CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ryo_takahashi1

All about Proton Exora V2

[Copy link]
Post time 23-5-2009 05:33 PM | Show all posts
Originally posted by apam at 23-5-2009 16:34
Abg peyno tak beli satu ke exora?  Kalau dah, buk kaler aper?

abe peyno tak beli exora ....sebab bagi abe peyno kalau dibandingkan mpv yg abe peyno dok pakai sekarang ni.. exora ni boleh la ni anggap kecik.... tapi bagi mereka yg first time nak beli mpv dan sebelum ni bawak sedan car mmg la rasa exora ni luas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2009 11:17 PM | Show all posts

Reply #1041 peYno's post

perghh, mesti abg peyno pakai alfad atau elgrand atau odisey atau estima tak pun bas mini convet mpv....kekeke jgn mare
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2009 12:20 AM | Show all posts
rasa macam nak trade in je latio aku neh ...
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2009 08:16 AM | Show all posts

Reply #1032 peYno's post

then buktikan Exora = Grandis??  eh??  ohh... come on!  

takkan hanya kerana rim macam pattern rim Grandis membuktikan yang Exora ialah Grandis    
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2009 08:18 AM | Show all posts
Originally posted by apam at 23-5-2009 23:17
perghh, mesti abg peyno pakai alfad atau elgrand atau odisey atau estima tak pun bas mini convet mpv....kekeke jgn mare



psssttt...  kat dalam forum sesapa pun boleh cakap dia pakai kereta apa pun....  kalau hang cakap hang pakai helikopter atau eurofighter pun orang terima.  aku tak kata tipu, tapi boleh jadi benar atau tidak 50/50..   
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2009 09:42 AM | Show all posts
Originally posted by Prof.Jinggo at 25-5-2009 08:16
then buktikan Exora = Grandis??  eh??  ohh... come on!  

takkan hanya kerana rim macam pattern rim Grandis membuktikan yang Exora ialah Grandis    

takde sapa kat sini kata exora pakai chassis grandis..
apa yg diperkatakan adalah front profile mirip grandis, side profile mirip ISIS dan rear profiler mirip pressage..

lain ada sorang mamat yg baru belajar nak jadi proton basher.. sebab dia nampak exora mirip fengshang la easter la.. terus kata exora pakai chasis fengshang

org jadi proton basher.. dia pon nak jadi proton basher
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2009 04:08 PM | Show all posts
KUALA LUMPUR 26 Mei - Proton Holdings Bhd. (Proton) yakin jualan kenderaan pelbagai gunanya (MPV) Proton Exora tidak akan terjejas sekiranya syarikat pesaing, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) mengeluarkan MPV selewat-lewatnya akhir tahun ini.

Pengarah Urusannya, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Tahir berkata, Malaysia mempunyai pasaran terbuka dan menawarkan persaingan yang sengit untuk semua pengeluar kenderaan sama ada tempatan atau antarabangsa.

Beliau berkata, pihaknya tidak berasa bimbang mengenai persaingan yang wujud berikutan setiap pengeluar kenderaan di negara ini mempunyai pasaran khusus masing-masing.

"Selain Perodua, kami turut bersaing dengan syarikat pengeluar kenderaan antarabangsa yang lain dan ia tidak perlu dibimbangkan.

"Kami boleh merancang dan persaingan berkenaan akan memberi rangsangan dan galakkan kepada satu sama lain," katanya.

Buat masa ini, Syed Zainal Abidin berkata, pihaknya hanya memberi fokus kepada pengeluaran Proton Exora yang menerima tempahan yang menggalakkan setakat ini.

Jelasnya, Proton bukan sekadar mengeluarkan kereta berdasarkan pasaran domestik semata-mata sebaliknya pasaran di luar negara.

"Kalau kita keluarkan pasaran domestik sahaja, ia akan memberi nahas kepada kami dalam industri.

"Sebagai salah satu langkah perkembangan perniagaan, Julai ini kita akan lancarkan Proton Exora di Thailand dan negara-negara Asia Barat," katanya.

Ketika ditanya mengenai enjin turbo yang akan diperkenalkan dalam kenderaan Proton Exora, Syed Zainal Abidin memberitahu, ia akan dilakukan pada tahun depan.

Beliau memberitahu, tidak dinafikan bahawa enjin turbo adalah sebahagian daripada pembangunan teknologi enjin Proton.

"Kami mengeluarkan enjin turbo untuk Proton Exora bagi pasaran khusus dan menyasarkan pasaran global. Ini bererti, kalau ada golongan yang memerlukan kenderaan yang berkuasa, turbo adalah penyelesaiannya," ujarnya.

Syed Zainal Abidin memberitahu, Proton akan mengeluarkan kenderaan penumpang hasil kerjasama Mitsubishi Motors Corp of Japan (Mitsubishi) berkeupayaan 1.6 liter pada suku kedua tahun depan.

Katanya, kerjasama dengan Mitsubishi adalah dalam bentuk komponen kenderaan.

"Kita mementingkan produk yang memenuhi cita rasa rakyat," ujarnya.


Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2009 07:21 PM | Show all posts

Reply #1047 kecimpret's post

wo kalau exora keluar turbo next year.. mau peyno downgrade beli exora ni.. bukan apa.. asik dok pakai NA je... masa muda2 dulu turbo gak

mereka yg berminat dgn exora turbo ni bukan saja sebab dahagakan kuasa dan torque.. tapi keseronokan menikmati pemanduan berkuasakan turbo..

