|
LIVERPOOL FC ~ BaDi TiaNG, PaLaNG & PeNaLTi ~
[Copy link]
|
|
Sini x de gay..tu hardeyboyz suh dia men jejauh..
gay gay MU kan maksud dia.. {: ...
sudugaru Post at 9-2-2012 12:03 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
ayoo ~ sampai double posting ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
INFO : CRAIG BELLAMY penjaring terbanyak THE REDS setakat ini dgn 9 GOL dlm smue pertandingan...YNWA
INFO : LUIS SUAREZ penjaring ke dua terbanyak THE REDS dgn 8 GOL dlm smue pertandingan..YNWA
![](http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s320x320/425288_269956476411024_214888371917835_708892_2054710682_n.jpg) |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by RosesAre_Red at 9-2-2012 14:11
meh layan khabar angin lagi ![](static/image/smiley/default/shy.gif)
" Pemain tengah Barcelona, Seydou Keita menjadi sasaran utama Liverpool pada musim depan. Menurut Daily Mail, Liverpool tertarik untuk menandatangi Keita dan berniat membawanya ke Anfield musim depan dengan perpindahan sebesar 2 juta" |
|
|
|
|
|
|
|
layan... ![](static/image/smiley/default/tongue.gif)
![](http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/426032_251035714974445_100002040555652_551814_1516769530_n.jpg) |
|
|
|
|
|
|
|
INI FAKTA BUKAN AUTA: Manchester United became the first Premier League team to score FOUR consecutive goals from PENALTIES.Hernandez and Berba against Stoke and Rooney's double against CHELSEA..Kalau ada yg kata kita pakar seri,kita balas balik,MU nak dapat point pun harapkan PENALTY memanjang.YNWA ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
INI FAKTA BUKAN AUTA: Manchester United became the first Premier League team to score FOUR consecuti ...
RosesAre_Red Post at 9-2-2012 14:19 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
gelak guling..refree howard web ![](static/image/smiley/onion/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
ayoo ~ sampai double posting
RosesAre_Red Post at 9-2-2012 14:03 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
terdouble posting..hehehehe ![](static/image/smiley/onion/run.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
moga-moga ref terus bermurah hati minggu neh..![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Suarez enggan minta maaf
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2012/0209/Kosmo/Sukan/su_06.1.jpg)
LUIS Suarez bukan sahaja seorang yang keras kepala tetapi juga mengamalkan corak permainan agak keras di padang. Dia baharu sahaja selesai menjalani penggantungan lapan perlawanan kerana didapati bersalah menghamburkan kata-kata berbaur perkauman terhadap Patrice Evra.
--------------------------------------------------------------------------------
LONDON - Penyerang Liverpool, Luiz Suarez tetap enggan memohon maaf kepada tonggak pertahanan Manchester United, Patrice Evra.
Terdahulu, Suarez telah dikenakan hukuman penggantungan sebanyak lapan perlawanan oleh Persatuan Bola Sepak England (FA England) selepas dia menghemburkan kata-kata penghinaan kepada Evra, Oktober tahun lalu.
"Saya tidak berada dalam keadaan terdesak untuk memohon maaf kepada Evra.
"Saya tahu apa yang telah saya lakukan. Dalam bola sepak, sebagai pemain saya berpegang terhadap peraturan yang mengatakan apa yang berlaku di atas padang berakhir di situ sahaja," kata Suarez.
Kini, tempoh hukuman penyerang antarabangsa Uruguay itu telah tamat dan dia sudah diturunkan ketika skuad The Reds sekadar seri tanpa jaringan dengan Tottenham Hotspur dalam saingan Liga Perdana England, kelmarin.
Malah, dia dijangka akan diturunkan pada aksi menentang United dalam saingan liga di Old Trafford, Sabtu ini.
Sudah pasti kelibat Suarez akan menjadi tumpuan dan para penyokong skuad The Red Devils dijangka tidak akan membiarkan pemain tersebut beraksi dengan mudah.
"Saya tahu, menentang United, ia bakal menjadi perlawanan tumpuan apatah lagi saya akan berdepan dengan Evra. Para penyokong United pasti akan mengejak saya.
"Namun, saya sudah biasa dengan perkara itu. Saya harap perkara yang tidak diingini tidak akan berlaku. Saya sudah pun melupakan insiden dengan Evra itu," jelas Suarez. - AGENSI |
|
|
|
|
|
|
|
INFO : CRAIG BELLAMY penjaring terbanyak THE REDS setakat ini dgn 9 GOL dlm smue pertandingan...YNWA ...
RosesAre_Red Post at 9-2-2012 14:08 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
kan best klu dua2 ni bergabung..mesti mantap...ada kuyt,abe G, ![](static/image/smiley/onion/childlike.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
MU mmg selalu mendapat ihsan dari ref, mcm x biasa![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
‘Sudah, sudahlah’
PENGURUS Liverpool, Kenny Dalglish menegaskan sudah tiba masanya meletakkan noktah terhadap isu membabitkan Luiz Suarez dan memberi tumpuan terhadap kunjungan ke Old Trafford malam esok.
Pemain Uruguay itu dikatakan akan bertemu United buat kali pertama, esok selepas penggantungan lapan perlawanan kerana mengeluarkan kenyataan berbentuk perkauman kepada pertahanan Red Devils, Patrice Evra.
Kedua-dua pasukan itu pernah bertemu ketika pusingan keempat Piala FA di Anfield bulan lalu tetapi pertemuan di Old Trafford dikatakan berpotensi bertukar kepada suasana lebih tegang terhadap penyerang itu yang kembali beraksi dalam perlawanan menentang Tottenham isnin lalu.
