|
Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there
[Copy link]
|
|
Kalo jie gugur this 2nd baby..mmg there will b no more chance for rayyan la..yg kali ni boleh kata rayyan antara penyebab jgk la walaupun kena pukau ke ape |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 9-5-2015 05:41 PM
Rayyan mungkin hilang akal ! Susah untuk Dato' Hanafi mahupun Maznah mempercayai menantunya itu. Rayyan mendakwa segala kekecohan dan penculikan tadi adalah rancangan Jie sendiri kerana terdesak untuk bercerai ! Alasan yang gila !
Malah, Rayyan juga menyatakan Jie pernah merancang yang sama dulu sewaktu masih bergelar isteri Ku Iz ! Hampir saja Dato' Hanafi menumbuk muka menantu 'hantu' itu lantaran tak tahan mendengar fitnah terhadap anak bongsunya ! Mujur, Khalid meleraikan mereka.
" I rasa you dah gila Ray !" Viana tidak dapat menahan perasaan marah lagi. Rayyan memang mengarut ! Mana mungkin adiknya bodoh merancang penculikan diri sendiri. Sangat tak masuk akal !
"Mama percayakan Ray ! Najiha memang licik ! Tak guna Ray simpan perempuan macam itu sebagai isteri lagi !" Tengku Safiah yang turut berada disitu menyokong penceritaan Rayyan.
" Saf !!" Maznah tidak dapat menahan diri. Satu tamparan hinggap ke pipi Tengku Safiah. " You boleh cakap anything tapi jangan berani burukkan anak I !" Kesabaran yang disimpan bertahun hilang dalam sekelip mata.
Cukuplah Tengku Safiah berprasangka buruk terhadap dirinya selama ini. Namun, apabila melibatkan anaknya Maznah sudah tidak boleh bersabar lagi.
"Mommy !!" Khalid terpaku dengan tindakan Maznah. Melampau ! Mungkin Tengku Safiah bercakap lepas tetapi Maznah tidak berhak mengasari Mama.
" You jangan masuk campur Karl !" Viana menolak Khalid menjauhi Mommy. " Mama you memang melampau !" Mulut lancang Tengku Safiah memang patut diajar.
"You..." Hampir saja Viana mendapat tamparan 'percuma' dari Khalid. Zulkarnain muncul sebagai penyelamat.
" I paling tak suka lelaki yang pukul isteri ! Jangan jadi lelaki tak guna macam abang you !" Segera satu tumbukan dihadiahkan kepada Khalid. Khalid terduduk.
Selesai menghantar Jie ke hospital, Zulkarnain bergegas kembali setelah mendapat panggilan dari Dato' Hanafi mengatakan keadaan huru hara di kediaman Rayyan. Kalau ikutkan hati Zulkarnain tak rela meninggalkan Jie walau sesaat sekalipun.
" You tak ada hak nak masuk campur urusan keluarga I !" Rayyan naik angin. Cuba menyerang Zulkarnain.
|
|
|
|
|
|
|
|
rayyan ni...nape suka buat masalah... |
|
|
|
|
|
|
|
TT..NAK SAMBUNGAN ....LAGI2... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 22-4-2015 07:45 PM
Zulkarnain sempat mengelak. Terkejut melihat Rayyan. Tiada kecederaan yang dialami sedangkan telinga jelas mendengar bunyi tembakan dan laungan kesakitan Rayyan. "Bukan you kena tembak ke?"
Satu andaian timbul. " Sebab nak selamatkan you la Najiha surrender ! Jangan kata you sendiri yang bersekutu dengan penculik isteri you !" Darah mendidih. Zulkarnain ringan tangan saja untuk melayangkan penumbuk kepada Rayyan.
Rayyan tersentak. Hilang kata kata. Namun cuba berlagak selamba. " I tak tahu apa yang you merepek ! I diikat dekat dalam rumah ! Bila masa I kena tembak?" Pandangan mata Zulkarnain ditentang dengan gaya tidak bersalah.
