|
sampai selatan thailand?? besar gak pengaruh rusdi ni... international...
mcmana shah nk dpt blk lisa n kira??
harap2 prasat betul2 tolong diorg... |
|
|
|
|
|
|
|
patut kerat 18 rusdi ni.......... |
|
|
|
|
|
|
|
maaf semua fazss agak buzy lately...tak dapat nak taip lagi... harap bersabar k.. |
|
|
|
|
|
|
|
memang sentiasa menanti n3 penuh kesabaran... |
|
|
|
|
|
|
|
takde ke tel yg boleh dgunakan tuk mhubungi shah ni ??? |
|
|
|
|
|
|
|
salam semua...ada sedikit ruang untuk fazss tempek skit..
**************************************************************************
Prasat telah sediakan semua kelengkapan kami untuk balik ke Malaysia. Perjalanan yang memakan masa sejam sudah aku jangka kesukarannya. Aku dan Kira memakai
penyamaran lagi, aku memakai purdah dan Kira berpakaian seperti budak lelaki. Mujur lah kali ini Kira tidak banyak cerita.
Setiba di pekan mereka , kami perlu menanti Prasat di hotel budget berdekatan. Setiap perlakuan, kami sentiasa memikirkan peluang kecil untuk kami terdedah dengan persekitaran.
Aku fikir segalanya akan jadi mudah. Rupanya tidak. Menurut Prasat, kawannya dari Malaysia yang dipercayai tidak dapat datang buat 2,3 hari ini. Bermakna kami perlu tinggal lagi di hotel murah ini.
“Puan” terkocoh2 Prasat mendapatkan aku di ruang legar.
Sekeping kertas di berikan padaku. ‘MISSING PERSON’. Gambar aku dan Kira terpapar.
“syukur.. “
“Prasat, awak boleh contact nombor ini.” aku tunjukkan nombor yang tertera pada iklan itu, aku tahu itu pasti direct line Balai Polis. Talian itu akan terus dapat menghubungkan Prasat dengan Inspektor Ibrahim. Namanya pun sudah tercatit pada iklan itu.
Syukur yang tidak terhingga, Prasat berjaya bercakap dengan Inspektor Ibrahim. Penantian memang satu penyeksaan. Terlalu lama walau seminit sahaja menunggu.
Sudah menjadi kebiasaan, Prasat akan keluar mendapatkan makanan kami. Malang menimpa, aku fikirkan Prasat yang datang bersama makanan tapi Rusdi yang datang. Kami dipaksa mengikutnya.
Tiba di pintu depan hotel aku terlihat susuk Inspektor Ibrahim. Pasti Rusdi tidak mengenali dia. Inspektor Ibrahim sempat memberi arahan dari jauh kepada aku. Sementara Rusdi sibuk di kacau oleh jurujual2 yang menjaja tepi jalan.
“Kira, mama cakap Kira jangan pandang lagi ok..” Kira mengangguk. Aku berlakon sedang membetulkan seluar Kira. Aku berbisik seperlahan yang boleh, jarak kami cuma 5 kaki sahaja dari Rusdi.
“belakang Kira, ada Uncle Ibrahim. Dekat kedai jual belon. Dia pakai jaket hitam dan pakai cap yang selalu dia pakai tu. Kira boleh cam kan?” dia mengangguk faham.
“bila mama bangun, Kira terus lari ok.”
“kita lari sama2 la..”
“tak boleh sayang..mama kena berlakon lagi. Nanti Uncle Rusdi akan perasan pula kalau mama pergi sekali”
“pergi ya..” Kira mengangguk perlahan.
“jom cepat!!” terkejut aku. Entah sejak bila dia ada di belakang aku. Minta2 lah dia tidak dengar butir bicara kami.
Segala yang berlaku terlalu pantas. Tiada apa yang terpapar di depan mata sempat di rakam oleh otak aku. Aku hanya mengikuti arus yang berlalu.
Badan aku melayang jatuh, terasa berat kepala. Saat mata terpejam hanya telinga yang berfungsi. Bunyi tembakan silih berganti. Jeritan dan deruan bunyi bunyian dari segenap ruang amat mengelirukan. Aku tak pasti apa yang berlaku.
