|
Himpunan Tarbiah dari Abuya (merged shah05)
[Copy link]
|
|
RENTETAN SEJARAH PENUDUHAN SESAT KE ATAS ARQAM
Yang mula-mula menyatakan arqam sesat bukanlah Pusat Islam (JAKIM) tetapi kumpulan kahbar Utusan Melayu MAlaysia Berhad melalui semua penerbitan mereka.
Mereka mula-mula menyatakan bahawa sebuah kumpulan sesat telah muncul di Sg. Penchala sekitar tahun 1971 lagi. Ketika itu Pusat Islam tidak ambil pusing pun, malah bukak sebelah matapun tidak terhadap isu yang ditimbulkarTpleh Utusan Melayu ini. Walhal pada lazimnya, jika sesuatu kumpulan itu dikatakan sesat, lekas sahaja Pusat Islam turun padang dan terus mengambil tindakan. Sejak itu, dari semasa ke semasa Kumpulan Utusan terus-menerus menyiarkan berita mengenai keburukan Al-Arqam, sedangkan Pusat Islam masih terus lena dalam urusannya sendiri.
bersambung |
|
|
|
|
|
|
|
Yang mula-mula memanggil pemimpin Al-Arqam untuk menemuinya pada tahun 1979 bukanlah Pengarah Pusat Islam atau para pegawai atasannya, tetapi adalah Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad, merangkap Menteri Dalam Negeri.
Orang-orang di Pusat Islam tidak pernah pun mempelawa mana-mana wakil dari Al-Arqam untuk bertemu muka bermuzakarah tentang perkara-perkara yang diperselisihkan. Tahu-tahu, Al-Arqam sudah dijatuhkan hukuman sesat dan mesti diharamkan segala-galanya, termasuk perkara yang tidak sepatutnya diharamkan. Patutnya Pusat Islamlah yang pertama dan mula-mula ditemui olĕh Ustaz Haji Ashaari memandangkan soal akidah dan Imam Mahdi adalah di dalam bidang kuasa yang ada pada mereka, bukannya pada Timbalan Perdana Menteri.
Pengharaman itu juga tidak dibuat secara serentak dan dengan sebab-sebab yang berbagai-bagai pula. Tidak ada keselarasan dalam keputusan dan , tindakan. Masing-masing nĕgeri dan kementerian mengharamkan Al-Arqam dengan alasan masing-masing dan pada masa yang berlain-lain pula.
bersambung |
|
|
|
|
|
|
|
Tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh Pusat Islam terhadap Al-Arqam tidak pernah yang konsisten. Sekejap kata sesat, sekejap kata membahayakan keselamatan, sekejap kata boleh merosakkan akidah, sekejap kata ingin ambil alih pemerintahan negara, sekejap kata militan, sekejap kata bertukar corak, dan seterusnya dan seterusnya.
Sikap yang tidak konsisten ini menyebabkan semakin rarnai orang yang keliru. Yang bercakap itu pula hanyalah orang yang itu itu juga. Tiada orang lain yang boleh bercakap mengenainya. Peluang tidak pernah diberi kepada pihak Al-Arqam untuk membela diri atau menjawab segala pertuduhan-yang dibuat.
Maknanya, tuduhan-tuduhan sesat itu sendiri dijadikan sebagai salab satu alasan untuk mengharamkan Al-Arqam. Jelasnya, tuduhan sesat itu hanyalah plaster terbesar daripada sekian banyak plaster yang lain yang harus digunakan untuk mengharamkan Al-Arqam ini.
bersambung |
|
|
|
|
|
|
|
Orang-orang politik campur tangan dalam hal Al-Arqam. Apabila orang-orang politik turut campur untuk mengharamkan Al-Arqam, orang akan berkata, ini adalah isu politik sahaja dan bukannya soal akidah. Apa perlunya ahli-ahli politik masuk campur dalam soal agama, terutamanya dalam soal akidah seperti ini? Apakah mereka sudah mempunyai ilmu agama yang mencukupi untuk memperkatakan soal ini?
Akhirnya, orang ramai pula yang bertambah yakin bahawa isu Al-Arqam ini mempunyai motif politik yang kuat. Apabila ulama tertinggi Pas turut mengakui bahawa Al-Arqam tsesat, maka bertambah yakin lagilah orang ramai bahawa isu ini sebenarnya adalah isu politik sahaja, bukannya isu akidah.
