CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: seribulan

SENARIO.....movie terbaru SENARIO XX...

[Copy link]
Post time 9-7-2004 02:48 PM | Show all posts
aku bkn xnak ulas tp aku tgh xde idea nk menaip..

la ni baghu ade....kuang..kuang..kuang...
part paling 'syahdu' mlm tu ser c apek bg ulasan..
ade ke patut euro game leh jadik m'sier gamelol:lol
abis disebut semuer namer player m'sier...lol:lol
pastu...masuk ler c azlee...tnper salam...tetiber dismbut kat apek "waalaikumsalam"....trus azlee tnyer "sebiler plak sy bg salam, assallammualaikum"......huishhhh ser ni mmg lawak geng....makpak aku yg tgk skalik pun terburai isi perut dek tergelak dgor ayat tu...

lagi satu part, se wahid interprame tu...siap ngn kamera...pastu yg apek kengkonon cam tgh di interbiu, asik mempolow kamera yg wahid kendong tu.........lagi satu kowang pasan x ariel antenna kat warong apek tu...
aku igt nk tempah satu kat bebudk senario ni...maner tau leh dpt tau all the actibiti psai dendorang ni....
"KEMBALI MENCERIAKAN IDUP ANDA...KAMI LER SENARIO"...
word iklan utk antenna senario tu....ala...cam astro nyer promo...:bgrin::bgrin:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-7-2004 09:25 AM | Show all posts
arap2 minggu ni tak terlepas lagik...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2004 04:23 PM | Show all posts
aik....kot yer pun gk dh xder...
naper geng yg lain pun senyp jer...choc,winter...
maner kowan pegi???
pelik lak aku...:stp::hmm::hmm:bulan gak jer yg ade kat cni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2004 09:48 PM | Show all posts
diorg berkabung kot GK dah tak de...
isk..bahya nih..berdua2an lak kita...kuakuakua....
Reply

Use magic Report

chocolate This user has been deleted
Post time 14-7-2004 03:20 PM | Show all posts
Laaa.. kan hari tu aku ada bagi comment... :cak:

Anyway... ada that time, aku ada bagi tau pasal this 1 vcd telemovie yang ada Senario tu kan.. haaa.. dah keluaq pun...title dia J-Bon Jr kalau tak silap... sayang la Apek takde, kalau dia ada... gerenti lebih gamat... ni ada article about that vcd which had just been released... :pompom:


Selebriti: Senario jadi perisik

Tampil melalui VCD aksi J-Bon Jr


SELAIN siri Senario yang disiarkan setiap minggu melalui TV3, anggota Senario, Lan Pet Pet, Azlee dan Wahid tampil sebagai kumpulan perisik melalui VCD aksi komedi, J-Bon Jr yang kini berada di pasaran.

VCD arahan Aidilfitri Mohammad Yunos ini dikatakan cuba memberi nafas baru dalam produksi telefilem tanah air apabila dihasilkan pengarah muda yang mempunyai idea kreatif untuk menambat selera generasi muda.

J-Bon Jr yang diterbitkan Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) mengisahkan perisik terlatih, Johan Jebon atau J-Bon Jr (Lan) terpaksa berhadapan dengan pelbagai rintangan bagi membanteras satu rancangan penjahat menghuru-harakan ibu kota.

Ketua penjahat itu, A.K.A Org Jahat mempunyai organisasi sulit yang ditaja penuh oleh seseorang yang menamakan dirinya Org Dalam. Mereka sentiasa merancang sesuatu untuk menggulingkan kerajaan. J-Bon Jr ditugaskan mematahkan rancangan Org Jahat dan mengenalpasti siapa gerangan Org Dalam.

Ini adalah VCD pertama GBSB bagi tahun 2004. Selain Lan, Azlee dan Wahid, J-Bon Jr turut dijayakan oleh pendatang baru, Natasha Liana Hudson dan Alia serta dibantu oleh pelakon popular seperti Serina Redzuawan, Hasnul Rahmat, Farouk dan Shareeny Chong.

Aidilfitri berkata, penggambaran VCD ini dibuat keseluruhannya di sekitar Kuala Lumpur termasuk Putrajaya terutama babak stunt.

揚engalaman paling mencabar ialah ketika penggambaran di Putrajaya apabila berlaku kemalangan bagi babak membabitkan aksi kejar mengejar antara kereta dan motorsikal. Bagaimanapun keadaan cemas itu dapat dikawal dan tidak menjejaskan penggambaran.

