pada Januari depan dan tiba dua bulan kemudian.

Panglima TLDM, Laksamana Datuk Abdul Aziz Jaafar dilaporkan berkata, TLDM bercadang menubuhkan pusat latihan kapal selam di Teluk Sepanggar dengan menggunakan simulator.

Dalam beberapa tahun pertama operasi KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak, TLDM akan

mendapatkan bantuan Perancis bagi menubuhkan pusat latihan berkenaan dan meningkatkan kemampuan bagi melatih krew kapal selam berkenaan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2009 09:01 AM | Show all posts
Bangunkan industri pertahanan

Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA
[email protected]

KUALA LUMPUR 25 Jun - Malaysia perlu menjalinkan kerjasama dengan negara-negara ASEAN bagi membangunkan industri pertahanan sendiri untuk pasaran rantau ini pada masa depan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, melalui kerjasama itu, negara-negara anggota boleh mengeluarkan peralatan ketenteraan masing-masing dan memasarkannya di rantau ini.

Beliau bagaimanapun menegaskan, kerjasama dengan industri-industri pertahanan dari negara-negara pengeluar di Eropah dan Amerika Utara tetap diteruskan.

"Apabila wujud kerjasama antara negara-negara ASEAN, kita sudah tentu dapat mengurangkan kebergantungan kepada negara pengeluar yang lain," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) Ke-12 di sini hari ini.

Pameran dan persidangan itu yang akan berlangsung pada 19 hingga 22 April tahun depan dijangka disertai lebih 800 syarikat industri pertahanan daripada 40 negara.

Ahmad Zahid menjelaskan, kerjasama ASEAN itu bukan untuk mewujudkan persaingan sesama negara anggota sebaliknya ke arah memperkuatkan industri pertahanan di rantau ini.

Katanya, hasrat itu juga sejajar dengan sasaran Malaysia untuk menjadi hab pengeluaran industri pertahanan di rantau Asia dan dunia.

Katanya, ia juga bagi memastikan Malaysia terus memperoleh maklumat dan pengalaman untuk mengembangkan teknologi ketenteraan sendiri pada masa depan.

"Malaysia tidak mahu sekadar menjadi negara pengguna yang terpaksa menerima teknologi ketenteraan sudah usang dari negara pengeluar,'' katanya.

Mengenai isu penggantian pesawat pejuang MiG-29N yang digunakan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), beliau berkata, kementerian menerima tawaran beberapa organisasi yang berhasrat mahu membelinya.

Bagaimanapun katanya, perkara itu akan dibincangkan dengan Kementerian Kewangan terlebih dahulu bagi menentukan harga yang sesuai sebelum menjualnya.

"Pesawat pejuang itu akan dilupuskan dengan menjualnya kepada syarikat-syarikat tertentu atau ke negara-negara yang dibenarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),'' katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2009 09:02 AM | Show all posts
'Orang dapur' layak di barisan tempur
Oleh Ifwan Tun Tuah
[email protected]

SEBAHAGIAN daripada 21 anggota tentera wanita yang akan menyertai misi pengaman ke Lubnan pada majlis penyerahan bendera dan pemakaian beret Malcon east 4 di Kem Batu 10 Kuantan, semalam.

Polisi ATM belum benar wanita di Kor Infantri tetapi mereka boleh lakukan jika berpeluang

DULU wanita sering dilabel sebagai kaum yang lemah dan jarang diberi peluang menyertai kegiatan serta aktiviti lasak, apatah lagi bersama kaum lelaki mengangkat senjata berjuang di medan perang.

Malah, kata-kata sinis seperti wanita hanya layak berada di dapur seolah-olah sengaja dilemparkan kepada mereka bagi memperkecilkan peranan yang boleh disumbangkan kaum hawa ini.

Namun, seiring peredaran zaman, wanita membuktikan mereka mampu berdiri sama tinggi serta duduk sama rendah dengan lelaki dalam banyak perkara dan tidak terkecuali, bidang ketenteraan.

Bermula pada 1964, wanita diberi peluang menyertai Tentera Darat Malaysia (TDM) dan sejak itu sedikit demi sedikit meraih kepercayaan pihak atasan untuk diberikan tugas dan tanggungjawab lebih besar.

Jika dulu mereka hanya ditempatkan di bahagian sokongan tempur, kini sudah ada pegawai dan anggota wanita berjaya menempatkan diri dalam barisan hadapan iaitu Kor Armor Diraja.
WANITA boleh sertai mana-mana kor jika sanggup hadapi cabaran.