-rasa tarikan dan kuasa bila boost
-bunyi engine bersin bila pakai BOV
-bunyi turbine spinning..

sume tu adalah racun bagi peminat turbo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2009 03:25 PM | Show all posts
Sekadar utk makluman...aritu balik kmpg ke JB. Minyak quite okay... lbh kurang 16 sen/km. Average bawa 100-120km/j. Malangnya baru dpt 4 mggu MPV nie dah accident kat kmpg. Kemek pintu blakang.... sekrg nie kat bengkel Proton Edar. sadis btul la

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2009 04:19 PM | Show all posts
((Katanya, kerjasama dengan Mitsubishi adalah dalam bentuk komponen kenderaan.))

Maknanya tiadalah apa yg dikatakan dgn rebadge fortis atau galance tuu....tapi  sekadar berkongsing komponen je kot untuk mengurangkan kos. aku rasa waja replacement ni akan derive dari chasis exora.   muahahaha.  ok gak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2009 11:08 AM | Show all posts
haku ada jumpa exora biru yg test unit, bukan test drive arrr...  haku tak tau yg mana punya... takkan baru nak test yg manual punya... takde la plak haku jengok kat dlm manual ka oto... kalu terubuk ringan rasanya awal lagik.... apa yg haku terperasan ada wayar2 kaler merah kuar kot pintu blakang gi ker bawah keta..... dan keta tuh takde rim sukan bagai.... adakah ini manual low spec?  ready utk kuar utk beat rega p2 mpv....?
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2009 01:30 PM | Show all posts
aku tengok kat forum2 ramai org dok marah sbb lamabat dapat exora walaupun tempah dah berbulan.
Rupa-rupanya... depa hantar sebahagiannya ke indonesia dan thailand dulu.. pasal tu la jadi kes lambat tuu... huhuhuhu... nasib hangpalah.

tengok forum indon nih :

http://forum.otomotifnet.com/forum/showthread.php?t=5289

OTOMOTIFNET - Rencana PT Proton Edar Indonesia (PEI) meramaiakan pasar mobil keluarga alias MPV, tampaknya tinggal menunggu hari. Pasalnya, saat Proton Exora, mobil 5 penumpang yang akan jadi andalan PEI di pasar Indonesia, sudah terlihat sosoknya di salah satu ruas jalan ibu kota. Tepatnya ketika melintasi jalan tol dalam kota di daerah Slipi menuju ke arah Tomang, di tengah kepadatan saat siang hari, Jumat (8/5).

Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2009 01:58 PM | Show all posts
Originally posted by sheekin at 9-6-2009 15:25
Sekadar utk makluman...aritu balik kmpg ke JB. Minyak quite okay... lbh kurang 16 sen/km. Average bawa 100-120km/j. Malangnya baru dpt 4 mggu MPV nie dah accident kat kmpg. Kemek pintu blakang... ...


sadisnya.. ezora nih dah nmpk kat jalan, besar gak..tapi, petrol kira mahal gak ek..ikut u kata nih, lbh krg 11km/liter lah yer..dgn kelajuan cuma 100-120km/h..kalau speed lbh dr tuh sure lg mahal petrol ek..tapi, ruang mmg besar lar kan..
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2009 03:04 PM | Show all posts

Reply #1053 bluepink's post

Sebenarnya average fuel consumption 11 km/L tu kira agak normal laa bagi kebanyakan keter kat Mesia... tapi kalau nak lagi save, cuba la maintain speed tu jangan main perah jer minyak laa.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2009 03:06 PM | Show all posts

Reply #1052 cecari's post

Tumpang simpati lah aku dengan org2 yang dah lama booking Exoragrandis neh tak dapat-dapat lagi. Anak kera dihutan disusukan, anak sendiri dah booking dulu pun tak dapat...  kuang x3   

Tak apa, mungkin itu strategi Proton kata lobai proton kejap lagi. Kejap lagi adalah para proton defenders berdakwah menyucikan proton akan terangkan dengan lebih terperinci tentang hal ini.

Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2009 03:29 PM | Show all posts

Reply #1055 Prof.Jinggo's post

Biar haku bagitau pasal isu ni... sebenarnya market keter kat Mesia ni menghampiri paras tepu so pengeluar keter nasional dah takleh berharap sesangat kepada jualan dalam negara untuk terus survive. Macam Proton pun dier wat camtu sebab memang terbukti pasaran eksport la yang banyak menyumbang kpd sales Proton walaupun time zaman Syed Zainal Abidin sekalipun. Sebabnya, market kat Mesia ni dah nak tepu - tengok jer la kat Klang Valley, memang dah jadik lumrah tengok rumah ada 2-3 bijik keter sekarang. Tu pun satu sebab gak naper kera-jaan berlenggang kangkung jer takder wat bender untuk perbaiki public transport sebab kalau sumer naik public transport takut keter tak laku lak nanti.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2009 07:40 PM | Show all posts
dalam 2 minggu ni, aku berada di KB...

biasalah, cuti sekolah, KB menjadi tumpuan org dari segenap pelusuk malaysia.

dan aku dapat perhatikan,

banyak exora di jalan raya sekitar KB. banyak plet luar.

so mungkin derang  drive sampai ke sempadan kot.. nak test keta baru
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2009 09:07 PM | Show all posts

Balas #1057 geng_tx\ catat

............tulah dah banyak atas jalan nie...kat penang pong sama.....aku berkenan benar dgn warnaputih tuh.....tak perlah aku kasi sokongan jer utk proton..........
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2009 11:04 PM | Show all posts
minggu lepas aku g COE  usj, ada exora manual parking kat situ
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2009 11:38 AM | Show all posts
Originally posted by apam at 14-6-2009 23:04
minggu lepas aku g COE  usj, ada exora manual parking kat situ


exora ada manual ker???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 05:41 PM GMT+8 , Processed in 0.116867 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list