CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Novel: PHANTASMAGORIA

[Copy link]
Post time 20-3-2015 11:27 AM | Show all posts
oh... nasib baik tak perlu merempit sampai johor..

adik ipar nicki mcm mana? dah ok?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-3-2015 11:53 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 20-3-2015 11:27 AM
oh... nasib baik tak perlu merempit sampai johor..

adik ipar nicki mcm mana? dah ok?

Takyah ler rempit laju sangat.




SIL masih koma. Nak masuk dua minggu dah. Doktor tak bagi banyak harapan...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2015 11:58 PM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 5-4-2015 01:41 AM

BAB 35

Qi merenung lama wajah Syakilla. Bagai telah terubat kerinduan yang selama ini dipendam. Rasa yang tak mampu dia luahkan pada sesiapa. Baik pada keluarganya, pada rakan-rakan sekerja, pada Amir sekalipum kerana Qi tahu, mereka semua tidak mungkin akan percaya. Masakan mereka mampu menerima bahawa dia sudah terpaut hati pada gadis dari alam mimpinya? Dapatkah mereka itu mengerti? Pasti tidak. Malah Qi yakin, dia akan terus dituduh kurang siuman.

Qi berterusan memandang Syakilla. Gadis bermata bak helang kelihatan semakin tak keruan. Qi menghela nafas lalu dilepaskan perlahan.

“Syakilla.”

Syakilla tidak bersuara. Masih tidak memandang Qi membuatkan Qi mula tertanya-tanya.

“Adakah kau tidak senang dengan kehadiranku?”

Soalan dari Qi mengundang rasa berbelah-bahagi. Bibirnya mahu mengucapkan kata-kata agar Qi pergi saja dari sini, usah muncul lagi. Namun, hatinya pula melarang. Hatinya mahu agar pemuda itu kekal, biarpun tahu, hanya untuk seketika.

Iya, hanya untuk seketika. Pemuda itu akan pergi bila tiba waktunya. Berbaloikah, Syakilla? Akal menerjah. Namun hati tampaknya lebih sukar untuk dilawan.

“Bukan begitu.” Syakilla menjawab dengan nada perlahan. Sungguh, dia telah kalah dengan permintaan hati.

“Jadi? Kenapa wajahmu muram bila melihat aku?”

Renungan Qi kini dibalas. Nafas dilepas, perlahan. Tidak berbaloi tetapi Syakilla enggan peduli. Biarlah, untuk sekali ini, dia menurut kata hati. Biarlah, direlakan saja walaupun tahu, pertemuan ini hanya untuk sementara. Perlahan-lahan, terukir senyuman dibibir. Benar-benar manis kerana rindu itu telah berjumpa dengan penawarnya.

Senyuman itu berbalas. Qi menarik nafas lega. Sangkanya, gadis itu sudah tidak sudi untuk bertemu lagi dengannya.

Genggaman erat pada busur dan panah mula kendur. Syakilla kemudian meletakkan senjata kesayangannya itu ke bawah, di atas rumput yang tebal nan menghijau. Di tepian tasik kecil itu, Syakilla kembali melabuh duduk, membelakangi pemuda itu.

Qi yang dari tadi memerhati, mula terfikir-fikir, perlukah dia menyusuli Syakilla? Gadis itu tidak menyuarakan apa-apa melainkan dua patah perkataan itu saja. Tapi, gadis itu telah turut tersenyum. Apakah maksud senyuman itu sebenarnya?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2015 07:43 AM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 5-4-2015 01:44 AM

“Bagaimana kau boleh muncul di sini?”

Secara tiba-tiba, terdengar soalan dari Syakilla. Qi memandang gadis itu yang masih membelakanginya. Rambut hitam ikal mayang milik gadis itu terbuai-buai dihembus angin. Teragak-agak pada mulanya namun Qi melangkah juga ke depan, lalu mengambil tempat duduk di sebelah Syakilla di tepian tasik itu. Dikerling seketika wajah idaman hati namun gadis itu hanya merenung ke dalam tasik. Ada biasan senyuman nipis pada bibir gadis itu membuatkan Qi tersenyum sendiri lagi.