Malah, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin , berkeyakinan tinggi tentera wanita mampu pergi lebih jauh termasuk menempatkan diri di barisan tempur paling depan iaitu Kor Infantri.

Walaupun mengakui polisi ATM ketika ini tidak membenarkan tentera wanita turun ke medan tempur dalam Kor Infantri, beliau optimis mereka mampu melakukannya jika keadaan memerlukan.

Justeru, tidak hairan ketika merasmikan Seminar Wanita Tentera Darat (TD) di Wisma Pertahanan, di sini tidak lama dulu, beliau berjanji mempertingkatkan infrastruktur khusus untuk pegawai dan anggota wanita yang menyertai Kor Infantri pada masa depan.

Muhammad Ismail mengakui semua infrastruktur kor tempur itu disediakan khusus untuk pegawai dan anggota lelaki yang menjadi tunggak pasukan.
MUHAMMAD ISMAIL dan Pengerusi Jawankuasa hal Ehwal Wanita Tentera darat, Brigdier Jeneral Dr Roshidah Ishak (kanan) bermesra dengan anggota aTM wanita selepas menyempurnakan seminar Wanita Tentera darat di Auditorium Mindef, semalam.

“Kita pernah membuat projek perintis menyerapkan wanita dalam pasukan berkenaan tiga tahun lalu, namun mereka gagal melepasinya walaupun saya secara peribadi percaya wanita mampu melakukannya.

“Berikutan itu, kita hentikan sementara projek berkenaan. Bagaimanapun, kita akan cuba menyerapkan wanita mengikut keperluan dan pada masa sama menyediakan infrastruktur sesuai untuk mereka,” katanya.

Muhammad Ismail berkata, pada masa ini, Kor Infantri yang menjadi barisan depan TD hanya dianggotai lelaki, namun pasukan tempur lain iaitu Kor Armor sudah mempunyai anggota wanita yang berkemampuan seperti lelaki.

Beliau juga berkata, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya TD memberi peluang untuk peningkatan kerjaya wanita dan sentiasa berusaha memartabatkan serta mengiktiraf pembabitan mereka dalam pasukan itu.

Katanya, pihaknya tidak menghalang pegawai dan anggota wanita menyertai mana-mana kor yang diminati asalkan mereka sanggup menghadapi cabaran.

“Kita memberi peluang sama rata, malah peluang menyertai misi pengaman di luar negara dan membuktikan kemampuan melakukan misi dalam persekitaran berbeza, setanding anggota lelaki,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2009 12:45 PM | Show all posts
TUDM Sertai Pertandingan Mobiliti Udara Anjuran AMC USAF

WASHINGTON, 1 Julai (Bernama) -- Angkatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan mengambil bahagian dalam pertandingan mobiliti udara antarabangsa anjuran Pusat Pemerintah Mobiliti Udara (AMC) Tentera Udara Amerika (USAF) di Pangkalan Tentera Udara McChord, Washington, dari 15 hingga 25 Julai ini.

Pertandingan yang mendapat jolokan sebagai 'Rodeo Mobiliti Udara 2009' itu adalah pertandingan berkaitan Kesiapsiagaan Pasukan Mobiliti Udara yang memberi tumpuan kepada usaha menambah baik keupayaan mobiliti udara pasukan profesional di seluruh dunia.

Lebih daripada 100 pasukan dijangka mengambil bahagian, membabitkan 2,500 peserta dari 27 negara, menurut AMC USAF dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pangkalan Tentera Udara Scott di Illinois.

Kali terakhir pertandingan Rodeo itu diadakan ialah pada Julai 2007 di pangkalan Tentera Udara McChord.

Kenyataan itu memetik Pengarah Rodeo 2009 Mej Jen Brooks Bash sebagai berkata amat penting bagi AMC untuk meneruskan kegemilangan acara pertandingan utama itu.

Pertandingan itu bermula pada tahun 1956 dengan nama "Reserve Troop carrier Rodeo", dan pada tahun 1962, ia berkembang kepada ujian kemahiran tempur bagi membangun dan menambahbaik teknik serta prosedur semasa meningkatkan operasi mobiliti udara dan memupuk kesetiakawanan.

Pada tahun 1979, Rodeo berkembang lagi dengan kemasukan pasukan mobiliti udara tentera Amerika.

Rodeo menguji kemahiran krew semasa perlepasan dan mendarat, di samping berkaitan dengan kemahiran taktik khas, angkatan bersenjata, operasi udara, dan anggota pasukan penyenggaraan.

