Edited by skyreds at 19-12-2016 10:45 PM
Terpulang nak inform atau tidak ... tapi untuk keselamatan semua better inform embassy
Details announcement ... penat jugak la aku mengodeh
KEMASKINI 21 JUL 2016
PANDUAN KESELAMATAN
Berikutan perkembangan semasa yang sedang berlangsung di Turki, Kementerian Luar Negeri ingin mengingatkan rakyat Malaysia yang bermastautin, berkunjung ataupun yang transit di Turki supaya sentiasa mengutamakan keselamatan diri dan peka mengikuti perkembangan dan pengumuman terkini yang dikeluarkan oleh Kerajaan Republik Turki dari masa ke semasa.
Bagi rakyat Malaysia yang berkunjung ke Turki khususnya, sukacita Kementerian ini ingin menyentuh perkara-perkara-perkara seperti berikut:
i) Rakyat Malaysia yang berhasrat untuk mengadakan lawatan sosial ke Turki adalah dinasihatkan untuk menunda/menangguhkan lawatan tersebut sehingga keadaan di Turki stabil sepenuhnya;
ii) Rakyat Malaysia dinasihatkan untuk menyediakan wang belanja yang secukupnya seandainya berlaku gangguan jadual perjalanan dan mendapatkan perlindungan perjalanan termasuk insuran kesihatan;
iii) Rakyat Malaysia juga dinasihatkan agar tidak mengadakan lawatan kesempadan Turki dan Syria serta kawasan-kawasan di bahagian selatan dan timur Turki;
iv) Rakyat Malaysia di Turki dinasihatkan supaya memberikan kerjasama dengan pasukan keselamatan tempatan dan sentiasa membawa dokumen pengenalan diri yang sah serta mengelakkan diri daripada menyertai atau terlibat dalam apa jua bentuk perhimpunan, mahupun demonstrasi di Turki; dan
v) Rakyat Malaysia untuk memaklumkan serta mendaftar keberadaan mereka di Turki kepada pihak kedutaan.
Selain itu, Kementerian ini juga ingin mengingatkan rakyat Malaysia yang bermastautin, berkunjung, atau transit di Turki untuk mematuhi undang-undang dan peraturan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa di Turki serta memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa.
Kedutaan ingin menasihatkan rakyat Malaysia yang berhasrat untuk berkunjung ke Turki supaya turut mendaftar dalam Sistem Pendaftaran Rakyat Malaysia di Luar Negara secara atas talian menerusi laman sesawang Kementerian Luar Negeri Malaysia di www.kln.gov.my.
Kedutaan Besar Malaysia di Ankara boleh dihubungi oleh rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular yang sewajarnya menerusi maklumat berikut:
Kedutaan Besar Malaysia di Ankara, Turki 58, Mahatma Gandhi Caddesi
Gaziosmanpasa
Cankaya
06700, Ankara
Kementerian Luar Negeri Putrajaya 22 Julai 2016
http://www.kln.gov.my/web/tur_ankara/home/-/asset_publisher/fwF0/blog/safety-guidelines-for-turkey?redirect=%2Fweb%2Ftur_ankara%2Fhome%3F_101_INSTANCE_fwF0_advancedSearch%3Dfalse%26_101_INSTANCE_fwF0_andOperator%3Dtrue%26_101_INSTANCE_fwF0_delta%3D2%26_101_INSTANCE_fwF0_keywords%3D%26cur%3D3%26p_p_col_count%3D10%26p_p_col_id%3Dcolumn-2%26p_p_col_pos%3D6%26p_p_id%3D101_INSTANCE_fwF0%26p_p_lifecycle%3D0%26p_p_mode%3Dview%26p_p_state%3Dnormal
|