Dari sudut tersorok , Juwita tersenyum melihat lakonan Rayyan. Ternyata lelaki itu mengikut telunjuknya. Baru padan muka Najiha ! Selama ini puas sudah Juwita cuba menawan hati Rayyan namun lelaki itu teguh setia mencintai Jie. Juwita dipandang tak bermata ! Sedangkan kalau diukur dari segi kecantikan, Juwita lebih cantik dan menawan !
Tawaran dari Azim sukar ditolak ! Azim memang tergilakan Jie manakala Juwita pula sudah lama menyimpan hati pada Rayyan. Maka padanlah gabungan mereka.
Lantas Juwita terus saja bersetuju untuk mengenakan Jie. Mungkin rancangan mereka 3 tahun lepas tidak menjadi. Namun Juwita yakin kali ini pasti akan berjaya !
Kadang Juwita rasa Azim patut 'bomohkan' saja Najiha seperti mana yang Juwita lakukan kepada Rayyan. Tetapi Azim degil ! Konon tak percayakan benda karut marut. Lebih suka menggunakan jalan susah yang berisiko untuk mendapatkan Jie ! Suka atau tidak, Juwita terpaksa membantu Azim yang banyak menabur duit padanya.
Pandangan Juwita beralih pula kepada Zulkarnain yang tampak bengang dengan Rayyan. Hati bersorak riang melihat mereka bercakaran. Memang itu yang Azim dan Juwita inginkan ! Melaga laga keluarga Jie dan Rayyan.
" Stop lying Ray !" Zack pula menyampuk. Cukuplah Rayyan memburukkan Jie. Zack tak tahu kenapa Rayyan sanggup melemparkan tuduhan bodoh terhadap isteri sendiri.
Zack tahu cerita sebenar. Sempat mendengar sebahagian kekecohan yang terjadi di kediaman Rayyan sebelum talian terputus selang beberapa minit. Zack cuba menghubungi Jie semula tetapi tidak berjawab.
Lantaran bimbang Zack terus saja ke sini. Tak sangka khabar Jie telah diculik yang diterima. Rasa bersalah menerpa kerana lambat datang untuk membantu.
"You memang masih ada hati dengan wife I kan, Zack?!" Perhatian Rayyan beralih kepada Zack. " Sebab itu you against I !" Rayyan masih lagi menegakkan benang yang basah. Memutar belit fakta sesuka hati.
"Wait.." Zulkarnain mencelah. " So you lah Zack?!" Wajah kacak lelaki dihadapannya dipandang meminta jawapan.
Zack hanya mengangguk. " Yup. I lah. Kenapa?" Pelik dengan pertanyaan Zulkarnain. "And you siapa?" Zack baru mengecam wajah Zulkarnain. Lelaki inilah yang mempertahankan Jie dari serangan Mama dirumah anak yatim hari itu.
Zulkarnain baru teringat. Ada kemungkinan lelaki ini Zack yang dikatakan penceroboh tadi. Memikirkan Zack mungkin dalam bahaya Zulkarnain jadi bertanggungjawab untuk memberitahu. Namun keadaan tidak sesuai untuk bercakap disini. Zulkarnain dapat rasakan Rayyan dibawah kawalan 'sesuatu'.
"Nothing !" Zulkarnain boleh dapatkan saja nombor telefon Zack dari Jie dan memberi peringatan kemudian. Itu lebih mudah dan selamat.
"By the way I Iskandar Zulkarnain !" Sempat memperkenalkan diri.
"Daddy.. Aunty !" Zulkarnain merenung Dato' Hanafi dan Maznah pula. " Zul nak bincang something dengan Daddy and Aunty in private ! Shall we go?" Niat sebenar untuk membawa Dato' Hanafi dan Maznah bertemu Jie. Zulkarnain tak mahu ada sesiapapun dari kalangan keluarga Rayyan tahu Jie berjaya lepaskan diri.
Zack tidak senang apabila mengetahui lelaki ini adalah Iskandar Zulkarnain. Teringat khabar yang mengatakan bahawa Iskandar Zulkarnain adalah pilihan Dato' Hanafi sebagai bakal suami Najiha.
Tambahan pula Zulkarnain memanggil Dato' Hanafi dengan panggilan Daddy. Bermakna hubungan antara Zulkarnain dan Daddy Najiha sangat akrab ! Zack cemburu !
