CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Novel: PHANTASMAGORIA

[Copy link]
 Author| Post time 8-3-2015 08:32 AM | Show all posts
BAB 34

Istana Suriyan

Syakilla. Jika menurut bahasa lama Amariya adalah bermaksud ‘Indah Berseri’. Lama Syakilla merenung ke cermin, memerhatikan dirinya yang masih belum lengkap berpakaian. Indah Berseri, mencari-cari makna Syakila itu dalam wajah dan tubuh yang berdiri berhadapan dengannya. Nafas dihela. Sedikit senyuman menghias bibir. Sehingga kini, dia masih belum menjumpai makna Syakilla dalam diri.

Seketika, matanya tertancap pada parut kecil berbentuk gelangan pada lengan kirinya. Parut itu kemeraha-merahan. Perlahan-lahan, parut itu dielus dengan jari. Seingat Syakilla, sejak kecil lagi parut itu telah ada. Tidaklah mencacatkan namun tanda-tanya bagaimana dia boleh mendapat parut itu, masih belum terjawab. Mungkin juga ianya tanda lahir. Tapi, dia sendiri tidak mampu memastikannya. Tiada sesiapa pernah memberitahu, bagaimana parut itu boleh berada di lengannya.

Pakaian yang terletak atas katilnya dicapai lalu disarungkan ke tubuhnya. Rambutnya yang mengurai panjang disisir rapi. Tidak seperti kebanyakan gadis-gadis yang ada, Syakilla kurang  gemar untuk menghiasi diri dengan perhiasan-perhiasan indah walaupun dia adalah anak angkat kepada keluarga di Raja. Perhiasan-perhiasan itu hanya dipakai tatkala menghadiri majlis-majlis rasmi. Perhiasan-perhiasan itu pada Syakilla, membataskan pergerakannya.

Sekali lagi, dia memandang dirinya yang sudah lengkap berpakaian di cermin. Hari ini, dia memasang rencana untuk pergi ke Desa Atari. Semenjak Arania menjangkau umur yang ke-21, Puteri itu sudah mula melibatkan diri dengan hal-ehwal pentadbiran Amariya. Mereka sudah jarang menghabiskan masa bersama. Memang begitulah yang sepatutnya. Puteri itu bakal memegang tampuk pemerintahan Amariya. Sudah tiba masanya Arania mengambil tahu lebih perkara tentang Amariya.

Semakin sibuk Arania, semakin kuranglah masanya berdampingan dengan Puteri itu. Syakilla sendiri masih kabur dengan rencana masa depannya. Dia mahu menjadi seorang srikandi, yang akan mempertahankan Amariya dari musuh. Namun, permintaannya untuk menyertai tentera Di Raja masih lagi belum diperkenankan Raja Amsyar. Menurut ayahanda angkatnya itu, untuk menjadi srikandi, tidak semestinya dengan menyertai tentera Di Raja. Dan Syakilla memahami maksudnya. Raja Amsyar masih mahukan dia menjaga Sang Puteri. Namun, sampai bila?

Sehingga ke akhirnya, Syakilla. Jika itu yang perlu kau lakukan. Bisik kata hati. Iya, begitulah. Takdir itu sudah dia terima dengan berlapang dada.

Kini, dia sudah lengkap sepenuhnya. Waktu begini amat sesuai untuk dia memulakan perjalanan. Jika sempat, dia akan singgah ke rumah Pak Hatim untuk melawat keluarga angkatnya. Pak Hatim dan Mak Jina, sudah pasti mereka akan gembira melihatnya nanti. Teja yang bermulut bak murai itu, akan berceloteh riang seperti selalu. Dan Dariz...

Dariz...

Syakilla menghela nafasnya, perlahan. Dia tahu, Dariz sudah lama memendam rasa. Bukan sukar untuknya mengerti akan perasaan Dariz itu. Dari gerak laku dan bahasa tubuh pemuda itu, mudah saja dia menelah. Dariz, pemuda itu tidak kurang kacaknya. Rajin pula bekerja. Dari Teja, Syakilla tahu yang Dariz itu menjadi intaian dan jelingan para gadis di Desa Atari. Namun Dariz sedikit pun tidak mengambil endah. Kata Teja, hati Dariz sudah dia kunci.

