|
ROMANCINTA (SURATAN ATAU KEBETULAN) : By LNP - June 2015
[Copy link]
|
|
Jgn la Fandi brubah ati.. huuhu |
|
|
|
|
|
|
|
next.... |
|
|
|
|
|
|
|
Sambung lagi nicki..makin best woo |
|
|
|
|
|
|
|
Episode 49
“Awak nak makan?”
“Tak”
“Kenapa balik lambat?”
“Ada hal”
“Awak kenapa?”
“Tak ada apa-apa”
Itu sajalah perbualannya dengan Fandi beberapa hari ini. Itupun jika terserempak di tangga, di dapur atau di laman. Setelah itu, sama ada Fandi akan mendiamkan diri ataupun berlalu pergi. Ketara sungguh perubahannya. Takkanlah sebab dia menolak, Fandi bersikap begini. Kenapa Fandi bersikap begini? Fifi mengeluh. Skrin komputer ribanya di renung hingga hampir tembus.
BUZZ
Sweet_Nina: Hello girlfriend…Still there?
Lamunan Fifi terhenti. Sudah hampir setengah jam dia bersembang dengan Nina, sahabat baiknya di laman Yahoo Messenger. Mengadu masalah. Akhirnya, pada Nina juga tempat dia mengadu.
Fifi Yusuf: Ada
Sweet_Nina: Ingat dah hilang.
Fifi Yusuf: Nina. Macam mana ni? Dah dua tiga hari Fandi ignore aku. Tak bestlah macam ni.
Sweet_Nina: Apa yang kau dah buat ni?
Fifi Yusuf: Mana ada buat apa-apa.
Takkanlah nak beritahu peristiwa dalam bilik tidur kepada Nina pula?
Sweet_Nina: Babe, kau pergi ajelah tanya dia terus terang. Kau kan wife dia. Suami isteri ni, kena banyak berbincang tahu tak? Baru boleh selesai masalah.
Fifi Yusuf: There you go again. Sikit-sikit nak cakap pasal husband and wife.
Sweet_Nina: Betul apa aku cakap? Kau kan wife ‘Abang Fandi’...
Fifi Yusuf: Kan aku kata, aku anggap dia macam abang aku je.
Sweet_Nina: Helloooo. Abang konon. Bila tak tegur dua tiga hari, dah meroyan.
Fifi Yusuf:
Sweet_Nina: Seriously babe. As husband and wife, both of you should communicate. Komunikasi ni penting tau. Kena bincang. Baru boleh selesai masalah. Kalau seorang ke timur, seorang ke barat, sampai bila pun tak boleh settle. |
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 29-8-2012 02:41 PM
Episode 49
“Awak nak makan?”
lagiiiii ... pleeeeaseeee
|
|
|
|
|
|
|
|
Fifi Yusuf: Hhhmm
Sweet Nina:Kau pun, janganlah ikut keras kepala kau aje. Whatever it is, Fandi is your husband. Tak kiralah kau anggap dia macam abang atau pun kawan. Korang dah kahwin pun.
Fifi Yusuf: Sampai sekarang aku terfikir, Nina. Kenapa dia kahwin dengan aku? Mesti ada sebabkan? Takkan suka-suka jadi pak sanggup?
Sweet_Nina: Babe, pak sanggup ke, apa ke, tak kisahlah. You can never change the fact that you are married to him. Here’s the thing. I can see that he loves you, sincerely. Now, tell me…
Fifi Yusuf: Tell what?
Sweet_Nina: Mengaku ajelah yang kau pun sayang pada Fandi
Fifi Yusuf: No comment
Sweet_Nina: Eee..mengada-ngada. Takkanlah kau teringat pada Shah lagi?
Fifi Yusuf: Entahlah babe
Sweet_Nina: Arrgghh! For God sake, Fifi. Forget Shah. He’s a loser! Aku tak faham kenapa dia nak balik pada kau. Anak dia konon. You can tell him to go to hell!
Fifi Yusuf: I do want to forget him, Nina. But he came back. I don’t understand why. Dia buat aku gila, kau tahu tak? Kenapa baru sekarang? Aku ni siapa pada dia?
Saat ini, air mata Fifi mula bergenang lagi.
Sweet_Nina: Be strong, babe. You have to move on. Please lah. Lupakan aje Shah.
Fifi Yusuf: I’m trying Nina. Tapi aku sedih sangat. Kenapa dia buat aku macam ni? Sekarang, Fandi pun jauhkan diri dari aku. Memang aku ni teruk, aku tahu. Useless. Aku sedar tu semua!
Sweet_Nina: Sabar..sabar. Jangan emo sangat. Entah-entah, Fandi tahu tak yang Shah call kau? Sebab tu dia tak layan kau. Dia cemburu.
Fifi Yusuf: Tak lah. Aku tak beritahu dia pun pasal tu.
Sweet_Nina: Macam nilah. Aku rasa, baik kau bincang elok-elok dengan Fandi. Cuba ambil hati dia ke, apa ke…
Fifi Yusuf: Ambil hati dia? Perlu ke?
Sweet_Nina: Yes, perlu sangat! Kalau kau sayangkan dia…
Fifi Yusuf: Tapi…
Sweet_Nina: Tapi apa lagi? Kau terfikirkan Shah? Eh, tolonglah, pergi matilah dengan mamat tu. He doesn’t deserve you. Percayalah cakap aku ni. Fandi sayangkan kau
Fifi Yusuf: The truth is Nina, aku takut
Sweet_Nina: Takut apa?