Ia juga menyediakan latihan bersama yang amat berharga buat semua peserta.

Matlamat utama pertandingan itu adalah untuk membangun dan menambah baik teknik serta prosedur yang meningkatkan keupayaan operasi mobiliti udara.

Pertandingan itu pastinya akan mengukuhkan matlamat bersama di samping menambah keakraban antara pasukan yang mengambil bahagian.

Pertandingan itu juga mempamerkan operasi pengangkutan udara terbaik dan membenarkan peserta untuk berlatih serta belajar menerusi pertandingan.

General Bash berkata pertandingan itu bukan sahaja melatih keupayaan pasukan, malah ia juga menyediakan forum bagi rakan antarabangsa untuk berkongsi pengalaman mengenai teknik dan taktik terbaik.

"Penambahbaikan dan kerjasama adalah penting dalam pembabitan berterusan operasi-operasi kontingensi luar negara," katanya.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2009 07:54 PM | Show all posts
[B]Tembakan Misil ASPIDE Bukti Keupayaan Armada TLDM[/B]

LUMUT, 2 Julai (Bernama) -- Penembakan misil ASPIDE yang berfungsi sebagai peluru berpandu permukaan ke udara oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini awal pagi ini membuktikan armada angkatan itu bersiap sedia dalam menangani sebarang ancaman terutama peperangan antiudara iaitu antara empat dimensi peperangan maritim masa kini.

Kejayaan penembakan misil itu turut dilihat menunjukkan keupayaan sistem persenjataan kapal milik TLDM serta kemampuan anggotanya dan firma tempatan yang terbabit dalam penyelenggaraan sistem tersebut.

"Secara keseluruhan, kejayaan penembakan ini telah memperkukuhkan tahap kompetensi operasi dan kesiagaan armada TLDM. TLDM sebagai barisan hadapan pertahanan negara sentiasa bersedia menangani setiap konflik yang bakal berlaku di perairan negara.

"Pertambahan aset baru seperti Kapal Ronda Generasi Baru dan kapal selam akan menambahkan lagi keupayaan TLDM sekaligus menjadikan TLDM antara tentera laut yang disegani dirantau ini," menurut kenyataan TLDM di sini Khamis.

Misil ASPIDE dilancarkan dari kapal penyerang iaitu KD Laksamana Hang Nadim awal pagi ini di Perairan Selat Melaka tepat mengenai serta memusnahkan sasaran udara yang ditunda oleh sebuah pesawat jenis LearJet.

Misil ASPIDE adalah antara misil antiudara yang dimiliki oleh TLDM bagi melengkapkan sistem persenjataan kapal dari kelas Laksamana yang kini telah menjangkau usia 26 tahun.

Walaupun begitu, keupayaan KD Laksamana Hang Nadim terbukti dengan kejayaan penembakan pagi tadi apabila misil tersebut berupaya melakukan pandu tuju melalui radar semi-aktif dengan ketepatan yang tinggi dan boleh mencapai jarak maksimun 20 kilometer dengan kelajuan 600 meter sesaat.

ASPIDE adalah sistem misil Itali yang dibangunkan dari sistem misil Amerika Syarikat AIM-7E Sparrow, yang paling sesuai digunakan bagi penembakan udara ke udara dan permukaan ke udara.

Misil ini telah mula digunakan pada tahun 1987.

Penembakan yang dijalankan hari ini turut melibatkan unit dan aset lain dalam TLDM yang bertanggungjawab dalam menyedia, merancang dan melaksanakan tugas secara berpasukan antaranya ialah KD Sri Inderapura, KD Perak, KD Laksamana Tun Abdul Jamil, KD Laksamana Tan Pusmah, helikopter FENNEC, bot CB90, Bahagian Penguasa Ujian dan Penilaian Sistem Persenjataan dan juga Depot Peluru dan Letupan TLDM.

Selain itu, Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) juga terlibat dalam aspek analisis serta penyelidikan pertahanan dalam penembakan ini.

"Dalam usaha penjimatan kos latihan penembakan, TLDM telah mengambil pendekatan dengan melaksanakan aktiviti penembakan ini bersampingan dengan siri latihan "Perang Pangkor" iaitu latihan operasi mingguan yang sedia ada.