Pihak ulama Pas hanya menyatakan bahawa Al-Arqam sesat tetapi tidak menunjukkan apa dan di mana sesatnya itu. Anehnya, Dewan Ulama Pas tidak pernah bermesyuarat pun untuk mengharamkan Al-Arqam. Tuduhan se-sat itu sebenarnya hanyalah kambing hitam Pusat Islam yang turut ditumpang sekaki disembelih oleh pihak Pas.
bersambung......
kita tgk apa komen penentang ..hehehe... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by serihartatie at 12-1-2006 10:31 AM
RENTETAN SEJARAH PENUDUHAN SESAT KE ATAS ARQAM
Yang mula-mula menyatakan arqam sesat bukanlah Pusat Islam (JAKIM) tetapi kumpulan kahbar Utusan Melayu MAlaysia Berhad melalui semua penerbitan mereka.
Mereka mula-mula menyatakan bahawa sebuah kumpulan sesat telah muncul di Sg. Penchala sekitar tahun 1971 lagi. Ketika itu Pusat Islam tidak ambil pusing pun, malah bukak sebelah matapun tidak terhadap isu yang ditimbulkarTpleh Utusan Melayu ini. Walhal pada lazimnya, jika sesuatu kumpulan itu dikatakan sesat, lekas sahaja Pusat Islam turun padang dan terus mengambil tindakan. Sejak itu, dari semasa ke semasa Kumpulan Utusan terus-menerus menyiarkan berita mengenai keburukan Al-Arqam, sedangkan Pusat Islam masih terus lena dalam urusannya sendiri..
Bukan isu Arqam sahaja, malah ajaran2 sesat lain pun seperti Ayah Pin pun Jakim tak buat apa2, macam isu Ayah Pin bila orang kampung mengamuk barulah tindakan tegas diambil. Ahmadiah Qadiani sampai sekarang pun masih bebas, ada masjid lagi di Kg.Nakhoda. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by billionaire at 12-1-2006 10:50 AM
Bukan isu Arqam sahaja, malah ajaran2 sesat lain pun seperti Ayah Pin pun Jakim tak buat apa2, macam isu Ayah Pin bila orang kampung mengamuk barulah tindakan tegas diambil. Ahmadiah Qadiani sa ...
memang betul..syiahpun tak terkecuali gak...nun kat WP dan Kelang tu ada gak masijid depa...hehehe...
tetapi yg kena ISA cuma Arqam ajer....bukan setahun dua, 10 tahun lak tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by serihartatie at 12-1-2006 10:23 AM
adi_sg,
tolong letak dlm thread baru, tk berkaitan dgn tajuk thread ini..kesian kat foumners lain yg ndak tahu berita dan maklumat terkini ustaz Ashaari Muhammad....
jgnlah tunjukkan sangat DESPERADO anda itu sampaikan dah tak tahu ndak letak dlm thread mana..tatie suggest anda buka thread baru....
Saya tidak setuju Cik Tatie kata post adi_sg tak berkaitan dgn apa yg dibincangkan tentang Us Asaari..
kerana huraian tentang Mirza Ghulam Ahmad itu ADA PERSAMAAN dengan Us Aahaari dengan ahli2 & pengikut2nya samada dlm Arqam mahu pun dlm Rufakak skrang yakni:
1) Mengagung2kan peribadi luhurnya yang seperti Nabi SAW.
2) Senaraikan para penyokong terutama sekali yang berpangkat dan berketurunan hebat.
3) Perkecilkan para ulama' lain /pandangan mereka tidak diambil peduli.
4) Tonjolkan bahawa menghadapi tentangan hebat itu juga menjadi bukti kebenaran.
5) Ceritakan perkara-perkara yang pelik2 dan menakjubkan sebagai bukti kebenaran. |
|
|
|
|
|
|
|
apala korang ni, duk sibuk-sibuk pasal yakazah dll. apa yang dibincangkan kat sini tak de yang pelik sikit aje, dah dikata kan sesat la itu la. cuba tengok kat www.bicarasufi.com/bsc. lagi banyak benda2 pelik depa bincang. ada yg kata sesat ke?
yang jadi masalah bila orang bukan dalam bidang tarekat bincang pasal benda2 tarekat tasauf. banyakla yang kata sesatnya. dari kau sibuk kutuk orang sana-sini, baikla pegi jumpa guru tarekat, belaja, minta dididik. baru la terdidik. sibuk dengan orang lain sampai diri sendiri tak tau mana..