Last edited by Nicki_Meow on 29-8-2012 02:52 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
hah! .. takut apa? ... |
|
|
|
|
|
|
|
Jari Fifi terhenti seketika dari menaip. Dia terkebil-kebil depan skrin komputer ribanya. Tidak tahu bagaimana hendak diluahkan rasa hatinya yang ini pada Nina. Beberapa kali dia menaip perkataan lalu dipadamkan kembali. Akhirnya Fifi mengeluh.
Sweet_Nina: Babe, are you okay?
Fifi Yusuf: Nina, macam mana kalau Fandi tinggalkan aku macam Shah tinggalkan aku?
Tiada balasan dari Nina buat seketika.
Sweet_Nina: Is that what bothering you all this while?
Fifi Yusuf: Sort of
Sweet_Nina: Fifi, aku tahu hati kau hancur sebab Shah. Tapi Fandi bukan Shah. Aku betul-betul rasa yang dia sayangkan kau.
Fifi Yusuf: Tapi Nina, nak ke dia terima aku? Nak ke dia terima baby ni?
Sweet_Nina: You will never know until you give him a chance. You should also give yourself a chance. Kau pun ada hak untuk hidup bahagia macam orang lain.
Fifi Yusuf: You really think so?
Sweet_Nina: Yup
Fifi Yusuf: Thanks girlfriend.
Sweet_Nina: Yeah, I love you too
Fifi Yusuf:
Sweet_Nina: . Good nite girlfriend. Muah
Fifi Yusuf: Good Nite. Muah
|
|
|
|
|
|
|
|
Wahhh.cheq tertinggal kereta api..
Banyakk kerja plusss internett downnn |
|
|
|
|
|
|
|
Fifi mengeluh. Emosinya menjadi tidak menentu. Penat memikirkan Shah yang tiba-tiba menghubunginya, kini Fandi pula buat tak endah. Pandangan mata Fandi padanya dua tiga hari bagai tiada makna. Tidak seperti dulu. Suram dan beku. Tiada kata-kata seperti selalunya. Senyum pun hambar, sekadarnya sahaja. Dalam diam, Fifi akui, dia rindukan Fandi yang dulu. Fandi yang sering cuba menghiburkan hatinya. Fandi yang selalu memberi semangat kepadanya. Fandi yang mampu membuat hatinya berdetak kencang.
Kenapa dengan Fandi?
Atau memang semuanya silap dia?
Tapi apa silap dia?
Silap kerana sengaja menafikan hak Fandi sebagai suami?
Fifi memejamkan mata. Bukan dia tidak terasa sesuatu apabila berada dekat dengan Fandi, ada. Malah rasa itu lebih kuat berbanding perasaanya pada Shah. Cuma dia takut. Takut sekiranya di tinggalkan sekali lagi.
You will never know until you give him a chance. You should also give yourself a chance. Kau pun ada hak untuk hidup bahagia macam orang lain.
Fifi termangu-mangu sendiri. Perutnya di usap perlahan-lahan. Tersenyum sendiri apabila dirasakan penghuni rahimnya bergerak bagai memberi tindak balas. Mungkin betul kata Nina, dia pun ada hak untuk hidup bahagia.
Komputer ribanya di tutup lalu Fifi melangkah keluar dari bilik. Kakinya terhenti di hadapan pintu bilik Fandi. Fifi berdiri di situ. Teragak-agak. Akhirnya, pintu bilik Fandi di ketuk.
Pintu terbuka. Fifi menarik nafas. Fandi hanya berdiri di depan pintu. Mereka saling memandang lama.
“Awak” Fifi memanggil, perlahan saja nadanya.
“Nak apa?” Fandi membalas, dingin.
“Saya…” Kata-kata Fifi terhenti. Tak mampu memandang lama mata Fandi yang tajam merenungnya. Rasa sebak mula menerjang dada.
“Tak ada-apalah” Akhirnya Fifi berkata. Matanya berkaca. Dia berpusing lalu berjalan kembali masuk ke biliknya.
Fandi hanya memandang, tidak berkata apa-apa. Dalam diam, dia rasa bersalah.
Terlalu berkeraskah dia pada Sofea?
Fandi menghela nafas lalu di lepaskan perlahan.
Last edited by Nicki_Meow on 29-8-2012 03:07 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
That's all for today lah ye...
Ada sesiapa buleh bagi idea camna nak pujuk Fandi?
Otak cheq pun dah tepu ni... |
|
|
|
|
|
|
|
hotmum posted on 29-8-2012 02:56 PM
hah! .. takut apa? ...
amboiihhhh... lajunya!
|
|
|
|
|
|
|
|
Sua kan saja susu cap gantung!
|
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 29-8-2012 03:07 PM
Sua kan saja susu cap gantung!
kemain dia kan! ...
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 29-8-2012 03:11 PM
Idea yang tak berapa kinky ada tak?
Tak sampai hati nak garap lagu tu...
cuba2 la masak tuk fandi ....
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 29-8-2012 03:11 PM
Idea yang tak berapa kinky ada tak?
Tak sampai hati nak garap lagu tu...
May be both of them kena communicate...
Makan-makan aiskrim lepastu buat sesi luahan perasaan..kalau lelama tergantung cam tak best pulak kan
|
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 29-8-2012 03:50 PM
Apa???? makan ais krimmm?
Errrrrrrrr..salah kee?
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|