CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Akasyah

Himpunan Tarbiah dari Abuya (merged shah05)

 Close [Copy link]
adi_sg This user has been deleted
Post time 8-1-2006 10:53 AM | Show all posts
gabantaro,

jazakallah khair, artikel yang menarik.

wassalam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


adi_sg This user has been deleted
Post time 8-1-2006 12:15 PM | Show all posts
aku akan jadi penyokong utama rufaqa' kalau mereka tinggalkan kepercayaan bodoh taqlid buta pada ashaari, idea2 mengarut mengenai sheikh suhaimi, imam mahdi, pemuda bani tamim dan yaqazah.

memang beginilah pemikiran dan ilmu orang kita beragama, mempercayai membabi-buta benda2 pelik yang dibawa oleh orang berjanggut, berserban dan berjubah dan menganggapnya betul dan amalan Rasulullah.

Sabda Rasulullah S.A.W:

من ادّعى ما ليس له فليس منّا

揝esiapa yang mendakwa sesuatu yang bukan haknya, bukanlah ia dari ummatku.
Reply

Use magic Report

gabantaro This user has been deleted
Post time 8-1-2006 12:26 PM | Show all posts
na19_m, awak tak baca artikel tu sampai habis yer? :nana:
semua jawapan/kemusykilan awak ada dlm tu hehehehhe...[sudah terang lagi bersuluh]

Tulah orang menentang Abuya Ustaz Ashaari  ni, sumber mereka buku Zabidi tu, kononnya cukup kuatlah untuk menunjukkan bukti bahawa Abuya Ustaz  Ashaari  tidak betul dan sesat.Azura sekarang ni  masih lagi berada dalam jemaah ni,  disini ada kemusykilan, mengapa
ia masih berada disitu, siapa mempermainkan siapa, bolehkah kata-katanya dalam buku Zabidi tu satu kebenaran, atau ia tak tak tahan proses  turning over?


zabidi adalah org kanan paling dekat disisi abuya sesuai dgn jawatan yg dipegangnya ketika itu sbg pengubal undang2 al-arqam. dah pasti semua selok belok abuya didalam poketnya! (adakah anda lebih mendekati abuya lebih dari zabidi ini?)
azura msih disitu? apa yg nak musykil lagi, dia sendri mengaku bahawa latarblkang rumahtangganya hancur seblum join arqam. kmudian dikawinkan dgn org kuat abuya, langkah kanan katanya. dia masih disitu kerana hubbynya juga masih disitu, takan dia nak berpaling dari hubby dia, derhaka nanti. lagipun kepentingannya masih disitu, dgn rangkaian bisness sgt luas hingga 500 bak kata tatie. kalo kluar arqam/rufaqa, mana dia nak carik makan? [bliau sendri akui menipu abuya tentang yaqazah dgn rasullullah!]

Macam mana dengan hadis-hadis dalam  buku yang ditulis oleh Ibnu Khathir tu, yang diterjemahkan oleh Taat Amrullah  dan disemak oleh Datuk Al hafiz Abu Hassan Din, secara jelas menyebut  satu kaum dari Timur yang mempersiapkan tentang kedatangan Imam Mahdi,


bak kata adi_sg,"memang ibnu kathir tu seorang ulama' besar yang patut dihormati. tapi tak payah nak main teka-teki yang kumpulan tu adalah arqam/rufaqa' - tu sudah merepek. benda yang ghaib kita serahkan pada Allah SWT."

Matan Tun Dr Mahathir juga, sekarang beliau  faham tentang perbezaan pendapat diantara ulama-ulama  terutama berkaitan perkara furu',malah beliau  merasa amat menyesal menangkap Abuya dan Tun pernah sponsor  tiket untuk Mawaddah buat Show  kat luar negeri.


mana dpt info mahatir menyesal tangkap abuya tu? berita bila? tarikh bila? adakah dgn sponsor tiket mawaddah menunjukkan beliau menyesal? [spatutnya jika mahathir menyesal bukan stakat tiket free, malah beliau sendiri akan join abuya sbg bukti penyesalannya!]:nana:

aku bukan nak sgt sangsikan abuya ni cuma kontranya lebih menonjol banyak dari pro.
dan jika btul abuya membawa kebenaran, aku sedia membuka ruang hatiku ini utk menerima ajaran abuya seadanya.
semoga allah memberi ruang kpdku mencari fakta kebenaran. takbirrr...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2006 12:38 PM | Show all posts
wah nampaknya bab abuya ni dah hangat balik.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2006 02:25 PM | Show all posts
assalamualaikum,

saya merasa sangat pelik dgn orang2 rufaqa, benda2 seperti ilham, laduni atau yg lain2 mestilah muafakat dengan syariat (alquran, hadith) dan kalau setakat cerita semua orang boleh bercerita. Setiap mukasyaffah mesti ada bukti begitu juga kalau yaqazah dengan rasullullah mesti ada bukti dan apakah buktinya? kita boleh lihat dengan cara kehidupan seseorang itu, ini kalau sudah lari dari cara rasulullah macammana kita hendak mempercayai akan kesahihan cerita tentang abuya itu.

