|
Edited by Nicki_Meow at 21-3-2015 10:37 PM
Helang itu digelar Helang Emas. Di angkasa luas, Helang itu terbang megah, gagah. Bulunya berwarna perang keemasan manakala bahagian ekornya berhias dengan belang-belang putih salji. Tambah berkilat tatkala dilimpahi cahaya mentari. Paruh dan kukunya keras tajam. Tampak garang dengan matanya yang menikam.
Ipo adalah Helang Emas paling besar yang pernah dia lihat. Di Lata inilah, mereka bertemu buat pertama kali. Seingat Syakilla, ketika itu dia masih di awal remaja. Helang itu dilihat bersendirian di tepi tasik itu. Anehnya, saat Ipo didekati, Helang itu tidak pula melarikan diri.
Teka Syakilla, Ipo bukan sembarangan Helang. Ipo itu Helang belaan. Siapa? Itu yang dia tidak pasti. Buktinya, di kaki kiri Ipo terdapat sebentuk cincin emas yang terukir nama Helang itu. Dan dari situlah Syakilla tahu, helang itu bernama Ipo. Sudah bertahun dan sehingga kini, pemilik Helang Emas itu tidak pernah memunculkan diri.
Ipo membuat bunyi nyaring. Ia terbang semakin rendah lalu akhirnya berhenti di sebelah Syakilla. Sekali lagi, ia membuat bunyi nyaring, bagaikan menyapa. Syakilla tersenyum lagi.
“Agak lama juga kita tidak bertemu, iya?”
Ipo berbunyi nyaring dan pendek, sepertinya mengiyakan. Setakat itu sahaja ‘bicara’ antara mereka. Diam Ipo di sebelah Syakilla, sambil merenung jauh ke depan. Seolah-olah ia sedang turut menikmati keindahan panorama Lata Desa Atari. Syakilla mengusap kepala Ipo dengan perlahan.
Bibir Syakilla kemudiannya mula melagukan satu puisi.
Andai engkau mahu lihat
Keindahan yang ku lihat
Pejamkanlah lima-lima
Inderamu seketika
Dan bukakan pula mata hatimu
Dikit demi sedikit kasih
Pasti kau kan menangis
Kerna gembira
Sangat gembira melihatnya
Sehingga terasa
Pernah bersua
Tapi dah terlupa
Bila masa
Dan di mana
Di antara
Sebuah mimpi
Dengan kenangan
Engkau menyesal
Dan bersyukur
Kesal kerna memandang
Hanya sebelah mata
Tak pandai menghargai
Barang yang berharga
Syukur diberi
Peluang yang kedua kali
Untuk buktikan
Biar hujan petir
Kilat menyambar
Biar lautan api menyimbah
Biar terancam
Nyawamu
Dihujung pedang
Tapi kau lepaskan
Janji kau berikan
Untuk setia sepanjang
Meniti dan meniti hari
|
|
|
|
|
|
|
|
wah..aku seekor helang!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku taip sambil dengar lagu Sharifah Aini...
|
|
|
|
|
|
|
|
aku suspek ipo ni helang yg dah terkena sumpahan.. asal manusia disumpah jadi burung.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Nicki_Meow at 8-3-2015 11:19 PM
Puisi yang dilagukan Syakilla terhenti apabila secara tiba-tiba, Ipo terbang pergi dengan begitu saja. Syakilla pula bingkas bangun kerana dia tahu, Ipo pergi kerana terdapat orang lain di sini. Pantas jua Syakilla menggapai busur dan anak panahnya lalu bersiaga. Senjatanya di pegang kejap.
“Merdu sekali suaramu.”
Teguran itu menyebabkan Syakilla segera berpaling ke belakang. Pada mata itu, pada wajah itu, pandangan terus terkunci. Lama.
“Kau?” Terkeluar juga perkataan itu dari bibir, akhirnya. Bagaimana dia boleh ke mari?
“Ya..aku.”
Sangkanya, pemuda itu tidak akan muncul lagi. Apatah lagi berada di Lata ini.
“Untuk apa kau datang ke mari?”
“Kenapa? Adakah aku tidak dibenarkan datang lagi?” Soalan dijawab dengan soalan.
“Kau harus pergi.” Syakilla menjatuhkan busur. “Tak usah muncul lagi di sini.” Pandangan dialih kerana tak mampu bertentangan mata lebih lama.
“Tapi...mengapa?”
Mengapa? Kerana tempatmu bukan di Amariya! Ingin sekali dia meluahkan kata-kata itu namun bibirnya terkunci rapat.
“Syakilla...”
Lembut suara itu memanggil namanya. Syakilla menghela nafas, perlahan.
“Adakah kau tidak sudi bertemu denganku lagi?”
Seperti ada rajuk dalam suara itu. Syakilla mengangkat wajah. Hati dan akal mula bertelagah. Dan...dalam diam, rindu yang dia cuba sembunyi semakin bercambah.
“Qi..”
Mata bertaut sekali lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Encem kan?
Qi tak pengsan dalam meeting room. Dapat present dgn jayanya.
Yg sebenarnya, aku pun errr.....sama macam Ipo dgn Ayla...main lompat kijang jugeeeekkk.
|
|
|
|
|
|
|
|
errr... ipo lompat bergalah
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam,
Kawan-kawan, andai tak keberatan, sudilah kiranya mendoakan agar adik ipar saya kembali pulih seperti sediakala. Beliau pengsan secara tiba-tiba dipercayai kerana stroke dan epilepsy.
Umur adik ipar saya baru berumur 29 tahun. Muda lagi.
Beliau masih belum sedarkan diri sampai sekarang.
Terima kasih.
*MOD, jangan marah naaa pasai saya OT.
*Cerita akan bersambung bila mood ada (walaupun saya akui, cerita ni memang sentiasa lambat hapdetnya, tapi nak gak bagitau ) |
|
|
|
|
|
|
|
semoga cepat sedar dan sembuh ya..
|
|
|
|
|
|
|
|
Mudahan kembali sihat. Ada history ke sebelum ni?
Takut kan, byk dah dgr org yg sihat2 tiba2 jatuh, terus sakit mcm ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow replied at 9-3-2015 02:35 PM
Salam,
Kawan-kawan, andai tak keberatan, sudilah kiranya mendoakan agar adik ipar saya kembali pu ...
@Nicki_Meow... Kes adik ipar Nicki lebih kurang sama dgn my niece punya... suspect epilepsy... Bila buat brain scan ada tumor dlm otak dia yg telah menganggu saraf sehingga menyebabkan dia kena epilepsy... Kesian kt dia... Usia baru setahun jagung... |
|
|
|
|
|
|
|
As salam Nicky,
Sy silent reader ja...
Tak pa pelan2 kayuh, kami setia menunggu...
Semoga adik ipar Nicky sembuh seperti sediakala...amin.. |
|
|
|
|
|
|
|
Thanks
|
|
|
|
|
|
|
|
Takde history. Sihat je sebelum ni. Tetiba aje sakit.
|
|
|
|
|
|
|
|
Banyak kes dah skang Zam. Muda-muda dah sakit kronik.
Moga dijauhkan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Thanks Zameyla.
And thanks sebab sudi baca cerita tah hapa-hapa ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
masa untuk merempit bersama tron pulak |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|