揤CD ini khusus untuk penonton kanak-kanak kerana jalan cerita dan lawak yang dipaparkan sesuai untuk cita rasa mereka sebagai satu hiburan,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2004 11:28 AM | Show all posts
waa...malam tadi citer bola...klako giler..siap sebut Portugal tuh...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-7-2004 03:20 PM | Show all posts
semlm umah aku blackouttttttt....
maker nk dijadik kan citer....
xdpt arrr aku tgk 'abg2' aku beraksi mlm tdik...:cry::cry::cry::cry:
Reply

Use magic Report

chocolate This user has been deleted
Post time 15-7-2004 03:27 PM | Show all posts
ala ciannya ko.. byj... teringat aku..kat s'pore ni pun.. baru2x ni ada black out gak..

anyway... nanti balik aku nengok balik citcom tu.. tak berapa ingat jalan cita dia.. tapi lawak tetap lawak la... nanti besok aku citakan eh... or in the meantime, bulan or winter kalau boleh.. cita kan la sikit... cian si byj ni....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2004 04:00 PM | Show all posts
so..geng...
tolong ler wat summaries kat aku...
sian nyer aku:cry::cry::cry:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2004 11:48 AM | Show all posts
cian ko BYJ...tapi Bulan memang malas nak tulis pepjg...tunggu choc jer la...
anyway...dah tgk Apek berlakaon dlm gila2 pengantin remaja...besh gak...jadik
penyeludup Beras siam...ala2 senario la gaya dier...
Reply

Use magic Report

chocolate This user has been deleted
Post time 19-7-2004 12:32 PM | Show all posts
J-Bon Jr komedi aksi penyiasatan


GRAND Brilliance Sdn Bhd (GBSB) kembali menyemarakkan pasaran telefilem berbentuk video cakera padat (VCD) dengan lahirnya produk terbarunya, J-Bon Jr (JJ).

Telefilem berkonsepkan penyiasatan ala filem James Bond menampilkan Mazlan Pet Pet sebagai peneraju utama yang digandingkan dengan ahli kumpulan Senario lain iaitu Azlee dan Wahid.

Penerbitan telefilem komedi aksi penyiasatan ini adalah buah tangan pertama GBSB tahun ini yang menerima sentuhan pengarah muda berbakat, Aidilfitri Mohammad Yunos.

Dengan sasaran utama telefilem ini pada kelompok peminat paling ramai kumpulan lawak nombor satu ini, jalan cerita dan lawak jenaka yang ditampilkan sesuai cita rasa kanak-kanak yang sukakan hiburan ringan.

JJ mengisahkan seorang perisik terlatih bernama J-Bon Jr yang terpaksa berdepan dengan pelbagai rintangan bagi membanteras satu rancangan kumpulan jahat yang ingin menumbangkan kerajaan.

Ia diketuai AKA Orang Jahat yang mempunyai organisasi sulit dan bekerjasama dengan Orang Dalam. Di sinilah kepakaran JJ diperlukan untuk menumpaskan Orang Jahat dengan bantuan Profesor.

Misi pertama JJ adalah untuk mendapatkan data formula Gelombang Otak Mikro (GOM) yang mampu mengawal minda dan otak seseorang dari jatuh ke tangan Orang Jahat.

Ketika menjalankan misinya itu, JJ bertemu dengan Ejen Aliah, bekas ejen yang lama menghilangkan diri dan kini tampil untuk membantunya. Orang Jahat pula mengarahkan Alyssa untuk menawan hati JJ yang bijak dalam taktik penyamaran dan pukau sehingga perangai JJ berubah dan dia mula lupa daratan.

Telefilem hasil karya Aidilfitri, turut mengemukakan seorang pendatang baru, Natasha Lianna Hudson sebagai Aliah, seorang model yang berbakat besar dalam bidang lakonan. Artis lain yang terbabit dalam telefilem ini ialah Serina Redzuawan, Hasnul Rahmat, Farouk dan Shareeny Chong.

Menurut jurucakap GBSB, penggambaran telefilem ini dibuat keseluruhannya di sekitar Lembah Klang termasuk Putrajaya. Antara babak mencemaskan termasuk adegan lagak ngeri, aksi kejar-mengejar antara kereta dan motosikal serta beberapa adegan lain yang tidak kurang hebatnya.

Bagi peminat Senario, telefilem terbaru ini dapat mengubat kerinduan setelah lama tidak melihat mereka beraksi dalam telefilem berbentuk VCD yang ketika ini sudah pun berada di pasaran. Selain menyelitkan unsur komedi, telefilem ini juga padat dengan aksi.


