|
aduiiii suspen suspen suspen |
|
|
|
|
|
|
|
tq...
rusdi hapuskanlah dendam mu |
|
|
|
|
|
|
|
wah..dasyat rusdi main culik2 ..bahaya cam psiko je..cian kira..trauma nanti |
|
|
|
|
|
|
|
makin teruk rusdi....
dah masuk kes culik lak....
apa lg yg dia xpuas hati dgn shah??
kesian kira, mau trauma budak tu...
sambung lg fazss.... kesian kira..... |
|
|
|
|
|
|
|
cepatlah SHAH tolong... |
|
|
|
|
|
|
|
kisah apa yg sebenarnya between Rusdi dgn Shah ni? |
|
|
|
|
|
|
|
cpt2 la Shah jumpa Lisa n kira. |
|
|
|
|
|
|
|
tah apalah yg berlaku pada masa lalu sampai rusdi berdendam sgt dgn shah.. |
|
|
|
|
|
|
|
salam fazss....ari ni x de n3 lagi ke..... |
|
|
|
|
|
|
|
mana fazs ni?
lisa n kira dalam bahaya ni!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
morning..wah..semua umah lum ade n3..bling,,arjuna...fazs pun lum..xpe2..ade masa ltk ye..hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
salam semua.. maaf... lama tak buka rumah ni.. tak ada idea, macam2 berlaku.. |
|
|
|
|
|
|
|
ni ada sikit... selamat membaca..
“You tak tahu Lisa apa yang berlaku dulu!!” gerun rasa melihat keadaan Rusdi yang seakan tidak siuman.
Lebih baik aku senyap dari terus bermain api.
“nah!!” segumpal pakaian di lempar ke riba aku.
“saling cepat!!” arahnya lagi. Aku membantu Kira secepat boleh. Kami di bawa keluar.
Dengan tudung dan pakaian yang lain, pasti susah untuk orang mengecam kami. Kira beberapa kali memprotes, tidak selesa memakai jubah yang di bagi Rusdi tadi. Tapi apa kan daya aku. Semua harus diikutkan bagi memastikan keselamatan kami.
Aku pangku Kira. Dalam hati semakin mengumam, lama nya mereka nak mencari kami. Sampai di satu ruang rehat Rusdi menukar kereta lain sebelum meneruskan lagi perjalanan yang aku sendiri tidak tahu di mana. Lama di dalam kenderaan bergerak, membuatkan badan aku mula sakit. Lama kelamaan kami berdua terlena.
“bangun!! Dah sampai!!”
“kita kat mana ni..” sekeliling seperti rumah kilat. Sebuah2 tetapi rapat antara satu sama lain. Kami terarah ke sebuah rumah, di pintu ada 2 orang lelaki asing menanti sampai tersengih. Rusdi berbual dengan mereka tetapi aku tidak memahami bahasa pertuturan mereka. Adakalanya bunyi seperti dialek orang Kelantan tetapi ada juga bunyi siam.
“masuk cepat” tangan aku di tarik kasar. Kira pun terkulat2 mengikut.
Hari ketiga menjelma. Entah apa khabar keadaan di rumah. Kira mula merengek. Badannya terasa panas. Aku mula gusar, keadaan yang tidak menentu begini Kira pula tidak sihat.
“mama” serak suaranya. Lemah.
“ye sayang..”
“Kira nak balik..” rintih dalam kesakitan. Sudah 3 hari berlalu, air mata Kira tidak keluar lagi.
“sabar ye sayang..mama cuba ikhtiarkan” Aku baringkan Kira supaya dia lebih selesa untuk berehat.
Aku cuba berjalan2 di sekitar ruang kurungan kami. Selepas Rusdi memasukkan kami ke dalam bilik ini dia terus hilang. Beberapa kali aku cuba membuka pintu, tentu lah pintu akan di kunci dari luar. Bodoh juga aku bila tersepit begini. Habis kan tenaga yang di hujung dunia ni.
Dinding2 bilik dari plywood tebal, amat sukar untuk di pecahkan. Tingkap boleh di buka tapi bergril kemas. Tenaga perempuan aku tidak mampu merungkainya. Tiba2 bunyi seperti kunci pintu di buka dari luar. Cepat2 aku kembali ke posisi malam tadi.
