|
BOLATALK 1st GATHERING ~ FIELD REPORT (Diari Hasribus:page 33, 35 dan 45)
[Copy link]
|
|
Reply #1100 anakomar's post
gaya dah ada , tapi bunga2 tu kureng sikit.. kena tambah 7 jenis bunga lagik..
ate jauh bebeno ekau merayap sampai tg agas sane...
eden poi nogori ni kawan ramei , tapi eden retinyer jln2 pd dgn seremban ajer.. lain2 kelam..heheh |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by anakomar at 8-11-2006 12:19 AM
aku melilau sampai tg agas sana..
mem besar aku la
cadang nak ke pedas je umah adik aku pastu ke lukut
singgah plak kat pd
letih la, balik jalan jem pasal ujan lebat..
ada gaya citer hasribus ...
tanjung agas ni kat n9 ker johor? |
|
|
|
|
|
|
|
sempadan N9 dengan melaka..
lepas jambatan tg agas tu melaka dah |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1104 Pak_Jen's post
enche has tgh sibuk berkaraoke tu dgn temani aweks manis.. nanti esok baru cont... |
|
|
|
|
|
|
|
Diari Hasribus, Part 3
Kehadiran Abang Dollah dan rakannya itu menjadikan jumlah yang hadir sekarang 8 orang. Siapakah jejaka bersama Abg Dollah? Entahlah, haku tidak ingat namanya. Menurut Abg Dollah, sahabatnya itu adalah juga seorg forumer cari, cuma tak aktif. Yang aku tau, pada aku sahabat Abg Dollah ini bolehlah aku panggil Mat Malu, seiring dengan gelaran gelaran lain yang pernah dicipta oleh Abg Dollah seperti Mat Bangla dan Mat Langit. Mat Malu nampak betul betul pemalu, sampai bercakap pon suranyanya seperti susah kedengaran.
Haku juga tertarik melihat personaliti Abg Dollah. Selama ini haku menyangka Abg Dollah adalah seorang yang bermisai, berjanggut dan amat berumur. Maklumlah, di forum Abg Dollah pernah menceritakan tentang dirinya sebagai seorang family man dan memandu kereta Naza Ria. Abg Dollah membayangkan pada haku yang usianya tidak kurang 35 tahun, beranak 4 dan beristeri dua. Meleset sama sekali andaian intelek ku. Abg Dollah tidak seperti apa yang haku sangka. Sebaya dengan Stats rupanya. Soalan laser Azwan Ali haku tujukan kepadanya dan jawapan kreatif Abg Dollah, Aku belum kahwin LAGI. Dalam forum bukan main berani lagi Abg Dollah, ala ala Playboy tua. Baru menyakat Cik Fairy kita tempoh hari selepas tersekodeng gambar Fairy di internet. Tetapi soft spoken juga rupanya Abg Dollah ni in person, pemalu pun ada juga. Haku tersenyum di dalam hati, apa apapon YNWA!
Selang beberapa minit kemudian, tiba pula tiga lagi jejaka. Seorang comel, seorang berseluar jeans dan berjersey merah MU dan seorang lagi berbadan kurus. Seperti biasa, perasaan ingin tahu siapakah identiti mereka meluap luap, dan haku yakin yang lain lain juga begitu juga. Epitome bangun dan menyambut mereka. Sekali lagi Tome memperkenalkan dirinya sebagai hasripompey. Bukankah sudah berkali kali haku menegaskan haku bukan hasripompey? Kepada yang tidak percaya, padan muka!
Haku bangun dan menghulurkan salam perkenalan. Tangan pertama yang ku sambut ialah tangan jejaka comel. Haku bertanya namanya. Omar jawabnya. Haku tersentak. ANAKOMAR? ?ukan? jawabnya, ?aya bukan forummer? jawabnya cemas, cemas seperti kucing pencen. Haku sedikit hampa, kerana sangkaanku jejaka comel itu anakomar, mod otai bolatalk.
Jejaka berjersey MU bersalaman denganku, sekali lagi haku terlupa namanya. Maklumlah, sekian lama haku dikelilingi oleh wanita jelita, haku bagaikan ada kelemahan untuk mengingati nama lelaki. Catatan mental haku, panggil saja dia Mat MU.
