CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

HANI..... OH HANI ..!

 Close [Copy link]
Post time 18-11-2009 06:01 PM | Show all posts
Yang paling kesian Syamil la... jadik mangsa keadaan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2009 07:05 PM | Show all posts
harap2 mak shamil tu kene strok ke...baru padan muka dier
igtkan ada adegan hani nazrin...rindu sama diorg..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2009 08:29 PM | Show all posts
bom aku tak berkesan kat israel!
al-maklumla...bom buatan israel...
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2009 03:25 AM | Show all posts
ble la mak shamil nak tobat...bkn pk diri tu dah tua...ni mkin mnjdi2 jhat,,
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2009 08:32 AM | Show all posts
ala.. apsal mak shamil tu p bocor rahsia?
nti hani mesti kesian kt fifi..
sbb dia, fifi yg kena..
pastu dia soh nazrin kawin dgn fifi..
oh tidakkkkk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2009 08:59 AM | Show all posts
ala.. apsal mak shamil tu p bocor rahsia?
nti hani mesti kesian kt fifi..
sbb dia, fifi yg kena..
pastu dia soh nazrin kawin dgn fifi..
oh tidakkkkk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
midar Post at 19-11-2009 08:32


ala tak nak arr cam tu tak best. eh! bukan ke itu pompuan suda innalillah??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-11-2009 09:41 AM | Show all posts
kasik mak syamil tu masuk jel je... hehe
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2009 01:26 PM | Show all posts
hani... oooo hani... next n3 please
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2009 03:11 PM | Show all posts
PADANKAN MUKA MAK SI SHAMIL TU JAHAT SGT BIAR DIA KENA BALA BARU DIA TAHU......CEPATLAH SAMBUNG N3
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2009 04:37 PM | Show all posts
Sian Hani...
kalu free letak n3 k...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2009 04:50 PM | Show all posts
sori lambat
sebenarnya dah boringla dgn citer ni'
bila smiley tengok balik tarikh smiley mula tulis... dah 6 bulan tak habis lagi
..............................................................................................
Beberapa orang pelanggan cuba membantu Safura yang tidak sedarkan diri. Hani menyelinap keluar sewaktu keadaan kecoh. Degupan jantungnya seakan berdentum di telinga sendiri. Ya Allah, janganlah aku pula yang pengsan. Dia bergegas ke  taxi stand tanpa menoleh ke belakang. Gasaklah apa pun yang terjadi.  Tangannya menggigil ketika menahan teksi.

“ Mau pergi mana, miss?” tanya pemandu bangsa Cina. Hani tergamam. Dia tak pasti arah tujuan nya. Yang pasti dia ingin melarikan diri dari situ. Tapi aku tak nak balik ke ofis. Berita macam ini akan tersebar lagi pantas dari virus H1N1.

“ Er… aah… Jalan Bangkung. No 68 Jalan Bangkung.”

Segala kata Safura terngiang ngiang di telinga Hani. Segala kemusykilan terungkai sudah. Kepingan kepingan “ jigsaw puzzle’ yang hilang kini di jumpai. Sudah jelas siapa yang sepatutnya jadi mangsa. Ya Rabbi! Hakikatnya Safura cuba menghapuskan aku tapi Fifi yang jadi mangsa. Kejamnya manusia bernama Safura, satu liga dengan  isteri Abu Lahab. Tak payahlah nak doakan supaya dia selamat dan panjang umur. Memang tak ikhlas pun doa aku.

Tak sampai 10 minit, teksi sudah berada di depan rumah Nazrin.  Pintu gate sedia terbuka. Hani meluru masuk. Pintu depan di ketuk bertalu talu. Pembantu rumah, Kak Suti mempelawanya masuk.

“ Ah.. Cik Hani. Masuk, masuk. Ajin ada di dalam, nonton TV. Cik Hani mau makan disini? Saya boleh siap”

Hani menggeleng. “ Tak payah Kak. Terimakasih” Tekaknya tak boleh terima sebutir nasi pun.

Nazrin terbaring di sofa panjang di ruang santai keluarga. Ulangan perlawanan bolasepak Arsenal Chelsea di ESPN menjadi tumpuan. Bunyi pintu depan ditutup membuatnya kaget. Siapa pula yang datang?  Dahlah aku cuma berkain pelikat dengan T shirt lusuh.