Minta maaf terlebih dahulu, saya sekarang belajar dengan salah seorang "orang kuat" arqam dan daripadanya saya tahu akan kepincangan dan kesalahan arqam.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2006 02:27 PM | Show all posts
Originally posted by pesnipersnake at 8-1-2006 02:25 PM
assalamualaikum,

saya merasa sangat pelik dgn orang2 rufaqa, benda2 seperti ilham, laduni atau yg lain2 mestilah muafakat dengan syariat (alquran, hadith) dan kalau setakat cerita semua orang bo ...


org kuat arqam tu kah guru sdr skrg mcm yg sdr pernah sebut tu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-1-2006 05:00 PM | Show all posts
Tu diahhh aihhh!! dah jadi goreng pisang dah ...
keluar habis fitnah2 yang tak tentu hala ni...  
rujuk kitab zabidi pula tu,
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2006 05:31 PM | Show all posts
Originally posted by gabantaro at 8-1-2006 12:26 PM
aku bukan nak sgt sangsikan abuya ni cuma kontranya lebih menonjol banyak dari pro.
dan jika btul abuya membawa kebenaran, aku sedia membuka ruang hatiku ini utk menerima ajaran abuya seadanya.
semoga allah memberi ruang kpdku mencari fakta kebenaran. takbirrr...


揗emperjuangkan kebenaran yang pertama dan utama ialah memperjuangkan Tuhan hingga Tuhan dikenali, diagungkan, dibesarkan, ditakuti, dincintai dan dirasai segala-galanya dalam hidup manusia. Apabila manusia mendapat Tuhan barulah syariat Tuhan serta yang lain-lain itu ada nilai di sisi Tuhan. Andainya Tuhan tidak diperjuangkan maka syariat Tuhan sama saja seperti ideologi. Ini kerana agama mesti ada hubungkait dengan Tuhan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2006 05:36 PM | Show all posts
Originally posted by adi_sg at 8-1-2006 10:53 AM
gabantaro,

jazakallah khair, artikel yang menarik.

wassalam.


dalam pada masa yang sama dia suruh orang tunjuk hadis2, dalam pada masa yang sama dia percaya pula fitnah2 yng takdak bukti yang benar.... :hmm::kant:
Reply

Use magic Report

adi_sg This user has been deleted
Post time 8-1-2006 07:14 PM | Show all posts
dalam pada masa yang sama dia suruh orang tunjuk hadis2, dalam pada masa yang sama dia percaya pula fitnah2 yng takdak bukti yang benar....

mana aku kata aku percaya? aku kata menarik...

abuyazid, tak nampak lagi jawapan. masih nak merepek lagi dgn kata2 abuya?
jangan buang masa kita lah...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2006 09:45 AM | Show all posts
Originally posted by adi_sg at 8-1-2006 07:14 PM

mana aku kata aku percaya? aku kata menarik...

abuyazid, tak nampak lagi jawapan. masih nak merepek lagi dgn kata2 abuya?
jangan buang masa kita lah...



Muka macam ko orang ni mana boleh percaya? Memang dah SAH anti Abuya.
Cuma aku doakan agar Allah pimpin ko orang pada jalan yang benar.

Mungkin Allah utuskan ko orang menjadi penentang kebenaran. Sebab tu aku tak heran.

Aku percaya pada Abuya 100%. Malah kalau Abuya kata UNTA boleh tinggal kat Putrajaya pun aku percaya!!

Sebab Abuya orang SUFI. Yang merosakkan namanya ialah insan yang tak percaya pada perjuangannya.

Aku harap Abuya terus berjaya!!! Malah makin laju untuk berjaya
!!!

