CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: Pennywise84

*V14* SHAM STRUCK LAND ~DON'T GAIN THE WORLD AND LOSE YOUR SOUL , WISDOM IS BETT

 Close [Copy link]
Post time 12-3-2020 10:34 PM | Show all posts
Vassss replied at 12-3-2020 10:27 PM
Esk xtahu la ape plk mood warga yistana

kita kena redo apa jua yg muncul. selalu ada 2 je mood:
1 - laharan sebab hauk/changkat/pod/takde hapdet/lambat promo/MO/baju/gelang dll
2 - puji2an sebab herlok
repeat sampai AJM, cam tak besa, dah yistana 14 nih kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2020 10:35 PM | Show all posts
aritu siapa penulis citer BCJC ni eh? mmg utilize betul gaya hidup sihat dedi. soh org tua tu lari la, basikal la. tp bagus la takde la nampak papa yg abah2 sangat mcm dato shamsul
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2020 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Lab6700 replied at 12-3-2020 10:34 PM
kita kena redo apa jua yg muncul. selalu ada 2 je mood:
1 - laharan sebab hauk/changkat/pod/takde ...

Warga yistana merempan dengan kadar seimbang...
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2020 10:41 PM | Show all posts
sapa rajin try baca character Dani tu, so dedi tu atuk dia ke? hahahaha

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2020 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Lab6700 replied at 12-3-2020 10:35 PM
aritu siapa penulis citer BCJC ni eh? mmg utilize betul gaya hidup sihat dedi. soh org tua tu lari l ...

Citer ni slot apa yach? Kalau prime time ok...jgn slot kul 6 & 7 sudah...tak dpt nk tgk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2020 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Lab6700 replied at 12-3-2020 10:41 PM
sapa rajin try baca character Dani tu, so dedi tu atuk dia ke? hahahaha

Daddy bapak Dani...kata Papa Hisham.Yg jd cupid tu Wannali...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-3-2020 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Pennywise84 replied at 12-3-2020 10:43 PM
Citer ni slot apa yach? Kalau prime time ok...jgn slot kul 6 & 7 sudah...tak dpt nk tgk

Iols rs maybe slot rabu-jumaat.9 mlm kot
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2020 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Lab6700 replied at 12-3-2020 10:41 PM
sapa rajin try baca character Dani tu, so dedi tu atuk dia ke? hahahaha

Choii xkan atuk kot hahahaa.iols rs rombakan skrip kot chuols?.tgk masa berbasikal tu.papa dani cite kenangan masa bercinta dgn mama dani dlu kan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2020 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
#Tb3 nye slot drma isnin-jumaat 7-8
#isnin - khamis 10-11
#rabu - jumaat 9-10
#sabtu - ahd 7.30 - 8
Betul x

Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2020 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Vassss replied at 12-3-2020 10:50 PM
Choii xkan atuk kot hahahaa.iols rs rombakan skrip kot chuols?.tgk masa berbasikal tu.papa dani ci ...

Kan.. pastu scene hari tu Dani ada ckp mama dah lama takde kan. Ikut skrip tu mama nya ada.Maybe la kot rombak skrip.

Wow sgt kalau atuk sehot Sham V. Penat AH nak bersaing ngn atuk, awek lagi terpikat ngn atuk.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2020 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Vassss replied at 12-3-2020 10:50 PM
Choii xkan atuk kot hahahaa.iols rs rombakan skrip kot chuols?.tgk masa berbasikal tu.papa dani ci ...

Tu la confuse. Sebab skrip oren tu ckp duduk ngan atuk kematian nenek. Kenmain atuk daftarkan cucu ke agensi cari jodoh
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2020 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Pennywise84 replied at 12-3-2020 10:44 PM
Daddy bapak Dani...kata Papa Hisham.Yg jd cupid tu Wannali...