“Seingat aku, tempat ini belum pernah kau jejaki. Dulu, kau telah ghaib sebelum sempat aku membawamu ke mari.” Tutur Syakilla. Qi terangguk dua, tiga kali, mengiyakan kata-kata itu

“Lalu, bagaimana kau boleh tahu tempat ini? Muncul di sini?” Soalan Syakilla berulang lagi. Kali ini, dia menoleh ke sisi, pada Qi sambil menantikan jawapan.

“Aku tidak tahu, bagaimana harus aku menerangkannya padamu.” Qi berkata.

“Mengapa pula begitu?”

“Yang sebenarnya...” Qi mengurut tengkuk, tercari-cari ayat yang sesuai. Entah bagaimana pula hendak diterangkan pada Syakilla. Dia ke Amariya ini melalui laman sesawang misteri. Yang muncul secara tiba-tiba, tidak dapat di jangka bila dan ketikanya. Mengarut dan tidak logik kedengarannya tetapi itulah yang dia lalui.

“Aku meminta untuk bertemu denganmu. Lalu, pintu itu membawa aku terus ke sini.” Jawab Qi. Dia menggunakan ‘pintu’ untuk menggantikan laman sesawang kerana dia yakin, belum tentu Syakilla akan memahami kata-katanya.

Laman sesawang misteri. Setelah menghilang agak lama, pautan laman itu muncul jua akhirnya. Seperti biasa, pautan itu bertulis ‘Sila tekan pautan ini’. Namun Qi membalas dengan ‘Bawa aku berjumpa Syakilla’. Setelah itu, dia menekan pautan itu lalu terus dibawa ke sini.

“Pintu?” Kening Syakilla berkerut lagi. Benar, dia sudah menyedari dan dapat mengagak, bahawa pemuda itu bukanlah berasal dari bumi Amariya. Malah, dia tahu, Qi itu dari dunia yang berbeza. Tapi, pintu apa pula yang disebut Qi tadi?

“Pintu?” Terbit lagi soalan dari bibir Syakilla.

“Sebenarnya, bukanlah pintu. Ianya aku gelarkan...website.” Terang Qi. Cuba menahan tawa apabila melihat wajah Syakilla yang terkerut-kerut, keliru.

“Aku tak mengerti.” Balas Syakilla.

“Iya, aku tahu.” Qi berkata. “Sehingga kini, aku juga masih tercari-cari jawapannya.”

“Jawapan? Jawapan apa?”

“Jawapan, bagaimana aku boleh muncul di sini...” Jawab Qi. “Apa yang sedang aku alami ini, pada aku, sesuatu yang sangat misteri.”

“Maksudmu?” Syakilla memandang tepat ke wajah Qi.

“Syakilla, adakah kau akan mempercayaiku, jika aku mengatakan bahawa ketika ini, saat ini, aku sebenarnya sedang bermimpi?”

“Mimpi?” Berkerut lagi kening Syakilla.

“Iya, mimpi.” Qi tarik nafas. “Aku tahu, ianya kedengaran sukar untuk diterima akal. Tapi aku tidak berbohong. Aku perlu bermimpi untuk ke Amariya.”

“Dan pintu yang kau katakan itu?”

“Aku perlu berhubung dulu dengan pintu itu sebelum aku terlena dan bermimpi.” Qi menerangkan secara ringkas, agar Syakilla mudah untuk memahami. Jika diterangkan tentang laman sesawang, computer dan internet, pasti lebih keliru jadinya.

“Kau percaya padaku?” Soal Qusyairi pula.

Syakilla merenungnya tanpa memberikan jawapan. Tak semena-mena, Syakilla menyentuh wajahnya dengan tapak tangan. Qi tersentak, terus kaku dengan tindakan Syakilla secara tiba-tiba. Mereka kekal begitu untuk beberapa ketika. Renungan mata Syakilla menikam terus ke matanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2015 07:45 AM | Show all posts
Seketika kemudian, Syakilla melepaskan tapak tangannya. Qi terkebil-kebil sendiri.

“Mengapa...kau buat begitu tadi?” Soal Qi. Pelik dan dalam masa yang sama, sentuhan itu telah meninggalkan bekas pada jiwa.

“Mahu mencari kebenaran.” Jawab Syakilla.

“Adakah kau menjumpai kebenaran itu?”

Syakilla tidak membalas. Sengaja dia mengukir senyum di bibir, mahu menutup perasaan hatinya yang mula dipaut resah.