*macam best gitu.. baca synopsis dia...ada banyak stunts lak tu... sesekali Senaro tukar angin.. ok apa.... ehehehe*
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2004 08:30 PM | Show all posts

yuhuuu....

aku singgah sat....

penangan senario betul2 buat aku ingat korang...ghindu giler..... patutlah aku batuk2..... wey.... aku tgk lan mesti aku ingat kat ko choc...... tp kali ni aku tgk senario tak dak air cokelat lagi...aka milo...lol:lol... sekarang ni..ingat senario ingat korang ler.....:bgrin:

sedeh ler...time aku bercuti ni time ni gak senario main balik.... hehehe...aku gembira tp aku sedih gak sbb aku meroyan melalak sensorang......

wey... penangan senario ni mengalahkan ketagih daun ketum.... BYJ, winter.. urat kentut korang dah ok ker? hahahaha.... bulan ko kat kl? ish.. manyak soal lak aku ntah bila aku baca jwpn korang lak ni.....

aku baru tgk GGPR... lehtahan apek yer..... bangsa dia cindian..... lps tu anak dia jd cindianyu kalau dia kawen melayu..... hehehehe......

jr bon tu ler aku tak tgk lagi..... best ker? nanti lah aku cari cd nya.... tgk iklan mcm best.....lol:lol

ok geng... jan lupa minggu ni.... sitcom baru......

tq ya..... aku harap masinlah mulut2 korang..... semoga korang pun berjaya....
bubye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2004 09:40 PM | Show all posts
Originally posted by Gadiskampung25 at 25/7/04 08:30 PM:
aku singgah sat....

penangan senario betul2 buat aku ingat korang...ghindu giler..... patutlah aku batuk2..... wey.... aku tgk lan mesti aku ingat kat ko choc...... tp kali ni aku tgk senario ta ...

GKKKKKKKKKKKKKKKKK...rindu padamuuuuu...nananananannnaaaa...
:hug: dah sunyi thread nih...maklum la geng Senario...semuanya bz...mengalahkan kumpulan Senario lak:cak:

singgah2 la lagik....
Reply

Use magic Report

chocolate This user has been deleted
Post time 27-7-2004 09:25 AM | Show all posts
Hi GK...

Its a pleasant surprise having u here yet again !!!!  :ah: Bila2x ko free or ada masa.. dun forget to log in here okay.... :cak:

Sorry la.. Bulan.. kita org bukan tak moh relive this thread lagi.. tapi ko nengok jelah.. sitcom Senario yg baru lepas ni pun... yg repeated nya.. tu pasal malas skit.. nak komen apa2x.. even though.. sitcom 'Freeze Sekejap' tu ole tahan lawaknya.... hehehehe...:lol :lol :lol Ni mana lak si BYJ ni.. sonyap je....:hmm:

Anyway... korang ada baca tak article kat bharian or kat e-media eh... dorang tengah shoot movie terbaru dorang... 'Senario XX'.. and the best part is.. all 5 of them are in it !!! Yes, you've heard me rite, all 5 of them.. which means Yassin pun ada !!!.....Cita ni arahan Aziz M. Osman.. and coming from him.. heronya tentulah Wahid.. keh keh keh.. :cak: :cak:..nanti aku paste article nya eh.....

Next year lak... aku dengar dorang nak shoot sampai 4 movies ! Mak ooiiii.... tapi takpelah... janji aku ole still nengok dorang...tak kisah la kat mana2x pun.. hehehe... :pompom: :pompom:  :pmuka:
Reply

Use magic Report

chocolate This user has been deleted
Post time 27-7-2004 09:40 AM | Show all posts
*ok.. ni dia d article that i mentioned earlier... siap ada gambar Apek.. in his special outlook.. hehehe*

Bintang: Gandingan Senario, Aziz


Hasilkan filem Senario XX selepas kejayaan 3 filem sebelum ini

GANDINGAN Senario dan Aziz M Osman membuktikan keserasian dan penerimaan peminat melalui kejayaan tiga filem mereka sebelum ini berbanding Lang Buana hingga mendorong Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) kembali menggandingkan mereka dalam filem ke-20nya, Senario XX.

Malah Aziz yang cukup dikenali melalui filem sains fiksyen XX Ray, menggabungkan genre komedi dan sains fiksyen untuk menghasilkan filem komedi sains fiksyen melalui kehadiran kapal angkasa dan makhluk asing serta tarikan komedi Senario.


Kumpul semua lima anggota

Harian Metro yang meninjau ke lokasi Senario XX di Kampung Sungai Pinang, Pulau Indah, Pelabuhan Klang kelmarin, menyaksikan Senario XX mengumpulkan semula lima anggota Senario, Lan Pet Pet, Wahid, Azlee, Saiful Apek dan Yassin.

Kali ini Apek menjadi makhluk asing, Jeneral Zoragas yang sampai di bumi dan menyamar sebagai ejen FBI bersama pembantunya, Zolidia.

Apek tampil dengan rambut panjang warna perang lengkap bersenjata untuk mencari Zoragon (Wahid) yang membawa mesin kuasa yang mampu dijadikan senjata untuk merampas kuasa Raja Zaragus.