Hani bergegas masuk dan terus bersimpuh di lantai sebelah sofa. Sehari tak jumpa dah rindu? Nazrin membetulkan duduk.

“ Hani, kenapa ni?” Dia kenal sangat dengan bahasa tubuh Hani. Jika bibirnya di ketap, maknanya dia marah. Jika dia mematahkan jari jemari, dia resah. Tapi jika kedua nya sekali, di campur dengan mata yang berkolam dan muka pucat - masaalah besar melanda.

“ To.. tolong I. I tak tau… apa.. apa nak buat.” Tergagap gagap suara Hani.

“ Relax, sayang. Take a deep breath.” Jari jemari Hani di genggam Nazrin, memberinya kekuatan. Suaranya lembut “ Cakap kat I, apa dah jadi?”

“ I.. I … tadi I keluar lunch di Bangsar Shopping Center dengan Shamil. Lepas tu I kena serang dengan Safura, mak Shamil…..” Dengan nafas tersekat sekat Hani bercerita. Segalanya di luahkan. Dari kisah ibunya menjadi seteru keluarga Safura hingga kejadian tadi. Nazrin menghela nafas. Mesti trauma budak ni. Mana taknya, sudah dua kali kena serang di khalayak ramai. Biar betul si Safura ni. Tak masuk akal langsung macam mana isteri seorang usahawan terkenal mempunyai sisi hitam yang begitu menakutkan. Cuma ada sesuatu yang membuat angin pus pus menyerang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2009 04:52 PM | Show all posts
“ Cuba ulang lagi sekali, you kat mana dan dengan siapa masa Safura serang you? “ Mata Nazrin tajam. Seakan ingin menerobos kepala Hani.

“ Kenapa you ni? Nak ambil tempat ASP Mansor?” Hani meleraikan tangannya dari genggaman Nazrin. Bencinya aku. Pegawai penyiasat kat depan ni lagi menggerunkan dari pegawai penyiasat dari Bukit Aman.

“ You ada lunch date dengan Shamil kan?  Wah, hari pertama balik kerja dah keluar dengan dia. Tak sabar sabar nak lepaskan rindu. You must miss him so much” sindir Nazrin

Senyuman sinis yang terlakar di wajah Nazrin menyalakan api kemarahan Hani. Entah syaitan apa yang menghasutnya ketika itu. Rasa macam nak tunjai kepala Nazrin. Hani terus berdiri tegak dengan mata mencerun.

“ Nazrin, I tak tahu nak cakap apa dah. Silap besar lah I datang sini cari you. I cuma nak someone to talk to. I ingat you boleh tenangkan  I. Tapi you buat I lagi sakit hati. So, you listen to me. Sebab you suka sangat tuduh I suka Shamil, biar I betul betul couple dengan dia. GOODBYE! “  Hani bergegas ke arah pintu.

Ya Allah , apa yang aku dah buat. Nazrin bingkas bangun dan mengejar Hani. Mulut Hani di tekup. “ Hani, jangan cakap macam tu. I‘m sorry! I tersilap cakap”

“ Mmh… mmeeennmm” Hani bergelut untuk menepiskan tangan Nazrin. "Lepaslah…bluweekkk! Tangan bau belacan!”

“ Sorry, sorry ,sorry. Hani.  Jangan cakap macam tu lagi. Kalau langit terbuka tadi, membujang sampai mati lah I.  Please Hani , duduk dulu. Entah apasal, bila I dengar nama Shamil tadi, I macam kena rasuk hantu. Astaghfirullahalazim. I janji I tak akan jealous tak tentu pasal “  Nazrin meraup mukanya. Ada saki baki jampi Fifi kot, yang buat aku dan Hani asyik berselisih faham. Nauzubillah.

Hani kembali ke tempat asal. Namun mulutnya tetap muncung.“ Bencilah. Tak habis habis nak tuduh orang Tendang lutut tu baru tahu.” gumamnya.
Nazrin tersengih. Inilah yang buat aku sayang sangat kat Hani. Tak pernah mengamuk atau merajuk lama lama. Sekejap saja angin puting beliung dah reda.

“ Hani, I’m sorry, okay?”

Kenapalah aku  senang sangat cair dengan Nazrin. Tak aci betul! Tapi siapa lagi yang aku ada untuk jadi tempat luahan perasaan. Along tengah kerja. Acik Mah jauh. Aina tak tahu pasal kes ni. Kesian betul lah aku yang sebatang kara ni. Tiba tiba rasa nak nangis la pula…

“ Janganlah … “ bisik Nazrin sambil menyeka airmatanya. Hani menelan airliur. Apa dekat dekat sangat ni? Mukanya di paling.