Jejaka kurus menghampiri ku. Kedengaran dia bersuara ?ku saja ke yang muda kat sini?? Sah, yang berdiri dihadapanku ialah Topeng Perak. Selama haku berforum haku tertarik dengan personaliti Topeng Perak. Walaupon dia meminati Arsengal, tetapi caranya berforum cukup berhemah. Jarang membuat pembakaran dan posting postingnya juga dibuat seolah olah berhati hati supaya tidak menyinggung perasaan orang lain. Mungkin di hati kecilnya dia akur yang pasukan pujaannya itu sememangnya sengal, ataupun dia merasakan dirinya terlalu muda berbanding kami yang lain dan dengan sendirinya meletakkan dirinya dalam kategori boboi.
Tumpuan kini bertumpu kepada Topeng. Haku juga terperasan, Topeng juga terkejut beruk bila haku memperkenalkan diriku. Kenapa? Kalau nak tahu, datanglah ke gathering akan datang. Wajah Topeng seperti pernah ku lihat, tapi di mana ya? Oh, rupanya saling tak tumpah dengan avatarnya.
Penyakit malu secara tiba tiba berpindah dari Abg Dollah kepada Topeng. Tome dan Kudu selamba kodok. Esah duduk tersipu sipu, kontrol ayu ala ala pengantin tengah duduk bersanding dipelamin. Lina haku tak perasan, kerana pemandangan ku dihalang oleh Tome. Topeng duduk disebelah Esah. Mungkin kerana masih malu, suara Topeng hampir tidak kedengaran apabila bercakap.
Sate sampai. Dua pinggan. Sepinggan semuanya sate ayam. Terhidang depan haku dan kudu. Sepinggan lagi campuran ayam dan daging. Dapat kepada Topeng dan rakan rakannya. Hampeh, melepas haku nak melantak sate daging!
Sambil makan kami berbual. Kemudian Tome menjeling pada jam tangannya dan meminta diri untuk beredar. ?emit!? kataku. Belum sempat pungkuq haku yang comel ini panas diatas kerusi, Tome dah nak beredar. Tak apalah, sekurang kurangnya dia menunaikan janjinya untuk datang. Dikeluarkan wang kertas RM50. Haku cemas seperti kucing pencen kerana tidak cukup duit kecil untuk memulangkannya. Terlufe haku dengan status jutawan mudanya. Tome sempat mengingatkan haku tentang tabung ayamnya sebelum dia bangun dari kerusinya. Sambil Tome bersalaman meminta diri, Kudu sempat mengambil gambarnya. Omar dan Lina sempat enterframe.
Tak sampai lima minit kemudian, Esah dan Lina pula meminta diri. Haku menjeling pada jam tangan di tangan kiriku yang mantap. Hampir 6.30 petang. Walaupon haku merasa sedikit hampa, tapi eloklah juga mereka beredar kerana tidak manis untuk anak anak gadis melepak di sana dikala senja, lebih lebih lagi dengan kehadiran jejaka kacak seperti haku. Haku faham dilemma mereka, orang kacak seperti haku sering menjadi mangsa tomahan dan fitnah masyarakat.
Tinggal kami bertujuh. Tapi forummer bolatalk cuma haku, Abg Dollah, Kudu dan Topeng. Topeng duduk berhampiran denganku. Haku dapat merasakan ketegangan dan kemaluan yang dirasakan oleh Topeng dan rakan rakannya sudah sedikit kendur. Mungkin mereka tidak biasa dengan orang perempuan. Lainlah Abg Dollah yang sudah berkahwin. Lainlah Kudu yang ada raut pelakon fofuler. Dan lainlah haku yang digilai ramai wanita jelita.
Setelah selesai sessi soal jawab tentang soalan soalan tentang diri masing masing, tibalah ke kemuncak majlis. Apa lagi yang belum diperbualkan? BOLA!!! Topeng membuat remark yang semua di situ adalah penyokong MU, kecuali dirinya. Haku dapat merasakan tanduk mulai keluar dari kepalaku. Tanduk emas disaluti batu batu permata. Silap silap rentung boboi Arsengal nih.
