|
ROMANCINTA (SURATAN ATAU KEBETULAN) : By LNP - June 2015
[Copy link]
|
|
auntieagony posted on 30-8-2012 08:05 AM
W/salam.
U r most welcome...
Entry coming...
Cheq pun busy sikit hari ni.
Ni nak letak entry cepat-cepat.. lepas tu boleh merayap kat benang orang lain...
|
|
|
|
|
|
|
|
Episode 50
“Mama” Datin Haryati yang sedang berbual dengan Mak Ton di dapur menoleh ke arah Fifi. Mak Ton juga turut berbuat begitu
“Ya sayang” Datin Haryati menyahut. Fifi terdiam.
“Kenapa Fifi?”
“Mama, tolong Fifi boleh tak?” Fifi bertanya sambil mengigit bibir.
“Boleh. Tolong apa? Fifi lapar ke?”
“Eh..tak tak” Fifi menjawab sambil menggerakkan tangannya kiri kanan beberapa kali.
“Habis tu?”
“Mama” Fifi bergerak ke arah Datin Haryati lalu duduk di sebelahnya.
“Mama…”
“Isk budak ni. Cakaplah apa dia?” Datin Haryati menyoal lagi apabila melihat Fifi seperti malu-malu.
“Mama…ajar Fifi macam mana nak buat kopi ais, boleh?” Pinta Fifi, menerangkan hajat sebenar.
“Kopi ais? Tapi Fifi tak minum kopi kan?”
“Ala mama. Bukan untuk Fifilah…”
“Kalau bukan Fifi, siapa yang nak?” Fifi diam. Mak Ton sudah tersenyum-senyum melihat Fifi.
“Untuk Fandilah tu…” Mak Ton menjawab bagi pihak. Fifi hanya tersengih malu-malu. Datin Haryati juga turut ketawa melihat tingkah laku anak perempuannya.
“Aik, tiba-tiba nak belajar buat air ni, kenapa?” Datin Haryati berkata dalam tawanya.
“Tak ada apa-apalah. Saja” Fifi menjawab.
“Boleh tak ma?” Fifi bertanya lagi sambil menggoncang lengan mamanya.
“Tak apalah Fifi. Biar Mak Ton yang buatkan” Mak Ton berkata, bersedia untuk bangun.
“Tak nak Mak Ton. Fifi nak buat sendiri” Fifi menjawab lagi. Mak Ton tidak jadi untuk bangun.
“Mama...please” Datin Haryati tersenyum lagi.
“Mama...” Fifi memanggil lagi apabila melihat Datin Haryati seperti termenung.
“Fifi gaduh dengan Fandi eh?” Datin Haryati menebak soalan. Bukan Fifi sahaja yang terasa, malah seluruh isi rumah juga nampak perubahan yang berlaku sejak seminggu ini. Fifi diam. Tidak tahu bagaimana harus dia menerangkan kepada mama.
“Fifi nak buat sendirikan?” Datin Haryati bertanya lagi apabila Fifi tidak menjawab soalan. Fifi mengangguk laju.
“Pergi ambil susu pekat, susu cair dengan ais dalam fridge” Datin Haryati mengarahkan. Fifi menurut lalu mengambil bahan-bahan yang di suruh.
“Nah ma…” Bahan-bahan yang di pinta di letakkan di depan Datin Haryati. Fifi melihat Datin Haryati sedang merendam seuncang kopi di dalam cawan.
“Buat kopi ais kena pekat sikit, baru sedap” Datin Haryati berkata. Fifi hanya mengangguk.
“Letak susu pekat dalam cawan” Datin Haryati mengarah lagi, sambil menolak cawan yang berisi kopi kepada Fifi.
“Berapa sudu mama?”
“Letak dua sudu dulu” Fifi menurut.
“Rasa dulu, manis tak?” Sekali lagi arahan di turuti. Fifi merasa sedikit kopi di dalam cawan. Setelah itu, dia menambah satu sudu lagi susu pekat.
“Dah ma…” Fifi berkata.
“Kalau dah, masukkan susu cair pulak”
“Banyaknya susu nak letak?” Kening Fifi berkerut.
“Susu cair tu nak bagi rasa dia lagi lemak” Datin Haryati menerangkan.
