|
Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there
[Copy link]
|
|
Kamun tu apa?
|
|
|
|
|
|
|
|
kenapa kalau you post dekat thread I, I tak dapat notification ek? Ramai da macam tu..hanya es dengan nickymeow jer i dapat notification |
|
|
|
|
|
|
|
amboih! besar gabak ko KAMUS
|
|
|
|
|
|
|
|
aku lgi teruk tt. LANGSONG TAKDE NOTIS KLO.ORG REPLY POST AKu.
terpaksa buka thread untuk baca. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 6-3-2015 08:31 PM
Sementara menunggu Rayyan bangun Jie mengambil keputusan untuk menghirup udara segar ditepi pantai berdekatan hotel penginapan mereka. Pesanan ditinggalkan diatas meja supaya Rayyan tidak risau mencari dirinya bila terjaga. Langkah diatur berhati hati. Pandangan tertancap pada seorang gadis seiras seseorang yang dikenali. Takut bermimpi dipagi hari, Jie berjalan pantas mengekor. Yakin dirinya tidak salah orang !
"Sheera !!" Jie pasti itulah sahabat karibnya yang dirindui selama ini. Tiada reaksi. Lantas Jie berlari mengejar. Berjaya memintas.
Tak salah lagi dihadapannya memang Sheera ! "Babe aku rindukan kau !" Pantas saja tubuh itu dipeluk. Airmata merembes dipipi.
"Jie ?!" Sheera tak sangka mereka bertemu lagi. " Bukan kau dah mati ke?" Sheera masih ingat peristiwa hampir 3 tahun dulu. Jie dilihat terbaring kaku dalam dakapan seorang lelaki ! Mata digosok tidak percaya.
" Aku nampak Azim tembak kau !" Sheera juga nyaris bunuh diri kerana menyangka Jie yang dicintai dari zaman sekolah sudah tiada. Sewaktu ingin menarik picu pistol yang diacu ke kepala, Sheera sempat membayangkan jasadnya terbaring kaku bergelimpangan dengan darah berlimpahan disisi.
Namun, ada satu suara membisik supaya Sheera tidak meneruskan niat menarik picu pistol untuk menembak mati dirinya. Terbayang siksaan yang menanti ditambah bayangan dosa silam yang pernah dilakukan membuatkan Sheera jadi takut meneruskan hasrat yang terbuku. Pantas pistol dicampak dan terus berlalu dari situ. Bertekad pergi jauh dan memulakan hidup baru tanpa Jie !
Sejak itu Sheera mula bertaubat dan belajar melupakan cinta sejenisnya yang takkan mungkin berbalas.
Alhamdulillah hidup Sheera makin tenang sekarang. Malah Sheera kini bahagia disamping lelaki yang dicintai. Walau pernah terpalit sejarah hitam, namun Sheera dan suami bersyukur dengan peluang kedua yang diberi. Tak sangka mereka berjodohan sedangkan dulu pernah bersekutu melakukan kejahatan !
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 6-3-2015 01:49 PM
" La, dekat sini rupanya you !" Seorang lelaki mendekati mereka. Sheera senyum mesra. Jie terpaku tidak percaya !
" Inilah suami aku , Jie !" Sheera memperkenalkan seorang lelaki yang tidak asing pada pandangan mata Jie.
"Rizal?!" Jie terperanjat. Sukar untuk menerima satu lagi kejutan !
Bukan Jie sahaja yang terkejut malah Rizal juga memberi reaksi yang serupa. Terpegun bertemu dengan Jie yang pernah didendami dulu. Jie dijadikan galang ganti untuk membalas dendam terhadap Rayyan Hardy.
" I tak faham ! Apa semua ini?" Sheera dan Rizal ditenung silih berganti. Sungguh Jie keliru ! Permainan apa yang berlaku diluar pengetahuannya selama ini?
"I boleh explain dekat you semua. From A to Z ." Rizal mengerti pandangan Jie. Faham Jie mungkin hairan melihat mereka masih hidup.
" You lepak sekejap dengan kitaorang. Jangan risau I takkan apa apakan you !" Rizal memberikan jaminan.
Jie hanya menurut. Sesekali tingkah laku romantik Sheera dan Rizal diperhatikan. Lega dengan kebahagiaan yang dimiliki teman karibnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
shera tak mati.tapi da bertobat. okay bagus.
