CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: transporter

UMRAH & HAJI X, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

   Close [Copy link]
Post time 25-7-2011 10:17 AM | Show all posts
Tidak mengapa. Bersusah-susah dalam melakukan ibadah sebenarnya akan membuatkan kita lebih 'menghayatinya' di samping mendapat ganjaran lebih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2011 12:45 PM | Show all posts
Post Last Edit by aziefa at 25-7-2011 12:46

Makkah Metro ambil lebih ramai pekerja KTMB



KUALA LUMPUR: Syarikat keretapi Makkah Metro, yang terlibat dalam perkhidmatan pengangkutan jemaah haji di Makkah, menambah pengambilan pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) untuk membantu mereka bagi mengendalikan musim hari tahun ini



Presiden KTMB, Dr Aminuddin Adnan, berkata Makkah Metro telah meminta KTMB menambah jumlah petugas KTMB lebih dua kali ganda dari jumlah yang dihantar pada tahun lepas iaitu dari 65 orang, kepada 200 orang tahun ini.

"Tetapi kita hanya dapat hantar 145 petugas sahaja memandangkan kakitangan kita diperlukan bagi meneruskan operasi di tanah air," katanya kepada pemberita selepas meraikan kakitangannya yang akan berlepas ke Arab Saudi mulai malam ini di sini, hari ini.
Kumpulan pertama seramai 41 orang akan berlepas malam ini untuk berkhidmat sehingga November.

"Alhamdulillah kita dijemput semula berdasarkan prestasi kerja baik yang ditunjukkan kakitangan yang terlibat pada tahun lepas," katanya. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2011 12:49 PM | Show all posts
Assalamualikum..
Ustaz..Husain..Adik Zarif..Ayahjoe..Razman..Irbudan..
Apa lagi..mintalah kerja part time..he..he.. jadi apa ye..
Pengalaman ada ke..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2011 12:54 PM | Show all posts
Reply 992# ustaz


   
Buat sahabat2 saya yg saya kenal sekian lama... Kak Azie & Kak Ros... doa saya sentiasa kepada kakak2 berdua. Bila datangnya ramadhan... pastinya terkenang kakak berdua di sana. Bilalah giliran saya pula agaknya


Ustaz..
Jazakallah khoiron kathiroo...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2011 01:40 PM | Show all posts
Reply 982# Mas916


Assaalam Mas & rakan2 yg lain...

Mas...tak apa, akak faham, akak pun fikir juga, tak dpt call dari Mas ari tu sure Mas tak sempat la tu nak jumpa akak.  
Waaaahhh... syukur alhamdulillah... tak lama lagik nak dpt baby?  bestnyerr.... bunting pelamin lak tu... memang rezeki Mas la, tengok tu hikmahnya yg Allah nak bagi... lepas balik jer dari buat haji, terus ketemu jodoh, terus dpt cahayamata!!!  Subhanallah... memang Allah limpahkan rezekiNya buat Mas...

Terbaca juga kat sini info yg mengatakan maybe tahun ni dpt haji Akbar... insyaAllah...mudah2an la...amin... rasa bertuahnya kak kicap kalau dpt rezeki yg sedemikian, dah la tak sangka2 rezeki dpt pergi haji tahun ni... Ustaz Rosli Rayhar pun cakap camtu jugak kat kami masa dia bagi kuliah bersiri kat Masjid KLCC.  Dia kata sama2lah kita berdoa katanya sebab memang ikut perkiraan dia insyaAllah jatuh pada tahun ni, tu yg kami sama2 berdoa ianya terjadi la... aminn....

Pada Ustaz, terima kasih banyak2 di atas perkongsian ilmu tazkirah mengenai umur 40 tu...  ianya sangat2 mengesan & menginsafkan.
Semoga kita akan menjadi manusia yg lebih baik dari hari semalam di dalam mendambakan redha & keampunanNya...insyaAllah...

Gambar2 yang dikongsi di sini oleh sahabat2 memang membuatkan kak kicap tak sabar2 lagi nak jejakkan kaki ke sana, berdebar nak nunggu info dari THaji mengenai jadual bertolak ke tanah suci, katanya selewat2nya minggu pertama raya nanti... ya Allah, permudahkan la urusan kami di sini & di sana nanti ya Allah... izinkan la kami menjadi tetamuMu yang istimewa ya Allah... amin ya rabbal alamin....
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2011 03:33 PM | Show all posts
Makkah Metro ambil lebih ramai pekerja KTMB

KUALA LUMPUR: Syarikat keretapi Makkah Metro,  ...
aziefa Post at 25-7-2011 12:45 [url=http://forum.cari.com.my/redirect.php?goto=findpost&pid=45050500&
ptid=533552][/url]


Ya Allah.. untungnyer saper yg dpt keje kat sana kan!!! rezeki msg2...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-7-2011 05:22 PM | Show all posts
Ya Allah.. untungnyer saper yg dpt keje kat sana kan!!! rezeki msg2...
zamnie Post at 25-7-2011 15:33