“Ooo…” Tiga sudu susu cair di masukkan ke dalam kopi.
“Masukkan ais dalam gelas, lepas tu tuang kopi”
“Dah siap ke mama?”
“Dah siap”
“Senang je buat kopi ais rupanya” Fifi berkata sambil tersengih.
“Memanglah senang. Awak tu yang malas nak buat. Semua harap Mak Ton” Datin Haryati membebel. Fifi cuma tersengih lagi.
“Teruk betul aku ni. Buat air pun tak reti” Dalam diam Fifi merungut sendiri.
“Thanks ma…” Fifi mengucapkan terima kasih. Gelas berisi kopi ais di angkat dan Fifi mula hendak melangkah sebelum di tegur oleh Datin Haryati.
“Sofea Raihana. Nak ambil hati suami, bukan setakat pandai buat air je. Kenalah pandai mengemas juga. Barang-barang ni tolong simpan balik” Fifi hanya tersengih mendengar teguran mamanya namun suruhan Datin Haryati di penuhi.
“Isk budak ni…” Datin Haryati berkata lagi sambil melihat Fifi sudah pun berlalu meninggalkan dapur.
*******************************************************************
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 30-8-2012 08:18 AM
Episode 50
“Mama” Datin Haryati yang sedang berbual dengan Mak Ton di dapur menoleh ke arah Fif ...
Terima kasih Nicki utk entry pd pagi2 ni....
Wah... Fifi dah cuba memujuk An dgn kopi ais..... Harap2 tersentuhlah hati An....
|
|
|
|
|
|
|
|
Fifi hanya memerhatikan Fandi yang sedang berbual di telefon di halaman. Mujurlah Fandi tidak berkurung di dalam biliknya seperti beberapa hari lepas. Langkah Fifi terhenti beberapa tapak di belakang. Teragak-agak sama ada mahu mendekati Fandi ataupun berpatah balik. Akhirnya, Fifi melangkah perlahan-lahan lalu berhenti betul-betul di belakang Fandi.
“Nanti-nantilah kita berbual, Yaya. An penatlah”
Yaya? Siapa Yaya? Alya? Bibir Fifi mula muncung.
“Assalamualaikum” Talian di matikan. Fandi mengeluh. Saat ini, dia tidak mahu memikirkan apa-apa pasal Alya.
Dia lebih memikirkan Fifi. Beberapa hari memang dia sengaja menjauhkan diri. Entahlah, dia sendiri sudah tidak pasti dengan apa yang di rasa. Marah? Sudah berkurangan. Terkilan? Terlalu. Benci? Langsung tidak. Sayang? Mesti. Rindu? Sangat.
Ah, jiwanglah pulak aku ni…
Kalau sayang, pergilah pujuk budak tu balik…
Fandi menggosok-gosok rambutnya.
“Awak” Fifi memanggil. Fandi berpaling ke belakang.
Bila pulak budak ni muncul?
“Awak…” Fifi memanggil lagi apabila Fandi tidak menyahut.
“Saya buatkan awak air” Fifi berkata sambil menggigit bibir. Fandi menjeling gelas di tangan Fifi.
Fandi masih mendiamkan diri. Fifi mula terasa serba salah. Fandi menyentakkan kepalanya sedikit, memberi isyarat supaya meletakkan gelas itu di atas meja. Fifi memahami. Dia bergerak mendekati Fandi lalu meletakkan gelas berisi minuman kegemaran Fandi di atas meja.
“Awak suka minum kopi aiskan?” Fandi angguk.
“Saya buatkan awak kopi ais” Fandi angguk lagi namun masih tidak berkata apa-apa.
“Saya buat sendiri”
Senyap.
Fifi hanya terkebil-kebil memandang Fandi. Telah habis modalnya untuk mengajak lelaki itu berbual. Gelas berisi kopi ais itu juga langsung tidak disentuh.
Beriya-iya aku buat, usik pun tak.
Layan ex girlfriend boleh pulak! Huh!