Lama kelamaan, minda aku sendiri terus berlalu. Aku tidak tahu di mana aku. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1065# juliet80
mereka takut ada yg dpt kesan... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1064# shahrinas
maaf..banyak yg dtg..tak terkejar n tak terhadap jd yer.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1062# mie07
wah 18?? pastu bahagi2 wat mcm2 lauk.. hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1061# merahsilver
Rusdi terlibat dlm kolar putih..membersihkan wang haram.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1060# uda08_za
keadaan hujung genting je ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1059# nallepooh
harapan masih ada... |
|
|
|
|
|
|
|
Semua yang terjadi adalah dengan izinnya. Siapa lah kita untuk menidakkannya. Saat yang berlalu aku pandang sepi. Di mana aku?
Angin bertiup menyapa lembut pengunjung pantai Teluk Cempedak. Terlalu indah setiap saat yang berlalu di sini. Rasa telah lama aku tidak ke sini.
“sayang..” bahu aku di pegang lembut. Satu kucupan singgah di dahiku, satu lagi singgah di pipi. Wajah En Hubby aku pandang. Aku renung ke dalam matanya yang cantik. Mata itu ada pada Kira.
“jangan fikir banyak sangat. Lisa baru sihat kan” badan aku sudah pun berada dalam rangkulannya.
“yes dear..” aku sandarkan kepalaku ke dadanya yang bidang.
Seminggu telah berlalu dari kenangan pahit yang baru tercatat dalam hidup aku. Aku berpijak di bumi yang nyata, bumi ini milik Allah. Aku hanya hamba yang sedia menurut perintah. Setiap yang berlaku aku terima dengan hati yang terbuka.
Menurut Shah, aku telah dua hari tidak sedarkan diri. Gara2 terkena peluru sesat dari tembak menembak yang berlaku ketika itu. nasib menyebelahi aku, peluru itu tidak mengenai anggota penting. Namun tiada yang mampu mengulas tentang ketidaksedaran aku itu. Kuasa Allah, tiada siapa yang mampu menghalang.
Tempoh reman Rusdi berakhir esok, jika disabitkan maka dia akan terus di situ. Aku hanya mendoakan yang terbaik.
Beberapa kali aku cuba mengorek kisah lalu yang menjadi duri di hati Rusdi namun tiada apa pun respon dari Shah. Baginya, itu adalah perkara yang paling tepi sekarang. Betul juga. Kesihatan aku yang paling utama.
Selama 3 bulan dibicarakan, setiap hari aku dan Shah masuk mendengar perbutiran kes. Aku tampil sebagai mangsa dan juga saksi.
“termenung aje? Tak baik Lisa”
“tak ada la ibu..Lisa tengok air itu. mama dengan ibu nak pergi mana ni?”
“kami nak keluar, nak apa2 minta pada Mak Som ada kat dapur. Jangan nak buat sendiri. Bagi rehat sikit badan.”
“baiklah..” kereta mama yang bergerak keluar aku hantar dengan pandangan. |
|
|
|
|
|
|
|
Kehidupan aku kembali normal setelah beberapa bulan berlalu. Sebutan kes Karina, Rusdi terpaksa menghadapi hukuman gantung sampai mati kerana sengaja menyebabkan kematian Karina.
Sedikit sebanyak aku agak terasa dengan apa yang berlaku. Tipu seandai hati aku tidak terjejas. Sejahat mana Rusdi, dia pernah aku kasihi dulu. Dia juga sahabat aku. Memang dia ingin memusnahkan keluarga aku. Namun insan lemah seperti kita selalu alpa dan tergelincir. |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdullilah...
selamat semuanya...
KIRA pe citer...mesti fobia kan... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1075# shahrinas
hmmm juliet pun nak tau ape kabar kira .... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam & morning semua... fazss.. sambung lagi.... |
|
|
|
|
|
|
|
Sudah menjadi rutin untuk kami berulang alik membawa Kira ke hospital. Semua nampak elok tapi tidornya tidak lena seperti lain. Dia tidak seperti sebelumnya.
Pengalamana baru dalam hidupnya banyak mengubah perwatakannya. Hilang sudah Kira yang ceria, yang ada hanya lah Kira yang pasif.
Kami masih berikhtiar. Doktor yang kami jumpa juga sudah tidak terkira dengan jari.
“dear..ibu cadang kita bawa Kira berubat kat kg Lisa. Nak tak?”
“bomoh ke?”
“bomoh tu bunyi kasar la dear..pengamal perubatan tradisional la..”
