aily posted on 5-2-2013 11:34 AM
Sure berkedut sebab dia semua dah di kemekkan he he
nak try carik la vakum bag ni kat daiso...buleh guna time nak balik malaysia nanti.
masa pegi tak perlu guna rasanya...bag besar dah 90% siap dikemas ..masih ada ruang kosong kat dlm bag tu
sedihnya bila dapat tahu visa untuk wanita bujang berumur 45 tahun ke bawah tak boleh dikeluarkan tanpa mahram. dah tak bleh guna mahram tumpang macam dulu. me sempat pegi 2 tahun lepas guna mahram tumpang.
m_ardiana posted on 5-2-2013 11:37 AM
org pompn nk msk Raudhah, waktunya lepas subuh kan?
maknanya lepas ajer solat subuh, terus berkump ...
klu dgn TA Andalusia, pas Subuh(jam 4-5am) boleh stay kat masjid untuk iktikaf or balik hotel dulu
pukul 7am baru brkumpul kat lobi hotel untuk sama2 pegi ke Raudhah
balqishku posted on 6-2-2013 08:32 AM
dua2 waktu tu boleh, lps subuh dan isyak.. saya dulu ustazah bwk dlm jam 8 pagi ke raudhah.
tapi ...
klo gitu, lepas subuh leh blk otel n kul 8am gitu gie blk masjd utk menunggu giliran msk raudhah.
dulu 2007 sy gie pun camtu. tapi lepas zuhur dia buka tuk wanita. ikut giliran n masa tu giliran asia tenggara yg last sekali. sempat solat n doa di raudhah dan on the way kuar tu, tgh azan asar. memg lama menunggu.
ummi_ina posted on 6-2-2013 08:06 AM
klu dgn TA Andalusia, pas Subuh(jam 4-5am) boleh stay kat masjid untuk iktikaf or balik hotel dulu ...
TA Andalusia serbis bagus. Tapi kena naik dari KL. Sy nie jauh di selatan.
Nak tanya la. Masa msk raudhah or seblm msk tu, mutawif ada terangkn apa2 tk pasal raudhah.
Klo tk keberatan, leh tk akk citer cikit pasal kedudukan makam nabi n mimbar dari arah pintu msk org pompn.
m_ardiana posted on 6-2-2013 09:08 AM
TA Andalusia serbis bagus. Tapi kena naik dari KL. Sy nie jauh di selatan.
Nak tanya la. Masa msk ...
saya rasa elok diana cari buku ttg kelebihan dan sejarah Makkah al-Mukarramah
dan Madinah al-Munawarah. kedua2 buku ditulis oleh Dr. Abd. Basit. Pd saya kedua2
buku nih sgt bagus (sy bukan nk kempen ye, tp selepas baca kedua2 buku tersebut
ianya dpt membantu kita memahami lebih dlm ttg kedua2 kota suci tersebut).
balqishku posted on 6-2-2013 09:51 AM
saya rasa elok diana cari buku ttg kelebihan dan sejarah Makkah al-Mukarramah
dan Madinah al-Muna ...
sy cuma ada buku "Sejarah Mekah" yg ditulis oleh dr. muhammad ilyas abdul ghani. gaya bhsnyer ala indon2 cikit.
insyaAllah nk jugk cari buku2 lain tuk wt rujukan. tq balqish.
m_ardiana posted on 6-2-2013 09:08 AM
TA Andalusia serbis bagus. Tapi kena naik dari KL. Sy nie jauh di selatan.
Nak tanya la. Masa msk ...