Wann ali yg kapel dgn anak sulung sis sheila kan



Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2020 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Lab6700 replied at 12-3-2020 10:55 PM
Tu la confuse. Sebab skrip oren tu ckp duduk ngan atuk kematian nenek. Kenmain atuk daftarkan cucu ...

Drama tb3 jrg2 x letups.harap2 drama nie bakalan pembuka jln untuk daddy .#donedoa hahahahaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2020 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Pennywise84 replied at 12-3-2020 08:53 PM
Apo tokram kata hebat tinyah belum uwek uwek ponzzz....terer lg daddy yach

Takdenye tokram nak bebi di usia gittew, lagipon heols dah ada anak dgn previous wife heols khennn
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2020 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Lab6700 replied at 12-3-2020 09:35 PM
iols baru perasan beg baru dedi kat no way jose tu Coach chuols. ada sesape boleh detect yg mana sat ...

Coach mesti hadiah fanz yach, bertuah seketul sham v dapat macam2
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2020 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Vassss replied at 12-3-2020 11:01 PM
Drama tb3 jrg2 x letups.harap2 drama nie bakalan pembuka jln untuk daddy .#donedoa hahahahaaaa

Semoga aura dedi trsebar kepada warga2 yg tak layan Astro dan GV.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2020 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Burppp kenyang sampai tahajjud #tengznadiabrian
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2020 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Pennywise84 replied at 11-3-2020 03:21 PM
EP 47: Untukmu Selamanya

Pagi itu Kak Kiah sudah siap masak sarapan pagi untuk Dato Sham dan is ...

EP48 : Untukmu Selamanya

Azar menanti dengan penuh debar. Tangannya dirasakan sejuk. Sesekali dia menjeling ke arah wad kecemasan itu. Hatinya tak henti berdoa meminta tuhan mempermudahkan dan menyelamatkan suaminya. Air matanya sudah mula terasa kering. Diusap perlahan perutnya yang sarat hanya menunggu hari. Cuba menolak segala fikiran negatif yang menerjah bertalu-talu. Azar tidak mempedulikan pandangan benci terutamanya dari Eyka terhadapnya. Yang dia fikirkan hanya kesejahteraan Dato Sham, suaminya.

Setelah beberapa lama menunggu, pintu wad dibuka. Azar berjalan laju menuju ke arah doktor yang keluar dari wad kecemasan itu.

“Ayah saya macam mane doktor?” Tanya Syafiq dengan muka cemas

“Dato stabil.. cuma dia hilang banyak darah dan..” kata-katanya terhenti seketika. “boleh saya bercakap dengan ahli keluarga terdekat?” Sambung doktor itu lagi

“Saya anak dia” Balas Syafiq pantas. Dia melirik kearah Azar yang kelihatan sugul.

Kelihatan doktor mengangguk dan mereka berjalan beriringan sambil terlihat doktor seperti menerangkan sesuatu kepada Syafiq. Azar memerhati dengan hati yang kembali berdebar-debar melihat situasi itu. Sesekali dia menoleh kearah Eyka yang senyap berpeluk tubuh disebelahnya.

“Doktor cakap ape..?” Soal Azar ingin tahu kepada Syafiq apabila melihat lelaki itu menghampirinya dan Eyka.

“Daddy koma.. so we need to wait until he’s respond. Tapi doktor kata daddy stabil. InsyaAllah everything will be fine.” Balas Syafiq tenang memandang Eyka tanpa melihat Azar yang bertanya.

Azar terdiam. Hanya memandang anak-anak kepada suaminya itu sayu. Dia hanya mengikut mereka menuju ke ICU yang menempatkan suaminya. Air matanya kembali mengalir apabila melihat Dato Sham terbaring kaku bersama alat bantuan penafasan itu. Hanya monitor pemantauan jantung disebelahnya menunjukkan lelaki itu masih bernyawa.