Masyallah..memang beruntung.
Sesiapa yg kerja dgn Tabung Haji pun berpeluang bertugas sambil mengerjakan Haji dlm perkhidmatan mereka.
Seronoknya.
Husband Akak berpeluang juga bertugas sambil mengerjakan Haji.
Dapat tawaran dlm Rombongan Perubatan.
Alhamdulillah dapat buat Haji sambil bertugas Tahun 1991..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2011 06:00 PM | Show all posts
Wa'alaikumsalam..kak...wah best gak kerja kat sini ....heheh...baru smalam bincang2 dgn adik beradik..kalo ada rezeki dpt ramai2 sesama adik bradik ke sana lagi..terntu seronok beribadah bersama keluarga & adik beradik...
Assalamualikum..
Ustaz..Husain..Adik Zarif..Ayahjoe..Razman..Irbudan..
Apa lagi..mintalah kerja pa ...
aziefa Post at 25-7-2011 12:49
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2011 09:48 AM | Show all posts
dengar cerita tahun ni dijangka haji akbar
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2011 10:32 AM | Show all posts
Reply 1002# aziefa

Kak Azie... macamana nak apply kerja kat sini?
Saya jadi tukang pam tayar keretapi pun jadilah.
Banyak tayar nak kena pam tu...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2011 03:35 PM | Show all posts
Reply 1010# ustaz


    ..Ada ada sajalah kamu ni labu..

Cakap juga dgn kawan yg kerja dgn TH Travel tu ada tak kerja bawa beg Musim Haji ni..
Allahuakbar..
Selalu jugak berangan kalau dapat pi Umrah sebulan ramadan macam Kak Ros..seronoknya..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2011 03:37 PM | Show all posts
Wa'alaikumsalam..kak...wah best gak kerja kat sini ....heheh...baru smalam bincang2 dgn adik beradik ...
rzman_07 Post at 25-7-2011 18:00



Insyallah..
Amin..Amin Ya Rabalalaminn..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2011 04:00 PM | Show all posts
Post Last Edit by aziefa at 26-7-2011 16:04

Umrah Ramadan: Pahala tinggi vs citra diri



Oleh Nurul Farina Nazlan

RAMADAN sememangnya bulan ibadat sehingga Rasulullah SAW menggalakkan umatnya mengerjakan umrah pada bulan itu kerana pahalanya menyamai pahala haji dan ganjaran terbabit menyaksikan ramai umat Islam berlumba-lumba menunaikannya setiap kali bulan berkenaan menjelang, seolah-olah ibadah itu suatu budaya.

Kelompok yang menunaikan umrah berulang kali pada Ramadan kerana mahu merasai kehebatan dan keberkatan berpuasa di Tanah Suci sehingga ada masyarakat yang beranggapan bahawa menunaikan umrah pada Ramadan lebih berprestij berbanding bulan lain.


Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Mohamed Anwar Omar Din, mengakui umrah musim Ramadan sudah menjadi budaya dalam masyarakat bertaraf sosial dan ekonomi tinggi.

“Memang tidak dinafikan, masyarakat Malaysia kini ramai yang berkemampuan sehingga berlumba-lumba mengutip keberkatan Ramadan di Tanah Suci, tetapi lebih wajar bagi yang sudah menunaikan umrah berkali-kali ini, menyumbangkan sedekah kepada golongan miskin dan anak yatim kerana itu lebih afdal,” katanya pada pertemuan dengan Sastera di Bangi.

Beliau juga melihat senario menunaikan umrah pada Ramadan tidak hanya untuk beribadat, tetapi berlumba-lumba membeli pakej umrah yang tinggi sehingga niat asal untuk beribadat sudah bertukar kepada sifat bangga diri ekoran kemampuan diri.

Lokasi bercuti juga sudah beralih arah dari Eropah kepada menunaikan umrah kerana kecenderungan baru itu memungkinkan berlangsungnya situasi sambil menyelam minum air, iaitu melancong sambil beribadat ketika bercuti.

“Tidak salah untuk menunaikan umrah setiap tahun, apatah lagi pada Ramadan sekiranya kita mempunyai lebih kewangan. Bagaimanapun, lebih elok rasanya sejumlah wang lebihan itu disedekahkan untuk membina institusi pendidikan.
“Bayangkan jika 10 dermawan menderma RM5,000 setiap seorang, sudah pasti senario sesetengah pelajar sekolah mengutip duit di tepi kedai untuk menampung pengurusan sekolah mereka tidak lagi berlaku. Bukankah ini juga suatu ibadat dan kebajikan,” katanya.

Pandangan Dr Mohamed Anwar itu dipersetujui Pensyarah Jabatan Syariah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Shuhadak Mahmud yang menegaskan umrah Ramadan dengan niat mengabdikan diri kepada Allah SWT suatu perbuatan yang dipuji, tetapi sekiranya sekadar mengejar populariti, imej dan nama, maka ia wajar dijauhi.

“Niat adalah roh amalan. Niat suci dijelmakan dengan amalan yang mulia sehingga mereka yang terpilih untuk beribadat di Tanah Suci pada bulan yang mulia, perlu sentiasa bermuhasabah bagi memastikan amalannya ikhlas dan bukan untuk bermegah. Ibadat umrah yang mabrur mampu melahirkan insan berjaya.