“Kadang-kadang, aku jadi keliru. Apakah benar, aku hanya bermimpi? Ataupun ini benar-benar terjadi?” Qi mengeluh sendiri. Jawapan yang sehingga kini, belum ditemui. “Dan kau, siapa kau sebenarnya? Jin atau manusia?”

“Aku juga sama seperti kamu.” Ada ketegasan dalam nada suara Syakilla.

“Maaf. Aku tiada niat aku untuk menyinggung perasaanmu.” Ayat Qi terhenti.  “Aku cuma mahu mencari kepastian.”

“Bukan pada aku. Aku tidak punya jawapan yang kau mahu.” Tutur Syakilla, perlahan. Semakin resah namun dia mengawal sebaik mungkin agar tidak terbias pada wajah. Jangan terlalu bimbang Syakilla. Tiada apa-apa yang akan berlaku padanya. Sedaya mungkin, dia menenangkan hati sendiri.

“Jadi, inilah Lata Desa Atari?” Qi memecah sunyi setelah lama terdiam.

“Benar.” Syakilla angguk. Resah dan bimbang dalam hati telah terkawal.  

“Cantik tempat ni.” Puji Qi, dalam hati mengagumi.

“Cantik bukan?” Syakilla membalas dengan soalan. “Aku tidak pernah jemu datang ke sini.”

Qi angguk dan tersenyum. Pandangan mata ditebar luas kehadapan sambil sesekali, menjeling pandang Syakilla disebelah. Hanya mimpi, dia tahu itu namun ianya terasa benar. Saat ini, mimpi atau realiti, Qi tidak peduli. Peluang yang ada untuk bertemu Syakilla digunakan sebaik mungkin. Tidak tahu bila lagi dia akan berpeluang begini.

“Qi...”

“Iya?”

“Pada kali terakhir kita bertemu, kau telah berjanji untuk bercerita tentang duniamu, bukan?” Tutur Syakilla. Resah dan bimbang yang terbit dalam hati telah dibuang jauh-jauh. Tiada apa-apa akan berlaku pada Qi, dia menetapkan keyakinan itu dalam dirinya sekali lagi.   

Qi angguk.

“Aku sudi bercerita, jika kau sudi mendengarnya.” Balas Qi.

“Sudah tentu aku sudi.” Syakilla berkata. Mereka saling memandang dan saling berbalas senyuman.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2015 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Wah! Qi makin berani & berkeyakinan suara kan isi hati yg dh lama terendam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2015 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Qi ni jumpa Syakilla dalam tido ke dalam pengsan?
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2015 07:40 AM | Show all posts
Qi kena sekolahkan syakilla, masuk kelas komputer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-3-2015 08:48 AM | Show all posts
@Zamzam2013 Dia berani pasal dalam mimpi

@cmf_conan Dalam tido

@Ipo Mana nak cari komputer kat Amariya, kak oi?



Ok..tak dak update...
Nak reply komen je







Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2015 11:14 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 23-3-2015 08:48 AM
@Zamzam2013 Dia berani pasal dalam mimpi

@cmf_conan Dalam tido

tifooooooo!!!! tengah gelabah2 nak buat presentation alih2 dah terjun alam mimpi dalam tido??
ni dah lompat antara benua dah neh
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2015 10:51 PM | Show all posts
weh..mana sambungannya?
aku dah habis citer aku..dan aku dah tak karang citer..ko punya tak habis2 lagi nih
sebab nilah aku terpaksa menyampuk sini..tak leh jadi SR..

>>>>>>>>>alasan baik nih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2015 11:42 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 24-3-2015 11:14 AM
tifooooooo!!!! tengah gelabah2 nak buat presentation alih2 dah terjun alam mimpi dalam tido??
ni ...

La...kan dah bagitau. Aku pun spesis melompat kijang jugeeekk...




Dah berkurun, baru nak reply.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2015 11:45 PM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 4-4-2015 11:46 PM
Ipo replied at 1-4-2015 10:51 PM
weh..mana sambungannya?
aku dah habis citer aku..dan aku dah tak karang citer..ko punya tak habis2  ...

Ko idea mencurah-curah.