Perlawanan itu mencetuskan ketegangan di antara kedua-dua kelab dan penyokong mereka selepas penyerang United, Wayne Rooney menulis di Twitter bahawa Suarez sepatutnya dibuang padang dan bukannya dilayangkan kad kuning selepas menendang Scott Parker di perutnya.
Dalglish ketika sidang media selepas perlawanan menganggap pemain itu tidak sepatutnya digantung biarpun tindakan itu dilihat sesetengah pihak sebagai kasar.
Bagaimanapun jurulatih kelahiran Scotland yang mengesahkan Suarez akan berjabat tangan dengan Evra dan semua pemain United meminta supaya bertanggungjawab.
“Semua orang termasuk media, penyokong dan kedua-dua pasukan perlu bertanggungjawab bagi memastikan hujung minggu ini diingati sebagai perlawanan bola sepak di antara dua pasukan hebat dan bukan kerana sebab lain,” katanya.
“Saya fikir semua pihak yang terbabit dalam Piala FA di Anfield menjalankan tugas mereka bagi memastikan perlawanan itu diadakan dengan cara yang baik, jadi pastikan ia sekali lagi berlaku hujung minggu ini.
“Saya pasti orang akan bercakap mengenai Luiz Suarez tetapi dia menerima penggantungan, menjalani hukuman dan kembali untuk menentang Spurs, Isnin lalu.
“Sudah tiba masanya kita semua mengakhiri apa yang berlaku dan melangkah ke hadapan.
“Orang ramai sudah pun membuat spekulasi mengenai amalam sebelum perlawanan tetapi dari pandangan Luis, kami sudah bercakap dengannya dan saya tahu dia akan berjabat tangan dengan Evra dan pemain Manchester United yang
lain sebelum perlawanan,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Gegar gawang Liverpool
CHRIS Smalling berharap supaya dirinya cergas ketika menentang Liverpool malam esok dan memperoleh peluang untuk menyertai senarai pertahanan Old Trafford yang menjaringkan gol ke atas musuh ketat Manchester United itu.
Pemain tinggi dan berbakat berusia 22 tahun itu mahu mengikut jejak Wes Brown (2007/08), Rio Ferdinand (2005/06 dan 2006/07) serta Mikael Silvestre (dua gol pada 2004/05) jika dia membolos gawang lawan dalam perlawanan menentang pasukan dari Merseyside di laman sendiri.
John O’Shea pada 2006/07 dan Gary Pallister pada dekad lalu turut berjaya bangkit dari bahagian pertahanan untuk menggegar gawang di Anfield.
“Saya bekerja keras untuk memperbaiki permainan saya menerusi sepakan sudut dan sepakan percuma bagi mencetuskan impak,” kata Smalling.
“Ketika saya menyertai pasukan ini, satu atau dua daripada jurulatih menegaskan mereka mencari gol daripada pertahanan.
“Nemanja Vidic ada menjaringkan beberapa gol dan jika anda boleh melakukannya, ia adalah satu bonus.”
Smalling sudah pun menjaringkan gol ketika menentang Chelsea dan Manchester City pada 2011/12, malah pernah membolosi gawang Reds sewaktu perlawanan Piala Liga, ketika musim pertamanya menyertai pasukan Scunthorpe United.
“Saya berharap dapat membolosi gawang lawan dan memberi lebih banyak sumbangan pada masa depan. Saya tidak mahu pasukan hanya bergantung kepada penyerang untuk menjaringkan gol,” katanya.
Begitupun, menghalang penyerang lawan sudah pasti menjadi keutamaan Smalling dan dia kini memerhatikan bagaimana pasukan lawan dalam bola sepak Inggeris semakin berkembang.
“Saya fikir, posisi pertahanan semakin berevolusi. Kami biasanya berdepan penyerang bertubuh besar atau mereka yang lebih lincah.
“Begitupun pemain seperti Demba Ba (Newcastle) dan Bobby Zamora (QPR) serta beberapa penyerang dalam liga ini menggabungkan kedua-dua elemen ini dan saya fikir keadaan ini menyukarkan pertahanan.
“Itulah sebabnya mengapa kita melihat begitu banyak gol,” katanya.
Smalling juga melihat trend meletakkan penyerang bertubuh kecil tetapi
mempunyai skil tinggi seperti Luiz Suarez dari Liverpool, Sergio Aguero (City) dan tentu sekali Pemain Terbaik Dunia, Lionel Messi dari Barcelona.
“Saya fikir anda perlu memberi pujian kepada pengurus kerana memberikan pemain bintang mereka kebebasan untuk berlegar-legar dan mendapatkan bola
di kawasan tertentu.
“Ia sama seperti apa yang diberikan kepada Wazza (Wayne Rooney) di United. Semua pemain berada di tahap terbaik apabila mereka boleh turun dan cuba memecah belahkan pertahanan lawan.
“Malah mereka juga berani mengambil bola jauh ke dalam hingga menyukarkan pertahanan,” katanya.
psstt: Oooo.. takotnyeeeerrrr kitaaa![](static/image/smiley/default/funk.gif)
![](static/image/smiley/default/funk.gif)
baruku tau nama manja si rooney tu wazza eh![](static/image/smiley/default/titter.gif)
what'su up yo what's up...![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
sy malas nk bertandang ke umah jiran, so it's ok kan tepek je psl MU tu kt cni, sambil kita speku, sape kah yg obses sgt nk jd tarzan tu?![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
up~....![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1099# RosesAre_Red
rajin nyer.. pagi2 lagi dah lepak sorang2 kat sini..![](static/image/smiley/onion/thumb.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|