" Daddy pun malas nak lama lama dekat sini.." Dato' Hanafi menoleh ke arah Viana. " Daddy pergi dulu Vee ! Pasal Jie kita akan ikhtiarkan cara untuk mencari nanti. Jaga diri !" Mereka dua beranak berpelukan. Maznah yang masih lagi berair mata mendakap Viana. Lama.
"Vee nak ikut Daddy !" Viana bersuara sebak. Masih terguris dengan tindakan Khalid yang hampir mengasarinya. Mujur saja anak kecilnya Khalisha bersama Faridah.
" I takkan maafkan you, Karl ! I benci you seumur hidup I ! You dengan Ray memang lelaki tak guna !" Usai berkata begitu Viana terus saja mengikut langkah Mummy dan Daddy.
Khalid hanya terpaku. Tak menyangka tindakan isterinya. Berusaha memujuk tetapi dihalang oleh Tengku Safiah.
Tan Sri Isa tidak mampu berkata apa. Hanya menjadi pemerhati. Lidah kelu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 12-3-2015 10:11 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 13-3-2015 01:51 AM
Luka tembakan dibahu kanan Azim berdenyut. Sakit! Namun, tak dapat menandingi kepedihan dirasai dalam hati.
Potret Jie yang menghiasi setiap ruang menjadi mangsa amukan. Tangan membaling dan mengoyak lukisan sesuka hati sehingga puas.
Azim kecewa ! Sekali lagi Jie terlepas dari genggaman. Tak pasti gerangan lelaki yang berani mencampuri urusannya tadi. Pemandu Audi R8 itu berhutang dengan Azim !
Azim sudah mengerahkan pengikutnya menjejaki pemilik kereta itu. Berdasarkan kereta yang dipandu, Azim yakin lelaki tadi bukan orang sebarangan. Pasti anak seorang yang berpengaruh dan kaya raya. Kalau tidak, masakan boleh memandu kereta berharga lebih setengah juta itu.
Tak tahu hubungan yang terjalin antara Jie dengan lelaki tadi namun Azim pasti akan mendapat segala maklumat yang diinginkan.
Cuma buat masa ini Azim akan 'mendiamkan' diri dulu. Berehat sehingga luka tembakan dibahu sembuh.
Tambahan pula, lokasi persembunyian Jie masih lagi tidak diketahui.
Biar saja Juwita menjalankan tugas membuat Rayyan menceraikan Jie terlebih dahulu.
Sesudah itu, barulah Azim akan memikir cara memiliki Jie dan menghapuskan Zack.
Selagi Jie masih bergelar isteri kepada Rayyan, segala penat lelah Azim untuk mendapatkan Jie hanya sia sia.
Kali ini, Azim akan pastikan segala rancangannya berjaya. Jie akan tunduk jua ! |
|
|
|
|
|
|
|
jahatnya depa semua ni... kesian jie... selalu jadi mangsa keadaan... |
|
|
|
|
|
|
|
more2....
more2....
more2....
more2....
i want more..
brape bab lagi nak abes TT?? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 9-5-2015 05:44 PM
Perkhabaran pilu yang diterima membuatkan Jie hilang arah. Hampir mencederakan diri sendiri. Kandungannya gugur !
Mujur saja Maznah sempat menahan anak bongsunya dari bertindak lebih ganas. Tubuh Jie dipeluk erat. Cuba menenangkan. Viana turut sama bersedih dengan musibah yang menimpa Jie.
" Jie jangan ikut hati !" Airmata yang berlinangan dipipi Jie diseka. " Jie masih muda ! Mungkin bukan rezeki Jie kali ini.." Walau hati pedih melihat keadaan Jie namun Maznah perlu kuat untuk memberi semangat kepada anaknya. Baru saja mengalami keguguran, kali ini nasib yang sama menimpa. Jie kehilangan kedua kembar yang dikandungnya !
Dato' Hanafi terduduk disisi katil. Tak sampai hati melihat Jie yang sedang berduka. Jauh disudut hati Dato' Hanafi redha kehilangan cucu walau agak pahit untuk ditelan. Itu lebih baik dari melihat Jie yang pergi meninggalkan dunia buat selamanya.