[ Last edited by syeikhbelalang at 9-1-2006 09:48 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2006 10:51 AM | Show all posts
Originally posted by nahzaluz at 8-1-2006 02:27 PM


org kuat arqam tu kah guru sdr skrg mcm yg sdr pernah sebut tu?


assalamualaikum  ustaz,

ya
Reply

Use magic Report

adi_sg This user has been deleted
Post time 9-1-2006 11:31 AM | Show all posts
Memang dah SAH anti Abuya.

bukan anti-Abuya wahai sheikh. aku pro-islam dan anti segalanya yang menyimpang.
Aku percaya pada Abuya 100%. Malah kalau Abuya kata UNTA boleh tinggal kat Putrajaya pun aku percaya!!

malah kalau najis unta dia suruh telan pun aku agak kau telan jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2006 02:49 PM | Show all posts
Originally posted by adi_sg at 8-1-2006 07:14 PM

mana aku kata aku percaya? aku kata menarik...


memang la menarikkan , benda fitnah tapi elok la jangan percaya ...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2006 03:19 PM | Show all posts
Originally posted by na19_m at 8-1-2006 09:16 AM
Tatie,
Saya bersetuju dengan pendapat Prof Dr Abdulsallam Haras, ujian yang menimpa Abuya Ustaz Ashaari tu adalah untuk mempersiapkan diri Abuya untuk memegang tugas yang lebih besar dan lebih ber ...


memang benar na19_m, memang itulah hikmah di sebalik apa yg berlaku kepada Abuya, dan juga penapisan ke atas ahli jemaah Arqam yg besar jumlahnya (puluhan ribu) tetapi tidak semua yg benar-benar jujur dalam perjuangan...inilah ALLAH lakukan ke atas jemaah kebenaran akhir zaman yg perjuangannya meniti HADIS....

memang sebelum ini ada jemaah perjuangan seperti Ikhwanul Muslimin di bawah pimpinan As Syahid Hassan Al Banna, tetapi ia bukan jemaah perjuangan yg dijanjikan maka perjuangan beliau dan jemaahnya adalah perintis dan juga sebagai peniup semangat kepada mereka yg tinggal utk dijadikan iktibar....

bagi kita yg mengkaji, kita akan tahu apa ciri-ciri perjuangan kebenaran itu, dan jemaah seperti ini tidak banyak. Jika ia ada, maka terlalu byk tohmahan, fitnah yg mereka akan hadapi..dipenjara, dibunuh, disesatkan dsbnya...itulah BAYARAN dan PENGORBANAN yg harus ditempuh...terasing dan tersisih di mata masyarakat tetapi itulah CIRInya..sebelum sesuatu kejayaan itu dicapai dan tercapai....kdg-kdg tidak tercapaipun seperti yg berlaku ke atas Ikhwanul Muslimin...

tatie tdk pelik dengan penentang-penentang perjuangan Abuya kerana itulah bukti bahawa ini perjuangan kebenaran..semakin mereka hebat menentang, semakin TERSERLAH lah kebenaran itu...pelbagai strategi mereka lakukan di forum ini, tatie hanya ikuti rentak mereka yg sudah kehabisan idea dgn mengeluarkan kembali cerita-cerita basi dan membuat pelbagai cerita sensasi di forum ini....hehehe...padahal dalam masa yg sama, provokasi mereka itu sebenarnya semakin MENYERLAHKAN desperado mereka di dalam usaha mereka menentang perjuangan Abuya.....biarkan mereka kerana forum ini tidak kemanapun, yg penting usaha kita di dalam masyarakat....tk perlu warwar, kerana ACTION SPEAKS LOUDER THAN WORDS...

sedangkan Yahudi yg begitu hebat dan bijak mencatur dunia dgn akal dan kuasa mereka pun akan tersungkur ini keranai perancangan Allah itu tetap akan berjalan dan ia akan berlaku seperti yg dijanjikan...apalah sgt dgn provokasi di forum ini..sebg penglipurlara dan ubat penenang jiwa utk kita sahaja...
Reply

Use magic Report

adi_sg This user has been deleted
Post time 9-1-2006 03:52 PM | Show all posts
tatie tdk pelik dengan penentang-penentang perjuangan Abuya kerana itulah bukti bahawa ini perjuangan kebenaran

masih tak faham lagi ke? kalau betul benar buktikan dgn dalil yg membenarkan amalan songsang tu.
kalau kamu asyik ulang2 bahawa "pergerakan yang ditentang tentunya di pihak yang benar" adalah sesuatu yang MEREPEK. kalau begitu, pergerakan wahabi yang hebat ditentang seluruh dunia terbukti yang benar? setiap pergerakan ada penentangnya.

tatie...  jangan buang tenaga tulis panjang2 tapi takde sepatah pun firman Allah atau sabda Rasul... MANA DALILNYA?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2006 03:53 PM | Show all posts
MERIAHKANLAH HARI RAYA AIDIL ADHA

Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban / Aidil Adha
Ia lebih besar dari Raya Aidil Fitri
Sambutlah ia dengan takbir dan salam 4 hari
Meriahkan juga dengan sembahyang sunat dua rakaat
serta mendengar khutbahnya
Ceriakan lagi dengan takbir dan tahmid di merata-rata tempat
Di jalan-jalanraya, di lorong-lorong, di dalam kereta apatah lagi di masjid
Begitulah sepatutnya mengikut Sunnah Nabi
Agar dengan syiar-syiar itu kita membesarkan Aidil Adha
Jangan lupa ziarah-menziarahi sanak saudara dan sahabat handai
Juga kaum Muslimin apatah lagi yang kita kenal
Bersalam-salamanlah dan bermaafa-maafanlah sesama mereka
Agar kasih sayang, rasa ukhwah berbunga semula
Elok juga dibuat rumah terbuka ditetapkan masa
Semua kaum-kaum pelawa datang, tidak mengapa tidak ada salahnya
Agama Islam menggalakkan hidup yang harmoni
Di hari raya elok diambil peluang melahirkan sebab-sebabnya
Ayuh marilah kita meriahkan Aidil Adha dengan takbir dan tahmid
Dan bukan dengan pergaulan bebas, berjoget-joget dan lawak jenaka
Meriahkan juga dengan ziarah-menziarahi ermaaf-maafan
Ditambah lagi menolong fakir miskin
dan siapa juga yang mendapat kesusahan


Hasil Nukilan Tuan Guru Haji Ashaari bin Muhammad
10.3.96


[ Last edited by syeikhbelalang at 9-1-2006 03:56 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2006 04:00 PM | Show all posts
ishkk..pasal buku Zabidi ni...tatie dah baca byk kali dah..tapi tak der ler pula terumpan dgn provokasi dier...hehehe..sebb fakta dalam buku dier tulis ni memang meragukan dan tidak cukup untuk membuktikan bahawa ustaz Ashaari menyeleweng dn sesat dalam perjuangannya...

masa tatie baca, tatie tk ader akses apa-apa dgn org arqam atau ex arqam...itu adalah penilaian bebas tatie sebagai org luar..cuma tatie rasa si Zabidi ni buat lawak ajer tulis cerita ni dan tatie heran apa motif dier...sekrg dah faham ler, sebb diapun antara org yg TERTAPIS dan TERSARING....

sebb buku itu tatie yakin bahawa ustaz Ashaari tidak bersalah.....terjawb byk persoalan tatie selama ini, dan keyakinan tatie bahawa ustaz Ashaari tdk bersalah semakin kukuh waktu itu..heran pulak, dgn org yg baca dan merasa buku itu jadi pegangan mereka utk menganggap ustaz Ashaari bersalah dan menyeleweng.....

pasal azura tu, beliau masih dalam Rufaqa....kalau pengakuan beliau seperti yg dinyatakan dlm buku Zabidi itu betul, mana mungkin beliau masih setia dgn perjuangan Rufaqa...itu SATU BUKTI KUKUH bahawa ada perihalan yg tersembunyi di sebalik peristiwa tersebut. Senang cerita pi lah jumpa Azura atau suamninya ustaz Nasir tu....tanya terus in person...barulah terang lagik bersuluh...kalau setakat kutip dari media massa, apa yg terang, apa yg suluhnya ?...

[ Last edited by serihartatie at 9-1-2006 04:29 PM ]
Reply

Use magic Report

adi_sg This user has been deleted
Post time 9-1-2006 04:04 PM | Show all posts
provokasi mereka itu sebenarnya semakin MENYERLAHKAN desperado mereka di dalam usaha mereka menentang perjuangan Abuya.....

geli hati aku kadang kala baca jawapan macam ni... haha...

ini semua bukanlah provokasi. ini hanya memberi peluang pada geng rufaqa' membuktikan kebenaran mereka. Dan kita dari golongan aswj akan menjawab dgn keras selagimana geng rufaqa' elak persoalan dan post benda2 bodoh.

Aku yakin mereka yang ikut thread ni tahu geng rufaqa' sebenarnya dah kebuntuan takde jawapan. Maka itulah tujuannya supaya forummers tak tersilap dan sangka rufaqa' ni di landasan aswj.
Reply

Use magic Report

adi_sg This user has been deleted
Post time 9-1-2006 04:15 PM | Show all posts
Wahai pembaca thread, jangan lupa. Rufaqa' belum lagi boleh jawap persoalan ini.

Berikan dalil yang kukuh yang membolehkan amalan/pegangan yang dianggap mengarut di sisi aswj mengenai:
1) sheikh suhaimi
2) imam mahdi
3) pemuda bani tamim
4) yaqazah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 09:47 PM GMT+8 , Processed in 0.069636 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list