Haku memulakan perbualan dengan analisis terhadap pemain MU. Nama pertama yang keluar bukannya Cantona, Keane atau Ronaldo, tetapi Fletcher! Di ikuti Richardson! Jambu jambu Tok Alex tuh! Yang peliknya, haku perhatikan Mat MU begitu berminat dengan kelentongku. Bukan dia seorang, malahan yang lain juga turut serta. Haku seolah olah menjadi penglipur lara. Nasib ko baik Shebby, tapi sikit hari lagi ko bulehlah datang mintak kerja kat ofis haku bila haku ambik tempat ko kat ASTRO. Masa tu, lelaki akan menyampah untuk tengok bola, tapi perempuan pula dari segenap lapisan (termasuklah makcik makcik yang fanatik kat Mawi) akan melekat depan TV setiap malam Sabtu. Cerekarama ke, AF ke, semua tolak tepi.
Tanduk ku semakin menyerlah. Haku menceritakan kali pertama haku mengenali dan meminati MU, cerita zaman zaman Tok Kaduk dan Hikayat Sang Kelembai. Topeng dan rakan rakannya seolah olah terpegun kerana pada tahun 1983, mereka belum lagi lahir. Terima kasih Topeng, ko telah membuatkan haku merasa seperti seorang datuk yang berumur 80 tahun yang maintain macho dan hensem. Haku juga mengambil kesempatan itu untuk membuat deklarasi kepada satu pasukan yang paling haku menci dari dahulu dan selama lamanya. Sebab kemencian haku? Kalau nak tahu, datanglah ke gathering akan datang.
Kemudian haku menghentam golongan glory hunter. Teknik penceritaan haku bertumpu kepada al kisah glory hunter Arsenal dan Kaba Diawara. Pernah haku ceritakan kisah ini suatu masa dahulu di bolatalk. Terdapat sedikit elemen pembakaran halus kepada Topeng.
Kami sempat bertukar tukar nombor telefon. Hampir 7.30pm, Topeng meminta diri untuk pulang. Kami pun bersurai. Haku dan kudu ke kaunter pembayaran. Ku terpandang seorang perempuan cantik berdiri tidak jauh dari cashier itu. Comel juga montotnya. Haku dengan poyonya beratur dibelakangnya sambil menikmati pemandangan yang indah itu. Malang bagi perempuan itu kerana tidak menoleh kebelakang, melepas dia untuk menatap wajahku yang tampan. Tak apalah, mungkin bukan rezeki dia.
Kudu menyedari yang aku agak kusyuk beratur di belakang perempuan itu sehingga tidak sedar yang sebenarnya perempuan itu sebenarnya tidak beratur. Kudu mengajak haku kehadapan. Haku tersenyum poyo.
Setelah menggunakan duit RM50 Tome untuk membayar sebahagian besar dari bil itu, kami pon bersalaman dan mengambil haluan masing masing. Kudu dan Abg Dollah tunggu untuk melihat haku beredar.
bersambung.... |
|
|
|
|
|
|
|
Diari Hasribus, Final Part
Untuk pulang ke PJ, haku sekali lagi sesat. Cuma kali ini, sesatku tidak akan menyebabkan orang lain menunggu dan tidak perlu untuk haku membuat alasan alasan yang di kira cute dan membuatkan orang lain rasa sayang kepadaku. Haku mengambil kesempatan itu untuk mengimbas semula 2 jam yang lampau. Haku telah bertemu dengan kawan kawanku untuk kali pertama. Sudah lama haku tidak mendapat kawan kawan seperti mereka. Kali terakhir semasa haku menuntut di universiti. Kawan kawan yang ada sekarang selain dari rakan rakan sekolah dan universiti? 98% daripadanya ku kenal ditempat kerja ataupun berkaitan dengan kerjayaku. Ramai yang hipokrit, dan ada juga bangsat yang pernah menikam haku dari belakang dan ditikam balas bertubi tubi oleh haku. Beza rakan rakan bolatalk ini ialah kami tidak mempunyai apa apa kepentingan yang bercanggah, hanyalah minat pada bolasepak yang menjadi faktor yang menyatu padukan kami. Namun, bolasepak hanyalah alasan, bukannya sesuatu yang terpenting di dalam hidup. Apa yang penting? Bagi haku, mempunyai paras rupa yang kacak, duit yang banyak, digilai ramai wanita, kesihatan, kesejahteraan dan keharmonian haku dan keluarga dan juga keamanan sejagat. Oh terlufe, rakan rakan yang tidak bersikap hipokrit dan tikam belakang.
