CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nashrudean

ALL ABOUT VIETNAM ~ PART 14

[Copy link]
Post time 24-3-2016 02:59 AM From the mobile phone | Show all posts
opie5662 replied at 24-3-2016 02:22 AM
kat mane kedai die nih...

kedai makan haji man sour sis.
sis cari je kedai tu deret2 hotel kat jalan malaysia tu.
depan kedai makan,belakang tu ada tmpt dia jual tudung.boleh kurang lagi harga rasanya klu beli banyak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2016 07:50 AM | Show all posts
jejaka_hensem replied at 24-3-2016 02:09 AM
kalau sis cariq bagasi murah kat psar malam,sis lintas jalan ikut blah kiri.jln smpai hujung skali,a ...

i pegi end 2013 rege beg besar tu RM100.
bile pegi Apr 2014 dia letak RM170. byk kedai jugak gaduh2 ujung2 dpt RM110
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 07:52 AM | Show all posts
jejaka_hensem replied at 24-3-2016 02:59 AM
kedai makan haji man sour sis.
sis cari je kedai tu deret2 hotel kat jalan malaysia tu.
depan ke ...

jalan mesia ni yg ujung dia Ha tham kedai emas sebelah kiri n tutti frutti belah kanan ke? ade hjh basiroh, restoren seri penang tu?
sape ckp aritu Sri penang ni x halal sbb brg basah dia mcm ayam semua bantai beli yg x sembelih?
mohon clarify
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 09:12 AM | Show all posts
Saya copy 1 kes ni...ada org share di facebook...

click di sini

Selalunya bila travel yang dikongsikan adalah kenangan manis sepanjang pengembaraan. Jika ada yang lari dari perancangan asal pun, ianya tidaklah sehingga menjejaskan keseluruhan percutian.

Tapi lain pula yang telah terjadi kepada Saiful Bahari dan 4 lagi rakan beliau yang telah ke Vietnam pada bulan lepas.

Rancangan awal 5 pemuda ini adalah travel selama 1 minggu di Vietnam iaitu pada 22 Feb – 26 Feb 2016.

Kami sampai di Vietnam pada jam 9 pagi, 22 Feb 2016. Kami berjalan cari hotel dan check in pada jam 11 pagi di Ava Two. Lepas rehat 2 jam kami keluar cari barang dan jalan-jalan hingga ke malam.
Menurut Saiful di sinilah segala huru-hara bermula. Kerana kepenatan, mereka telah menahan teksi dan meminta dihantarkan ke hotel. Namun nasib mereka tidak baik kerana telah diculik, disamun dan diugut bunuh. Berikut kronologi yang telah berlaku:

Kronologi kes

Pada 22 Feb 2016 jam 10 malam saya dan rakan hendak pulang ke hotel. Kami menaiki teksi dan pemandu tersebut telah menculik kami dan dibawa ke tempat yang tidak diketahui. Di sana telah menunggu 6 orang warga Vietnam untuk menyamun dan merompak kami.

Kami telah dipegang dan dibawa ke satu bangunan 4 tingkat. Kami ditempatkan di 1 bilik. Mereka telah menyelongkar beg, wallet dan badan untuk mendapatkan barang berharga seperti duit, handphone dan jam kami.

Semasa kejadian kami tidak dapat berbuat apa-apa kerana diacu pistol dan pisau. Selepas itu, mereka mengugut untuk membunuh kami setelah diberitahu kami student (antara helah yang kami cuba untuk dapatkan simpati mereka meskipun kami sebenarnya dah bekerja).

Kami dimasukkan ke dalam kenderaan iaitu teksi yang menyamar untuk dibawa ke tempat yang tidak diketahui. Apabila diminta untuk diturunkan,  pemandu tersebut berkeras untuk tidak menurunkan kami. Malahan kami telah dimarahi. Takdir menyebelahi apabila kenderaan hadapan telah berhenti dan kami dapat melarikan diri.

Masa dikejar tu kami berjaya sampai di hotel dan menyorok. Kami juga cari jalan untuk inform sesiapa yang dipercayai. Masa tu duit, handphone semua dah tak ada. Tapi nasib masih menyebelahi kami. Rezeki kawan saya sorang ni, handphone dia selamat jadi dari situ kami berhubung dengan keluarga di Malaysia.

Semasa di hotel keadaan kami tidak terkawal kerana terlalu takut dan trauma. Reception hotel bertanya sebab kami minta passport yang dipegang oleh pihak hotel tapi kami terlalu takut hingga tak boleh nak percayakan sesiapa lagi walaupun kami cuba bertenang.