Pande ko okh tt..
tak terkejut.
#korangnakpanggilakupoypakupeduliapaakumemangadaagak |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 6-3-2015 12:49 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
awanjingga replied at 6-3-2015 12:04 PM
nape laaa pendek benor en3..
xpuas baca..tepek la pjg2..
Sorry da edit |
|
|
|
|
|
|
|
ehh xpayah le sory2..
gurau2 je la..
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 6-3-2015 01:04 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
awanjingga replied at 6-3-2015 12:57 PM
ehh xpayah le sory2..
gurau2 je la..
Just bg komen kalau tak ok k
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 7-3-2015 12:26 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 7-3-2015 03:56 AM
Jie terkesima. Walau sudah lama menjadi isteri Rayyan namun masih banyak lagi sisi dalam diri suaminya yang tidak diketahui. Ternyata Rayyan bijak berahsia !
Rupanya selama ini Rayyan yang membantu Rizal memulakan hidup baru dan menggunakan pengaruh yang dimilikinya untuk membebaskan Rizal dari penjara.
Jie trauma sejak kejadian itu dan langsung tidak ambil peduli perbicaraan kes penculikan dan cubaan membunuhnya. Hanya Daddy yang menguruskan semua.
Jie pasti Rayyan melakukan semua ini tanpa pengetahuan Dato' Hanafi.
Mungkin juga Rayyan ingin menebus dosa memecat Rizal tanpa mempertimbangkan sebab utama Rizal melakukan penyelewengan syarikat.
Malah, Rayyan juga memberi kepercayaan semula kepada Rizal untuk menguruskan anak syarikat ICB di Seremban. Rizal turut mengucapkan terima kasih yang tak terhingga atas jasa yang ditabur oleh Rayyan terhadap dirinya.
Jie senyum. Senang dengan kebaikan yang dilakukan Rayyan. Bangga kerana suaminya sanggup memaafkan kesilapan Rizal walau Rayyan juga sebenarnya perancang disebalik penculikan Jie dan Ku Iz.
Jie sudah lama tahu Rayyan yang meyakinkan Zarith Sofea supaya menculik dirinya dan Ku Iz pada hari pernikahan mereka.
Tujuan Rayyan supaya Jie diceraikan dan Zarith Sofea pula dapat hidup bersama Ku Iz. Zarith Sofea sendiri yang memberitahu semasa Jie mengambil keputusan menggugurkan dakwaan terhadapnya. Barangkali kerana tak mahu menanggung rasa bersalah memisahkan Jie dan Ku Iz.
Cuma satu saja yang membuat Jie terkilan, ada seseorang yang melaga lagakan Zarith Sofea dengan Rizal.
Motif supaya Rizal yang pada masa itu cintakan Zarith Sofea cemburu dan membunuh Ku Iz bagi memudahkan laluan Rizal memiliki Zarith Sofea.
Malah turut menghasut Rizal supaya membunuh Rayyan untuk melunaskan dendam ! Seseorang yang dimaksudkan adalah Azim. Lebih tepat lagi arwah Azim !
Jie merasakan ada yang tak kena. Apa manfaat yang Azim dapat dengan membunuh Ku Iz dan Rayyan ?
Persoalan terjawab apabila Rizal menerangkan kerana Ku Iz adalah suami Jie pada masa itu manakala Rayyan pula adalah pesaing Azim untuk mendapatkan Jie !
Satu hakikat yang tak siapa tahu adalah Azim juga diperalatkan untuk memastikan Jie mati pada malam itu.
Rizal sempat mendengar perbualan terakhir Azim dengan seseorang melalui telefon. Rizal tahu Azim sangat menggilai Jie dan tak mungkin tega membunuh Jie. Seseorang itulah yang membocorkan rancangan Rayyan dan Zarith Sofea kepada Azim. Dan seseorang itu sangat Rizal kenali !
Walau bekerja rapat tetapi Rayyan tidak pernah mengkhabarkan kepada Rizal bahawa Jie masih hidup malah mereka sudah bergelar suami isteri ! Selama ini Rizal menganggap Jie sudah mati ditembak pada malam itu.