“Abang….” Bisiknya dalam hati sayu.Cuba ditahan airmatanya dari terus mengalir
______________________________________

**2 BULAN KEMUDIAN**


“Sayang.. Sayang.. hey bangun…”

Azar terjaga dari tidurnya. Terkejut apabila mendengar seperti suara Dato Sham memanggilnya sayup. Dia memerhati sekelilingnya bingung. Azar lantas bangun dari baringan dan berjalan keluar bilik untuk mencari suara itu.

“Azar..? Bangun dah?” Tanya Kak Kiah apabila melihat Azar keluar dari biliknya. Kak kiah baru selesai memandikan Adam Sharif, anak Azar dan Dato Sham di bilik air bilik utama rumah itu. “Kenapa ni..?” Tanya kak Kiah lagi apabila melihat Azar yang seperti terpinga-pinga

Azar tersedar sepenuhnya. Dia menyapu mukanya sambil mengeluh kecil. Dia menjeling kearah jam yang sudah menunjukkan pukul 10.20 pagi. Malam semalam dia tidak dapat tidur kerana Adam, anaknya meragam mahukan perhatiannya.

“Adam dah mandi dah Kak Kiah..? Tanya Azar sambil berjalan menuju ke arah kak kiah dan bayinya itu. Spontan dia mengelap dan menyapu losyen dan minyak di badan anaknya yang berusia sebulan lebih itu. Kak kiah hanya memerhatikan Azar berbuat demikian. Azar lebih selesa menguruskan anaknya sendiri. Sesekali dia menolong jika melihat gadis itu kepenatan dan memerlukan bantuan darinya.

“Semalam tidur pukul berapa?” Tanya Kak Kiah apabila melihat Azar yang seperti tidak cukup tidur.

“Pukul 4 lebih kot macam tu...”Balas Azar memandang Kak kiah yang duduk dikerusi dihadapannya sambil tersenyum kelat.  
“Meragam plak sayang mommy ni semalam ye...” Sambung Azar sambil mengangkat dan mencium anak lelakinya itu dan bersedia untuk menyusukannya.

Kak Kiah tersenyum memandang Azar yang menyusukan sambil bercakap-cakap mesra dengan anaknya itu. Kesian dia melihat Azar yang berseorangan menempuh segalanya sendiri. Sejak Dato Sham koma, Azar tabah menjalani semua sendiri. Tidak sedikit pun Azar merungut di hadapannya. Tetapi Kak Kiah tahu jauh dilubuk hati gadis itu tersimpan seribu duka.

“Kak Kiah turun dulu lah nak masak.” Kata Kak Kiah sambil bangun dari duduknya

“Kak Kiah tengahari nanti saya nak pergi hospital.” Pesan Azar kepada Kak Kiah sebelum wanita itu keluar dari bilik. Kak kiah hanya tersenyum dengan pesan Azar itu. Walau dalam pantang, Azar sesekali akan menjenguk suaminya itu di hospital.

Azar hanya bersiap ringkas. Sudah hampir 2 bulan Dato Sham koma. Doktor mengatakan Dato Sham mempunyai reaksi positif. Itu tanda yang baik dan menyatakan suaminya itu boleh sedar seperti sedia kala.

“Abang.. bangun.. Adam.. anak kita tak sabar nak jumpa abang.. “

“Abang… Adam ada lesung pipit macam abang tau..”

Itulah kata-kata yang dititipkan Azar setiap kali ke hospital menjenguk suaminya.

Seperti biasa, Azar menaiki teksi untuk ke hospital. Azar berjalan perlahan menuju ke wad Dato Sham. Dia mengetuk pintu wad itu perlahan sebelum membukanya. Syafiq dan Eyka serta dua orang lagi kenalan Dato Sham menoleh serentak melihat Azar yang muncul dimuka pintu. Tetapi apa yang lebih mengejutkan Azar apabila melihat Dato Sham yang sudah sedar dari koma sedang memandangnya bingung.

