CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Akasyah

Himpunan Tarbiah dari Abuya (merged shah05)

 Close [Copy link]
Post time 10-1-2006 11:06 PM | Show all posts
Originally posted by snipersnake at 10-1-2006 03:49 PM
salam saudara aid, saudara tgk la ke'selekehan' anak didk asaari nih..dah tak dapat jawab soalan aku, personal attack plak :lol



hehehe..itu ajer ker jawapan GIMIK anda dan adi_sg ..ekekeke....:hmm:...biasalah masing-masing dah kepanasan..lebih-lebih lagik hari raya ni byk makan daging....

wah, sniper, pandai betul awak buat andaian org keadilan dtg utk lantik Ustaz Ashaari jadi PM..wah, ini ler cthnya bgmana org luar mereka-reka cerita palsu utk org Arqam dulu...cam kisah ni ler, tatie hanya cerita org keadilan dtg jumpa Ustaz Ashaari utk berdiskusi..hang tambah perisa kata depa dtg utk lantik ustaz Ashaari jadi Pm..lepas tu, nanti ada ler poin utk org lain buat fitnah kata org rufaqa yg cakap cam tu iiatu org keadilan dtg utk lantik ustaz Ashaari jadi PM...kemudian cerita itu dijaja utk burukkan nama rufaqa ler..padahal HAKIKATNYA org luar sengaja tambah dan palsukan cerita...

tak ndak komen pasal pandangan PRof-prof yg tatie paparkan opinion mereka tu ?..mereka ni selekeh-selekeh juga ker sehingga memuji ustaz Ashaari dan jemaahnya?...hang Prof universiti mana sniper ?...ekekeke...pernah jadi penasihat negara mana hang ni Sniper ?..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2006 11:10 PM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 10-1-2006 12:29 PM
Sedikit mengenai biodata beliau :

Dr. Mahmoud Margalani, lahir di Medinah Saudi Arabia dan dibesarkan dalam bimbingan keluarga ahlus sunnah wal jamaah dan tarikat Sadzilliah. Beliau masih keturunan Rasulullah SAW (ahlulbait), baik dari pihak ibu mahupun dari pihak ayah (S. Hussein). Beliau berketurunan Bani Hasyim.

Dr. Mahmoud mendapat pendidikan tinggi di UK dan PhD pada tahun 1996 dan University of Northern Ireland dalam bidang Mechanical Engineering. Selain engineer, beliau pengamal tarekat Syaziliah.

Beliau telah menjadi khalifah (ke-50) tarekat Syaziliah sejak tahun 1989. Dr. Mahmoud juga telah mendapat ijazah hadis dari Syeikh Muhd. Yassin Al Padangi, seorang ulama hadis terbesar akhir zaman yang menguasai puluhan ribu hadis dengan sanad dari Rasulullah SAW.


sambungan.....

------------------------------------

Pendahuluan


Pertama kali saya mendengar tentang peribadi ustaz Ashaari Muhammad yang biasa dipanggil Abuya oleh para pengikutnya dari guru saya sendiri iaitu Syeikh Abdul Nasser al Medina. Kemudian dalam dua kali kunjungan saya ke Malaysia dan Indonesia, Allah mengizinkan saya berjumpa beberapa kali dengan beliau. Beberapa kali pertemuan ini mendatangkan kesan yang begitu mendalam di hati saya dan sayapun memetik banyak pelajaran baik secara langsung dari Abuya  ataupun secara tidak langsung melalui murid-muridnya dan perjuangannya.

Pada tulisan ini akan saya sampaikan beberapa point yang sangat berkesan. di hati saya yang tidak dapat saya lupakan sampai sekarang (2005).

1.        Perjuangan Abuya seperti Perjuangan Rasulullah SAW dan para Sahabat

Setelah mengkaji dan memahami dengan jelas struktur kerja dan perjuangan dari perusahaan Abuya, saya berkesimpulan bahawa karakteristik perjuangan Abuya sama seperti perjuangan Rasulullah SAW, yaitu membangunkan Islam dalam segaia aspek kehidupannya. Abuya membangunkan sebuah jamaah dan berjuang di tengah masyarakat dengan kasih sayang untuk mengenalkan Tuhan agar Tuhan dikenal, dicintai dan ditakuti.