AsSalam
Kadang kadang TA ada sediakan mutawif wanita untuk iring masuk Raudah, kadang kadang tidak ada. Jadi kita kena pandai sendiri2 pergi dengan jemaah lain. Akak perhatikan kadang kadang mutawif wanita cuma membawa masuk je kekawasan Raudah sebab di sana terlalu ramai orang jadi tak berkesempatan pun mutawif nak bagi penerangan dikawasan Raudah tu. Kawasan Raudah tu bukannya besar jadi dapat peluang untuk solat dan berdoa pun dah bersyukur sangat. Petugas kawasan Raudah cuma bagi kita solat sunat lepas tu cepat cepat di suruh bangun keluar sebab nak bagi peluang jemaah lain pulak. Kalau dia nampak kita berdoa menggunakan buku dia agar tegur sebab katanya doa lah dari hati.
Cari lah buku untuk lebih memahami kedudukan kawasan Raudah.
msaadhamid posted on 6-2-2013 10:37 AM
Assalamu'alaikum wbt
Maaf, nak lontarkan soalan nakal pepagi ni. Kalau kita guna 'mahram tumpang' ...
saya ada pegi kursus umrah di pejabat Andalusia melaka sabtu lepas
ustaz yg memberi ceramah ada menerangkan mengenai tumpang mahram ni
ni contohla ....masa kat epot jeaddah nanti ada pegawai saudi yg akan bertanya kepada jemaah wanita siapa mahramnya...jemaah wanita ni pun tunjuk jari pada jemaah lelaki yang beratur di belakangnya...padahal jemaah wanita tu tak kenal pun jemaah lelaki tersebut..ni dah namanya menipu...pergi kesana niat baik nak mengerjakan ibadat umrah tapi dimulakan dengan perbuatan menipu..menipu tu kan berdosa.
Dulu TA ada guna nama saya untuk mereka yg menumpang mahram. Time tu saya gi dgn ibu/ayah saya. Saya tidak diberitahu TA berkenaan ini. Masuk saudi takde masaalah. Bila time balik, saya dah check-in bersama ibu/ayah saya. Kemudian nama saya di announce di PA system suruh saya balik ke immigation point. Satu airport dengar oooo. 'Mahram' saya tersangkut kat immigation tanpa saya.
transporter posted on 6-2-2013 02:24 PM
Dulu TA ada guna nama saya untuk mereka yg menumpang mahram. Time tu saya gi dgn ibu/ayah saya. Saya ...
Haji, sama lah dalam rombongan akak. Masa pergi tak ada masalah sebab semua dah sedia maklum kena beratur kat imigresen sama sama mahram tapi time balik TA tak inform pun kat semua jemaah kena que sama2 mahram. Nak balik kan yang tumpang mahram dah lupa sama dia punya mahram lah he he, tiba tiba mahram dah lepas keluar yang tumpang mahram kena tahan. Apa lagi berkejar lah memanggil nama mahram.
Semasa saya pergi tahun 2011, dua kali TA tel saya minta jadi MAHRAM JADIAN kepada 2 orang jemaah anak beranak daripada Melaka. Saya tolak untuk jadi mahram tumpang / mahram jadi-jadian sebab tidak mahu bersubahat MENIPU kedutaan Arab Saudi untuk mendapatkan visa. Alasan saya ialah, "Kita hendak mengerjakan umrah dan minta ampun kepada Allah SWT atas segala dosa dan berharap agar umrah kita mendapat ganjaran baik daripada-Nya. Masakan saya tergamak pula menipu SEBELUM menjejakkan kaki ke tanah suci - kalau macam tu, awal-awal lagi saya sudah kantoi." Praappp! Pihak TA letakkan telefon dengan kasar - marah sebab saya tidak mahu berkerjasama dalam melakukan kemungkaran. Yes, macam itu punya TA pun ada.
Last-last dua orang jemaah tersebut pergi juga dan ditempatkan dibilik yang berhampiran dengan kami.Seat dalam kapal terbang pun dekat-dekat (sebelah isteri saya). Saya tak tahu siapa yang sanggup menjadi mahram tumpang kepada mereka. Atau adakah saya dijadikan 'mahram tumpang' tanpa pengetahuan saya sendiri? Wallahu aklam. Muyskil, musykil. Then adalah cerita kejadian yang berlaku di Bir Ali.