|
|
[Tempatan]
V24: MH370 - PETUNJUK SATELIT SEMAKIN MEMBERI TINDAKBALAS POSITIF ...
[Copy link]
|
|
|
|
kadang2 kalau kita terlalu memikirkan sesuatu benda tu,ianya boleh terbawa2 ke dalam mimpi... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Errrr.. satelit jumpa kan main byk bende. Tapi yg bukti fizikalnya jumpa ke tak? Kalo x jumpa nampak sgt kene main? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
dino posted on 30-3-2014 01:42 AM 
aku pun tak ngantuk ni.... sambil terus godek2 teori konspirasi...
sian ustaz mimpi kena lah ...
Mimpi Pertama :
Credit to :
http://mynewshub.my/2014/03/25/mh370-sekadar-mimpi-ustaz-darul-manzil/#.UzcNeaISukw
Assalamualaikum.. Semalam, saya tidak bercadang kemana-mana ekoran seharian menahan sakit akibat gout. Sekitar jam 11 malam, sahabat lama saya (Fadli) datang ke rumah bersama adiknya. Tujuan mereka datang adalah kerana pinta saya ikhtiarkan mengubati Pak Cik mereka yang mengalami masalah sihir.
Kalau orang lain memang saya akan menolak. Tapi bila mengenangkan si Fadli ni kawan lama saya sejak dari darjah 1 dan kami pernah susah-senang bersama ketika bujang dulu, maka saya terima perlawaannya. Diringkaskan cerita, saya pulang ke rumah jam 3:10 pagi.
Lapar pulak perut saya bila sampai di rumah. Maka saya ajak isteri menemani saya makan di luar, di restauran yang hanya 2 kilometer dari kediaman kami. Sekitar jam 4 pagi, kami sudah ada di rumah. Mungkin kerana terlampau penat, saya terus lena sebaik saja kepala menghempas bantal.
Sebelum tidur, memang saya selalu bacakan Al-Kautsar 11 kali dan kemudian nyatakan seperti ini, “Ya Allah, kalau ada sesuatu untukku / pesakitku / penyakitku / apa saja, kau tunjukkanlah.” Entah kenapa malam tu saya terniat MH37O……
Saya melihat 2 pesawat terbang di udara. Sebuah adalah MH370 dan saiz kapal yang satu lagi lebih kecil berbanding MH370 tetapi bukan jenis kapal terbang tempur. Kapal terbang yang satu lagi itu juga bukan jenis pesawat komersial. Pada pendapat saya yang tidak arif tentang model kapal terbang, saya andaikan itu adalah pesawat persendirian.
Kedua-dua kapal itu terbang rendah di persisiran pantai yang kedudukan geografinya berbatu-batu besar. Saya kira pantai sebegitu bukan destinasi pelancongan kerana persisirannya membahaya untuk didiami..
Saya kemudian diperlihatkan suasana yang berlaku dalam kapal terbang MH370. Dari ruang penumpang, saya lihat masing-masing cemas di tempat duduk masing-masing. Melilau saya berjalan di dalamnya mencari krew penerbangan. Rupanya pramugari dan pramugara duduk di ruang belakang dan ruang depan berdekatan almari simpanan makanan. Ada dua bayi yang saya lihat menangis sambil ditenangkan ibu masing-masing. Mereka seolah-olah diberi amaran untuk tidak beralih dari tempat duduk. Wajah mereka ketakutan sama sekali.
Saya berjalan menuju ke ruang kemudi. Memang pelik bila saya lihat Kapten kapal dan pembantunya berhempas pulas menekan suis-suis yang ada dan cuba memusing stereng kawalan. Sepertinya, kapal terbang itu dikawal secara auto. Cemas wajah kedua-dua juruterbang tersebut.
Tiba-tiba, saya rasakan kapal terbang itu melencong ke kiri dan naik tinggi secara mendadak. Berhempas pulas Kapten cuba mengawal stereng pandu namun tiada apa-apa kesan. Tidak semena-mena kapal itu turun menjunam, kemudian terbang stabil membelah lautan. Saya terdengar suara di corong radio.
“You don’t ever try to change the route. There are no chance to turn back to your country. We control everything, we knew what you done inside”
Pemandangan saya ditarik keluar dari luar kapal terbang MH370. Saya seperti terbang di awan-awangan melihat kedua-dua pesawat di permukaan lautan yang saya tidak tahu namanya. Tiba-tiba, saya lihat pesawat yang satu lagi melepaskan sesuatu ke depan yang kemudian turun menjunam ke air sehala laluan MH370.