Apa benar?

Syakilla menggeleng sendiri. Maaf Dariz. Tidak sekali-kali dia akan membuka hatinya kepada sesiapa. Lagipun, Dariz sudah dianggap saudara.

Usah berdusta, Syakilla. Yang sebenarnya, hatimu sudah pun dicuri, bukan?   

Satu keluhan keluar dari bibir. Sukar mahu mengakui kata hatinya sendiri walaupun benar.

Qi...

Sejenak, nama itu pula yang bermain di bibir. Wajah itu pula yang menyinggah di benak. Sudah agak lama dia tidak bersua dengan pemuda itu. Mungkin, pemuda itu sudah tidak sudi lagi menjejakkan kakinya ke sini.

Biarlah.

Lebih baik begitu. Lebih baik pemuda itu hilang saja. Tidak usah lagi muncul di Amariya ini. Lagipun, Raja Amsyar tidak akan suka sekiranya tahu Arania dan pemuda itu masih berhubungan.

Bagaimana pula dengan dia?

Biarlah. Rindu ini pasti akan hilang ditelan masa nanti.

Syakilla senyum nipis. Perkakas busur dan panahnya digapai.

Lata Desa Atari. Itulah tempat yang dia mahu pergi.

***
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2015 08:50 AM | Show all posts

wah...Qi sudah bertakhta di hati Syakilla

Dariz pun syakilla nak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2015 01:32 PM | Show all posts

ase qi tok sado?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2015 06:26 PM | Show all posts
Ipo replied at 8-3-2015 08:50 AM
wah...Qi sudah bertakhta di hati Syakilla

Dariz pun syakilla nak ke?

Hehehe <<< ketawa macam Gora

Get ready. Watak ko nak kuar sat gi....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2015 06:43 PM | Show all posts

Pasal Qi bukan hero...
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2015 06:43 PM | Show all posts

mana? mana watak aku???...

cepat lerrr....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-3-2015 06:48 PM | Show all posts

watak hok mana satu?? Ipo ke sharipudin??



Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2015 06:49 PM | Show all posts
Ipo replied at 8-3-2015 06:43 PM
mana? mana watak aku???...

cepat lerrr....

tak menyabor betui.. ujung2 ko jadi bopren pretty jah kat amariya



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-3-2015 06:55 PM | Show all posts
Istana Suriyan sudah jauh ditinggalkan.. Matahari masih belum tegak di kepala. Yang ada menemaninya hanya Ishan, setia dalam setiap gerak langkah. Seperti biasa, Syakilla lebih suka menggunakan lorong di hujung perbukitan untuk menuju ke Desa Atari.  

Untuk gadis sepertinya, jika berjalan bersendirian seperti itu sudah pasti akan mengundang tanda-tanya buat yang melihat. Menjadi buah mulut kepada sesiapa yang memandang. Tidak elok dan tidak manis berseorangan tanpa ditemani sesiapa. Namun buat Syakilla, dia sudah biasa begitu. Tapi, dia tetap mahu juga menjaga nama baik keluarga. Lalu sedapat mungkin, dia mahu mengelakkan dari bertembung dengan penduduk Desa Atari.

Syakilla berhenti di satu simpang kecil. Simpang itulah yang akan membawa dia ke Lata itu nanti.

"Sudah agak lama kita tidak ke sini, bukan?" Sambil berkata, Syakilla mengusap kepala Ishan dengan lembut. Bagai memahami, Ishan mengangguk dua, tiga kali.

"Tapi aku yakin, tempat itu masih tidak berubah." Syakilla senyum sendiri.

"Mari, Ishan."

Ishan memahami arahan itu. Perlahan, ia mula melangkah. Lorong itu di masuki. Senyuman Syakilla semakin melebar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2015 06:58 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 8-3-2015 06:48 PM
watak hok mana satu?? Ipo ke sharipudin??

Watak Ipo special sikit sebab....

Sebab.....




Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2015 07:56 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 8-3-2015 06:58 PM
Watak Ipo special sikit sebab....

Sebab.....

sebab apa?...cop! watak aku ni laki ke pompuan?
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2015 08:00 PM | Show all posts
Ipo replied at 8-3-2015 07:56 PM
sebab apa?...cop! watak aku ni laki ke pompuan?

aku rasa bukan laki atau pompuan



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2015 08:59 PM | Show all posts
Ipo replied at 8-3-2015 07:56 PM
sebab apa?...cop! watak aku ni laki ke pompuan?

