|
|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: HEAVEN SHINING DOWN
[Copy link]
|
|
|
tari replied at 4-2-2026 07:44 AM
selamat pagi
Camat pagi |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
selamat pagi tari 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
page 53
 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sana sini sinun dulu ya
 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Februari 3, 2026, Selasa - 4:50pm

Gambar Facebook Selangor Royal Office
SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan amat dukacita dan kecewa terhadap insiden membakar suar di Jambatan Angkat Kuala Terengganu, Terengganu, yang didakwa membabitkan penyokong pasukan bola sepak Selangor FC pada Ahad lepas.
Sebagai Penaung Selangor FC, baginda turut tidak berkenan dengan budaya samseng dan gangsterisme dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan, khususnya penyokong Selangor FC.
“Baginda mahu agar pihak polis mencari dalang di sebalik insiden itu dan sekiranya didapati bersalah, mereka yang terbabit haruslah dihukum dengan hukuman yang maksimum dan setimpal mengikut undang-undang.
“la sebagai pengajaran kepada para penyokong Selangor FC yang lain supaya insiden seumpamanya tidak berulang,” menurut kenyataan Istana Alam Shah hari ini.
Kenyataan itu turut memaklumkan, Sultan Sharafuddin menyeru semua penyokong pasukan Selangor FC supaya sentiasa mengawal tingkah laku masing-masing serta menjaga nama baik pasukan dan negeri.
Baginda turut mencadangkan agar penyokong Selangor FC yang disabitkan kesalahan menimbulkan kekacauan diharamkan daripada memasuki stadium untuk menghadiri mana-mana perlawanan membabitkan pasukan itu.
Semalam, 33 penyokong Selangor FC direman bagi membantu siasatan berhubung kekecohan yang dicetuskan di jambatan tersebut pada Ahad lepas.
Kejadian kira-kira 6.30 petang itu berlaku sebelum perlawanan Liga Super melibatkan Terengganu FC menentang Selangor FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Nerus, malam Ahad.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor memaklumkan mereka antara kira-kira 400 penyokong yang ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu, malam tadi, bagi menjalani saringan air kencing.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Enam rangka manusia ditemukan di rumah terbiar di kebun kelapa sawit
Februari 3, 2026, Selasa - 4:22pm

Ab Rahaman bercakap pada sidang media di IPK Johor hari ini. - Gambar BERNAMA
JOHOR BAHRU: Enam rangka manusia termasuk lima sekeluarga yang dipercayai telah meninggal dunia lebih tiga bulan ditemukan di sebuah rumah yang terbakar di kawasan kebun kelapa sawit di Kangkar Pulai, Skudai bulan lepas.
Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad berkata berkata suami kepada seorang daripada mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri pada 9 Januari lepas, setelah menemui rangka manusia ketika mencari isteri dan anak-anaknya yang dilaporkan hilang.
“Pengadu berusia 48 tahun ini pernah mendapat maklumat bahawa isteri dan anaknya pernah duduk di rumah tersebut yang terletak jauh dari jalan besar, tanpa bekalan elektrik dan air, sebelum dia bertindak mencari sendiri ahli keluarganya itu,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor hari ini.
Susulan penemuan itu, beliau berkata pasukan patologi forensik dari Hospital Sultanah Aminah dan forensik PDRM Johor menjalankan pemeriksaan dan bedah siasat ke atas rangka yang telah dijumpai di rumah yang terletak berhampiran sebuah kuil terbiar itu.
Katanya siasatan mendapati enam mangsa itu terdiri seorang wanita dewasa berusia 35 tahun, seorang remaja perempuan 19 tahun, dua kanak-kanak perempuan sembilan dan lima tahun, seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dan seorang lelaki dewasa berusia 29 tahun.
Beliau berkata polis masih menyiasat tempoh masa kesemua mangsa ini dilaporkan hilang.
“Susulan siasatan dan risikan lanjut, polis menahan empat suspek warga tempatan terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 19 dan 35 tahun di sekitar Iskandar Puteri pada 21 Januari lepas bagi membantu siasatan.
“Hasil semakan mendapati kesemua suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian saringan awal air kencing mendapati tiga daripada mereka positif dadah,” katanya.
Ditanya motif pembunuhan, beliau berkata perkara itu akan diketahui melalui proses perbicaraan di mahkamah.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali.
Ab Rahaman berkata siasatan telah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara Johor dengan dua suspek lelaki akan dituduh di Mahkamah Majistret Johor Bahru esok atas kesalahan membunuh, manakala dua lagi suspek dibebaskan dengan jaminan polis untuk dijadikan saksi pendakwaan.
Sumber : Utusan Borneo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Kena sembah cikgu senior ke?" - Pendidik Gen Z tak suka budaya lapuk beramah mesra di sekolah... Nak terus balik lepas kerja
4 min lalu |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Orang lain dapat gelas kaca, wanita persoal teh lemon RM15 dihidang dalam bekas plastik... Staf beri alasan tak masuk akal
3 jam lalu |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Geng isteri minta wanita 'single' jangan kahwin, banyak derita daripada bahagia - "Dapat suami nak jadi raja, 'masaklah' kau"
14 jam lalu |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Pempengaruh kerja jual kasut didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja bawah umur
17 jam lalu |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Pemandu kereta Singapura tak kisah ditularkan sebab isi RON95 - "Tiada siapa kata haram untuk dibeli"
18 jam lalu |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kongsi foto ‘maternity shoot’ kini dinormalisasi, suami diminta jaga aurat isteri - “Payudara, perut dan pusat terjojol”
20 jam lalu |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Mahu besarkan rumah, anak dipaksa buat 'loan'! Gadis letih jadi pembayar hutang ibu - "Baru cakap tak nak, dah masam muka"
21 jam lalu |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Suspek kes bunuh ibu ditahan ketika naik bas menuju ke Selangor
21 jam lalu
TERKEJUT dengar kisah pembunuhan ini, lagi terkejut bila tahu suspek adalah anak mangsa. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ikat perut kumpul hantaran RM30,000, bakal isteri tarik diri menjelang majlis kahwin - "Aku dah tak percaya perempuan"
22 jam lalu
ADA hikmah tak jadi kahwin, jadi kita kena reda dengan ketentuan-Nya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|