Muncul Rusdi dan 2 orang lelaki asing malam tadi di belakangnya membawa makanan dan minuman. Senyum sinis yang di lemparkan tidak terjawab oleh ku. Tidak pasti senyum apa yang perlu aku balaskan, akhirnya aku diam sahaja tanpa riak.
“ini makan” tanpa menjawab sepinggan nasi berlauk ikan goreng aku sambut, aku dan Kira makan bersama, sesuap di mulutnya, sesuap ke mulut aku. Sehingga saat ini aku masih tidak tahu apa perancangan sebenar Rusdi.
“kita kat mana Rusdi?” aku cuba berbuat baik sekali lagi. Mana lah tahu ia akan berbuah hasil yang baik.
“sudah melepasi tembok” bersahaja dia membalas. |
|
|
|
|
|
|
|
“maksud you?”
Rusdi hanya ketawa melihat aku yang termangu. Sama ada aku benar2 di seberang tembok atau ini hanyalah satu helahnya.
Kira terlena kembali di sisi aku, aku basahkan sikit air di kepala nya supaya suhu badannya kembali turun. Sepanjang hari aku melakukannya, namun Kira masih lemah.
Dalam hati aku sentiasa berdoa dan mengharap, cepat lah kami dapat terlepas.
Shah semakin tidak keruan, semua kaedah sudah dibuat. Semua penjuru kemungkinan sudah diselidik. Namun tiada lagi hasil. Lebih mengharukan, masuk hari ketiga pencarian mereka ada pula mulut2 yang bercakap2 ‘doakan lah semoga roh Lisa dan Kira aman’ lagi lah mengharukan hidupnya.
Inspektor Ibrahim dan pasukannya semakin mengemaskan pencarian mereka. Kes menjadi semakin berat apabila Inspektor Ibrahim perlu ke Bukit Aman untuk membentang keseluruhan kes Rusdi. Satu persatu kes menjadi nyata.
Pencarian Lisa dan Kira dijalankan ke seluruh negara. Tiada satu usaha pun yang gagal Shah lakukan untuk menemui kembali buah hati nya.
Lewat petang hari ketiga kehilangan, Shah terima panggilan dari Inspektor Ibrahim. Melihat sahaja nama yang terpapar, rasa berdebarnya tak mampu di tahan.
“Shah, you tahu tak Rusdi terlibat dalam banyak kes?”
“tak”
“ermm” kedengaran keluhan berat di hujung telinga Shah.
“kenapa? You jangan tambahkan risau I Ibrahim”
“sorry Shah, I just nak share the true colour. Macam ni, you dengar baik2 ok. Kes penculikan your wife ni ada kaitan dengan dia. Kami dah jumpa bukti CCTV dari parking lot. Apa yang membimbangkan Rusdi ada banyak connection dengan orang luar. Means, dia mampu untuk bawa mereka keluar.”
“so apa yang kena kita buat?” rasional soalan Shah.
“nothing much. Kami study everything about Rusdi. Di mana2 ada kemungkinan Shah.”
“kes apa yang dia buat lagi? You handle juga ke?”
“tidak bukan I, kes2 lain tu under Bukit Aman sebab itu kes berat antarabangsa”
“antarabangsa? Biar betul?”
“serius Shah. I’m not joking around”
“kes apa?”
“kes2 kolar putih. Penipuan saham di papan2 saham beberapa buah Negara, urusan pelacuran, cuci wang, banyak lagi la kerja dia. Sebab itu dia sangat2 di cari oleh Bukit Aman. Lagipun kes2 tu turut melibatkan orang2 kenamaan.” |
|
|
|
|
|
|
|
“apalah nak jadi dunia hari ini. Pemimpin yang kita harap membawa kita ke kesesatan, khalifah yang ada pula hidup segan mati tak mahu.”
“itulah infact peredaran zaman dan peningkatan globalisasi. Revolusi sentiasa berubah dan kita harus bijak membendung. Jika tidak kita akan gagal” |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1032# naza81
ada sikit ni naza.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1031# merahsilver
wah..don't worry ada skuad dtg nanti.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1030# Ju'a
hari ni baru ada... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1029# mijot
salah faham aje sbnr yer... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|