Aku lak, bak mencurah air ke daun keladi








Dah berhabuk rumah ni. Nak kena kasi sapu segala sawang dan mengemop mana patut...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2015 11:57 PM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 5-4-2015 01:39 AM

BAB 36

Pejabat Alpha Tech

Qi duduk membatukan diri di hadapan Puan Azlina. Sudah hampir lima minit dia begitu. Untuk membuka mulut, memulakan bicara memang tidaklah. Resah dalam hati cuba disembunyikan. Gelisah diri cuba di kawal sebaik mungkin. Puan Azlina masih lagi dengan riak wajahnya yang serius. Kadang-kadang Qi tertanya sendiri, mengapa wanita di hadapannya ini amat sukar sekali melemparkan senyuman? Kerana jika tersenyum, boleh tahan lawa juga walaupun sudah menjejak umur 42 tahun.

Qi geleng kepala. Dah kenapa nak fikir pasal Puan Azlina pula?

“Qusyairi.”

Teguran Puan Azlina menyentak lamunan. Qi pantas mengangkat muka.

“First of all, saya nak beritahu awak sesuatu yang penting sekali.”

Qi tarik nafas panjang.

“Management pandang serius tentang sikap awak tempoh hari. Awak tak sepatutnya bertindak macam tu, lebih-lebih lagi, dalam pejabat.” Suara Puan Azlina seserius wajahnya.

“Bukan saya yang mulakan dulu, Puan. Rafi yang...” Bagai kanak-kanak kecil, Qi cuba mempertahankan diri namun dengan pantas juga Puan Azlina memintas kata-katanya.

“Tolong jaga reputasi awak, Qi. Jangan cemarkan dengan perkara-perkara bodoh macam ni.”

Qi menghela nafas panjang.

“Awak bernasib baik. Walaupun Rafi buat aduan, management cuma mahu awak di beri amaran lisan saja.”

“Dasar pengecut. Harap sembang aje kencang...” Qi menggumam sendiri, perlahan.

“Apa dia?”

Qi pantas menggeleng kepala.

“Jadi, selepas ini tolong kawal sikap awak. Saya tak nak dengar lagi perkara macam ni berlaku. Faham?” Tegas Puan Azlina memberi amaran.   

“Faham puan.” Balas Qi, pendek.

“Tapi, kalau saya...mungkin saya tampar terus si Rafi tu.”

Kata-kata Puan Azlina kali ini mengundang senyum kecil di bibir Qi. Terasa lucu namun nak ketawa lebih kuat, dia tak berani sangat walaupun terlihat Puan Azlina sendiri turut tersenyum.

“Okay, itu saja pasal kes awak dengan Rafi. Next...” Terus saja Puan Azlina berkata. “Pasal presentation awak minggu lepas...”

Qi menegakkan badan. Memusatkan perhatian sebaik mungkin. Ini adalah keputusan yang dia tunggu-tunggu. Hampir tak lena tidur juga memikirkannya. Masakan tidak? Dengan fikirannya yang bercelaru, di tambah pula dengan gugupnya yang tak kurang surut, dia memaksa diri untuk meneruskan juga pembentangan itu. Tergagap sedikit pada awalnya namun masuk minit yang ke sepuluh, keyakinan diri bertambah. Pertuturannya semakin lancar dan dia mampu menyudahkan pembentangan itu dengan jayanya.

Adakah sistem rekaannya mampu menarik perhatian para penilai? Itu dia tak tahu. Jawapan inilah yang dia sedang tunggu. Penuh debar, dia menanti Puan Azlina meneruskan bicara.

“Qusyairi, Sales team dah buat decision. They decided...”

Nafas Qi seolah-olah tertahan.

“That your system meets the criteria.”

Terasa oksigen kembali memenuhi ruang dada.

“And they are very happy with it.”

Yes! Laungan itu hanya bergema dalam hati. Nak menjerit kuat, takut naik pula angin Puan Azlina.

“Tapi...”

Oksigen dalam dada terputus kembali. Qi memandang tepat ke hadapan.

“Ada beberapa komen yang perlu awak ambil berat. Sistem awak perlu beberapa improvement sebelum kita proceed untuk presentation dengan Tresna Bank. So...” Puan Azlina mengambil nafas seketika.

“Esok, saya dah set meeting dengan Puan Charmaine dan Encik Ramlan, pukul 10 pagi. Meeting room, second floor. Be there for further discussion. Kalau semuanya okay, kita...” Puan Azlina tersenyum sedikit.