Keberadaan Abuya di tengah pengikutnya bagaikan keberadaan Rasulullah di tengah para sahabat. Di antara pengikut Abuya akan ada orang-orang yang berwatak seperti Saidina Abu Bakar yang keyakinannya dan cintanya kepada Rasulullah demikian tinggi, atau seperti saidina Umar yang tegas dan pemberani, atau seperti Saidina Usman yang pemurah atau saidina Ali yang pengasih dan menjadi pembela kepada anak yatim dan janda-janda dsb.

bersambung....

[ Last edited by serihartatie at 11-1-2006 08:58 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2006 09:04 AM | Show all posts

sambungan...pandangan dari Dr Mahmud

2.   Abuya Pembangun Sistem Hidup Islam di Akhir Zaman

Abuya juga merupakan seorang pakar dan pengamal  ekonomi yang berhasil. Salah satu keistimewaan Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad At Tamimi adalah konsep ekonomi yang diajar  dan diperjuangkannya bukanlah hasil perahan akal. Tidak ada daftar reference dalam buku-buku yang telah ditulisnya. Padahal la bukanlah seseorang yang pernah mengecap pendidikan resmi hingga ke peringkat tinggi.

Yang pasti, beliau adalah seorang yang sangat fanatik terhadap Rasulullah SAW. Baginya konsep ekonomi yang terbaik adalah konsep yang Allah berikan melalui Rasulullah SAW. Tidak aneh bila kemudian Allah ilhamkan padanya bagaimana mengaplikasikan konsep ekonomi Rasulllah di akhir zaman ini, sehingga dalam masa yang singkat ekonomi Abuya telah berkembang ke seluruh dunia dengan 500 rangkaian dan bertapak di 18 negara. (bermula 2001 hingga sekrg).

Melalui platform ekonomi inilah Abuya  membangunkan sistem hidup Islam lainnya seperti pendidikan, kebudayaan, dakwah dan perhubuiigan, kesihatan, sosial kemasyarakatan, pertanian, perkilangan, sains dan teknologi dan sebagainya.

------------------------------

bersambung....
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2006 11:45 AM | Show all posts

tatie merepek lagik

hehehe..itu ajer ker jawapan GIMIK anda dan adi_sg ..ekekeke.......biasalah masing-masing dah kepanasan..lebih-lebih lagik hari raya ni byk makan daging....

tak payah lari tatie, tanya bapakmu itu..dia pernah tak tulish sajak DAULAH tauh..tanya dia ;)

wah, sniper, pandai betul awak buat andaian org keadilan dtg utk lantik Ustaz Ashaari jadi PM..wah, ini ler cthnya bgmana org luar mereka-reka cerita palsu utk org Arqam dulu...cam kisah ni ler, tatie hanya cerita org keadilan dtg jumpa Ustaz Ashaari utk berdiskusi..hang tambah perisa kata depa dtg utk lantik ustaz Ashaari jadi Pm..lepas tu, nanti ada ler poin utk org lain buat fitnah kata org rufaqa yg cakap cam tu iiatu org keadilan dtg utk lantik ustaz Ashaari jadi PM...kemudian cerita itu dijaja utk burukkan nama rufaqa ler..padahal HAKIKATNYA org luar sengaja tambah dan palsukan cerita...

org arqam CUKUP SENSITIP bila kaitkan asaari ngan PM..hahaha! teringat nanah lama yg diumpil umpil kot ok la camnih..kau mmg dsangkal nak berdebat ngan aku..tgk bawah:

haha! kalo camni baik takyah post.apa tujuan post nih? dua tiga ekor tuh nak lantik asaari jadik PM ka?

kat sekolah dulu takder belajar ayat tanya dan ayat penyata ka? :lol

ha aku nak tanya to the claimed ahlul bait punya sajak:

Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban / Aidil Adha
Ia lebih besar dari Raya Aidil Fitri

ada apa2 dalil pasal sajak nih?

tgk sendiri para forummers betapa pincang ajaran asaari. main hentam jer budak2 nih cut n paste. takperlah pada sesapa yg celik sikit tuh mintak tolong tunjuk ajar la budak2 nih..dema tak reti.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2006 11:48 AM | Show all posts
1.        Perjuangan Abuya seperti Perjuangan Rasulullah SAW dan para Sahabat

Setelah mengkaji dan memahami dengan jelas struktur kerja dan perjuangan dari perusahaan Abuya, saya berkesimpulan bahawa karakteristik perjuangan Abuya sama seperti perjuangan Rasulullah SAW, yaitu membangunkan Islam dalam segaia aspek kehidupannya. Abuya membangunkan sebuah jamaah dan berjuang di tengah masyarakat dengan kasih sayang untuk mengenalkan Tuhan agar Tuhan dikenal, dicintai dan ditakuti.