Namun, Rizal tidak ambil hati kerana pasti Rayyan punyai alasan kukuh untuk berahsia. Mungkin saja untuk melindungi Jie yang dicintai.
Malah, Rayyan juga tahu Rizal sudah lama mengahwini Sheera. Barangkali kerana isterinya pernah mempunyai sejarah silam mengejar 'cinta' Jie membuatkan Rayyan tidak mahu Jie diketahui terselamat dan masih hidup.
Namun, Rizal yakin Sheera sudah berubah dan hanya mencintai dirinya kini. Malah, Rizal juga sudah lama melupakan Zarith Sofea. Bersyukur dikurniakan isteri secantik dan sebaik Sheera ! Biarlah kesilapan silam mereka menjadi sejarah yang tak perlu dikenang. Cukup sekadar diambil pengajaran sebagai panduan masa depan.
"Aku minta maaf atas apa yang aku buat dekat kau dulu Jie !" Sungguh Sheera kesal kerana tega mengkhianati sahabat baiknya. Syukur Jie kekal hidup.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku ragu2 psl shera ni. aku rsa, rasa tu akan timbul semula. Aku suka watak shera hidup.(aku rasa dia jahat).
klo shera ada rsa tu semula, confirm dia biseks.
Aku dpt rsa Ku iz rancang sesuatu. klo aku jdi ku iz, aku dendam sebab rizal lah..dia tak dpt hidup bersama.
So kesimpulannya yang aku nk buat, seme org suka jie adalah jht n ada agenda sendiri. Hawhaw.
TT, klo ko masukkn unsur sihirkn best. Tiba2 rayyan diserang kelumpuhan. Aku ckp jer. Hehe.
peace no war. |
|
|
|
|
|
|
|
masih banyak blm terbongkar..
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 7-3-2015 04:20 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 7-3-2015 04:46 AM
Jie senyum. Jari jemari Sheera digenggam. " Aku dah lama maafkan kau babe ! Lagipun benda dah lepas. Tak payahlah ungkit lagi." Sempat berdoa dalam hati agar teman karibnya sentiasa hidup dalam kebahagiaan.
Pandangan Rizal tertumpu pada Jie. "I pun sama Jie !" Rizal turut dihantui rasa bersalah. "I minta maaf ! Banyak dosa I pada you." Walau bukan Rizal yang menembak Jie namun Rizal juga turut terlibat membantu Azim melaksanakan rancangan gilanya.
"I maafkan you Rizal ! Senyuman manis terukir dibibir. I harap you jaga Sheera baik baik ! Sebab I takkan maafkan you kalau you sakitkan hati kawan I." Jie sempat memberi amaran kepada Rizal.
Rizal hanya mengangguk, tanda faham. Sheera adalah isteri yang dikahwini dan dicintai setulus hati. Tak mungkin Rizal akan menyakiti Sheera. Itulah pendamping hidupnya selagi hayat dikandung badan !
"Jie..." Rizal rasa Jie perlu tahu kebenaran ini. Kalau sebelum ini Rizal merahsiakan kerana menganggap sudah tiada guna memandangkan Jie pun sudah mati. Maka Rizal tidak terlintas untuk memberitahu kepada Rayyan
Cuma setelah melihat Jie masih hidup, Rizal jadi bertanggungjawab untuk memberitahu supaya Jie berhati hati. Hal ini menyangkut paut keselamatan Jie sendiri. Anggaplah tindakan Rizal membalas jasa yang ditabur oleh Rayyan selama ini.
Jie hanya merenung Rizal. Sabar menanti butir bicara selanjutnya.
"Actually Jie.." Nafas dihela panjang. " Ada orang lain yang 'control' Azim pada malam itu. Orang itulah yang arahkan Azim supaya bunuh you !" Rizal tahu pasti Jie takkan percaya kerana orang itu adalah manusia yang sangat dikenali oleh Jie hatta Rayyan Hardy sendiri.
"Maksud you?" Jie berdebar. Entah kenapa jantung berdetak kencang.
"Macam ini..."Rizal serba salah sebenarnya. Takut memikir respon Jie. Lama terdiam. Mencari ayat yang sesuai.
Jie masih menanti dengan penuh sabar penjelasan yang bakal keluar dari mulut lelaki dihadapannya.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|