|
Originally posted by HUSSAINTAHIR at 18-2-2008 04:06 PM 
insyaALLAH i will perform my umrah on 12 april 2008...and back on 22 april 2008..using Pakistan International Airlines...guna Warith Travel and Tours...doakan saya ya
Insya allah jugak kimy ngan mak will perform our umrah on 12th April...unti 20th with Tabung Haji via MAS airline...doakan kami selamat pegi dan selamat menunaikan ibadah umrah dgn sempurna..insya allah... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1061 kimytooby's post
selamat menunaikan umrah kimy...saya doakan kimy... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1057 IDB's post
Tak pasti samada utas jual buku tu.
Buku nie diberikan percuma oleh UTAS sbg sumbangan ikhlas kpd jemaah haji dan umrah UTAS. Lagipun kat belakang kulit buku tuh ada tulis <Percuma>.
Izinkan saya share sedikit ilmu yg dipelajari dr guru2. Kalau salah sila betulkan.
Ambillah iktibar/pengajaran drp sejarah saie iaitu siti hajar yang berlari2 anak antara safa dan marwa utk mencari air. Betapa tingginya keyakinan siti hajar bahawa Allah tidak sia2kan beliau dan anaknya nabi Ismail ketika ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim(atas perintah Allah) di tanah mekah yg dulunya kering kontang. Berkat pengorbanan dan keyakinan beliau pada Allah, maka air zam2 tak kering sampai ke hari ini. Moga kisah siti hajar tersebut dpt berikan motivasi terutamanya ketika sdg diuji oleh Allah. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1061 kimytooby's post
selamat menunaikan umrah kimy |
|
|
|
|
|
|
|
pakej rin call tadi..ada masalah hotel kat mekah.... |
|
|
|
|
|
|
|
ramai jugak yer akan menunaikan umrah pada bulan depan...
marisa doakan semoga jemaah umrah sumer...
selamat pegi dan selamat kembali...
semoga ibadah kita dirahmati allah dan
mendapat keberkatan darinya... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by rinafarha1709 at 26-3-2008 09:36 AM 
pakej rin call tadi..ada masalah hotel kat mekah....
Salam Rin, nak tanya Rin ikut package mana? Masalah hotel kat Makkah ya adakah disebabkan banyak hotel dah runtuh? Dengar Rin kena bayaran tambahan untuk hotel betul ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1066 marisa_anuar's post
thanks marisa. tlg doakan saya dpt ke sana ya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1066 marisa_anuar's post
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1065 rinafarha1709's post
rasanya hotel kat mekah skarang ni mmg ada masalah. my friend's parents pegi
bulan 4 ni kena tambah bayar utk hotel sbb rega naik & agensi tu tak stay kat
tmpt biasa. btw, rin pergi dgn pakej mana? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1061 kimytooby's post
selamat menjadi tetamu Allah kimy.. tlg doakan saya sampai
ke sana ya.. takut tul kalau2 ada aral melintang & tak dpt pergi |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by eleisha at 26-3-2008 11:48 AM 
rasanya hotel kat mekah skarang ni mmg ada masalah. my friend's parents pegi
bulan 4 ni kena tambah bayar utk hotel sbb rega naik & agensi tu tak stay kat
tmpt biasa. btw, rin pergi dgn pakej ...
insyallah..rin akan pegi dgn andalusia..mereka minta tambahan rm200 utk hotel..hotel2 akan diruntuhkan..jadi semua hotel yg area dekat masjidilharam dah naik harga... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1059 Rosputih's post
Saya sempat tengok sebahagian sahaja episod dimana Adik Nazari pegi ke Tanah Suci...memang sebak terutama masa Ustaz Akhil baca doa. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by jadree00 at 24-3-2008 11:05 PM 
tumpang lalu...
cadangan: ambil peluang minum air zam2 banyak2 nanti serta baca doa minum air zam2.
Nie saya baca drp buku 'peristiwa & tempat bersejarah di tanah suci jilid 1' yg diterbit ...
Apakata minum 3 gelas semasa setiap kali masuk masjid dan 3 gelas before keluar masjid.
Bagus gunakan peluang minum air zam-zam banyak2. Tapi sebaiknya masa nak keluar masjid. Kalu minum semasa masuk sukar nak jaga wudhu.