Kemudian, ruang air yang ditimpa ‘benda’ itu membuahkan letupan yang amat besar. Kapal terbang MH370 kemudian melalui ruang tersebut dan disedut ke dalam air dari ekor pesawat. Kelihatan ruang air di bawahnya berputar. Kapal terbang MH370 menjunam ke dalam air dari bahagian ekornya. Beberapa kali ia berpusing sebelum hilang dari pandangan.
Pesawat yang satu lagi melencongkan arahnya ke kiri dan terbang membelah awan. Saya masih di situ, memerhati kejadian yang tak pernah saya lihat dalam hidup. Sebaik saja air pusaran hilang, saya lihat dua serpihan besi terapung-apung di permukaan air. Serpihan itu terumbang ambing mengikut gelombang ombak yang ganas.
Saya tidak tahu apa yang berlaku pada nasib penumpang di dalam MH370.. Menitis air mata bila melihat kejadian itu. Tiba-tiba saya tersedar dari tidur… Termenung saya memikirkan mimpi yang dialami.
Saya berharap itu semua hanyalah mainan tidur dan sangat-sangat berharap kesemua penumpang di dalam MH370 masih hidup.. Sama-samalah kita berdoa akan keselamatan mereka.. Amin. – USTAZ DARUL MANZIL
Mimpi Kedua
Credit To :
http://tengoktvonline.blogspot.com/2014/03/lagi-mimpi-ngeri-ustaz-bertemu.html
Assalamualaikum.. Semalam (malam Jumaat), saya tersedar sekitar jam 3:15 pagi. Mungkin sebab rasa panas kerana penghawa dingin sengaja tidak dipasang. Anak saya seramai 5 orang semuanya diserang demam dan batuk selsema. Atas nasihat doktor petang kelmarin, penghawa dingin jangan dibuka selagi mereka belum sembuh untuk mengelak serangan penyakit berulang dan mudah merebak.
Oleh kerana mata tidak pula mahu lelap, saya membuka FB di laptop saya. Macam biasa, selepas viral MIMPI MH370, ada saja friend request. Saya hanya memerhati post dan komen yang ada. Kira-kira setengah jam selepas itu, saya menutup laptop saya dan mandi. Walaupun kata orang tak elok mandi lewat malam, tapi kerana keadaan badan yang panas berpeluh, maka saya teruskan juga niat tersebut.
Selesai mandi dan berpakaian, saya baring di katil. Puas dicuba, saya tetap tidak rasa mengantuk. Tiba-tiba saya rasa berdebar. Saya tertanya-tanya dan cuba mencari punca. Nampaknya masih tiada jawapan yang saya dapat. Debaran semakin kuat.
Maka, saya ambil bauan ros merah dan saya bacakan surah Az-Zumar:23 beberapa kali. Alhamdulillah, saya rasa tenang dan mata mula mengantuk.
Saya dikejutkan dengan bunyi beberapa buah kenderaan. Bila saya membuka mata, saya berada di belakang sebuah jip yang terbuka. Ada beberapa lagi kenderaan yang sama di depan dan di belakang saya. Kesemua jip ini menuju ke arah sebuah kapal terbang yang masih belum dimatikan enjinnya. Walaupun saya berada di dalam jip tersebut, pemandu dan penumpang semuanya seakan-akan tidak dapat melihat saya. Mereka semuanya berceloreng warna biru lengkap dengan senjata.
Bila dekat dengan kapal terbang tersebut, hati saya melonjak gembira..MH370..!!!!!!! Tapi sekarang ni di mana? Hati saya bertanya sendiri.
Setelah diletakkan tangga besi, pintu kapal terbang terbuka. Mula-mula saya lihat hanya seorang yang keluar sambil mengangkat kedua-dua tangan kanannya. Orang yang dimaksudkan tak lain tak bukan adalah Kapt. Zaharie. Perlahan-lahan dia menuruni tangga dan berjumpa dengan orang yang paling dekat dengan tangga tersebut. Saya kira orang itu pegawai atasan kerana melihat banyak lambang di sisi kanan serta kiri bahunya.
Setelah bercakap yang saya kira lebih kurang 10 minit (perbualan nampak tegas, Kapten jelas ketakutan di wajahnya). Di mengisyaratkan agar ke semua penumpang turun. Dimulai dengan Co-Pilot, krew dan seluruh penumpang. Kesemua mereka nampak terkejut dan ketakutan.