[ Last edited by kelat at 12-1-2006 02:08 PM ] |
|
|
|
|
|
|
adi_sg This user has been deleted
|
tiada siapa yang kata sesat kerana MOD di sana ala Hitler. pihak aswj nak pegi bincang mmg boleh try. tapi siap sedia, kalau komen seleweng atau mintak dalil confirm kena BAN. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by adi_sg at 12-1-2006 02:41 PM
tiada siapa yang kata sesat kerana MOD di sana ala Hitler. pihak aswj nak pegi bincang mmg boleh try. tapi siap sedia, kalau komen seleweng atau mintak dalil confirm kena BAN.
tatie nasihatkan adi belajar dulu apa yg terkandung dalam iktikad ASWJ sebelum guna perkataan ini...buat gelak ajer.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kelat at 12-1-2006 02:06 PM
apala korang ni, duk sibuk-sibuk pasal yakazah dll. apa yang dibincangkan kat sini tak de yang pelik sikit aje, dah dikata kan sesat la itu la. cuba tengok kat www.bicarasufi.com/bsc. la ...
memang masalah kelat, bila org yg tak tahu, tak mahu tahu, malas ndak ambik tahu, ndak cakap soal tarekat....bila tk der dalam akal atau pengetahuan depa, hujah mereka SESAT..itu ajer yg depa tahu...
depa lupa, ilmu Tuhan itu luas....kepala depa pun tk cukup besar ndak sumbat..hehehe....kecuali depa guna hati yg merupakan WADAH yg maha besar dan suci utk menerima ilham dan ilmu hikmah dari Tuhan...
hang cuba tanya depa, apa depa faham HIKMAH tu ?....org putih kata WISDOM...lebih tingggi taraf dari KNOWLEDGE...tapi sampai la ni org putih walaupun seteror manapun tk tahu ndak definisi secara tepat makna WISDOM ni..sebb depa pakai akal ajer..tak pakai hati ndak faham maksudnya....hehehe...org islam kita yg taklid buta kat depa yg 100% akal ni, pun ikut sama masuk perangkap kesesatan mereka..yg itu org islam kita tak kata sesat pulak...hehehe...malah bangga dok seminar sana, seminar sini.. |
|
|
|
|
|
|
adi_sg This user has been deleted
|
tatie nasihatkan adi belajar dulu apa yg terkandung dalam iktikad ASWJ sebelum guna perkataan ini...buat gelak ajer....
gelaklah kau tatie... selama ni sepotong ayat quran atau hadith pun kau tak post nak buktikan kebenaran. masih post benda2 merepek. beginilah jadinya bila kalam manusia biasa spt abuya diagungkan lebih dari kalam Allah atau Rasulnya.
masalah geng rufaqa' ni kerana terlalu bangga dgn kehebatan geng kamu sendiri dan menganggap ilmu kamu tu di sesuatu tahap yang orang awam tak boleh faham. maklumlah tentera2 pemuda bani tamim...
buang masa aku layan kau... tapi ni ikhtiar supaya kau tak mengelirukan atau menyesatkan orang lain
di bawah sedutan sebuah artikel yang cukup baik untuk difikirkan. tapi hanya sesuai untuk mereka yang berfikiran bebas - bukan yang sekadar nak ikut tok2 serban/abuya membabi buta...
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Apa akan jadi pada agama ini jika sumber ambilan agama kita diperolehi melalui mimpi, kasyaf dan alam ghaib?
Atau boleh dikatakan begini, para imam meriwayatkan hadis-hadis terus dari Rasulullah s.a.w.
Atau, jika mereka mahu tahu taraf satu-satu hadis itu samada sahih atau dhaif atau maudhu', mereka akan bertanya terus kepada Rasulullah s.a.w., samada dalam keadaan jaga atau melalui mimpi.
Bila kita katakan bahawa hadis ini dhoif, mereka akan jawab, "tak mungkin! Yang meriwayatkannya adalah imam besar, tak mungkin ia meriwayatkan hadis dhoif. Mereka itu bertanya sendiri kepada Rasulullah s.a.w. samada ia sahih atau dhaif."