Kami diburu hingga ke hotel sehingga jam 1 pagi pada 23 Feb 2016. Sewaktu menyorok dalam bilik kami dengar mereka naik ke loteng di atas bilik kami. Pada waktu itu lah kami senyap-senyap keluar dari bilik dan terus ke lobby. Pada asalnya nak minta hotel dapatkan teksi untuk kami tapi gerak-geri dan penampilan receptionist di hotel buat kami curiga.

Kami nekad tahan teksi di luar hotel dan dapat lepaskan diri hingga ke airport. Masa dalam teksi kami berkira, jika driver teksi angkat sebarang panggilan telefon kami akan buka pintu teksi dan terjun lari keluar selamatkan diri.

Pada masa tu, duit yang tinggal hanyalah 350 ribu Dong, milik salah seorang kawan kami. Nasib dia ada keluarkan duit dan simpan dalam beg baju di hotel. Itu je duit yang ada. Tambang teksi 200 ribu Dong.  Malah jika tambang teksi tak cukup, kami nekad nak pinjam dengan mana-mana orang Malaysia yang kami jumpa di airport saja.

Setiba di airport, kami minta kenalan kami di Malaysia belikan tiket flight balik pada hari itu juga dan kami dapat flight pada jam 9 pagi.

Pesanan saya berhati-hatilah semasa di negara orang. Jika ke sana untuk menjaga keselamatan berurusanlah dengan orang hotel atau travel agency kalau ke tempat jauh. Kalau tempat dekat-dekat jalanlah kaki walaupun penat.

Mengakhiri perbualan saya sempat bertanya kepada Saiful adakah beliau serik untuk travel selepas apa yang telah terjadi? Jawab Saiful tentulah tak serik. Malahan ini merupakan satu pengalaman berharga buat beliau dan rakan-rakan. Tiada gambar yang dapat dikongsikan oleh Saiful kerana semuanya berada dalam handphone beliau yang telah dicuri.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 10:43 AM | Show all posts
drivethru replied at 24-3-2016 12:40 AM
Saya pun x letak bin/binti. Sbb ade forumer ckp x perlu.

Mase booking vietnam airlines ni, mmg ...



Alamak.. i tak ingat if i ada masukkan details passport.
u  dah beli?

yang untuk AA tu my tiket memang takde binti..
so yang ni i kena g betulkan ke?

thanks.


Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 10:54 AM | Show all posts
ziela_janjirock replied at 24-3-2016 09:12 AM
Saya copy 1 kes ni...ada org share di facebook...

click di sini

x clear lah cerita nye just cakap vietnam.
dia gi hanoi ke ho chi minh?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2016 11:06 AM | Show all posts
mmg sekarang tgh panas cerita pasal vietnam ni...harapnye semua berhati2 bile ke sane...jgn risau...berdoa byk2 semoga allah lindungi kite n jgn buka peluang pada org sane utk buat bende yg tak eok pd kite...doa org musafir insya allah dimakbulkan. jgn serik utk travel sbb ade kes2 yang berlaku...kalau nk kene kat mane2 pon boleh kene.  jage diri n be extra extra careful uols...semoga selamat semuanye..insya allah...

ade sesape yg g hcm esok...meh sep sket
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 12:47 PM | Show all posts
opie5662 replied at 24-3-2016 11:06 AM
mmg sekarang tgh panas cerita pasal vietnam ni...harapnye semua berhati2 bile ke sane...jgn risau... ...

itulah.. harap2 x de ape lah
dgn suasana dunia yg bom sana sini tempat perlancongan ni naik gerun jugak nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2016 12:53 PM | Show all posts
ye. hebat pulak viral kat fb lately psl hcm ni..

nak g hcm bln may ni

Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 01:00 PM | Show all posts
tp dlm thread ni mmg dh remind kan naik teksi vinasun je.. yg dlm blog tu sbb naik teksi lain..

kes ni mmg pernah jd kat kenalan punya abg.. group dia pergi ramai.. kena ambil 2 teksi...
rupanye 2-2 teksi tu pakat2 dah. mmg rompak licin. kebetulan mmg 1 of them sakit perut, tak ikut...
guna lah duit member sorg ni je...

