|
ANAK CIKGU ZUL (SAMBUNGAN)... TAMAT 31/5/11
[Copy link]
|
|
padan muka sarah....
kalu kena tangkap basah lg bagus..... |
|
|
|
|
|
|
|
next... tak sabar nak tunggu cite seterusnyer...
padan muka Sarah....... |
|
|
|
|
|
|
|
salam.
n3 yg bagus sgt.. suka hunnie....
next please.... |
|
|
|
|
|
|
|
akhirnya lia ngan amir baik gak..padan muka sarah |
|
|
|
|
|
|
|
bila lia nak pakai baju baru tu? |
|
|
|
|
|
|
|
bila lia nak pakai baju baru tu?
mijot Post at 26-5-2011 18:16
lepas pi tempat special...
kasi mood dulu...
;);) |
|
|
|
|
|
|
|
Sarah seua peminat tegar Lia, tgh marah ni....:@:@:@ |
|
|
|
|
|
|
|
lyn punya layan amir gan lia...tgk2 mcm nak nak ending dah pon cite...sarah dah meroyan..hehe..tu laaa kacau lg laki org.. |
|
|
|
|
|
|
|
mana cikgu amir bawak cik pai ayam celebrate 1 jam ye?? |
|
|
|
|
|
|
|
DAH lebih satu jam ni...... |
|
|
|
|
|
|
|
betoi....dah lebih satu jam dah....kalu tukang buat jam pung dah siap 4-5 buah dah nie |
|
|
|
|
|
|
|
DAH lebih satu jam ni......
alyaimra Post at 27-5-2011 18:38
dia guna timing lain kot kak.. tu yg lmbt skit.. |
|
|
|
|
|
|
|
mana lah menghilang cikgu amir ngan cik pai ayam...... |
|
|
|
|
|
|
|
sekarang dah cuti sekolah, maka cikgu amir bawa dahlia honeymoon...
cikgu juna pun cuti sama |
|
|
|
|
|
|
|
tinggal jejakz.. |
|
|
|
|
|
|
|
akak smiley... smbg pls |
|
|
|
|
|
|
|
lappy ada problem lagi
tgh pakai lappy hubby akak ni
sambung sket jer ya
...............................................................................................
“ No way! “ Dahlia menarik muka
“ Ala… please lah sayang. Susah susah abang cari tau. Sekejap saja pun cukup” Rayu Amir.
“ Sejuklah. Sudah lah bilik ni macam peti ais.” Dahlia memeluk tubuh dan menggosok pangkal lengan. Entah apa apa lah idea Amir ni. Sanggup sewa honeymoon suite di Shangri La, padahal rumah sendiri bukan jauh pun. Tapi dia rasa terbuai buai dengan suasana romantis. Pintu ke balkoni di buka dan langsir lutsinar menari lembut di ayun hembusan angin malam. Lampu lampu kotaraya menyemarak malam yang gelap tak berbintang.
“ Don’t worry, I’ll keep you warm” Dahlia pura pura tak dengar. Kakinya menguis karpet tebal.
“ Lia, jangan lawan cakap abang” Amir menggoyang jari telunjuk.
“Wah, pakai kuasa veto nampak.” Dengus Dahlia
“ Cepat lah. Atau Lia nak abang tolong pakaikan?”
Dahlia pantas mencapai penyangkut baju dan masuk ke bilik. Inilah padah bila aku banyak “ hutang” dengan Amir. Selesai membersihkan diri ala kadar, dia mengenakan gaun malam yang di hadiahkan Amir. Bila busana rona hitam itu tersarung dia berdiri depan cermin. Ayooo… rasa janggal gila. Berkemban pun lagi sopan rasanya.
“ Lia, kenapa lama sangat?” Pintu di ketuk. Perutnya kecut. Boleh tak aku pura pura tertidur dalam tab mandi? Tapi rugilah, Amir dah pesan makanan dari room service. Perut tengah lapar ni. Ala.. keluar jerlah. Pefeeling anak dara pingitan pula. Macamlah selama ni aku sentiasa berjubah dan berhijab depan Amir.