Jemaah rufaqa' dan sebahagian ahli tareqat berpegang bahawa para imam2 dan wali2 boleh menerima dan menolak hadis berdasarkan 'pertemuan' dengan Rasulullah s.a.w.
Jika pegangan ini kita akui dalam menerima sumber kedua Islam, apa akan jadi dengan agama ini? Pegangan dan keyakinan inilah yang akan merosakkan agama dan ajarannya.
Bila ia kita akui, maka ke manakah mahu kita lempar beribu-ribu jilid kitab-kitab karya para tokoh hadis dalam bidang ilmu-ilmu hadis dan cabang-cabangnya? Semuanya jadi tidak berguna.. Tidak perlu dirujuk lagi kerana neraca cacat cela satu-satu hadis ditimbang dengan 'pertemuan' dengan Rasulullah s.a.w. Melalui mimpi.. Melalui alamat.. Melalui macam2 lagi...
Pernah suatu ketika dahulu, Pemuda Bani Tamim (PBT) Rufaqa' mendakwa telah berdialog dengan Rasulullah s.a.w. Di dalam dialog itu Baginda s.a.w. mengarahkan begini dan begini...
Tarekat Pemuda Bani Tamim Rufaqa' ini juga didakwa diperolehi dari secara langsung dari Rasulullah s.a.w. Dakwa mereka, Baginda s.a.w. telah mengajarkan syeikh Suhaimi aurad-aurad tertentu untuk diamalkan.
Itu tidak termasuk dakwaan-dakwaan lain yang mendakwa itu dan ini sesuka hatinya yang hanya pengikut-pengikut setianya sahaja yang tahu.
Nanti entah apa lagi ajaran yang muncul akibat dari pegangan di atas. Yang pastinya ia tidak pernah akan berhenti selagi lorong ke arah itu tidak ditutup rapat-rapat terlebih dahulu.
Benarlah perkataan Al-Imam Abdullah Ibnu Mubarak di dalam Muqadimah Shahih Muslim:
عن الامام عبد الله بن المبارك ، قال : " الاسناد من الدين ، ولولا الاسناد لقال من شاء ما شاء "
Ertinya: "Isnad itu sebahagian dari agama. Jika tidak ada isnad maka orang akan berkata sesuka hatinya".
Tanpa sanad memang orang akan bercakap sesuka hatinya. Dakwa itu dan dakwa ini. Maka berlakulah apa yang telah berlaku.
Pemuda Bani Tamim Rufaqa' juga tidak peduli itu semua. Lalu dia mendakwa dia telah berdialog dengan Rasulullah s.a.w. Dia juga percaya bahawa Tarekatnya itu telah diterima langsung dari Baginda s.a.w.
Geng2 Rufaqa' juga tidak menghiraukan apa itu isnad. Lalu merekapun percayalah segala dakwa-dakwi...
Imam Bukhari dan Muslim sendiri tidak pernah mendakwa telah meriwayatkan Hadis langsung dari Rasulullah s.a.w. Zaman ini ada yang berani mendakwa begitu..
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
artikel telah diubahsuai sedikit dari asalnya... (supaya tidak terlalu pedas utk sesetengah pihak)
bersamalah kita memurnikan ajaran Islam dgn memerangi pegangan2 kolot sepert ini.
wassalam. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by serihartatie at 12-1-2006 12:15 PM
memang betul..syiahpun tak terkecuali gak...nun kat WP dan Kelang tu ada gak masijid depa...hehehe...
tetapi yg kena ISA cuma Arqam ajer....bukan setahun dua, 10 tahun lak tu...
memang nampak sangat penyakit hasad dengki pusat islam masa tu.... bahaya penyakit hasad dengki ni yer kak... :hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
HAduis... dalam dok raya haji ni kot la tadak apa nak dok gebang2 sangat rupanya2 dok ada lagi... yang korang dok marah2 ni pasai pa... orang dah maju yang hampa semua dok lagu tu juga... berubah la .. jadi dok cari salah orang ... bila dah tak jumpa salah dok tabur fitnah plak...