Kesemua mereka saya lihat dipaksa berjalan kaki dengan pengiring bersenjata ke sebuah dewan. Bila dilihat macam hangar tempat simpanan kapal terbang. Apa yang saya hairan, ada lagi 3 buah kapal yang sama jenis, warna dan bertulis MALAYSIA di situ.
Mereka kemudiannya dipisahkan antara jantina dan tangan mereka diikat dengan Cable-Tight di belakang. Seluruh tubuh mereka diperiksa dan barang yang ada termasuk duit syiling dirampas. Tiada seorang pun yang berani bersuara.
Kemudian, mereka dipisahkan lagi kepada kumpulan yang lebih kecil. Kepala mereka diselubung dengan kain dan dibawa dengan jip secara berperingkat. Kumpulan terakhir yang dibawa adalah kumpulan Kapten Zaharie. Saya turut sama naik di belakang jip untuk mengetahui kemana kumpulan ini di bawa.
Mereka dibawa ke sebuah bilik berdinding zink. Di dalamnya tiada sebarang lampu dan suhunya amat membahang. Mereka diberi amaran untuk tidak bercakap sesama sendiri semasa mereka masih di situ. Ada seorang lelaki dalam kumpulan itu cuba minta izin untuk ke tandas, tapi bukan izin yang dapat, di dimarahi dan di acu senapang ke dahinya. Lelaki itu angkat tangan sambil menangis. Mujurlah tiada apa yang berlaku.
Dari dalam bilik tersebut, sesekali saya mendengar bunyi kicauan burung-burung. Ada juga kedengaran bunyi helicopter yang terbang rendah di udara. Saya menjenguk ke luar bilik dan lihat banyak sekali burung-burung berwarna putih terbang berkicauan..
Selama 2 hari saya berada di situ, saya lihat kumpulan Kapten Zaharie tidak di apa-apakan. Mereka diberi makan pada waktu pagi, tengah hari dan petang. Mereka juga dibekalkan 1 gelen air basuhan. Untuk keluar dari bilik adalah dilarang sama sekali. Kumpulan lain saya tidak tahu dimana mereka berada.
Tepat tekaan saya bila saya mengambil keputusan untuk melilau di tempat itu. Ia adalah sebuah pulau kecil yang diubah suai. Di situ adalah tempat pendaratan kapal terbang dan MH370 masih di situ sebagaimana hari ia tiba. Saya ke sana bila melihat ada 2 buah jip terletak berdekatan tayar belakang. Saya masuk melalui ruang tayar tersebut dan nampak beberapa orang lelaki sedang membuat penyambungan litar. Mereka sambungkan dengan 1 kotak berlampu yang juga mempunyai wayar.
Saya keluar dari pesawat bila mendengar ketibaan jip dari luar. Dari situ, saya lihat mereka memunggah beberapa kotak kayu masuk ke dalam jip dan beredar.
Saya kembali ke kumpulan Kapten Zaharie. Sedih saya tengok suasana mereka. Walaupun tiada seksaan fizikal, saya percaya mental mereka menderita. Mereka nampak lesu dan murung.
Sekitar waktu hampir Subuh, kesemua mereka dikumpulkan bersama di dewan (tempat sama di hari pertama). Mereka dipaksa beratur dan masuk dalam bilik sementara (bilik yang hanya ditutup dengan tabir papan plywood). Bila saya intai apa yang berlaku dalam bilik tersebut, rupanya mereka di cucuk dengan sejenis cecair ke lengan mereka. Apa yang saya dengar dari perbualan tukang cucuk dengan kawan-kawannya, mereka guna ubat nama TOLUENA. Saya pun tidak tahu apa tujuan mereka.
Kesemua penumpang MH370 di kerah untuk naik semula ke kapal terbang mereka. Maka sekali lagi mereka terpaksa berjalan dan menaiki MH370. Sebelumnya, ada suara mengatakan seorang penumpang (katanya duduk di kerusi depan) tidak ada. Pihak baju biru yang memeriksa buat macam tidak dengar aduan mereka.
Kapal terbang itu berlepas pergi dan disusuli sebuah pesawat yang lebih kecil mengekori mereka. Selepas itu terjadi peristiwa sebagaimana MIMPI MH370 yang pertama.