TOLONG LA JGN SAMAKAN NABI ALLAH. tak pernah nabi larik dari musuhnya. asaari baru kene sedas dua dah berjejer ayo lior kata dia bawak ajaran sesat kat tv..kalo dia tau dia betul dia takkan mengaku..baru kene serbu wartawan dah hiding his tails between his legs.:blah:

antiQue : sowi edit skeeet je... tak elok panggil org bacul2 ni...

[ Last edited by antiQue at 15-1-2006 09:34 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2006 12:27 PM | Show all posts

PANDANGAN DARI DR MAHMUD...sambungan

Originally posted by serihartatie at 11-1-2006 09:04 AM
2.   Abuya Pembangun Sistem Hidup Islam di Akhir Zaman

Abuya juga merupakan seorang pakar dan pengamal  ekonomi yang berhasil. Salah satu keistimewaan Abuya Sye ...


Tidak aneh bila kemudian Allah ilhamkan padanya bagaimana mengaplikasikan konsep ekonomi Rasulullah di akhir zaman ini, sehingga dalam masa yang singkat ekonomi Abuya telah berkembang ke seluruh dunia dengan 500 rangkaian dan bertapak di 18 negara.

Melalui platform ekonomi inilah Abuya membangunkan sistem hidup Islam lainnya seperti pendidikan, kebudayaan, dakwah dan perhubungan, kesihatan, sosial kemasyarakatan, pertanian, perkilangan, sains dan teknologi dan sebagainya.

Untuk dapat menjayakan sistem hidup Islam Islam, Abuya mulakan dengan mendidik dan membawa insan-insan yang terlibat dalam membangun sistem hidup islam itu kepada Tuhan. Mereka dididik untuk menjadi urang-orang bertaqwa atau mereka yang bersungguh-sungguh untuk menjadi orang bertaqwa.

Mereka dididik untuk menjadi pejuang-pejuang atau mujahidin Allah, bukan sekadar pekerja biasa yang hanya menunggu gaji atau keuatungan material setiap awal bulan.

Mereka memiiliki akhlak yang mula, cinta pada Allah, jujur, pemaaf, peramah, tenggang rasa dan sifat terpuji dan lainnya. Mereka sanggup berkorban apa saja menegakkan hukum-hukum dan aturan-aturan Allah dalam seluruh aspek kehidupan.

-------------------

begitulah sebahagian dari pandangan Dr Mahmud el Madina, seorg ahlulbait dari keturunan Bani Hasyim terhadap abuya. Kecintaan dan penghormatan beliau kepada abuya memang menakjubkan. Tatie berkesempatan mendenagr kuliah beliau baru-baru ini, sememangnya beliau mempunyai akhlak yg sgt terpuji sesuailah dgn keturunan ahlulbait yg mulia itu.

Benarlah sabda RSAW :

----------------------------------------

Dari Abdullah RA, dia berkata,

"Ketika kami sedang berada bersama-sama Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan Putera dari Bani Hasyim. Apabila baginda melihat mereka, tiba-tiba air matanya berlinang dan wajahnya berubah. Abdullah berkata, aku bertanya, "Kami melihat sesuatu yang tidak kami senangi pada wajahmu?" Maka baginda menjawab, "Kami adalah Ahlulbait yang Allah telah memilih bagi kami kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia. Sesungguhnya ahli keluargaku, sepeninggalanku nanti, akan menerima bala bencana pengusiran dan pembuangan, sehingga datanglah suatu kaum dari arah Timur yang membawa Panji-panji Hitam.
Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya, lalu mereka berjuang dan menang, lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerimanya sehingga mereka menyerahkan kepemimpinan itu kepada salah seorang lelaki dari ahli keluargaku. Dia lalu memenuhinya dengan berbuat adil, seperti sebelumnya yang dipenuhi dengan kezaliman.
Barang siapa di antara kamu semua yang menjumpai hal-hal tersebut, hendaklah dia mendatangi mereka walaupun terpaksa merangkak di atas salji." (Al-Hakim & Ibnu Majah)

--------------------------------------

wahai snipersnake, demi Tuhan yg menjadikan kita semua dan RSAW yg merupakan junjungan yg mulia,  hormatilah pandangan keturunan RSAW yg mulia ini, walaupun anda cukup membenci ustaz Ashaari Muhammad, jgn sampai anda turut mendustakan dan menghina keturunan RSAW. Ini adalah nasihat dari saudara seagama mu yg melihat akan jauhnya anda terpesong kerana ketaksuban anda membenci seseorg tanpa akal yg rasional.