Aziz berkata, filem terbarunya ini dihasilkan untuk memenuhi selera penonton yang mahukan filem komedi ringan yang dijayakan Senario sebagaimana kejayaan tiga filem sebelum ini mencatat kutipan RM3 juta hingga RM6 juta.

Katanya, komedi ringan sebegitu yang diinginkan penonton menyebabkan dia akur untuk kembali bersama Senario tetapi waktu sama cuba mencari kelainan melalui genre komedi sains fiksyen selepas Senario kembali ke zaman purba dalam Lang Buana arahan Mamat Khalid.


MAKHLUK ASING...Apek sebagai Jeneral Zoragas
yang menyamar sebagai ejen FBI dalam Senario XX.

揅eritanya berkisar kepada kehadiran kapal angkasa dan makhluk asing di sebuah kampung hingga menimbulkan kekecohan di kalangan orang kampung. Antaranya reaksi bomoh (Azlee) yang mengatakan kapal angkasa atau UFO itu sebagai hantu polong hingga menggunakan jampi serapah menghalaunya. Ianya satu reaksi tipikal orang Melayu.

揥aktu sama dimasukkan unsur cinta antara makhluk asing, Zoragon (Wahid) dengan gadis bumi, Siti (Nur Fazura) serta konflik antara tunang Siti (Lan Pet Pet) berhadapan dengan saingannya, Zoragon.

揚enggambaran dijalankan di sekitar Pulau Indah sejak 5 Julai lalu dan dijangka selesai 5 Ogos kemudian disambung dalam studio untuk babak yang memerlukan kesan khas seperti dalam kapal angkasa.

揝etakat ini 60 peratus penggambaran sudah selesai dan segalanya berjalan lancar. Alhamdulillah cuaca juga baik, begitu juga komitmen Senario dan pelakon lain seperti Fazura, Chef Wan dan Siti Faizurina. Filem ini turut menampilkan pelakon veteran Wahid Satay sebagai ketua kampung dan Rosyam Nor dalam satu babak menjadi dirinya sendiri,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2004 06:42 PM | Show all posts
fuhyoo....

si BYJ tu, Choc...tgh demam AF...mana nak singgah sini...heheheh....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


chocolate This user has been deleted
Post time 28-7-2004 09:20 AM | Show all posts
Oh si BYJ tu... hari tu pun dia ada bagi tau aku.. dia ngah demam AF2.. hehehe.  

Btw, ni aku baru jumpa poster 'Biar Betul'.  Ada Apek, Yassin, Wahid, Syanie, Afdlin Shauki.. will be releasing in Dec 2004.  Sorry eh.. Bulan.. aku ni selagi lagi berita taruk kat thread Senario ni... tapi yang aku include pun ada sangkut paut ngan anggota2x Senario gak... heee.  

Cita yang ada anggota2x Senario yang lagi satu 'I Know What You Did Last Raya'(Misteri Syawal) tu akan ditayangkan time Raya, in November la.. sesuai ngan tajuknya... tu ada Erra Fazira, Waheeda, Lan Pet Pet, Azlee, Zamarul Hisham, Ebby Yus... si Ebby Yus jadi penculik.. haizz... mesti gamatz ni kalau ada Ebby Yus... masih teringat bila si Ebby Yus guest appear kat sitcom Senario last year....lawak giler.... ekekekeke... :lol :lol :lol

Reply

Use magic Report

chocolate This user has been deleted
Post time 28-7-2004 11:25 AM | Show all posts
Eh.. asal lak tak keluar poster 'Biar Betul' tu ? Tadi masa aku preview kat thread ni.. ole lak... anyway.. nanti aku try cari the link....

Ni ada satu gambo masa kat set 'Senario XX'... ada gak quite a long article pasai cita tu... tapi aku tak moh paste la.. coz dat day baru gak aku copy paste article pasal 'Senario XX'... kalau nak gi kat this link'

http://www.bharian.com.my/m/BHar ... 0728081455/Article/

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2004 09:41 AM | Show all posts
jap...Nak panggil BYJ balik..lamo benar dia merantau...
oit BYJ....jgn le lupa lubuk...meh balikkkkkkkkkkkkkkkk...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2004 12:35 PM | Show all posts
assalammualaikum geng...(xjawab doser, jawab gatal...)

pekaber??? wah wah wes....kowang rindu kat aku ek...
mane xnyer....c bulan siap pm kat aku..
sowi ler geng...sbb dh lamer x jenguk kat 'markas' kiter ni...
bukan aper....sbb cm yg aku dh inporm kan kat kowang...aku skrg tgh tekene demam af, tahap kronik nyer...:bodek:
kalo kowang nk tau, aku mmg ari
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2026 07:57 PM GMT+8 , Processed in 0.057413 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list