CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: ENHANCEMENT IN THE PINES

[Copy link]
Post time 13-1-2026 12:50 PM | Show all posts
Peminat bola sepak Scotland dipenjara, baling kerusi hingga cederakan pemain pasukan sendiri
Utusan Sarawak  3 hours ago



Foto Agensi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2026 12:50 PM | Show all posts
DUNDEE (Scotland): Seorang peminat bola sepak yang mencederakan pemain pasukannya sendiri selepas membaling sebahagian kerusi ketika perlawanan Liga Perdana Scotland dijatuhi hukuman penjara 18 bulan pada Isnin, lapor PA Media/dpa.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2026 12:50 PM | Show all posts
David Gowans, 31, membaling objek tersebut ke dalam padang selepas perlawanan liga antara Aberdeen dan Dundee United di Dundee pada 17 Mei.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2026 12:51 PM | Show all posts
Objek itu mengenai pemain Aberdeen, Jack MacKenzie, yang pada waktu itu pergi ke kawasan hadapan penyokong Aberdeen yang hadir bagi mengucapkan terima kasih atas sokongan mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2026 12:51 PM | Show all posts
Pemain pertahanan tersebut, yang mengalami luka dalam pada kening kiri serta melecet di bawah mata kirinya, dilaporkan mengalami “kecacatan kekal” akibat insiden tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2026 12:51 PM | Show all posts
Ketika menjatuhkan hukuman di Mahkamah Sheriff Dundee pada Isnin, Sheriff Alastair Carmichael berkata kepada Gowans: “Tindakan anda mementingkan diri, bodoh, berbahaya dan amat tidak bertanggungjawab.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-1-2026 12:51 PM | Show all posts
“Tiada alternatif munasabah selain hukuman penjara,” tambahnya.- Bernama-PA Media/dpa
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2026 12:56 PM | Show all posts
pg 53

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2026 12:56 PM | Show all posts
Mengisi waktu dengan amalan yang bermanfaat




Sumber : Utusan Sarawak
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2026 12:57 PM | Show all posts
USIA bukan penghalang untuk terus mencari rezeki, begitulah semangat yang ditunjukkan oleh Zahara Noor, 64 tahun. Warga emas itu sanggup berjalan dalam selut untuk mencari siput kemudi ketika air laut surut berhampiran Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah di Bayan Lepas. Zahara yang menggunakan kotak polistirena berjalan sejauh kira-kira 500 meter bagi mencari siput kemudi. Menurutnya, beliau mula mencari siput tersebut sejak berusia 10 tahun bersama jiran-jiran. Dalam tempoh tiga jam, beliau mampu mengumpul sebanyak 70 ekor siput kemudi. Katanya lagi, antara bulan September hingga Mac merupakan musim mencari siput kemudi kerana air laut akan surut agak jauh. Siput-siput tersebut dijual dengan harga RM3 seekor. Siput kemudi, yang juga dikenali dengan siput paha ayam, merupakan sejenis kerang-kerangan dari genus Atrina yang sering dan sering menjadi buruan penduduk pantai untuk dijadikan lauk. Foto BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2026 12:57 PM | Show all posts
MASA merupakan antara nikmat terbesar yang Allah SWT kurniakan kepada manusia. Ia berjalan tanpa henti dan tidak akan pernah kembali. Setiap detik yang berlalu menjadi saksi terhadap apa yang kita lakukan, sama ada kebaikan atau keburukan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2026 12:57 PM | Show all posts
Oleh itu, Islam sangat menekankan kepentingan mengisi waktu dengan amalan yang bermakna agar kehidupan manusia tidak sia-sia dan membawa manfaat di dunia serta di akhirat.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2026 12:57 PM | Show all posts
Allah SWT berfirman dalam Surah al-‘Asr ayat 1–3: “Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman, beramal soleh, saling berpesan dengan kebenaran dan saling berpesan dengan kesabaran.”
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2026 12:57 PM | Show all posts
Ayat ini menunjukkan bahawa masa boleh menjadi punca kerugian sekiranya tidak dimanfaatkan dengan baik. Kerugian yang dimaksudkan bukan sahaja dari sudut duniawi, bahkan lebih besar lagi dari sudut akhirat.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2026 12:57 PM | Show all posts
Oleh itu, mengisi waktu dengan amalan bermakna adalah satu keperluan dalam kehidupan seorang Muslim.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2026 12:57 PM | Show all posts
Amalan bermakna tidak semestinya sesuatu yang besar atau luar biasa. Dalam Islam, setiap perbuatan yang dilakukan dengan niat yang ikhlas kerana Allah SWT akan dikira sebagai ibadah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2026 12:58 PM | Show all posts
Contohnya, bekerja mencari rezeki halal, menuntut ilmu, membantu ibu bapa, menjaga kebersihan, dan bahkan berehat dengan niat untuk menyegarkan tubuh bagi beribadah juga dikira sebagai amalan yang bermakna.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2026 12:58 PM | Show all posts
Hal ini menunjukkan bahawa Islam adalah agama yang menyeluruh dan praktikal, yang mengajar umatnya agar tidak memisahkan urusan dunia dan akhirat.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2026 12:58 PM | Show all posts
Namun begitu, realiti kehidupan hari ini menunjukkan ramai manusia yang mensia-siakan masa.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2026 12:58 PM | Show all posts
Masa dihabiskan dengan perkara yang tidak memberi faedah seperti melayari media sosial tanpa tujuan, hiburan berlebihan, dan perbuatan yang melalaikan. Akibatnya, umur semakin bertambah tetapi amal kebaikan semakin berkurang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40091 Replies : 321
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 14874 Replies : 12
Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universiti Malaya #NawalShahirah [Dah Jumpa!]
tumpanglalu74Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universi
Views : 39953 Replies : 9
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 76441 Replies : 508
Nelayan Pahang ceroboh perairan terengganu curi ikan
ApooNelayan Pahang ceroboh perairan terengga
Views : 26548 Replies : 13
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 44124 Replies : 86
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 359805 Replies : 3537
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55185 Replies : 1069
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 5021 Replies : 59
Puteri Balqis tertekan hingga rambut beruban
tatodPuteri Balqis tertekan hingga rambut ber
Views : 5813 Replies : 43

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 05:35 AM GMT+8 , Processed in 0.827926 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list