Ada buku kata (kawan cakap) kalu nak minum, sampai kenyang. melalui pengalaman, 3 cup pun dah sendawa  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1074 kitul's post
iya..tak pasal-pasal nanti nak kena cari toilet...jauh tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1061 kimytooby's post
kimy jumpa kat airport yer hehehe..u flight kul bape saya kul 1 ptg insyaALLAH..
jumpa kt makkah insyaALLAH
selamat pergi dan selamat kembali...barakah ALLAH fiik
.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1060 Rosputih's post
Alhamdulillah
sayangnya saya tak dapat tgk...mesti sebak punya ustaz akhil baca doa...
moga hayatnya diperkenankan...
Ya ALLAH berilah kami kekuatan untuk menghadapi dunia ini tak tertanggung rasanya dosa kami, kekejaman kami...Ampun kan Kesilapan Kami..sesungguhnya kami selalu menzalimi diri kami sendiri...
sehingga ada nikmatnya yang kami tidak kami ssyukuri...hak mu tidak kami kami tunaikan..redhailah kami... |
|
|
|
|
|
|
|
ada e-book tak pasal umrah nie? bley gaks baca time takde keje. thanx! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1071 eleisha's post
Rasa bimbang kalau2 ada aral & x dapat pergi...sama macam saya rasa dulu. Lepas tu, bila saat kaki melangkah keluar rumah utk mulakan musafir ke tanah suci...masih ada rasa tersebut. Dlm hati berkata2 moga Allah permudahkan segala urusan. Bacaan doa lepas solat moga Allah permudahkan urusan tulah penenang hati.
Lepas tuh pulak, bila nak masuk masjidil haram, rasa bimbang pulak bila mengenangkan citer2 ada yg tak nampak kaabah sbb dosa/kesalahan.
Pengajaran yg dipelajari ialah persediaan sebelum pergi umrah sgt penting. Ini termasuklah dgn byk bertaubat dan berdoa sebelum mulakan musafir kesana. Memang betul2 tawakal. Hmm mungkin sbb tu member saya cakap dia rasa tenang(mcm tak der masalah) bila kat tanah suci. |
|
|
|
|
|
|
|
Ibadah Umrah
Umrah ialah Haji kecil, ia diambil dari perkataan al-I'timar iaitu (ziarah). Orang yang mengerjakan Umrah akan berniat Ihram Umrah dari miqat, mengerjakan Tawaf Qudum, bersaie dan seterusnya bertahallul dari Ihramnya dengan bercukur atau bergunting.
--------------------------------------------------------------------------------
1. Beriham Dari Miqat
Miqat Zamani:
Empat orang Imam telah bersependapat bahawa mengerjakan ibadat Umrah pada kesemua hari-hari di dalam setahun adalah harus kecuali lima hari mengikut pendapat Imam Hanafi iaitu pada hari Arafah dan empat hari selepasnya. Mereka berpendapat mengerjakan ibadat Umrah pada hari-hari tersebut adalah makruh yang membawa kepada haram.
Tanda Sempadan Tanah Haram:
Tan'im
:
Jalan menuju ke Madinah sejauh 6 km dari Mekah.
Wadi Nakhlah
:
Di timur laut sebelah Iraq dan jaraknya dengan Mekah sejauh 41 km.
Ja'ranah
:
Di sebelah timur sejauh 16 km.
Adhah
:
Jalan menuju ke Yaman dan jaraknya dengan Mekah sejauh 12 km.
Hudaibiyah
:
Di sebelah barat jalan ke Jeddah dan dinamakan sekarang ini dengan Asy-Syamisi sejauh 15 km dari Mekah.
Al-A'lam (tanda) ialah: Batu-batu yang dipahat setinggi satu meter kemudian diletakkan di tepi jalan-jalan tersebut.