------------------------------------------

Dr MAHMUD adalah ahlulbait berketurunan bani hasyim, ahli sufi iaitu syeikh tarekat syazililah, dan pakar hadis yg sudah mengkaji hadis di atas dan sesungguhnya org semulia beliau bukan melakukan tindakan dan berkata mengikut hawa nafsu semata-mata.



[ Last edited by serihartatie at 11-1-2006 01:02 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
gabantaro This user has been deleted
Post time 11-1-2006 01:04 PM | Show all posts
syukur alhamdulillah...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2006 02:40 PM | Show all posts
Persoalan : Apa rasionalnya Us Asaari itu dari keturunan Bani Tamim ?

Dlm pengalaman aku bersama Arqam sekian lama, dlm tahun 1990an, salah seorang ustaz Arqam
terjumpa hadis ttg bani Tamim bakal menyerahkan panji2 hitam kpd Imam Mahdi..
Pastu, tiba2 aja diumumkan Us Asaari itu berasal bani Tamim.. tanpa byk soal semua ahli percaya
(termasuk aku, kerana dlm Arqam dulu ahli2 ditarbiyah tidak mempersoal Abuya - almaklumlah, "pilihan" Allah)
siap dgn isytihar bhw semua ahli keluarga abuya (isteri2, anak2, cucu2 & memantu) adalah Ahli Bait
- yakni mesti dihormati & diberi keutamaaan
maka terjadilah sesetengah mereka "naik tocang" (- maaf kasar sikit bunyiknya..) tapi itulah yg terjadi,
aku boleh katakan mereka begitu take advantage dgn "status" mrk masa itu..
ramai ahli yg bengang - tapi takleh buat apa2.. sebab mesti taat kpd pemimpin.

skrang, aku masih tak tahu jawapannya.. betulkah dia keturunan Bani Tamim?
walllahualam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


gabantaro This user has been deleted
Post time 11-1-2006 05:01 PM | Show all posts

Reply #707 Kopi-Topi's post

beliau mmg keturunan tu jika menurut site rufako`
>>> http://www.rufaqa.com/pengerusi/sejarah.php

Nasabnya dari zuriat yang mulia. Nenda di sebelah ayah bernama Idris.  Berketurunan Arab-Bani Tamim bercampur Jawa. Beliau menetap di Wonosobo.AL Marhum Idris adalah seorang yang soleh.  Namanya sentiasa meniti di bibir mulut warga Wonosobo, hingga ke hari ini. Nama yang harum, seharum bakti dan peribadi pemiliknya. Al Marhum Idris, bagai sudah dikhabarkan mengenai seorang putera yang bakal lahir, kelahiran yang susur-galurnya ada berkait dengan dirinya juga.  
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2006 09:41 PM | Show all posts

tatie...anti tidak jujur

Setelah meneliti segala jawapan serta respon tatie disepanjang thread ini maka saya membuat kesimpulan bhw sebenarnya sdr tatie tidak jujur dlm mencari kebenaran. Persoalan ikhlas atau tidak memang sukar untuk dibuktikan kerana ianya termasuk dlm rahsia Allah.

Akan tetapi nampak sangat sdri tidak memperdulikan setiap dakwaan atau tuduhan dari netters tentang penyelewengan yg dilakukan oleh asaari. Sepatutnya sebagai seorang yg mengaku pejuang kebenaran sdri perlu memperhalusi setiap dakwaan..lebih-lebih lagi yg melibatkan perkara akidah spt ini.

Sdri hanya mengikuti asaari atas dasar taksub dan kecintaan keatas peribadianya semata-mata. Bukan begitu caranya untuk kita mencari kebenaran, sedangkan imam syafie berguru dgn lebih dari 100 orang.Ramai diantara bekas-bekas pengikut asaari dulu yg sama taksubnya dgn sdri....akan tetapi setelah mengharungi apa yg berlaku keatas arqam dahulu menyebabkan mereka tersedar dan mengambil sikap kritis dgn merujuk kembali kpd al quran dan sunnah serta bertanya kpd ulama2 yg lain ttg persoalan2 yg dipertikaikan.