Saya dibawa semula ke tempat awal. Di sini, saya termasuk sebuah bilik yang dalamnya ada banyak komputer dan radio. Ada sebuah peta dunia yang besar di dinding. Tertarik pula untuk saya amati lebih dekat pada peta tersebut. Terkejut saya bila ada tanda berwarna merah di beberapa negara yang saya kenal.
Saya tersedar.
Memang tak pernah saya rasa begitu takut dalam hidup. Tapi misteri sepenuhnya belum terjawab.. Adakah saya masih diberi peluang oleh-Nya..? Wallahualam..
PERINGATAN!!
Ini hanya MIMPI Benar atau Tidak, jawapannya bukan pada saya. Pandanglah dengan mata hati sahabatku
Sekian..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kucingTomey posted on 29-3-2014 06:08 PM
teori saya selepas baca sampai sini.....yang terbaru.....ini kerja israel ...israel rapat dengan anu ...
Anuar x kn mmpo wat cmtu..anuar senjata die mulut die sb die pndai ckp... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
apex posted on 30-3-2014 03:01 AM
kadang2 kalau kita terlalu memikirkan sesuatu benda tu,ianya boleh terbawa2 ke dalam mimpi...
Aku pun teringin nak mimpi cam ustaz tu..tp letak kepala cintaku hanyut di lautan hindi hehehehhe |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
x dapat lagi hilangkan kesedihan membayangkan
mangsa2 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
tinker_bell posted on 30-3-2014 02:36 AM 
at first ioll ingat konpiratorshit punya kerja sebar cerita tak betul..ioll google..yahudi siap bn ...

Katanya ini radar tulen militari kita waktu kejadian... Dan yg bulatan tu menunjukkan radar tak dapat detect(hilang)
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
yes Allah knows you are tired.... Allah knows it is difficult for you.... but you must also know that Allah would never place you in a situation that you can not handle.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
okay.....hmm....interesting. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN posted on 30-3-2014 02:18 AM 
Mimpi Pertama :
Credit to :
http://mynewshub.my/2014/03/25/mh370-sekadar-mimpi-ustaz-darul-manzi ...
ostad tingtong.. high kot?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Two ships pick up objects but none confirmed to be related to Malaysia Airlines flight MH370 yet
PERTH - Search operations for the missing Malaysia Airlines plane for Saturday have concluded after nearly 252,000 square kilometres were searched.
Chinese ship Haixun 01 and Australia's HMAS Success reportedly retrieved a number of objects from the ocean but so far none have been confirmed to be related to MH370, a statement issued by the Australia maritime rescue officials said.
Eight aircraft were involved in Saturday's search activities, the Australian Maritime Safety Authority (AMSA) said.
They included three Royal Australian Air Force (RAAF) P3 Orions, a Japanese Coast Guard jet, a Japanese P3 Orion, a Royal New Zealand Air Force (RNZAF) P3 Orion, a Chinese People's Liberation Army Air Force Ilyushin IL-76, and one civil jet acting as a communications relay.
Meanwhile, other reports said, six ships have arrived in the area to search for the debris of the missing Malaysia Airlines plane.
The weather in the search area was described as reasonable for searching however visibility was reduced to about four kilometres with rain showers.
The search will resume in the morning.
PS: Yg dorang jumpa sampah sarap lautan hindi je.....
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
http://archive.4plebs.org/pol/thread/27834494/#q27834494
"I have been held hostage by unknown military personal after my flight was hijacked (blindfolded). I work for IBM and I have managed to hide my cellphone in my ass during the hijack. I have been separated from the rest of the passengers and I am in a cell. My name is Philip Wood. I think I have been drugged as well and cannot think clearly."
Last edited by Kalpsiz on 30-3-2014 07:19 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
bidacool posted on 30-3-2014 02:53 AM 
Aku harap takde yg mati depan komputer sbb dah berkuntum kt thread ni dr ptg semalam......
berkuntum dpan komputer sejak 9 mar tu........
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
eva posted on 30-3-2014 01:18 AM
prk sarawak tu cm baru sarawak took care about it..
pm bz ngan benda lain..
tp i heran tau muk ...
Sbb dia x dpt benefit secara perbadi kot
X pun dia susah ati lg |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Mcm2 hal..kite ade ke rangkian ekonomi dengan isreal??? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
noqiz posted on 30-3-2014 01:05 AM
kat mana lah dia orang sekarang ..
Ada kat rumah aku ni |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
hzln posted on 30-3-2014 01:29 AM
sudah malas utk percaya apa2 sekarang ini
kiri kanan depan belakang, all BS
Kenapa tak eja penuh that BS |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|