“Maksud saya...awak, akan buat presentation di hadapan wakil Tresna Bank, dua minggu dari sekarang.”

Qi terasa dadanya mengembang. Perasaannya bercampur-baur di antara resah, gembira dan teruja. “Baik, Puan Azlina.”

Puan Azlina mengangguk beberapa kali. “Okay, that’s all.” Seperti biasa, dia mengakhiri perbincangan dengan seringkas-ringkas ayat. Matanya memandang terus ke skrin computer ribanya.

“Unless you have anything else to discuss...” Puan Azlina menyambung kata apabila Qi masih lagi duduk tercongok dihadapannya.

“Puan...saya...” Qi menarik nafas. “Saya nak ucap terima kasih sebab Puan sudi beri saya peluang ni.” Ucap Qi, ikhlas.

Puan Azlina mengangkat muka lalu memandang Qi. Bibirnya menguntum senyum.“Awak dah buktikan yang awak layak, kan? Jadi, berterima kasih pada diri sendiri.”

Qi angguk beberapa kali.

“Ada apa-apa lagi?” Soal Puan Azlina. Qi geleng.

“Boleh keluar sekarang?”

“Err...baik Puan.” Segera Qi bangun dari kerusi. Dia tahu, sesaat lagi dia bertangguh, pasti akan keluar ayat lebih sinis dari mulut pengurusnya itu.

“Qusyairi...”

Saat Qi menghampiri pintu bilik pejabat, terdengar namanya dipanggil. Qi segera berpaling ke belakang semula.

“Ya...Puan?”

“Congratulations.”

Qi tersenyum dan mengangguk. “Thanks, puan.” Dia terus keluar dari situ.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2015 11:58 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 4-4-2015 11:45 PM
Ko idea mencurah-curah.

Aku lak, bak mencurah air ke daun keladi

nah... gi kemas cepat...






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2015 12:40 AM | Show all posts

Cutenyeeeee!!!!

Kasi kat anak aku ni, harus bersih berkilat rumah dia kemas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-4-2015 12:44 AM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 5-4-2015 01:53 AM

Senyuman Qi masih kekal tatkala pintu bilik pejabat Puan Azlina di tutup. Tak mampu bagaimana mahu diterjemahkan perasaannya itu dalam bentuk bahasa. Terasa segala penat lelahnya bersengkang mata dalam sebulan ini berbaloi.

Tapi, ini hanya permulaan. Dia perlu bersedia untuk ke peringkat seterusnya. Cabaran sebenar adalah untuk membuat pembentangan di hadapan wakil Tresna Bank. Jika kontrak Tresna Bank itu berjaya diperoleh, barulah dia akan merasa benar-benar lega. Sudah pasti juga, jawatan SSE itu sah menjadi miliknya.

DUK.

Terlalu asyik berfikir, tak sedar dia berjalan menonong sehingga terlanggar seseorang.

“Aduh...”

Qi memandang ke arah empunya suara. Rabiatul sedang menggosok-gosok bahu kirinya. Fail-fail dalam pegangan Rabiatul telah jatuh bertaburan.

“Alamak, Abby. Sorry...” Qi senyum kelat. Segera dia tunduk ke bawah,  membantu Rabiatul yang sudah mula mengutip fail dan helaian kertas yang bersepah.

“Tak nampak orang ke?” Soal Abby, namun suaranya tidak pula tinggi menengking.

“Sorry.” Ucap Qi sekali lagi. Separuh fail dan kertas-kertas yang bertaburan sudah berada dalam pegangannya.

“Habis berterabur. Terpaksa I susun semua ni balik semula.” Muncung bibir Rabiatul tatkala berkata.

“Sorrylah. Saya tolong awak susun, ya?” Tutur Qi lagi, benar-benar rasa bersalah. Mereka berdua telah pun berdiri dengan fail dan helaian kertas penuh di tangan.

“Jom, kita pergi sana.” Qi menghala muncung ke arah sebuah meja berdekatan. Rabiatul mengangguk setuju lalu mereka berdua melangkah ke arah yang sama.

Ada lima fail kesemuanya. Kerana berterabur tadi, isinya telah bercampur aduk. Qi terus membantu Rabiatul menyusun kembali helaian kertas mengikut fail yang telah ditetapkan.