Alhamdulillah akhirnya mereka mendapat jawapannya. Setelah itu mereka tidak lagi taksub pd asaari sdgkan dulunya mereka sanggup mati semata2 kerana asaari.

Mungkin sdri akan melabelkan mereka dgn berbagai gelaran.........tetapi itulah hakikatnya.



TATIE...   ANTI TIDAK JUJUR
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2006 09:47 PM | Show all posts
Originally posted by gabantaro at 11-1-2006 05:01 PM
beliau mmg keturunan tu jika menurut site rufako`
>>> http://www.rufaqa.com/pengerusi/sejarah.php




Sdr gaban.......bukan begitu untuk mengesahkan keturunan seseorang. Kalau benar ingin membuktikan keturunannya..... site rufaqa perlulah mendatangkan silsilah keturunannya dari asaari hinggalah kpd para sahabat spt dakwaan asaari. Kalau setakat mengaku macam tu......sekadar omong kosong.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2006 09:55 PM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 11-1-2006 12:27 PM


wahai snipersnake, demi Tuhan yg menjadikan kita semua dan RSAW yg merupakan junjungan yg mulia,  hormatilah pandangan keturunan RSAW yg mulia ini, walaupun anda cukup membenci ustaz Ashaari Muhammad, jgn sampai anda turut mendustakan dan menghina keturunan RSAW. Ini adalah nasihat dari saudara seagama mu yg melihat akan jauhnya anda terpesong kerana ketaksuban anda membenci seseorg tanpa akal yg rasional.
i


Memang kami menghormati keturunan rasul saw......tetapi menyandarkan kebenaran itu keatas seorang yg dikatakan keturunan ahlul bait adalah tidak tepat. adakah sdri menganggap setiap manusia yg berdarah nabi muhammad itu akan selamat dari melakukan kesilapan?

Setiap pandangan boleh diterima atau ditolak melainkan pandangan rasul saw dan para sahabat.

[ Last edited by luluguagua at 11-1-2006 09:58 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2006 11:41 PM | Show all posts
sajer mencelah:

Setiap pandangan boleh diterima atau ditolak melainkan pandangan rasul saw dan para sahabat.


yg betulnya begini: setiap pandangan boleh diterima atau ditolak melainkan pandangan rasul sa.w shj.

wassalam.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2006 08:09 AM | Show all posts
Originally posted by nahzaluz at 11-1-2006 11:41 PM
sajer mencelah:



yg betulnya begini: setiap pandangan boleh diterima atau ditolak melainkan pandangan rasul sa.w shj.

wassalam.


terimakasih kerana memperbetulkan perkataan tatie...mungkin tk perasan sebb maksud tatie sebenarnya ialah menghina keturunan RSAW. dengan pelbagai cara seperti menyatakan mereka berdusta, berbohong dsbnya...adakah tergamak bagi kita yg kurang ilmu ini utk menuduh keturunan RSAW yg mulia sebg pendusta, dsbnya ?...tidak tergamak rasanya jika benar-benar kita cinta dan fanatik kepada RSAW...kerana itu adalah lebih wajar kita bersikap TAWAQUF, kerana tidak semua perkara yg tersirat itu sampai kepada pengetahuan kita ini...

maafkan tatie tetapi itu pandangan tatie..

pada pak lulu, adi dll,

sebenarnya anda hanya menuduh berdasarkan kepada pandangan bekas arqam (anda juga mungkin ex arqam) yg semakin DESPERADO sejak akhir-akhir ini..kami tahu perkembangan ex arqam..sebb kamu semua sudah malu utk menjilat ludah sendiri....jadi terpaksalah berperanng mati-matian utk menghina dan memprovokasi masyarakat supaya takut dgn ustaz Ashari dgn melemparkan fitnah yg sudah basi dan sudah terjawab di dalam buku-buku yg ditulis sendiri oleh ustaz Ashaari dan juga dgn pengakuan dan pandangan terkini ulamak-ulamak luarnegara yg sememangnya jujur dan tidak mempunyai kepentingan terhadap ustaz Ashaari.....