“ Apa I nak buat? I rasa bersalah. Sebab I, Fifi masuk ICU. Kalau dia mati, macam mana? Semua sebab Safura gila tu benci kat I. Macamlah I  nak kat anak dia.”

Yeay! Yeay! Sorak Nazrin dalam hati. Tapi aku kena serius sekarang, tak boleh tersilap cakap.

“  You tak payah nak rasa bersalah pasal Fifi. Itu semua takdir. She was at the wrong place at the wrong time. Dia ada niat jahat, Allah dah balas.  Nasib baik dia tak sempat nak bagi I ubat guna guna hari tu. Kalau tak menangis tak berlagu lah you, Hani”

“ Perasan! Serius lah, Nazrin.  I  takut. Macam mana kalau Safura masih nak bunuh I?” Dahi Hani berkerut. Tak tahu pula macam mana keadaan sebenar Safura. Mungkin dia cuma pengsan, mungkin juga lebih teruk.

“ I rasa you kena bagi tau ASP Mansor. Biar polis yang selesaikan kes ini.“

Hani mengeluh panjang. Betul cakap Nazrin. Tapi terselit juga rasa kasihan pada Tuan Marzuki. Isterinya telah melakukan jenayah yang serius. Bila terbongkar rahsia yang Safura cuba menghapuskan Hani tapi Fifi yang jadi mangsa, mesti kecoh seluruh Persada Construction. Macam manalah  Tuan Marzuki  nak tangani publisiti buruk dan spekulasi yang melanda. Sikit sebanyak aku pun mesti terpalit juga. Aduhai, tunggang terbalik hidup aku dua tiga bulan ini. Ya Allah, kau berilah hamba mu ini kekuatan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2009 05:02 PM | Show all posts
sambung lagi smiley..... tak puas....
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2009 05:22 PM | Show all posts
tergelak guling2  smpai kuar airmata aku manahan ketawa...
pasal statement...bau belacan....
bagus smiley....tergelak aku bc n3 kali ni...best giler...
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2009 05:30 PM | Show all posts
juna jgnla boring dgn hani dan nazrin...
klu juna boring nnt ktorg dpst tshu cerita seterusnya..
n3 kali ni lawak jgk wpn serius...adus hani slamber jer ckp tgn bau belacan
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2009 06:07 PM | Show all posts
best nyer, best giler, best tahap dewa ni.....nak n3 lagi. tak sabau sungguh aku di buatnya. teruja ya amatzs
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2009 08:19 PM | Show all posts
NK LAGI... TGH KEMUNCAK NI ..BG BYK2 YE...
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2009 09:37 PM | Show all posts
uweeeekkkk ....kesian hani tak makan belacan tapi dpt hidu bau belacan....
gelak guling2 ni....
Nazrin pun gelojoh sgt cepat nak marah
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2009 08:29 AM | Show all posts
uweeeekkkk ....kesian hani tak makan belacan tapi dpt hidu bau belacan....
gelak guling2 ni....
Nazrin pun gelojoh sgt cepat nak marah
qimi08 Post at 19-11-2009 21:37



lelaki mmg le cam tu... kalau dah sayang sgt... suka jatuh hukum dulu
sebelum berfikir....
sib baik Hani tu mudah cool n cair...
cinta mereka sgt kuat sbb tu le berkali2 Hani diuji tetapi masih waras lagi...
harap2 Safura dpt pembalasan setimpal... after Hani wat report polis...
Safura kena tgkp dan Datuk Marzuki pasti terjelepok bila tau isterinya jahat cam syaitan x abis2 lagi..

Smiley ko kawinkan Hani n Nazrin tu cpt2... aku lak cuak takut diaorang terpisah....
Tahniah to Smiley kalu betul impian jadi kenyataan nnti...
aku pun leh tolong promote tuk ko...
nak kena bukak warong singgahan sementara ni...
mana Qimi...Kay... Azure... Rin ... Juliet yg bkal jadi promoter tu?
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2009 08:31 AM | Show all posts
tgh best nie...
kalu free letak n3 lagi k...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 12:02 PM GMT+8 , Processed in 0.726445 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list