Zulkarnain hanya mampu memandang. Hati terhiris melihat kepahitan yang ditanggung oleh Jie. Berazam untuk mencari lelaki tak guna yang membuat Jie merana. Lelaki itu harus 'membayar' untuk semua ini. Bukan susah untuk mencari. Zulkarnain ada cara sendiri untuk menjejaki.
|
|
|
|
|
|
|
|
hehehe...
lagi2....
sonok..nga klimaks cite ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 13-3-2015 01:58 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 13-3-2015 04:53 PM
Juwita gelisah dengan perkhabaran yang didengari usai menerima panggilan Azim.
Jie berjaya melarikan diri ! Ini bermakna bila bila masa saja Jie boleh mendakwa Juwita bersubahat dalam penculikannya.
Namun bila memikir Rayyan boleh dipergunakan untuk menyelamatkan diri senyuman mekar dibibir.
|
|
|
|
|
|
|
|
nak lagi tt...skit sangat lah..xpuias bace..xkeruan nak kerja nk tau ending die cmane...
plzzzzzzzzzzzzzzz
|
|
|
|
|
|
|
|
TT...npe update sikit sgt?? |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 13-3-2015 05:42 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
" Rayyan..." Tubuh sasa lelaki itu dipeluk erat. "You cintakan I kan?" Tak jemu Juwita menyoal yang sama dari tadi.
Puas setiap kali melihat Rayyan hanya mengangguk dan tunduk kepada dirinya.
"Bila you nak ceraikan Puan Najiha? You kata you nak kahwin dengan I.." Pura pura merajuk. Wajah masam mencuka.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 13-3-2015 07:12 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Juwita tidak mahu bertangguh lagi. Lagi cepat Rayyan menceraikan Jie lebih mudah bagi Juwita untuk hidup dengan Rayyan.
Rayyan terus saja memeluk Juwita lalu ditarik ke sisi. " Don't worry ! Esok I jumpa lawyer I failkan perceraian. I pun tak tahu kenapa I boleh kahwin dengan dia dulu.." Kesal dirasakan membazir masa mengahwini Jie. Akal dan fikiran dikelabui cinta palsu Juwita.
"Thanks ! I love you very much !" Satu ciuman hinggap di pipi Rayyan. Juwita senang hati. Tak sabar untuk bergelar isteri Rayyan. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 13-3-2015 09:48 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 14-3-2015 01:38 AM
Khalid merenung jauh. Isterinya tidak mempedulikan langsung semua panggilan dan pesanan ringkas yang dihantar. Semuanya terbiar sepi. Rindukan isteri dan anaknya. Menyesal kerana hampir mengasari Viana.
Gambar perkahwinan mereka ditatap. Viana kelihatan jelita sekali tersenyum gembira disisi. Satu keluhan dilepaskan.
Mama pula mencadangkan Khalid menceraikan Viana dan menuntut habis habisan hak penjagaan Khalisha anak mereka yang kini mencecah usia 6 bulan.
Khalid buntu. Cinta pada Viana tetap utuh.Masih seperti dulu. Tak dapat bayangkan hidup tanpa isterinya. Berharap agar jodoh mereka berkekalan.
Serentak ingatan Khalid menerpa ke saat pertemuan pertama bertentang mata dengan isterinya. Viana membuat Khalid terpukau !
Sanggup bersaing dengan Zulkarnain yang mengejar cinta isterinya sewaktu belajar. Ternyata kemenangan berpihak kepada Khalid apabila Viana memilih dirinya sebagai kekasih.
Walau pernah terpisah namun Khalid bersyukur mereka tetap disatukan akhirnya. Perkahwinan mereka aman bahagia sehinggalah Zulkarnain muncul.
Zulkarnain bukan saja menjadi orang ketiga dalam perkahwinan abangnya kerana mngejar cinta Jie.
Dalam masa yang sama, turut mengganggu gugat keharmonian rumahtangga Khalid dan Viana.
Khalid sedar Viana kini gemar berbual mesra dengan Zulkarnain. Takut memikir cinta Viana beralih arah.
Walau Khalid tahu Rayyan meminta bantuan Viana untuk mencungkil rahsia dari Zulkarnain akan tetapi tetap saja Khalid risau. Cemburu !