sedarlah apa yg anda lakukan  itu insyaAllah tidak akan berjaya kerana di satu segi anda telah menzalimi seseorg yg tidak sesat dan tuduhan sesat itu akan kembali kepada diri anda sendiri. nampaknya ketaksuban anda membenci sehingga anda sendiri MELUPAKAN amaran Allah. berikan keadilan kpd diri anda utk gunakan akal dan hati yg Allah berikan, itu nasihat tatie...jgn sampai menyesal di saat anda dtg mengadap ilahi dgn fitnah tersebut...

sekrg-krgnya ada penuhi dulu dan kaji sedetailnya seperti org berilmu..tatie tahu anda semua ni jenis pemalas mengkaji hanya suka mendengar khabar angin, kata-kata org, berita dlm suratkhabar dsbnya...itulah penyakit yg sgt merbahaya...tidak ada ubat utk penyakit ini..kerana itu tatie amat bersimpati dgn anda semua...tatie sudah berikan hints buku-buku apa yg perlu dicari utk mendapatkan jawapan kpd persoalan anda itu..tetapi syg sekali, dalam mencari kebenaran, anda anggap kebenaran itu hanya dapat dikutip di jalanan sahaja..sedangkan benda yg MAHAL itu perlukan USAHA dan DOA utk memperolehnya....

--------------

hehehe...kat dalam forum ni macam-macam org kata kat tatie, merepek ler, tk jujur ler, dll lagik..terimakasih semua....ini adalah satu proses hati utk tatie yg sukar ditemui dalam dunia realiti....

tatie akan terus beri info terkini, sebb kalau setakat 2,3 hama (pinjam kata sniper) yg tk suka tak mengapa...ramai lagi netters lain yg ndak tahu dan baca...mereka ini lah yg tatie tahu begitu eager mencari kebenaran....

p/s : Imam Syafei ada 1000 guru lah pak lulu, bukan 100...

[ Last edited by serihartatie at 12-1-2006 08:19 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2006 08:41 AM | Show all posts

JEMPUTAN UTK FORUMNERS

Undangan perkahwinan pada 14/01/06

(Majlis perkahwinan anak perempuan  Ustaz Haji Ashaari Muhammad &  Puan Khatijah Aam)

akan diadakan di Dataran Celebration Mall,  BANDAR COUNTRY HOMES RAWANG.

Waktunya adalah dari 11 pagi hingga 4 petang.


Sekiranya ada sebarang pertanyaan, sila hubungi Dr. Nor 'Aini   019-3141074

[ Last edited by serihartatie at 12-1-2006 08:42 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2006 08:57 AM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 12-1-2006 08:09 AM

...yg semakin DESPERADO sejak akhir-akhir ini..kami tahu perkembangan ex arqam..sebb kamu semua sudah malu utk menjilat ludah sendiri....jadi terpaksalah berperanng mati-matian utk menghina dan memprovokasi masyarakat supaya takut dgn ustaz Ashari  


nak gelak rasaya baca jawapan Cik Tatie nih..

DESPERADO? Heh.. atau pun pihak Rufaqak yg sebenarnya desperado?
Asaari janji Daulah, tak jadi-jadi.. kata hujung tahun, hmmm...tak jadi  
pastu Hari Raya haji yg lepas.. kononnya peristiwa besar akan berlaku, hmm..bayang pun tak nampak..
lepas ni pulak Awal Muharram pulak kot..

( Utk pengetahuan Cik Tatie, sama aja lah masa saya dlm Arqam dulu, Asaari janji Daulah akan berlaku,
lepas satu peristiwa ke satu peristiwa, tahun ke tahun.. habuk pun tarak..! )
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2006 09:08 AM | Show all posts
Originally posted by Kopi-Topi at 12-1-2006 08:57 AM


nak gelak rasaya baca jawapan Cik Tatie nih..

DESPERADO? Heh.. atau pun pihak Rufaqak yg sebenarnya desperado?
Asaari janji Daulah, tak jadi-jadi.. kata hujung tahun, hmmm...tak jadi  
pa ...


Demi Masa, Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula  berpesan-pesan dengan kebenaran serta  berpesan-pesan dengan kesabaran.


tak perlu gelak dgn peringatan Allah ini...
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2006 10:08 AM | Show all posts
salam
tumpang lalu...
minta maaf, tapi
berpesan-pesan dengan kebenaran dalam ayat tidak sama dengan berpesan-pesan dengan pembohongan.
Reply

Use magic Report

adi_sg This user has been deleted
Post time 12-1-2006 10:10 AM | Show all posts
Sebagaimana antum semua tahu, banyak pergerakan Islam wujud di muka dunia. Dan setiap mereka apabila melampaui batas akan dipersoalkan oleh para ulama' yang kita hormati. Di bawah ni diceritakan sedikit bagaimana gerakan Ahamadiyya/Qadiani menangani persoalan yang timbul.