Jeng Jeng Jeng.

Ceh. macam saspen bebenor gayanya. Padahal...

Tapi ni watak pengenalan aje tau. Muncul sekejap aje. Nak abes cerita nanti baru dia muncul lagi. Bila nak abes pun tak taw.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2015 08:59 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 8-3-2015 08:00 PM
aku rasa bukan laki atau pompuan

Jantan....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2015 09:02 PM | Show all posts
Yang sebenarnya, Lata ini sudah lama wujud. Bermulanya dari Gunung Gemora di arah timur sana lalu mengalir sehingga ke sini. Aliran itu pula, mengairi liku-liku sungai Desa Atari dan menjadi punca bekalan air buat mereka. Pada penduduk Desa Atari, Lata ini hanya biasa-biasa saja. Indah namun dek kerana sudah terbiasa dengannya, mereka tidak lagi melihat tempat ini sebagai tempat yang istimewa. Kawasannya pula adalah terpencil. Kurang menjadi bualan walaupun keindahannya tidak dapat dinafikan.

Namun, buat Syakilla, Lata ini tetap menjadi kunjungannya. Ketika kecil dahulu, Pak Hatim pernah membawa dia, Teja dan Dariz ke Lata ini untuk bersuka-ria. Semenjak itu, tempat ini meninggalkan kesan dalam hati. Sekiranya punya masa terluang, suka dia menghabiskan masanya disini, biarpun sekadar duduk memerhatikan air yang mengalir turun.

Dia, dengan menunggang Ishan sudah bergerak jauh ke dalam. Dengan senyuman, dia menikmati keindahan Lata ini yang padanya, tidak pernah berubah. Masih seperti dahulu.

“Berhenti, Ishan.”

Kudanya itu menurut. Langkah terhenti. Dengan cermat, Syakilla turun dari tunggangannya.

“Pergilah.” Suruh Syakilla. “Tapi jangan terlalu jauh.” Pesannya lagi. Ishan mengangguk lalu berjalan perlahan-lahan. Tidaklah jauh, sekadar merumput di sekitar kawasan. Syakilla kemudiannya menyusuri kawasan itu sehingga langkahnya tiba di sebuah tasik kecil. Air terjun mencurah-curah turun, membuatkan kawasan itu langsung tidak sunyi.

Jernihnya air tasik itu sehingga hampir menampakkan dasar. Syakilla melabuh duduk di atas batuan. Di bibirnya masih lagi mengukir senyuman. Sesekali, sibur-sibur yang terbang hinggap di rumput hijau menggamit perhatian. Beberapa ekor rama-rama berkejaran membuatkan hatinya tercuit.

Tenang. Itu yang dia rasa saat ini.

Secara tiba-tiba, telinganya menangkap deruan angin dari atas. Dalam masa yang sama juga, ada bayang yang menutupi kepalanya. Lantas Syakilla mendongak. Bunyi deruan itu semakin hampir dan akhirnya, ia jelas kelihatan di mata.

“Ipo...” Senyuman Syakilla kekal di bibir.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2015 09:07 PM | Show all posts
it's a bird!
it's a plane!
it's IPO!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2015 09:17 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 8-3-2015 08:59 PM
Jeng Jeng Jeng.

Ceh. macam saspen bebenor gayanya. Padahal...

macam chipsmore plak aku rasa
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2015 09:17 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 8-3-2015 09:02 PM
Yang sebenarnya, Lata ini sudah lama wujud. Bermulanya dari Gunung Gemora di arah timur sana lalu me ...

Ipo tu apa?...macam bukan manusia je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2015 10:19 PM | Show all posts
Ipo replied at 8-3-2015 09:17 PM
Ipo tu apa?...macam bukan manusia je

Tak...bukan manusia.



*psssttt. andai tak berkenan, sila beritahu. Akan ku tukar nama 'Ipo' itu dgn yg lain.

Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2015 10:25 PM | Show all posts

Nak baca thread ni,
lambat hapdet

HAHA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 08:19 PM GMT+8 , Processed in 0.353971 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list