Haku terharu dengan Tome, walaupun sibuk tetapi sempat meluangkan masa walaupun sekejap. Haku terharu dengan Esah dan Lina, walaupun segan tetapi tetap menjayakan gathering ini. Haku terharu dengan kudu, yang sentiasa on bila gathering dicadangkan. Haku terharu dengan Topeng, yang memang menunjukkan komitmen untuk datang dari awal lagi. Haku terharu dengan Abg Dollah, walaupon on-call untuk menyapu hospital, tetap datang.
Haku puas? Belum lagi. Ramai lagi rakan rakanku yang tidak dapat hadir kerana komitmen lain dan juga faktor jarak. Namun aku gembira kerana gathering ini yang julung julung kali diadakan, berjaya berlangsung. Haku yakin gathering kedua dan seterusnya akan diadakan pada masa akan datang, dan dapatlah haku bertemu dengan lebih ramai lagi sahabatku dari bolatalk. Dan haku yakin ketika itu, haku akan PUAS!!!
SEKIAN. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dollah_bedwi at 8-11-2006 12:01 AM
ooitss cerita ni utk surirumah dgn budak seolah ajer..aku kerja mana leh tgk.. bukan mcm opis fairy ader tv...
tapi ari tu masa aku mc le , terlintas tertekan cerita nih.. perghh siap ader pari2 t ...
ni macam terpengaruh ngan haku jer...:nerd: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1108 hasribus's post
Best ar report yg jujur dari hang has,
aku carik/carik mane part 1 dengan part 2 ??? |
|
|
|
|
|
|
|
kalu tempek gambor , bole gak kenai dengan gang/gang BolaTalk neh |
|
|
|
|
|
|
|
memang kelas le diari ko tu enche bus....tersenyum mereng aku depan pc nih...tahan gelak psl bos ade depan mata.... |
|
|
|
|
|
|
|
baru bole gelak...bos dah xde... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tutankhamun! at 8-11-2006 03:08 AM
Best ar report yg jujur dari hang has,
aku carik/carik mane part 1 dengan part 2 ???
muka 33 dan 35 :ting: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by anakomar at 8-11-2006 01:20 AM
sempadan N9 dengan melaka..
lepas jambatan tg agas tu melaka dah
tanjung agas sempadan N9?..
mana ader..jauh tu...
tanjung agas dah dekat beno ngan bandar muo... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by rorygilmore at 8-11-2006 10:01 AM
tanjung agas sempadan N9?..
mana ader..jauh tu...
tanjung agas dah dekat beno ngan bandar muo...
kat sempadan melaka & N9pun ade tg agas gak...yg memisahkan Melaka & N9 ialah Sg Linggi....tempat tu nama die TG Agas....:nerd:
From Kuala Lumpur, drive along the Port Dickson coastal road and head for Tanjung Agas, Kuala Linggi, Kuala Sungai Baru and finally Telok Gong....
[ Last edited by pacubob at 8-11-2006 10:37 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by jpl_fan at 8-11-2006 12:03 AM
aku pernah tgk skali jer...nasib baik ader subtitle...yg aku konpom..bawang merah tuu lagi cantek dr bawang putih..:lol hero2 dlm citer tuu plak semua jambu2..mcm ppn jer..siap pakai lipstick lg:ge ...
bawang merah lagik cantek?? :hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hasribus at 8-11-2006 02:52 AM
Untuk pulang ke PJ, haku sekali lagi sesat. Cuma kali ini, sesatku tidak akan menyebabkan orang lain menunggu dan tidak perlu untuk haku membuat alasan alasan yang di kira cute dan membuatkan orang ...
alamat has...dh berapa part ko buat ni...aku malas nk masuk sgt benang ni sbb keciwa xleh tgk muka ko yg tampan..ape kata ko gabung semua citer2 ko ni..pastu letak kt pages depan..nanti2 free2 aku leh baca...xpun letak link pun cukup la...aku malas tahap cipan hari ni...tp teringin nk baca kisah hidup ko selama 2 jam tu...lol |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by imdudic at 8-11-2006 11:29 AM
alamat has...dh berapa part ko buat ni...aku malas nk masuk sgt benang ni sbb keciwa xleh tgk muka ko yg tampan..ape kata ko gabung semua citer2 ko ni..pastu letak kt pages depan..nanti2 free2 ...
page 33, 35 dan 45 :ting: |
|
|
|
|
|
|
| |
|