“Apa yang you happy sangat ni?” Sambil tangannya bekerja, Rabiatul bertanya.

“Happy?” Soal Qi kembali.

“Iyalah. I perasan dari tadi. Sejak you keluar dari bilik Puan Azlina, you senyum memanjang. Kenapa?”

Qi senyum.

“Hah...senyum lagi. Ni mesti ada apa-apa ni...”

Qi terlepas gelak membuatkan Rabiatul turut tertawa sama. Merasakan tiada salahnya memberitahu berita gembira itu kepada Rabiatul, Qi membuka cerita.

“Awak tahukan, last week saya kena buat presentation untuk projek Tresna Bank?”

“Hhmm...” Rabiatul mengangguk.

“Sales team dah accept proposal saya.”

“Really?”

Qi mengangguk.

“Wow. That is good news. Congrats.” Ucap Rabiatul.

“Terima kasih.” Balas Qi. “Awak nak tahu lagi satu perkara?”

“Apa dia?”

“Awaklah orang pertama yang tahu pasal ni.”

“Awe. So sweet.” Rabiatul tergelak kecil. Qi tersenyum lagi dan mereka terus berbual-bual mesra.

Tidak jauh dari situ, ada sepasang mata yang tajam, memerhatikan tanpa mereka sedar. Penuh dengan rasa geram dan sakit hati yang meluap-luap.

“Huh!” Dengan rengusan, dia berlalu perlahan-lahan.

***
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2015 01:33 AM | Show all posts
Jam sudah melepasi pukul 12 malam. Seluruh penghuni rumah ini telah pun tidur. Kecuali Qi. Matanya masih tidak mahu lelap.

Yang sebenarnya, dia menunggu. Menanti penuh pengharapan agar pautan misteri itu muncul malam ini. Berita gembira itu telah dikongsi bersama rakan-rakan sepejabat dan juga ahli keluarganya. Kini, dia mahu bercerita pula pada gadis bermata bak helang itu.

Walaupun situasi itu pelik, Qi tidak mampu menafikan. Rasa rindu itu hadir tatkala berjauhan.  Iya, dia tahu. Masakan boleh dia menaruh perasaan pada gadis yang hanya wujud di alam mimpi? Sukar untuk menimbang segala yang berlaku dengan kewarasan dan logik akal tapi, dia tidak mampu untuk menolak perasaan itu. Pemilik nama Syakilla itu seringkali muncul dalam fikiran.   

Jarinya ligat melukis. Wajah siapa lagi kalau bukan wajah Syakilla yang dipotretkan. Sudah beberapa lukisan wajah Syakilla berada dalam simpanannya. Syakilla yang tersenyum, Syakilla yang berwajah dingin dan pelbagai lagi. Terlalu jelas wajah itu di fikiran, sehingga dia mampu menterjemahkannya dalam bentuk lukisan tanpa cacat cela.

“Syakilla...”

Perlahan-lahan, jarinya menyentuh gambar wajah Syakilla. Bermula dari sepasang mata lalu jarinya terhenti di bibir. Satu keluhan dilepaskan. Lama Qi merenung wajah itu.

Skrin computer ribanya yang berkelip tiba-tiba menganggu tumpuan. Segera, skrin computer riba itu dipandang. Gambar Megatron telah berganti dengan warna gelap hitam. Bibir Qi menguntum senyum lebar.

Sila Tekan Pautan Ini

Ayat lazim pautan misteri itu tertera di skrin. Pantas pula Qi mengetuk papan kekunci.

Bawa aku berjumpa Syakilla.

Tiada balasan setelah dua minit menunggu. Qi merengsa.

Bawa aku berjumpa Syakilla.

Sekali lagi, Qi menaip ayat yang sama.

Baiklah.

Ayat itu muncul pula. Qi menarik nafas lega.

Sila Tekan Pautan Ini.

Qi segera menekan pautan itu lantas memejamkan mata.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2015 11:01 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 5-4-2015 01:33 AM
Jam sudah melepasi pukul 12 malam. Seluruh penghuni rumah ini telah pun tidur. Kecuali Qi. Matanya m ...

wah...Qi dah angau ngan Syakilla
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 02:06 PM | Show all posts
Qi dan Tron...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 09:32 PM GMT+8 , Processed in 0.076271 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list