“Abang….” Panggil Azar spontan tidak percaya apa yang dilihatnya. Hatinya berbunga. Perasaannya bercampur baur. Gembira dan sebak apabila melihat suaminya sudah sedar dari tidurnya yang panjang. Kalau diikutkan hatinya dia ingin mendakap suaminya saat itu juga, tetapi mengenangkan ada 2 orang asing yang tidak dikenali disitu dia membatalkan hasratnya. Tanpa sedar air matanya bergenang.

Dato Sham tergamam melihat gadis itu memanggilnya abang. Dia menoleh kearah Syafiq yang hanya terdiam. “Siapa ini?” Soalnya perlahan kepada Syafiq

Azar terkejut apabila mendengar pertanyaan Dato Sham kepada Syafiq. Air matanya yang tadi bergenang jatuh juga. Di amati wajah suaminya itu dari hujung katil tidak percaya apa yang didengarnya.

“Abang saya…” Azar cuba menerangkan situasi tetapi dipotong oleh Syafiq

“She's my friend… “kata Syafiq memintas kata Azar yang terpinga-pinga. Syafiq lantas menarik Azar keluar dari bilik itu.

“Bila Dato sedar? Kenapa tak bagitahu saya.? Kenapa.. Dato tak kenal saya?” Tanya Azar bertalu-talu di luar bilik wad itu. Dia memandang tepat ke arah Syafiq. Meminta kepastian dari lelaki itu.

“Post-traumatic amnesia. Dato tak ingat kau. Dan aku taknak kau pressure dia untuk ingat siapa kau” Jelas Syafiq dengan wajah serius

Azar tergamam.Di amati lagi wajah Syafiq. Lidahnya kelu.

“Saya isteri dia..”

“So ?” Syafiq mengeluh kecil. Memandang tajam Azar yang masih berdegil. “Aku bukan nak nafikan hak kau Azar. Tapi daddy still dalam process recovery. So aku nak kau faham situasi sekarang ni. Dia baru sedar koma tadi tau. Aku taknak perangai degil kau ni buat sakit dia datang balik.” Terang Syafiq panjang lebar dia kemudian menarik nafas panjang. “Kalau dia ingat nanti dia sendiri datang cari kau.” Sambungnya lagi.

Azar memandang Syafiq. Di amati wajah lelaki itu. Ada betulnya kata-kata Syafiq. Dato Sham baru sedar dari koma yang lama. Dia tak mahu suaminya itu tertekan kerana terpaksa mengingat sesuatu yang hilang dari memorinya.

“Mungkin ini yang terbaik.” Getusnya dalam hati.

Dapat melihat Dato Sham sihat seperti sedia-kala sudah cukup membahagiakan Azar. Tidak sanggup lagi dia melihat suaminya itu terbaring kaku seperti itu. Tanpa sedar air matanya mengalir deras. Azar menangis teresak-esak di ruang tangga hospital. Hatinya remuk.

“Abang.......”


Sambung......
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2020 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Lab6700 replied at 12-3-2020 09:50 PM
ya ampun herlok nak matiiiii
pakej dimple lagik
hilang semua laharan semalam

Halaaahhh halahh halahhhh daddyy.. eh penat la iollss nk puji.. asyikk puji pujian jeeee... kali ni xnk puji.. sbb skrg ni iollss tgh busy ngesot cari peti ais.. cair teroookkss dh ni..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2020 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Pennywise84 replied at 12-3-2020 10:09 PM
Kelempuk pun heols masih bernafsu jantanz yach...masih main supplier kilang

Aippp jgn ckp daddy iollss kelempukk.. heollss just sopan santun jerrrr..
nseb bekk heollss masih bernafsu jantanzz.. risau iollss kalau heollss ikot jejak langkah hikhok.. #napeiollsspulakperlurisau
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2026 09:22 PM GMT+8 , Processed in 1.382617 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list