“Umrah menurut mazhab Syafie dan Hambali hanya diwajibkan sekali saja seumur hidup. Melaksanakannya lebih kerap adalah afdal bagi yang mampu, tetapi lebih mulia sekiranya membantu golongan memerlukan kerana kaedah fiqh menyebut, ibadat yang membabitkan pihak lain adalah lebih utama berbanding yang hanya membabitkan diri sendiri,” katanya.

Pengarah Urusan Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd, Ibrahim Mat Sin, berkata pakej umrah yang ditawarkan syarikatnya untuk Ramadan tahun ini sudah habis ditempah sehingga jumlah jemaah Ramadan meningkat kepada 2,300 orang berbanding 2,000 pada tahun lalu.

“Peningkatan jemaah pada Ramadan tahun ini kerana kesedaran masyarakat terhadap keberkatan berpuasa di Tanah Suci, selain semakin ramai masyarakat yang mampu untuk membayar harga pakej ditawarkan. Menunaikan umrah lebih daripada sekali tidak salah terutama pada Ramadan, tetapi niat perlu dibetulkan agar tidak bermegah dengan kemampuan,” katanya.

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2011 04:11 PM | Show all posts
Terbaca juga kat sini info yg mengatakan maybe tahun ni dpt haji Akbar... insyaAllah...mudah2an la...amin... rasa bertuahnya kak kicap kalau dpt rezeki yg sedemikian, dah la tak sangka2 rezeki dpt pergi haji tahun ni...


Masa saya kat kursus intensif pun ada ustaz penceramah yang cakap berkemungkinan besar tahun ni haji akbar. Tarikh jangkaan wukuf 5hb, kalau kerajaan arab saudi ejas 1 hari, berpeluang utk merasa haji akbar.

Dia kata time haji akbar, arab saudi akan buka seluas2nya kat rakyatnya untuk mengerjakan haji..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2011 10:53 PM | Show all posts
Kalau benar jangkaan Haji Akbar tahun mmg beruntung jemaah2 yg g tahun nie..Berdoalah agar menjadi kenyataan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2011 11:12 PM | Show all posts
Reply 992# ustaz


Waalaikumsalam Ustaz,

Terima kasih doakan kami.
Walaupun kini kita dah agak kurang bergathering dengan rakan-rakan yang lain juga,namun keikhlasan bersilaturahim di antara kita semua tetap berkekalan...

InsyaAllah, akak turut doakan semoga suatu hari nanti Allah perkenankan hajat ustaz untuk berpuasa sebulan Ramadan di tanah suci...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2011 11:17 PM | Show all posts
Post Last Edit by Rosputih at 26-7-2011 23:23
Assalamualikum..
Ustaz..Husain..Adik Zarif..Ayahjoe..Razman..Irbudan..
Apa lagi..mintalah kerja pa ...
aziefa Post at 25-7-2011 12:49



Assalamualaiklum Azie,

Manalah 'anak-anak' kita ni... lama tak nampak mereka semua di sini ... tentu sibuk dengan kerjaya masing-masing  agaknya...

Azie,
Ingat tak dulu ketika kita mula-mula berforum, topik inilah jugak yang pernah utarakan...hehe..
jadi tukang angkat bag pun tak apa...janji  dapat pergi Makkah..
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2011 07:51 AM | Show all posts
Assalamualikum..
Ustaz..Husain..Adik Zarif..Ayahjoe..Razman..Irbudan..
Apa lagi..mintalah kerja pa ...
aziefa Post at 25-7-2011 12:49



Salam K Azie, Ustaz, ibu..
Baru berangan angan nak apply post tukang pam angin tayar tu..
Tup..tup ustaz dah booked awal awal lagi...Kena cari post yg lainlah namapaknya..
Kena berebut pulak dengan adikzarif dan ayahjoe kita

Kawan saya baru je bertukar dari Dubai ke Jeddah bulan ni...
beruntung betul dia.. Senang betul untuk umrah dan solat Jumaat di haram..
tiap2 minggu pun boleh kalau sanggup.. bertuah betul...
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2011 07:57 AM | Show all posts
Reply 1017# Rosputih

Kami ni sebok dan buat buat sebok pun ada juga..hehe
Seronok membaca pengalaman2 baru dari sahabat2 di sini..
Kami ni dah jadi pengalaman lama...
Yang tinggal hanya rindu yang amat sangat yanag tak terubat...
Semoga Allah memberikan lagi peuang dan kelapangan kepada kami untuk kesana lagi..Aminn
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2011 11:04 AM | Show all posts
Reply 1018# irbudan


   
Baru berangan angan nak apply post tukang pam angin tayar tu..
Tup..tup ustaz dah booked awal awal lagi...Kena cari post yg lainlah namapaknya..
Kena berebut pulak dengan adikzarif dan ayahjoe kita


   ....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 06:09 AM GMT+8 , Processed in 0.811116 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list