Fifi terasa hati, agak malu kerana Fandi masih tidak mengendahkan dirinya. Fifi mula melangkah, hendak kembali ke bilik tidur. Lebih baik dia melayan perasaan dalam bilik daripada melayan Fandi yang tidak melayannya. Fifi mula terasa sebak. Emosinya menurun. Last edited by Nicki_Meow on 30-8-2012 08:38 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
adui.. Fifi makin tertekan la ngn An... lagi Nicki... |
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 30-8-2012 08:35 AM
Fifi hanya memerhatikan Fandi yang sedang berbual di telefon di halaman. Mujurlah Fandi tidak berkur ...
kata rindu ... kata sayang!! ...
awat hang wat fifi lagu tuhhh ....
:@
|
|
|
|
|
|
|
|
hotmum posted on 30-8-2012 10:02 AM
kata rindu ... kata sayang!! ...
awat hang wat fifi lagu tuhhh ....
Tenang...tenang... heheheheh...
|
|
|
|
|
|
|
|
merajuk lak.... en somi ai habaq... anak jantan tak leh merajuk walau seteruk mana pun hati disakiti...
inilah pegangan maulana. Sentiasa cool and think positive! |
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 30-8-2012 10:38 AM
merajuk lak.... en somi ai habaq... anak jantan tak leh merajuk walau seteruk mana pun hati disakiti ...
wah wah ... kene ckp seropa itu kat anak teruna ai nanti ...
|
|
|
|
|
|
|
|
“Nak pergi mana?” Baru dua tapak melangkah menapak, pergelangan tangannya di pegang kuat dan di tarik perlahan. Fifi terundur kebelakang lalu kembali berdiri di sebelah Fandi. Fifi mendiamkan diri. Soalan Fandi tidak di jawab. Bibirnya muncung.
“Muncunglah lagi. Kat sini juga saya cium awak” Bulat mata Fifi mendengar kata-kata Fandi. Segera bibirnya di kemam. Fandi tersengih melihat reaksi Fifi.
“Duduklah. Teman saya minum”
“Tapi, awak macam tak…”
“Duduklah…” Sekali lagi Fandi menyuruh. Tangan Fifi di tarik agar Fifi duduk di sebelahnya. Fifi menghela nafas dan menurut. Fandi memandang wajah Fifi, lama. Kesan bara dihatinya mula padam sedikit demi sedikit.
Aduh, cair aku dengan budak ni.
“Kelakarlah awak ni…” Fandi berkata sambil menggelengkan kepala. Dia tersenyum kecil.
“Apa yang kelakar?” Fifi bertanya lurus.
“Tak ada apa-apalah” Fandi menjawab membuatkan dahi Fifi berkerut.
“Awak, nak tanya boleh?” Fifi menyoal lagi.
“Nak tanya apa?” Fifi diam. Teragak-agak hendak berkata.
“Tanyalah”
“Awak…awak okay ke?” Hati-hati Fifi bertanya. Takut jika Fandi memarahinya pula. Fandi diam.
“Awak marah saya ke?”
“Kenapa tanya macam tu?”
“Sebab…” Fifi terdiam. Takkan nak cakap pasal kes bilik tidur pula. Bibirnya di gigit.
“Awak senyap je sekarang ni. Macam ada masalah. Nak jumpa awak pun susah. Tegur saya pun tak nak” Fifi berkata tetapi matanya tidak memandang Fandi.
“Jadi kenapa? Rindu?”
“Aaa… err…” Fifi menggigit bibirnya lagi. Fandi cuma tersenyum. Gelas berisi kopi ais di angkat lalu di minum beberapa teguk.
“Sedap. Pandai awak buat” Fifi tersenyum. Hatinya agak berbunga di puji begitu.
“Awak…”
“Ya?”
“Kalau saya buat salah pada awak, saya minta maaf ya…” Fandi terkedu mendengar kata-kata Fifi. Sekali lagi dia memandang Fifi lama. Fifi pula terkebil-kebil memandangnya.
“Awak, sorry…?” Ujar Fifi lagi.
Fandi menarik nafas. Dia mahu bertanyakan Fifi tentang gambar-gambar itu. Dia mahu tahu masihkah Fifi teringatkan Shah? Dia mahu tahu siapal Shah. Dia mahu tahu apakah perasaan Fifi terhadapnya. Dan, ingin saja dia meluahkan perasaannya pada Fifi sekarang ini.