Wajah Dahlia di sapu riak terkejut. Lampu luar sudah di malapkan. Di tengah ruang tersedia meja untuk dua orang di terangi cahaya lilin. Amir memakai suit hitam dan kemeja putih. Tiga butang teratas di biarkan terbuka. Dahlia terpana. Lututnya rasa lemah. Macam first date pula.
“ Wow! You look stunning. Nasib baik kita berdua saja. Kalau tidak I korek mata sesiapa yang pandang you.“ ucap Amir sambil menanggalkan klip yang mengikat rambut Dahlia. Rambutnya jatuh mengurai melepasi bahu. Amir menarik kerusi untuknya.
“ Makan lah. You suka seafood, kan. Makan banyak banyak tau. Jangan lupa you makan untuk dua orang.”
Dahlia cuma mampu senyum. Mata Amir yang kemas terpaku pada wajahnya membuat jantungnya berkejaran. Dia menyuap isi udang ke mulut. Mmm… sedap!
“ Abang tak makan?”
“ Dah kenyang tengok Lia” Amir sengih. Aduh… seksa zahir batin aku.
“
“ Rugi. The food is delicious. Nak I suap?” Dahlia menghulur garfu yang dicucuk dengan isi ikan.
“ Ha.. macam tu baru abang ada selera.”
“ Manjanya! Nanti bila kita dah ada baby, entah siapa lagi manja, bapa ke anak ” gumam Dahlia sambil mengopek kulit udang dan meletak isinya di pinggan Amir. Nasib baik tak ada ketam, kalau tak jenuh aku.
Selesai makan, Amir menolak meja makan ke tepi. Apa pula acara seterusnya? Mata Dahlia sudah berat tapi malam belum berakhir. Suara Michael Buble melagukan You Belong to Me berkumandang perlahan. Tubuhnya di tarik dalam dakapan. Dahlia merasa bagai di awangan. Dia menarik nafas dalam dalam, menyedut wangi tubuh Amir.
“ Happy belated birthday sayang.” Jam dinding menunjukkan pukul 12.10 minit.
“ Thanks, Abang. Ni lah birthday paling best seumur hidup Lia. This is my first candle light dinner. I tak tahu apa nak cakap” Kepala Dahlia terlentuk di bahu Amir. Tubuh mereka di gerak perlahan mengikut alunan muzik.
“ Cakaplah abang husband terbaik dan paling handsome”
Dahlia menurut cuma dia menambah “ di Zimbabwe”. Hidungnya di tarik. Tawa mereka bersatu.
“ Abang, maafkan Lia sebab tak percaya kat abang. Lia selalu menyusahkan abang. Kadang kadang Lia tak fikir panjang. Masa jumpa Sarah di Isetan, terus saja Lia percaya yang bukan bukan bila dia kata abang tolong dia dapatkan kerja di sini. Sepatutnya Lia tanya abang dulu.”
“ Its okay. Abang pun bersalah. Abang tak pandai jaga hati Lia. Abang tak sangka Lia terasa hati bila Abang masih berkawan dengan Sarah. Tapi setakat ini sajalah abang tolong dia. Lepas ini rasanya dia tak akan ganggu kita lagi. ”
“Dua minggu Lia bersedih pasal Abang dan Daniel. Tapi malam ni abang buat Lia happy sangat.” Matanya bergenang.
“ Nanti kita buat macam ni setiap bulan ya. To keep the romance alive in our marriage. ”
“ Betul? Bestnya” Lebar senyuman Dahlia.
“Tapi ada syarat. Abang pilih baju Lia”
“ Aaa… taknak. Abang pilih baju sexy. Malu lah nak pakai. Sejuk pula tu.”
“ Apa nak malu? Lia sangat cantik, sangat mengancam malam ni. Kalau sejuk, abang boleh panaskan. ” Tangan Amir mula menjalar. Nafas Dahlia tersekat di kerongkong. Kucupan Amir membuat tubuhnya membara. Leher Amir di paut erat ketika tubuhnya di cepung. Perghhh… dingin aircond pun dah tak terasa. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|