[ Last edited by Abuyazid at 12-1-2006 08:26 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
UKURAN BURUK BAIKNYA MANUSIA
Setiap orang Islam itu tidak boleh diukur yang dia baik
waktu datang bersembahyang di masjid sahaja
Belum boleh diukur yang dia baik sering sembahyang berjemaah di
rumah Allah
Jangan lagi dilabelkan dia baik selalu naik haji dan buat umrah
berulang kali
Tasbih di tangan, wirid dan zikir tidak lekang
Kerana itu semuanya ibarat berladang, baru menanam pokok
Tidak semestinya menanam pokok, pokok itu berbuah lebat dan banyak
Tidak semestinya menanam pokok, mendapat hasil yang memuaskan
Orang yang beribadah tadi kita lihat dahulu di dalam pergaulannya,
bagaimana?!
Bagaimana sikapnya di dalam pergaulan mereka?
Mereka berkasih sayang atau tidak?
Mereka bertimbang rasa atau sebaliknya?!
Bagaimana dia menggunakan lidahnya?!
Mereka menyakiti orang? Menghina orang? Menfitnah orang?
Dengan orang miskin dan susah mereka menolong?
Atau buat tidak tahu sahaja kesusahan orang?!
Adakah mereka pemaaf? Meminta maaf, pemurah? Sabar dengan ujian?
Redha dengan takdir Tuhan?!
Mereka mengutamakan diri?! Atau mengutamakan orang lain?
Apakah mereka merasa susah dengan kesusahan orang?
Senang pula dengan kesenangan orang?
Kalau kita dapat menjawab dengan baik dan tepat,
memang kita kenal orang baik dan orang jahat
Ibadah mereka berbuah, orang yang ibadahnya berbuah itulah orang
baik
Kalau ibadah sahaja banyak, tapi tidak berbuah, itu bukan orang soleh
Mengukur orang baik bukan dengan banyak ibadahnya
Tapi diukur berbuahkah ibadahnya?
Tinggikah peri kemanusiaannya oleh ibadahnya?!
26.5.2003
Selepas Zuhur |
|
|
|
|
|
|
adi_sg This user has been deleted
|
haha... baguslah tu... lagi-lagi sajak si ashaari... tak pernah dok terfikir ke betapa sukarnya nak dapat penglihatan dan pendengaran yang jelas kalau kepala tu asyik terselit di bontot abuya? hehe...
aku mintak dalil dia kasi sajak... aku mintak dalil dia kasi sajak... aku mintak dalil dia kasi sajak...
bila nak terhurai ni? ikhlas ke cari kebenaran? atau hanya nak kelentong orang? |
|
|
|
|
|
|
|
:lol
kan aku dah kata..dibalas syair2...seingat aku..org2 yg paling suka syair dan mengagung agungkan penyair ialah arab jahilliyah ;)
tatie, jawap la aku tanya ..mana asaari tau raya haji lagi beso dari raya puasa? ada dalil apa2 ker? berpesan2 dgn kebenaran kunun :p lawak betul. tuh untuk org berkata benar, bukan utk org yg kuat minipu dan pengecut.
senang jer saudara adi, mustahil wali Allah seorang pengecut dan penipu. asaari pengecut dan penipu. so kat situ kita dah tau. yg tak tau org2 yg TAKUT melihat kebenaran.
maju? apa yg maju? setakat banyak kedai tak la maju. maju bermakna advance dari batiniah dan lahiriah. dari batiniah maju ker? aku tanya soalan mudah pon mengelak2, dari lahiriah?hehehe ko tgk sheikhbelalang cukup la :lol |
|
|
|
|
|
|
|
snipersnake, tatie tk mahu jawab provokasi anda yg dah basi tu...forumners akses thread ni ndak tahu bgmana munculnya fitnah kepada Arqam. Mereka mahu tahu mengenai KEBENARAN bukan FITNAH. .
Adi, udah ler tu paste artikel dari fahaman wahabi totok tu...baru ni bila ulamak wahabi berkumpul bermesyuarat ndak pertahankan wahabi kat negeri kuat wahabi tu, banjir besar kat UTARA nun..kensel...hehehe...tak per boleh set masa lain..jgn susah hati no...bumi Allah ni luas...