--------------------------------------------------------------------------------
Miqat Makani:
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah menetapkan tempat miqat bagi penduduk Madinah di Zul Hulaifah, bagi penduduk Syam di Juhfah, bagi penduduk Najd di Qarnul Manazil dan bagi penduduk Yaman di Yalamlam. Sabda Baginda Lagi: Miqat-miqat tersebut adalah bagi penduduk negeri-negeri tersebut dan bagi mereka yang melaluinya untuk menunaikan ibadat Haji dan Umrah. Manakala, selain dari mereka yang tersebut, miqatnya adalah mengikut arah kedatangan mereka, begitu juga dengan penduduk Mekah, miqatnya memadai dari Mekah. Para ahli Ilmu telah bersepakat mengenai tempat-tempat miqat tersebut.
Juhfah:
Merupakan miqat bagi penduduk Mesir, Syam dan mereka yang datang dari arahnya.
Abyar Ali (Zul Hulaifah):
Iaitu miqat bagi penduduk Madinah: Dinamakan Abyar Ali kerana ia merupakan tempat bekalan air bagi Bani Jathim, juga merupakan miqat yang paling jauh dari Kota Mekah iaitu kira-kira 450 kilometer. Perjalanan dengan unta dapat merentasi jarak tersebut selama sembilan hari, kira-kira 50 kilometer setiap hari (iaitu kira-kira 4 kilometer satu jam). Ia (50 Km) juga dinamakan satu marhalah.
Qarnul Manazil:
Sebuah bukit yang terletak di hadapan padang Arafah yang dikenali dengan Qarnul Manazil dan ia merupakan miqat bagi penduduk Taif dan mereka yang berada di belakangnya.
Zaatu Irqin:
Dinamakan Zaatu Irqin kerana ia merupakan sebuah bukit bernama Irqin, terletak di hadapan sebuah lembah yang dikenali dengan Wadi al-Aqiq iaitu sebuah perkampungan yang terletak sejauh 2 marhalah dari Kota Mekah. Miqat ini tidak terdapat di dalam hadis Rasulullah s.a.w, tetapi ia telah disepakati oleh para ulama.
Yalamlam:
Yalamlam merupakan salah sebuah dari bukit-bukit yang terdapat di sebelah utara, kira-kira 2 marhalah dari Kota Mekah dan ia adalah miqat bagi penduduk Yaman.
_______________________________________________________
2. Tawaf
Jika sudah sampai di Makkah, lakukanlah tawaf umrah mengelilingi Ka抌ah tujuh kali putaran, dimulai dari Hajar Aswad dan berakhir di Hajar Aswad. Lalu shalatlah dua raka抋t di belakang Maqam Ibrahim, dekat dengan Maqam ( kalau mungkin) atau jauh darinya.
_______________________________________________________
3. Saie
Setelah selesai shalat dua raka抋t, pergilah ke Bukit Shafa untuk melakukan sa抜 umrah tujuh kali putaran, dimulai dari Bukit Shafa dan berakhir di Bukit Marwa.
Doa Bersaie:
اللَّهُمَّ يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مُوجِبَاتِ رَحْمَتِكَ، وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ، وَالسَّلَامَةَ مِنْ كُلِّ إِثْمٍ، وَالْفَوْزَ بِالْجَنَّةِ، وَالنَّجَاة مِنْ النَّارِ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى، اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ. اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ الْخَيْرِ كُلِّهِ مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَمَا لَمْ أَعْلَمْ، وَأَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ النَّارِ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ.
Yang bermaksud: Wahai Tuhan yang membalik-balikkan segala hati, tetapkanlah hatiku di atas agamaMu. Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepadaMu segala yang mewajibkan rahmatMu, segala yang meneguhkan keampunanMu, kesejahteraan daripada segala dosa, memperolehi Syurga dan terpelihara dari api Neraka. Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepadaMu hidayat petunjuk, ketaqwaan, terpelihara dari segala kesalahan dan kekayaan. Wahai Tuhanku, tolonglah aku supaya aku dapat menyebutMu, mensyukuri dan beribadat kepadaMu dengan sebaik-baiknya.
Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepadaMu segala kebajikan, apa yang aku ketahui, apa yang aku tidak ketahui dan apa yang belum aku ketahui. Aku memohon kepada Engkau Syurga dan perkara-perkara yang boleh mendekatkan aku kepadanya samada perkataan atau perbuatan. Aku berlindung dengan Engkau dari Neraka dan dari perkara-perkara yang boleh mendekatkan aku kepadanya samada perkataan atau perbuatan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|