cerita sama pulak ngan blogger saiful ni..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 02:05 PM | Show all posts
aku abru plan nak ke china town nih sebenarnya.. dari ben than ke china town biase naik cab kene brape dong?
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 02:31 PM | Show all posts
Address: 2102-2104, Me Linh Point Tower
No. 2, Ngo Duc Ke Street
District 1

Ho Chi Minh City          
                  
Telephone: 848-3829 9023
848-3829 3132

Fax: 848-3829 9027
Email: [email protected]

tengok alamat emel kat website x sama lak dgn page 1 kat sini

En. Sofian Akmal bin Abd Karim                                                                                 
Konsul Jeneral

            Encik Zahirudin Abd Wahid                                                                                             
Konsul Muda

            Puan Azizah bt. Saad                                                                                 
Pembantu Khas kpd. Konsul Jeneral

            Cik Normala Baharudin                                                                                                
          Pengarah, Education Malaysia

            En. Faizal Izany Mastor
            Pesuruhjaya Perdagangan

ni FB: fb
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 03:23 PM | Show all posts
Cuak pulak rasa. weolls flight sampai ho chi minh dalam pukul 9 malam macam tu. cadangnya nak ambik cab vinasun yg guna coupon tepi airport tu ke hotel. Dalam situasi macam ni rasa cuak pulak. mintak hotel ambikkan dia charge 45USD, Duit malaysia dalam rm180. Macam mahal melampau rasanya. Kitorang semua 4 perempuan 1 lelaki. Korang rasa macam mana? should ambik cab ke mintak hotel pickup dgn harga rm180 tu.



^^penah kena tipu jugak dgn driver cab dekat ho chi minh. waktu nak hantar balik airport time turunkan barang semua dalam kereta dia mintak extra charge sekali ganda lagi. walhal bayaran hotel yg uruskan dgn driver cab tu. Bertekak sampai dia maki maki. Last kitorang lari masuk airport dalam kecuakkan.Yg ni case siang kalau malam lagi risau kan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 03:30 PM | Show all posts
watachiwa replied at 24-3-2016 10:54 AM
x clear lah cerita nye just cakap vietnam.
dia gi hanoi ke ho chi minh?

Aah mungkin di Hanoi atau wilayah lain di vietnam. Tapi warga hanoi mcm berhemah sikit dari ho chi minh.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 03:48 PM | Show all posts
jejaka_hensem replied at 24-3-2016 02:00 AM
pasar mlm dia ada dua lorong,yg fisrt tu,dpn ben tan.kedai lyn tu kat lorong kedua,belakang be ...

Kedai Lyn jeans utk lelaki masa pegi 3 weeks ago tk byk pilihan sgt...
dulu mmg byk gak choice...hb me rembat Dockers jer...dh levis die tk berkenan...
me mcm biasa rembat ladies levi's...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 04:14 PM | Show all posts
fateinmeg replied at 24-3-2016 03:23 PM
Cuak pulak rasa. weolls flight sampai ho chi minh dalam pukul 9 malam macam tu. cadangnya nak ambik  ...

5 org kene amik 2 cab la..
kalo ade 2 lelaki at least leh letak 1 caba de sorg lelaki..
better naik vinausn yg berkupon tu.. doa byk2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2016 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kpd yg nk pergi hcm terutama gegirls nah belanja gmbar tudung lopa bagi semangat shoping.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 10:04 PM | Show all posts
watachiwa replied at 24-3-2016 04:14 PM
5 org kene amik 2 cab la..
kalo ade 2 lelaki at least leh letak 1 caba de sorg lelaki..
better n ...

Kalau nak senang lepas scan beg terus ke pintu n pergi cari kaunter airport transfer sebelah kanan. Ada banyak kaunter, dia charge 400 ribu dong untuk satu van, kalau dari hotel ke airport 300 ribu dong. Boleh booking awal awal. Lebih selamat
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2016 08:14 AM | Show all posts
bubu_iz replied at 24-3-2016 06:44 PM
Kpd yg nk pergi hcm terutama gegirls nah belanja gmbar tudung lopa bagi semangat shoping.

aku nih x pernah berminat tudung si lopak nih...
santek2 sgt ke? kene start gugel la pesen tudung lopak
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2016 01:26 PM | Show all posts
watachiwa replied at 24-3-2016 04:14 PM
5 org kene amik 2 cab la..
kalo ade 2 lelaki at least leh letak 1 caba de sorg lelaki..
better n ...

Taxi vinasun tu dah xde innova ke?

Sbb i pun pegi 5 org gak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 11:23 AM GMT+8 , Processed in 0.975579 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list