Ketahuilah bahawa kebenaran di dalam Islam hanya berlandaskan al-Qur'an dan ahadith yang shahih.

Semoga dgn akal yang waras kurniaan Allah dan jiwa yang lapang menerima ilmu tanpa sifat taqlid buta atau ta'sub pada mana2 pihak, kita dapat melihat persamaan tatacara mereka.

Jawapan apabila gerakan Ahamadiyya/Qadiani dipersoalkan:

1) Ceritakan peribadi luhurnya yang seperti Nabi SAW

With his beauty of spirit, Hadhrat Mirza Ghulam Ahmad of Qadian captured the hearts and minds of many, rendering them helpless in their love for him. It is the testimony of these devoted companions that makes it possible to present a sketch of his life through the various anecdotes, observations, statements and details related by them. These, in turn, offer an understanding of the reasons for their deep and ardent devotion to Hadhrat Mirza Ghulam Ahmad. How is it that a person born in a small, unknown village in India, living in complete anonymity, became surrounded by devoted followers who left every worldly things behind them to be with him, acknowledging him as their Guide and beloved Master?
His gentleness and kindness was like a warm ray of sunshine which brightened everything it touched. His treatment of children, his attitude to the servants of the house, towards the beggars that called out for alms, his treatment of the lowly and the simple of mind, in short, every aspect of his relationship with others bore the mark of a person acutely aware of the Divine presence.
His dealings with his own family were a beautiful example of gentleness and kindness. Those who had the occasion to observe closely his relations with his family, bear witness to the fact that he possessed the most excellent morals in this regard. The female servants of the house were often heard to remark that he 'accords the wishes of his wife,' which was a practice not commonly observed in other households.


2) Senaraikan para penyokong terutama sekali yang berpangkat dan berketurunan hebat

The first of these visitors was Pir Sirajudin Haq Nomani (ra) who was himself well-known spiritual leader with a large following. His visit to Qadian was soon followed by others who also came having read the epoch-making work, Brahin-e-Ahmadiyya. Munshi Abdullah (ra) Sahib came from Sanur in Patiala. India. followed by Chaudhri Rustum Ali Khan (ra) of Madar in Jullunhar, Sayyed Nasir Shah Sahib of Lahore, and many others. The great Maulana Maulvi Nurudin of Bhera, Royal Physician to the Maharajah of Jammu and Kashmir, one of the most eminent scholars of India, came to Qadian in 1885 to see Hadhrat Mirza Ghulam Ahmad, having read the book Brahin-e-Ahmadiyya. He immediately recognised Hadhrat Mirza Sahib as the Promised Reformer of the age and became a fervent admirer and an earnest supporter.

3) Perkecilkan para ulama' supaya pandangan mereka tidak diambil peduli

Seen against the background of the narrow mentality of the learned in religion (ulama) of this age, the great object of carrying the message of Islam to the world, which the Founder of the Ahmadiyya Movement set before himself, appears to be inspiration from God. The intellectual occupation of the ulama as that time had sunk to such a low level that wranglings on petty differences of religion were thought to be the greatest service of Islam, and declaring one another kafir was regarded as the only means of strengthening Islam.

4) Tonjolkan bahawa menghadapi tentangan hebat itu juga menjadi bukti kebenaran

In spite of all these repeated announcements the 憉lama
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2006 10:23 AM | Show all posts
Originally posted by adi_sg at 12-1-2006 10:10 AM
Sebagaimana antum semua tahu, banyak pergerakan Islam wujud di muka dunia. Dan setiap mereka apabila melampaui batas akan dipersoalkan oleh para ulama' yang kita hormati. Di bawah ni diceritakan se ...



adi_sg,

tolong letak dlm thread baru, tk berkaitan dgn tajuk thread ini..kesian kat foumners lain yg ndak tahu berita dan maklumat terkini ustaz Ashaari Muhammad....

jgnlah tunjukkan sangat DESPERADO anda itu sampaikan dah tak tahu ndak letak dlm thread mana..tatie suggest anda buka thread baru....

minta kerjasama anda ok....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 09:39 PM GMT+8 , Processed in 0.560727 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list