Latihan ini adalah sejajar dengan konsep pengoperasian aset tempur TLDM, iaitu sentiasa terlatih dan siaga untuk digerakkan bila diperlukan," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA


Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2009 10:18 PM | Show all posts

BERITA AKHBAR MENGENAI ATM & PDRM

Post Last Edit by venez at 3-7-2009 17:45

http://www.klsreview.com/HTML/2009Jul_Dec/20090702_01.html

Lumut, KLS: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sekali lagi berjaya membuktikan kesiagaan dan keupayaan armada TLDM sejak penubuhannya 75 tahun yang lalu dalam aspek peperangan anti-udara dengan kejayaan penembakan Misil Anti-Udara ASPIDE di perairan Selat Melaka awal pagi tadi.
 
Misil ASPIDE telah dilancarkan dari salah sebuah kapal dari skuadron kapal-kapal penyerang iaitu KD LAKSAMANA HANG NADIM(134). Misil yang dilancarkan tepat mengenai serta memusnahkan sasaran udara yang ditunda oleh sebuah pesawat jenis LearJet.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2009 10:44 PM | Show all posts
XYAHLER NAK BUKAK TOPIK BARU BAGI SESUATU BERITA, TAJUK BERITA ATM KAN DAH ADA, JUST MASUKKAN KEDALAM TUH...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2009 10:48 PM | Show all posts
maaf saya tak biasa lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2009 08:35 AM | Show all posts
Nasib baik tak terbedil pesawat Learjet..sure pilot ketaq lutut.."missile inbound!"
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2009 09:11 AM | Show all posts
heh heh.  sbb tu wa tompang jer.  tak mau bukak thread baru, letih cari bahan original.  kalo laku ok gak.  kalu tak laku, syok sendri jer.  LOL.  sorri la bro.  tak leh tahan gelak.

mod sifu dah annoyed.  siap BOLD lagi.  nasib tak dimerahkan ayat-ayat tu.  sorri ye mod.  rambutan kat luar pagar tu asyik ada jer yang nak kait.  kalo tak nak bagi orang kait, tebang jer pokok rambutan tu (aka lock the thread).  LOL.

pepagi ni wa banyak gelak la.  kena serious lepas nie.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2009 11:10 AM | Show all posts
79 terima beret biru

Oleh ABDUL YAZID ALIAS
[email protected]



SEBAHAGIAN daripada anggota yang menamatkan Kursus Asas Komando Siri 15/2009 dan dianugerah beret biru Paskau di Kuala Langat, Selangor, semalam.

--------------------------------------------------------------------------------



KUALA LANGAT 2 Julai - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mencatatkan sejarah tersendiri apabila seramai 26 anggota termasuk dua pegawainya menamatkan kursus asas komando Pasukan Khas Udara (Paskau).

Kursus tersebut diadakan bersama-sama 53 anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Rejimen TUDM Bukit Jugra, di sini selama tiga bulan meliputi latihan mental dan fizikal.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi APMM, Laksamana Muda Maritim Datuk Noor Aziz Yunan berkata, kejayaan itu juga selaras dengan objektif penubuhan Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR) yang merupakan satu cabang perkhidmatan APMM ketika ini.

Menurutnya, kewujudan STAR dapat mengukuhkan lagi keupayaan APMM dalam menguatkuasakan undang-undang maritim dan menyelamat di perairan negara ini.

"Kejayaan anggota STAR pada hari ini merupakan satu titik tolak kepada perkembangan meningkatkan aset APMM sebagai salah satu agensi penguatkuasaan di negara ini.

"Melalui kursus ini juga membolehkan kita memiliki anggota yang cekap, berkemahiran tinggi serta bertindak pantas dalam sebarang operasi maritim dan menyelamat," katanya selepas menghadiri majlis penutup Kursus Asas Komando Siri 15/2009 di sini hari ini.

Pada majlis itu, kesemua anggota APMM itu turut dianugerahkan beret biru yang menjadi kebanggaan setiap anggota Paskau oleh Panglima Operasi Udara, Mejar Jeneral Datuk Roslan Saad.

Noor Aziz memberitahu, APMM berhasrat untuk menambahkan bilangan anggota pasukan elit STAR kepada 200 orang tahun ini dan sedang menunggu kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam bagi tujuan tersebut.

Beliau berkata, kerjasama akan sentiasa dijalinkan dengan Pasukan Khas Laut (Paskal) dan agensi-agensi berkaitan bagi memantapkan STAR, sesuai dengan cabaran yang dihadapi.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2009 05:36 PM | Show all posts
Selenia Aspide  buatan itali ker ?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 10:28 PM GMT+8 , Processed in 0.294859 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list