Melihat Zulkarnain mempertahankan Viana tadi Khalid curiga. Mungkinkah lelaki itu masih menaruh hati pada isterinya? Tiada jawapan ditemui.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 14-3-2015 02:05 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 14-3-2015 11:11 AM
"Thanks sebab selamatkan adik I !" Viana senyum ke arah Zulkarnain. " Thanks juga sebab you tolong I tadi.." Kalau Zulkarnain tiada mungkin pipi Viana sudah menjadi mangsa tamparan Khalid.
"It's ok ! No big deal ! Lagipun I sayangkan adik you. I akan cuba lindungi Jiha selagi termampu ! And you kakak Jiha, I tak nak you dikasari.." Memang asal melibatkan Jie, Zulkarnain rasa bertanggungjawab untuk membantu.
Segala dilakukan atas dasar cinta yang mendalam terhadap Jie walaupun Zulkarnain tahu dirinya mungkin hanya bertepuk sebelah tangan.
Berkenaan kes Viana pula, Zulkarnain memang tidak gemar suami yang mengasari isteri tak kira apa pun alasannya. Semua masalah boleh diselesaikan dengan duduk berbincang. Tak perlu sampai naik tangan.
Abi juga pernah mengingatkan Zulkarnain supaya melayani isteri dengan penuh kelembutan dan kasih sayang.
Justeru, Zulkarnain tekad seandainya berkahwin kelak, isterinya akan dimanjakan dengan cinta yang tidak berbelah bahagi. Jika termampu segala permintaan akan Zulkarnain cuba penuhi. Berharap Jie adalah wanita yang bakal menjadi suri hidupnya.
Viana senang mendengar pengakuan Zulkarnain. Kalau dulu hati mencurigai lelaki itu tetapi kini Viana pasti Zulkarnain bersungguh mencintai Jie. Tampak jelas dari segi layanan dan perhatian yang ditunjukkan.
Entah kenapa Viana menyesal kerana menolak cinta Zulkarnain dulu. Kalaulah masa boleh diundur.. Sempat hati berbisik sayu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 14-3-2015 03:14 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 14-3-2015 03:27 PM
Bab 52
"Nur Najiha binti Hanafi , aku ceraikan kau dengan talak satu.." Rayyan lega. Tiada sekelumit penyesalan kerana tega menceraikan isteri yang baru saja keguguran zuriatnya. Hati tak sabar untuk mengahwini Juwita.
Perceraian sesuatu yang halal namun dibenci oleh Allah. Arasy bergegar tatkala lafaz itu terluah.
Walau sedih Jie terima dengan lapang dada. Mungkin sudah tertulis jodoh mereka sampai disini saja.
Malah, Jie tidak membuat sebarang tuntutan terhadap Rayyan. Malas mahu turun naik mahkamah. Jie cuma ingin mulakan hidup baru.
Berkat sokongan keluarga dan Zulkarnain, Jie bangkit melupakan kesedihan yang ditanggung kerana keguguran kembar yang dikandungnya.
"Halalkan makan minum I selama I jadi isteri you ! I minta maaf untuk semua dosa I.." Biarlah ini kali terakhir mereka bersua muka. Jie ingin lupakan semua berkaitan Rayyan.
Rayyan diam tidak berkutik. Mata tidak betah memandang wajah Jie. Benci ! Lantas berpaling terus berjalan keluar perkarangan mahkamah. Juwita sedang menantinya didalam kereta.
"Puan Sri , Tan Sri.." Jie tenang berhadapan dengan bekas mertuanya. "Halalkan semua dan ampunkan Jie. Alhamdulillah Jie hidup lagi hari ini untuk minta maaf.." Senyuman ikhlas diukir. Tengku Safiah hanya menjeling. Manakala Tan Sri Isa tersentak.
Khalid yang menemani Rayyan sekali memandang sayu ke arah Jie. Tak sangka ini kesudahan kisah cinta mereka. Khalid sendiri tak tahu sejak bila Rayyan jatuh cinta dengan Juwita sehingga sanggup menceraikan Jie.