-----------------------------------------
sambung balik RENTETAN SEJARAH ARQAM DIFITNAH
Mula munculnya kisah Imam Mahdi bagi orang-orang Al-Arqam itu tersebar dikeranakan Ustaz Mokhtar Yaakub, orang kanan nombor satu Al-Arqam keluar daripada jemaah berkenaan bersama-sama beberapa orang lain. Keluarnya beliau itu berjaya dieksploitasi oleh pihak Kumpulan Utusan Melayu menyebabkan perkara itu menjadi heboh dan besar, melebihi daripada sepatutnya.
Beberapa tuduhan yang bersifat -khilafiah dan fitnah telah dilemparkan terhadap Al-Arqam dan pemimpinnya, Ustaz Haji Ashaari bin Muhammad. Lebih memburukkan keadaan. tuduhan itu dibuat melalui akhbar harian dan majalah keluaran Kumpulan Utusan Melayu. Maka hebohlah satu negara dengan isu Imam Mahdi Al-Arqam, dan sejak itu tahu benarlah orang ramai bahawa yang dikatakan sebagai Imam Mahdi itu adalah Sayidi Syeikh Muhammad bin Abdullah As-Suhaimi, orang Kelang yang berketurunan Arab dari Keluarga Nabi SAW, menuntut.di Tanah Arab beberapa lama, pernah tinggal di Singapura dan berasal dari Tanah jawa.
Al-Arqam tidak menjawab tuduhan-tuduhan itu melalui akhbar harian dan majalah keluaran Kumpulan Utusan atau akhbar-akhbar lain, tetapi menjawabnya melalui buku yang ditulis sendiri oleh Ustaz Haji Ashaari bin Muhammad. Tajuknya ialah Aurad Muhammadiah Pegangan DarullArqam, SekaligusMenjawab Tuduhan.
Buku yang mula dijual sekitar bulan Oktober 1986 itu mendapat sambutan yang baik daripada orang ramai, terutama yang inginkan jawapan tepat dan sebenar daripada pihak Al-Arqam sendiri. Mereka ingin tahu apakah ada hujah dan nas agama dalam persoalan yang ditimbulkan oleh askar-askar upahan Pusat Islam dan dibantusebarkan oleh media-media arus perdana di negara ini.
bersambung.
[ Last edited by serihartatie at 13-1-2006 09:23 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Menurut Mustaffa Suhaimi, sekurang-kurangnya ada enam faktor besar yang menyebabkan konsep Imam Mahdi di dalam buku berkenaan dianggap terpesong, berserta jawapan dan alasan daripada pihak Al-Arqam sendiri:
1.
Andaian pertama ialah bahawa Sayidi Syeikh Muhammad bin Abdullah as-Suhaimi iaitu pengasas Aurad Muhammadiah adalah bakal Imam Mahdi yang akan muncul kelak. Andaian ini dianggap salah kerana tidak ada keterangannya di dalam al-Quran atau hadis Rasulullah SAW. Sudah ramai yang mengaku dirinya sebagai Imam Mahdi dan ternyata bahawa mereka itu pendusta. Pengakuan seperti ini adalah ramalan kosong. Selain boleh mfenjejaskan iman, orang yang mendakwa mempunyai hubungan rapat dengan Imam Mahdi yang masih ghaib, boleh memperalatkannya untuk kepentingan peribadi atau pertubuhan tertentu.
jawapan dari pihak arqam.
tunggu......sambungannya....
p/s : ndak gi rawang ni esok ada majlis besar-besaran.... |
|
|
|
|
|
|
|
Adi, udah ler tu paste artikel dari fahaman wahabi totok tu...baru ni bila ulamak wahabi berkumpul bermesyuarat ndak pertahankan wahabi kat negeri kuat wahabi tu, banjir besar kat UTARA nun..kensel...hehehe...tak per boleh set masa lain..jgn susah hati no...bumi Allah ni luas...
kalau boleh biarlah sesuatu bencana yg berlaku kita serahkan kpd Allah. kalau boleh jgnlah kita kaitkan dgn apa2, dgn saper2 samada ahli forum ini atau org di luar sana sebab apa yg berlaku itu hanya Allah sahaja yg tahu sebabnya. walaupun kita manusia boleh membuat andaian tapi biarlah andaian itu duk dlm hati kita. only god knows...
[ Last edited by nahzaluz at 13-1-2006 05:21 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|