Sebuah bot yang dipercayai membawa empat orang kru bersama 14 orang pemancing dilaporkan karam di kedudukan sekitar 9.4 batu nautika barat Pulau Beras Basah, Langkawi sekitar jam 2.00 petang tadi.
Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) kini diaktifkan oleh Pusat Sub Penyelamat Maritim (MRSC) Langkawi. #AWANInews