Puas Khalid memujuk Rayyan supaya pertimbangkan semula keputusan yang diambil tetapi Rayyan tetap berdegil. Abangnya tidak sabar untuk mengahwini Juwita. Peliknya Mama merestui Juwita sebagai calon isteri Rayyan.
Khalid tak nafikan Juwita memang cantik tetapi apa kurangnya Jie ? Mata lelakinya merasakan Jie berkali ganda lebih cantik dari Juwita. Khalid tidak suka perangai Juwita yang boros berbelanja dan suka mengarah Rayyan. Rayyan pula seperti lembu dicucuk hidung cuma mengikut telunjuk Juwita. Penyudahnya Khalid malas bercakap dengan Rayyan lagi. Kali terakhir Khalid cuba menasihati Rayyan, mereka dua beradik nyaris bergaduh besar. Terpaksa Zack masuk campur meleraikan.
Pandangan mata beralih kepada Viana yang tampil jelita berselendang disebelah Jie. Isterinya masih lagi dingin meskipun sudah lebih dua bulan peristiwa itu berlaku. Viana tidak termakan pujuk rayu Khalid.
"I balik dulu Karl.." Jie senyum pula kepada Khalid sebelum berlalu. Sempat melirik ke arah Viana. Jie tahu Viana rindukan Khalid. Jelas tampak dimata.
"Vee nak ikut Jie balik ke?" Viana ditenung meminta kepastian. Manalah tahu kakaknya berubah fikiran setelah bertentangan mata dengan Khalid.
Viana hanya angguk. Masih marah dengan Khalid. Langkah dipercepatkan. Khalid pantas berlari untuk mengejar Viana.
"Dear please jangan buat I macam ini.." Khalid tak segan merayu. " I rindukan you dengan Khalisha." Rindu terlalu sarat tidak tertanggung.
Viana terus berlalu mendapatkan Daddy dan Mummy. Buat masa ini Viana belum mampu memaafkan suaminya. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 14-3-2015 05:03 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 14-3-2015 11:24 AM
Zulkarnain tahu tindakannya agak gopoh.Tetapi melihat kemesraan Ku Iz dan isteri kelmarin, naluri untuk hidup bersama wanita yang dicintai hadir.
Lantas, pantas saja hasrat untuk menyunting Jie sebagai isteri disuarakan kepada Dato' Hanafi dan Faridah.
Namun, baik Dato' Hanafi mahu pun Faridah meminta Zulkarnain bertanya terus kepada Jie.
Ada kejutan yang diatur buat Jie. Disebabkan itu, usai habis tugasan dihospital Zulkarnain terus mengajak Jie untuk menemani makan malam.
Bagi menjamin keselamatan Jie, Zulkarnain memastikan tempat yang akan mereka pergi ini dikawal rapi kerana khuatirkan Azim yang masih bebas berkeliaran diluar sana.
Teringatkan Azim, Zulkarnain sudah mendapatkan khidmat perisik handalan untuk memerhatikan pergerakan lelaki itu. Ini untuk memudahkan Zulkarnain mengetahui segala rancangan Azim.
Buat masa ini ada perkara penting lain yang ingin Zulkarnain lakukan. Menyangkut paut hidup dan matinya iaitu melamar Jie sebelum ada lelaki lain berbuat demikian.
"You tunggu I lama ke?" Jie menyapa lembut lelaki yang setia disisinya tidak jemu memberi semangat. Terhutang budi pada Zulkarnain.
Zulkarnain yang sedang mengelamun tersedar. Terpaku melihat Jie. Dada berdebar kencang.
"Taklah.." Walau seribu tahun menunggu pun Zulkarnain sanggup ! Sengih sambil membuka pintu kereta lalu mempersilakan Jie masuk. Jie hanya menurut. Hairan dengan tingkah Zulkarnain yang tampak tak keruan.
"Thanks sebab sudi temankan I keluar !" Jari jemari Jie yang berada disebelah digenggam erat. Senyuman makin mekar dibibirnya. Berharap rancangannya nanti berjalan lancar.
|
|
|
|
|
|
|
|
berapa bab lagi ni Elia?watak antagonis sebenar lom keluar lagi ni.. siapa yg control Azim agaknya |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|