“I tak nak kita terjerumus dalam syirik” Shah memandang aku. Aku faham kerisauannya. Dia adalah ketua keluarga, dia yang perlu tanggung dosa2 kami. Aku tersenyum.
“insya Allah. Niat ni yang kena betul” aku sandarkan kepala ke dada bidangnya. Aku rindu bau ini.
“ye la..nak ke ni??” usiknya.
“ngada lah dear ni.. Lisa cakap tentang Kira, ke lain pula dia. Kita bincang pasal anak dulu yer” malu diusik begitu,dengan selamba aku sandar semula di kepala katil. Selimut ku tarik menutupi pinggang. Rasa sejuk pula penghawa dingin ini.
“mari la sini bincang..” tubuh aku di rangkul semula.
“nak bincang pun kena peluk2 yer?” sengaja aku mengusiknya semula.
“mesti la..” beberapa kali seluruh wajah aku dihujani dengan ciumannya. Aku tergelak dengan gelagatnya kadang2. Bersamanya membuat aku rasa begitu aman. Memang berbeza bersama suami tercinta dengan ibu tercinta. En Hubby lebih berhak ke atas aku, dan aku juga lebih rapat dengannya berbanding mama nya sendiri.
Kami tenggelam dalam dunia yang kami ciptakan. Hanya kami yang merasainya. Setiap saat yang berlalu di manfaatkan demi diri kami antara satu sama lain. Denyut nadi kami bersatu. Tiada yang lain buat kami, melainkan kami.
Aku masih dalam pelukannya. Kami masih membetulkan nafas. Hanya mata yang saling merenung, bibir yang bergerak menyalur kembali tenaga yang hilang.
“you ok sayang? Nice?” wajahnya tersenyum. Pipinya ku raih, aku cium lembut. |
|
|
|
|
|
|
|
“very nice..excellent” dahi aku dikucup.
“Dear..”
“kita cuba yer berubat Kira kat kampong. Dah lama kita cuba cara moden tak jalan. Lisa takut Kira terus tercicir kat sekolah. Lisa tak nak dia terus tenggelam dalam dunianya.”
“orang yang nak mengubat, Lisa kenal ke?”
“kenal, dia ustaz, haji dah pun dear.. jadi tak perlu lah kita risau apa. Kita ikhtiar aje”
Tanpa menunggu hujung minggu, kami membawa semua balik ke kampong aku. Ibu bukan main lagi suka, sama dengan Adam. Mungkin sebab dah lama tidak pulang ke sini.
“ibu, Lisa minta maaf. Lisa dah lama tak bawa ibu balik sini”
“tak apa Lisa, ibu faham”
“mama pun suka apa, mama ada kawan” entah dari mana datang nya mama duduk bersama kami di dapur. Aku hulurkan minuman petang buat mereka berdua. Sedulang air aku bawa ke depan buat aku minum bersama Shah dan anak2.
“bila sampai pak su?” aku sendiri tidak sedar bila sepupu jauh ibu itu datang.
“baru aje. Ibu kamu telefon kata nak jumpa ustaz Nan. Ni yang datang bincang dulu”
Suasana malam yang sunyi, berseri bersama angin yang mendinginkan. Ustaz Nan masih lagi seperti dulu, tidak banyak berubah. Uban aje yang semakin bertambah.
“lama tak jumpa atok sihat?” aku beramah.
“ini suami saya” Shah bersalam hormat dengan Ustaz Nan. Kami duduk beramai2 di bawah. Shah meriba Kira, duduk di sebelah Ustaz Nan.
“nama apa ni?” ustaz Nan berbual dengan Kira. Sudah menjadi kebiasaannya mengambil hati pesakit. Ia juga salah satu cara untuk dia kesan masalah yang berlaku.
“Kira”
“mari atok tengok tangan, cantiknya tangan dia” mulut nya adakala ligat membaca surah2 lazim. Jelas kedengaran.
Lama dia menatap wajah Kira, akhir dia menangguk dan tersenyum.
“tak ada apa2 ni. Terkejut aje. Banyakkan baca surah2 pada dia. Suruh dia baca sendiri itu lebih baik.”
“kalau dapat kami nak buat air penawar, buat semangat” ibu yang duduk agak jauh mencelah.
“boleh”
“ini air apa?” tanyanya kemudian.
“air minum biasa” Shah menjawab. Botol air mineral yang baru kami beli siang tadi sudah berada di depannya. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|