“Tak Sofea. Awak tak ada salah apa pun pada saya” Fandi membalas. Hanya itu yang termampu diucapkan.
Fifi mengangguk perlahan. Kalau tak ada apa-apa, kenapa marah? Kenapa Alya call awak lagi? Soalan itu ingin di tanyakan pada Fandi, tetapi lidahnya kelu.
“Awak nak susu?” Fandi bertanya, tersenyum.
“Nak”
“Tunggu sini. Saya pergi buat”
“Okay” Fifi mengangguk. Memerhatikan Fandi yang sudah melangkah masuk ke dalam.
|
|
|
|
|
|
|
|
hotmum posted on 30-8-2012 10:39 AM
wah wah ... kene ckp seropa itu kat anak teruna ai nanti ...
oh yes... PLEASE teach him to be strong. Esok esok dah kahwin boleh kebal dgn segala kerenah org especially kerenah bini!
|
|
|
|
|
|
|
|
next... |
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 30-8-2012 10:40 AM
“Nak pergi mana?” Baru dua tapak melangkah menapak, pergelangan tangannya di pegang kuat dan di ta ...
eleh.... main acah acah ya An?
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 30-8-2012 10:40 AM
“Nak pergi mana?” Baru dua tapak melangkah menapak, pergelangan tangannya di pegang kuat dan di ta ...
Susu satuuu!!
|
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 30-8-2012 10:41 AM
oh yes... PLEASE teach him to be strong. Esok esok dah kahwin boleh kebal dgn segala kerenah org e ...
Anak cheq dah besar sok, suh dia cari bini spesis Hanan!
Phuuuiiiiiiiiii.....Ada hati!
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 30-8-2012 10:48 AM
Anak cheq dah besar sok, suh dia cari bini spesis Hanan!
Phuuuiiiiiiiiii.....Ada hati!
Tak apa... bila ada niat di hati, ada pengharapan... usahakan dan DOA!
|
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 30-8-2012 10:41 AM
oh yes... PLEASE teach him to be strong. Esok esok dah kahwin boleh kebal dgn segala kerenah org e ...
nak nak dapat bini yg byk songeh cam kita2 nih .... asik nak berporummm jeekkk ....
|
|
|
|
|
|
|
|
sweet couple...bilalah diorg nie nak berterus terang... |
|
|
|
|
|
|
|
Episode 51
Fifi membuang pandang ke arah panorama yang terbentang luas di hadapannya. Menara Berkembar Kuala Lumpur dan Menara Kuala Lumpur kelihatan gah sebagai mercu tanda negara, berkelip-kelip dengan cahaya lampu. Ada beberapa biji bintang menghiasi langit malam, namun bulan menyembunyikan diri. Sesekali Fifi menjeling Fandi di sebelahnya yang juga mendiamkan diri. Seperti dia, Fandi memandang ke hadapan, menikmati pemandangan indah dari atas Bukit Permai ini, melayan perasaan.
“Awak, kenapa awak bawa saya datang sini?” Fifi bertanya, memecah sunyi.
“Saja” Fandi menjawab. Masing-masing terdiam kembali.
“Sofea..” Fandi memanggil, tetapi tidak memandang Fifi.
“Ya..” Fifi menjawab. Dan dia juga langsung tidak menoleh ke arah Fandi.
“Saya… ada..soalan”
“Apa?”
“Saya nak awak jawab dengan jujur” Fifi senyap seketika.
“Apa awak nak tanya?”
“Macam mana awak boleh…” Fandi terdiam. Tidak sampai hati untuk meneruskan soalan itu.
“Macam mana saya boleh terlanjur? Itu yang awak nak tanya?” Fifi membalas bersama satu keluhan. Fandi menoleh ke arah Fifi, dan kemudian kembali memandang ke hadapan.
“Kenapa awak nak tahu pasal tu?” Fifi bertanya dengan nada perlahan.
“Sebab saya suami awak” Fifi diam. Berlainan benar kelakuan Fandi sejak dua menjak ini.
“Betul awak nak tahu?”
“Betul” Fifi mengeluh lagi lalu terdiam.
“Malam tu….” Fifi menarik nafas seketika, mengumpul kekuatan untuk bercerita.
*******************************************************
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|